Seminggu

by ibnu yusof

Jam menunjukkan 340 petang. Hari ni merupakan genap seminggu saya menjejakkan kaki di bumi Terengganu Darul Iman. Alhamdulillah masih sempat bertemu dengan kedua ibu bapa, adik beradik saudara mara dan sahabat handai. Dan sudai merasai kenikmatan memakan berbagai-bagai jenis makanan…. Patin masak tempoyak, nasi ayam istimewa (sebab orang istimewa yang masak), sate ayam(bukan seperti di surabaya), dan hari ni yang paling best masakan chek, sup tulang… perggh… walaupun pakai nano patch tetapi tidak mampu menahan seleraku untuk makan…hehehe… Alhamdulillah…

Semalam lebih kurang jam 5:30 petang saya pergi ke besut bersama-sama aswadi untuk menguruskan mengenai program KEMBARA MUSLIM anjuran PPM Makkah dan saya ditugaskan untuk menguruskan program ini. Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik dan insya Allah program ini akan berjalan seperti mana yang dirancangkan iaitu pada 26-28 julai ini insya Allah. Berkebetulan dah berada di sana saya tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan sahabat-sahabat yang sedang mengajar di MRSM Kota Raja dibesut. Lama sangat tak jumpa… sungguh rindu dan berbual hingga mencecah jam 1 pagi. Ingatkan memang tak mboh (tak nak) balik… tetapi memandangkan wadi ade kerja pada hari ini terpaksa mengagahkan diri untuk memandu pulang ke kuala Terengganu.

Pengalaman oh pengalaman…

Memandu bertemankan wadi yang kadang-kadang bersuara kadang-kadang menyepi dan juga bersahabatkan radio IKIM.fm yang tak berhenti-henti berbunyi yang saya sendiri pon tak tahu bila akan berhenti celotehnya (semoga tidak akan berhenti selamanya), saya meneruskan perjalanan sehingga mata dah hampir tertutup. Tiba-tiba terdengar suara DJ memberikan pesanan yang lebih kurang maksudnya “kalau dah mengantuk tu berhenti leee… ingatlah orang yang tersayang… hang tu dah nak kawin”… (boleh percaya ke DJ sebut ayat tu? hehehe).

Tengok kiri intai kanan… Alhamdulillah ada jugak sebuah masjid kat sebelah kiri kalau xsilap nama masjid tu Masjid Batu Rakit…. Memang dah dekat nak sampai rumah tapi oleh kerana mengantuk yang amat saya tetap memberhentikan kereta di halaman masjid. Siap timing jam untuk tido selama 30 minit. Tetapi apakan daya, kerana mengantuk yang amat terlajak sampai 2 jam.. terkejut dari tidur jam dah menunjukkan 4 pagi. Lega rasanya mata ni selapas diberi sedikit kerehatan oleh Allah. Oleh kerana subuh sudah hamper saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah wadi untuk menghantsrnys bersama-sama timun cina (tembikai) yang dibeli kat besut. Lebih kurang jam 5 pagi saya sampai kat rumah dan Alhamdulillah ayah saya dah bangun ketika tu. Kalau tak bangun lagi mungkin saya terpaksa tido kat luar rumah sebab tak ada kunci. Pengalaman pertama tidur di tepi jalan. Tak pernah lagi selama ini saya memandu dan berhenti untuk tidur walau bagaimana mengantuk sekalipun. Tapi kali ini saya berhenti jugak kerana saya ingat kepda orang-orang yang saya saying dan orang orang-orang ynag menyayangi saya.

Jadi faedah yang boleh didapati pada penulisan saya kali ini ialah:

1) Semua makanan yang sedap-sedap dah saya makan, tapi durian belum lagi saya makan (ruginya)

2) Tautkan kembali ukhuwwah dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa

3) Memandulah dengan cermat dan INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG-pesanan ini dibawakan khas kepada para pemandu oleh semua orang yang menyayangi anda dan orang-orang yang anda sayang.

Wassalam..

P/S:-

1- Selamat ulang tahun yang ke 9 kepada IKIM.FM… semoga terus maju dalam menyebarkan dakwah dan mempopularkan lagi genre nasyid Negara.

2- Takziah diucapkan kepada nik ayub (nik fairul irwan) sekeluarga diatas pemergian nenda tercinta sehari selepas kepulangan ayub ke tanah air…(ayub dan nenek sempat jumpa di airport terengganu)… Al-Fatihah……