Makan malam selepas mesyuarat

Antara ahli yang hadir

Ahli mesyuarat

Ahli mesyuarat

AJK PPM Makkah yang baru : Ustaz Falaahuddiin, Ustaz NIk Fairul Irwan, Ustaz Khairul Arifin, Ustaz Aswadi, dan Ustaz Mohd Syahir


Alhamdulillah seperti dirancangkan beberapa minggu yang lalu kami telah berjaya menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan. Mesyuarat agung ini merupakan program tahunan yang kami jalankan dan banyak perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat seperti lantikan pimpinan baru dalam PPM, perbahasan usul, cadangan dan komen mengenai program-program yang telah berjalan. Mesyuarat yang asalnya dijadualkan pada hari khamis malam jumaat ini pada awalnya berjalan seperti biasa akan tetapi kerana berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan oleh orang penting persatuan ( katanya urusan peribadi...ntah laa ) maka MAT terpaksa ditangguhkan pada keesokan harinya (jumaat) selepas asar.

Mesyuarat diteruskan lagi selepas solat asar hari jumaat dan berjalan sehingga selesai kira-kira jam 8 malam. Mesyuarat ini agak panjang kerana banyak komen dikeluarkan dan persoalan mengenai kekeliruan yang berlaku pada beberapa program tertentu. Ada yang dapat dijawab dan diterangkan dengan baik dan ada yang tidak dapat dijawab, mungkin kerana kecuaian sendiri atau sebab-sebab yang hanya si pembuat silap yang mengetahuinya. Tapi janganlah anda sekalian tersalah anggap. Kesilapan dan kekeliruan ini bukanlah mengenai songlap duit tabung anak yatim ataupun menipu bank negara dan sebagainya. Tetapi hanyalah kesilapan biasa yang dilakukan oleh makhluk yang bernama manusia. Yang paling penting ialah kita mesti menerima nasihat dan teguran orang lain dan bukan hanya mengikut buah fikiran kita sendiri sahaja. Kerana kita adalah insan yang lemah dan saling memerlukan antara satu sama lain. Tiada manusia yang sempurna didunia ini. Semuanya tidak dapat lari dari kesilapan dan kesalahan. sebolah-bolehnya kita mesti mengurangkan atau mengetepikan buat sementara EGO kita, dan membuka hati kita dengan seluas-luasnya. Memang saya akui sesiapa sahaja jika ditegur sememangnya akan ada satu perasaan yang kurang enak timbul dalam hatinya. Saya sendiri pun sama. Masing-masing ada ego dan perangani. Cuma sebolehnya perasaan marah, tensen, berasa diri lebih betul dari orang lain dan orang lain tidak layak menegur kerana orang lain tidak sehebat dirinya perlu kita jauhi dan tidak kita amalkan terutama apabila kita hidup dalam satu komuniti dan kelompok manusia yang bergelar masyarakat. Dan ketika bergelar pelajar dan berada dalam golongan dan kelompok yang kecil ini adalah satu peluang keemasan untuk kita mempelajari ilmu kemasyarakatan dan ilmu untuk berinteraksi diantara satu sama lain. Dan semestinya apabila ada hubungan dan interaksi antara 2 orang atau lebih maka akan ada kesilapan. Maka ketika ini kemahiran untuk menyelesaikan masalah dan konflik amatlah penting untuk kita sebagai langkah dalam menyelesaikan apa yang berlaku. Kemahiran seperti ini tidak akan sekali-kali didapati seekiranya sikap buruk yang saya sebutkan tadi membelenggu diri setiap insan. Saya tidak menujukan perkara ini kepada sesiapa tetapi ini adalah perkara umum yang setiap dari kita perlu mengambil endah dan mengambil peduli. Melainkan kita ingin menjadi kera sumbang. Tidak mahu bercampur-gaul dengan orang lain. Sebenarnya sekiranya perkara yang disebut tadi ada dalam diri kita dan kita tidak sekali-kali berusaha untuk mengubahnya, lama kelamaan kita secara otomatik akan bertukar menjadi kera sumbang. kenapa saya berkata seperti itu? Kerana tidak akan ada sesiapa yang mahu hidup dengan orang yang hanya mementingkan diri sendiri dan langsung tidak memikirkan orang lain.

Ish... ape yang dah saya melalut ni. Jauh sangat dah lari dari tajuk sebenar post kali ini... tapi sebab dah tulis rugi pulak nak padam. Lenguh jugak nak taip panjang tu. Masa pon dah banyak habis. Betul tak? Apa-apa pun marilah sama-sama kita berubah untuk menjadi insan yang lebih baik dan lebih sempurna insya Allah. Tidak rugi kalau kita berubah untuk kebaikan. Semoga dengan perubahan yang berlaku pada diri kita akan membawa seribu satu manfaat kepada keluarga, masyarakat dan agama kita insya Allah.

Kembali kita kepada cerita MAT.

Selepas selesai perbahasan usul dan para ahli berpuas hati dengan jawapan yang diberikan maka mesyuarat diteruskan lagi dengan pemilihan AJK PPM Makkah yang baru antara jawatan yang dipertandingkan ialah YDP, Setiausaha, Bendahari, Lajnah Dakwah dan Ibadat dan Lajnah Kebajikan dan perhubungan. Keptusan mesyuarat adalah seperti berikut:-

Yang diPertua : Ustaz khairul Arifin bin Mat Jais
Setiausaha : Ustaz Mohd Syahir bin Mohd Yusof
Bendahari : Ustaz Nik Fairul Irwan bin Nik Harun Aminarrashed
Lajnah Dakwah dan Ibadat : Ustaz Falaahuddiin bin Jasni
Lajnah Kebajikan dan Perhubungan : Ustaz Aswadi bin Ali
Pengerusi Tetap : Ustaz Falahuddiin bin Jasni
Juru Audit : 1) Ustaz Meor Abdullah bin Meor Omar Baki
2) Ustaz Ahmad Asnawi bin Ismail

Begitulah keputusan penuh pemilihan AJK baru PPM Makkah bagi sesi 2009/2010. Mungkin ada bagi sesetengah orang jawatan yang diberikan merupakan satu beban yang perlu dipikul dan sebolah-bolehnya tidak mahu memegang tampuk pentadbiran dalam persatuan. Akan tetapi cuba kita lihat dari 1 sudut yang lain. Pada satu masa yang akan datang kita akan keluar untuk hidup bermsyarakat dan perkara ini adalah menjadi 1 kelaziman dalam satu-satu komuniti masyarakat. Maka ini adalah satu peluang keemasan untuk kita mempelajari selok-belok pentadbiran pengurusan.

Selesai sahaja bermesyuarat, kami menuju ke mat'am safa yang terletak dishisha dengan menaiki flowerhorn milik ydp baru. Apakah flowerhorn ini... tunggu post yang seterusnya.. hehehe. Hampir kesemua ahli PPM hadir ke mat'am safa untuk makan malam kecuali beberapa orang yang mempunyai alasan yang kukuh. Semoga Allah mudahkan urusan mereka insya Allah.

Sebagai penutup ingin sekali aku ucapkan tahniah kepada yang terpilih dan ingatah bahawa amanah ini amatlah berat untuk dilakukan. Cubalah lakukan yang terbaik dan jagan sekali-kali anda semua lalai dari amanah yang telah diberikan kepada anda. Dan ingatlah Firman Allah SWT dalam Firmannya :

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkianati Allah dan Rasul dan juga janganlah engkau mengkhianati amanah-amanah yang telah diamanahkan kepadamu sedangkan kamu mengetahui (surah al-anfaal:27)

Selamat bertugas dan selamat menjalankan amanah yang telah diberikan kepada anda. Semoga maju jaya.Wassalam.

0 comments:

Post a Comment