Cerita Haji

by ibnu yusof

“Ish…macam mana nak mulakan ni? Kat mana nak kena stat ni? Nak masuk kot mana ni? Macam mana nak update ni? Alahai PASSWORD dah TAK INGAT…”...begitulah kekalutan yang berlaku akibat lama tak update....

Salam Zulhijjah dan Salam Aidil Adha….

Dah lama sangat tak update blog ni… bila nak update mulalah pening kepala camni camtu… semua dah tak ingat… nak kena remind semula segala benda dan password yang pernah dibuat untuk membuka blog ni. Nasib baik tak delete je terus…hehehe…

Kalau nak diikutkan banyak sangat nak bercerita kali ni.. al-maklumlah lama sangat tak update.. cerita kawen lah, cerita itu lah, cerita ini lah… tapi tak apa… insya Allah cerita itu semua akan diceritakan kemudian. Hari ni kita membicarakan mengenai tajuk yang sangat PANAS, GEMPAK, dan paling relevan untuk dibacarakan iaitu… HAJI..

Hari ini adalah hari ke-8 dalam bulan Zulhijjah bagi tahun 1431 hijrah bersamaan 14 November 2010. hari ini juga dikenali sebagai Hari Tarwiyyah kerana pada hari tersebut para jemaah haji menyediakan air untuk kegunaan mereka di Arafah dan Mina selama tempoh mereka mengerjakan haji.

Pada pagi hari Tarwiyah, Jemaah haji Asia Tenggara termasuk Malaysia akan dibawa terus ke Arafah, tidak dibawa ke Mina sebagaimana Baginda SAW dan para sahabat melakukannya. Baginda berada di Mina melakukan solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isya’ dan Subuh secara qasar dan tidak menjamaknya.

Dan kalau tak silap, bermula semalam Jemaah Haji sudah memulakan perjalanan mereka untuk melaksanakan ibadah haji mereka. Walaupun hari tarwiyyah tidak termasuk dalam rukun haji atau pun wajib haji, akan tetapi perlu diingat bahawa hari tarwiyyah merupakan salah satu dari sunnah Rasulullah S.A.W dalam melakukan haji baginda. Dan sebagaiman yang telah kita ketahui juga bahawa haji Rasulullah merupakan haji TERBAIK dan PALING SEMPURNA. Sebab itu Rasulullah bersabda dalam satu hadith yang berbunyi :

خذوا عني مناسككم

“ Ambillah dari ku manasik (ibadah) haji kamu”

Kini memang sudah pasti jalan dari Masjid Haram menuju ke Mina melalui jalan Aziziah Syamaliah sedang sesak dan jem teruk. Perkara ini adalah lumrah dan berlaku saban tahun bagi mereka-mereka yang berada di Kota Makkah al-Mukarramah. Bagi mereka yang keluar rumah dan ingin membeli barangan yang belum dibeli untuk bekalan dirumah mahu pun bekalan untuk haji pasti akan menyesal kerana tidak menyediakan barangan tersebut lebih awal.

Insya Allah jika dipanjangkan umur saya akan mengikuti rombongan haji anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Makkah yang turut sama disertai oleh para pelajar Malaysia Makkah, Konsul Pendidikan Malaysia di Jordan, yang berbahagia Ustaz Sulaiman dan keluarga dan turut dicerikan olehe beberapa keluarga dari engineer Malaysia yang bertugas di Makkah dan madinah. Perjalanan kami biiznillahi taala akan bermula esok esok pagi dan route kami adalah dari Rumah PPM di Aziziah menuju ke Batha’ Quraisy untuk mengambil kumpulan yang berkumpul disana, seterusnya akan menuju ke arafah, mudzalifah dan insya Allah akan terus ke Masjid Haram untuk menunaikan tawaf ifadhah dan sa’ie haji. Urusan untuk melontar akan kami lakukan pada keesokan harinya iaitu pada 10 Zulhijjah bersamaan hari raya Aidil Adha.

Doakan semoga Allah taala memudahkan urusan haji kami pada tahun ini, dan semoga semua jemaah haji yang datang menunaikan rukun islam kelima ini akan mendapat haji yang mabrur dan mendapat ganjaran yang setimpal dengannya dari ALLAH subhanahu wa taala.

Wassalam.

لبيك اللهم لبيك...... لبيك لا شريك لك البيك.... إن الحمد والنعمة لك والملك..... لا شريك لك