khutbah jumaat

by ibnu yusof

Khutbah Jumaat mingguan NEGERI TERENGGANU yang disediakan oleh Imam Besar Negeri Terengganu- Ustaz Aizi Saidi bin Abdul Aziz... hari ni tajuknya Nikmat Kemerdekaan Ubah Gaya Hidup.... kalau sape-sape rase rajin nak bace... sila klik disini... wassalam

semalam aku gi klinik wan fazidah kat batu 6... batu ape? batu 6....

sekali cik dah (dr wan fazidah) kabo kat aku....

"cik dah rase awok ni kene gastrik...."

gastrik... apakah itu gastrik... betul ke aku ni kene gastrik... xkot... mungkin cik dah saloh tu (macam aku le pulak doktor nya.... hehehe)... kan gastrik ni untuk orang yang kurang makan @ tak makan... sedangkan aku? huhuhu

Jawapan:
Seseorang yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati.

Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi.

Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.

Seperti yang saudara katakan, apabila muntah saudara akan berasa lega. Sebenarnya, muntah juga membantu untuk melegakan rasa kepedihan.

Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair.

Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’.

Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.

Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.

Sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik adalah baik bagi mereka mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor.

Jawapan disediakan oleh: Dr Jamaludin Yusak, Pakar Bedah Am Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC).


haaa... ni lah die rupenye gastrik... aku pon baru tahu ape bendenye... seme simpton yang DR tu sebut ade kat aku... jadi memang tidak syak lagilah aku ni kene gastrik... jadi betul lah kate dr cik dah tu.. huhuhu... aku baru tahu betapa sakitnya n xselesanya perut bile kene gastrik ni... huhuhu... semoga Allah taala menyembuhkan aku... amiin...

MEGA SALE KEMBALI LAGI!!!

Pelbagai tawaran hebat disediakan... bermula 22 ogos sehingga 19 september.... jangan lepaskan peluang keemasan ini... hanya sekali setahun...

- tawaran sehingga 70 kali ganda pahala bagi bagi 1 IBADAT WAJIB...

- pahala 1 ibadah sunat bersamaan 1 ibadah wajib...

- segala pintu neraka ditutup...

- segala pintu syurga dibuka seluas-luasnya...

- segala syaitan dan keturunannya dibelenggu...

-bacaan al-Quran akan digandakan setiap huruf 10 kali ganda... dan tidaklah aku katakan الم itu satu huruf, tetapi ا satu huruf, ل satu huruf, dan م satu huruf... الم = 30

-dibukakan segala pintu pengampunan... barang sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan bersungguh-sungguh maka akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu...


satu hadiah BONUS disediakan untuk para pengunjung yang bersungguh-sungguh mencari....

1malam lebih baik dari 1000 bulan... 1000 bulan = 83 tahun 4 bulan...

83 tahun 4 bulan x 70 (pahala 1 ibadah wajib) = ?

cubalah kita semua hitungkan pahala yang mungkin kita akan dapat sekiranya kita bersungguh-sungguh menunaikan ibadah dibulan yang mulia ini... tidaklah kita mengira pahala bagi ibadah-ibadah yang kita lakukan ini sebagai satu cara untuk kita berbangga-bangga denga ibadah yang kita lakukan... tetapi sebagai penyuntik semangat untuk kita bersungguh-sungguh untuk mencari keredhaan Allah... dan sebagai pembakar semangat untuk kita terus beribadat kepada Allah taala...

Dan banyak lagi tawaran-tawaran yang lain disediakan... maka amatlah TIDAK BIJAK bagi orang-orang yang tidak mengambil peluang KEEMASAN ini... marilah kita bersama-sama berusaha menghidupkan bulan ramadhan al-mubarak kali ini dan semoga kita akan mendapat "IJAZAH" keTAQWAan daripada ALLAH taala... dan janganlah kita termasuk dalam golongan manusia yang mengsia-siakan bulan ramadhan... insya Allah...

*****

malam pertama terawikh... aku bertugas di surau ladang dikampung ladang... selesai berterawikh lebih kurang jam 10:10 malam... aku keluar minum malam dengan geng-geng mat rempit yang kini telah menjadi pengikut setia ustaz azhar... dan ustaz azhar turut bersama-sama kami menyentap air disebuah kedai dibawah pokok di ladang... tiba-tiba datang seorang lelaki terkocoh-kocoh seolah dikejar hantu pontianak (tapi bukan ke hantu setan dah kene belenggu mase tu... )

" ustaz! ustaz!... tolong ustaz!..." kami dah mula kalut...

" tolong nape?" tanye ustaz azhar cemas...

" tolong tahnik anak kite jap" jawab si lelaki....

" huhuhu...mengsaspenkan saje lah encik ini..." aku berkata dalam hatiku....

ustaz azhar berpaling kat aku.... tersengih-sengih... semacam je aku tengok ustaz... sekali ustaz kate...

" kite mula-mula... pahtu deme plok deh".... aku terpana... mula berpeluh...

" aiii... aku pon kene ke?" detik ku didalam hati....

si ayah mengeluarkan seorang bay perempuan yang comey... dan diberikan kepada ustaz... ustaz menyambut dengan muka yang tenang... sekali lagi si ayah menuju ke kereta... aku ingatkan mungkin nak ambil barangan untuk mentahnik si bayi... tetepi rupa-rupanya....

seorang lagi baby perempuan yanmg tidak kurang comeynya dikeluarkan dari kereta.... dan perlahan-lahan bayi itu dibawa menuju ke satu arah yang amat aku kenali... ke mana? ke arah Akulah.... huhuhu... aku menyambut bayi tersebut dalam keadaan buat-buat tenang... tapi sebenarnya aku amat berdebo... ini bukanlah pengalaman pertama aku mentahnik bayi... tapi oleh kerana amat jarang sekali jadi aku tetap kalut...huhuhu... nasib baiklah ade ustaz azhar memberikan sedikit sebanyak tunjuk ajar kat aku... kalau tak... mahu berpeluh seluruh badan aku ni...hehehehe... tapi korang tahu tak kat mana kami berdua mentahnik kedua-dua baby tersebut?

KAT DALAM KERETA WISH USTAZ AZHAR..... aku duk depan... ustaz duk belakang... hihihi

satu pengalaman yang manis untuk aku di malam pertama ramadhan... semoga Allah menjadikan kedua-dua bayi itu anak-anak yang solehah... yang berbakti kepada kedua-dua ibubapanya dan juga agama dan bangsa... amin...

*****

Semoga ramadhan kita pada tahun ini menjadi satu titik mula perubahan dalam diri kita untuk menjadi hamba yang lebih cemerlang gemilang dan terbilang... insya Allah...

RAMADHAN KAREEM... ALLAHU AKBAR!!!

TOPENG VS PURDAH

by ibnu yusof

"yea yea hantu raya mari doh..... yea yea hantu raya mari doh...."

"haaa.... nangis lah lagi...kekgi mok wi ke orang tu...."

begitulah lebih kurangnya...

suatu keadaan...

suatu panorama...

suatu fenomena...

dan suatu jeritan yang biasa kita dengar pada zaman kita kecik-kecik dulu...

satu golongan yang disamakan dengan HANTU RAYA ataupun sebagai bahan untuk menakutkan anak-anak yang sedang menangis supaya cepat berhenti dari tangisan mereka...
mereka digunakan sebagai bahan untuk menakutkan orang dengan pelbagai gambaran...
mereka digunakan sebagai bahan untuk bergelak ketawa dan bahan untuk berlucuan sesama kawan-kawan dengan pelbagai cerita yang kadang-kadang sampai satu tahap mengaibkan diri mereka...
dan
mereka dijadikan sebagai bahan kutukan, tohmahan, cercaan, fitnah walaupon mereka tidak ada kaitan pon dengan apa yang berlaku...

tetapi
mereka tetap sabar.... mereka yakin dengan janji-janji Allah... dan mereka berpegang dengan ayat-ayat yang Allah turunkan kepada pesuruhnya NABI MUHAMMAD SAW....

dan kini segalanya berubah


dimana-mana sahaja kita akan berjumpa dengan HANTU RAYA... dimana-mana sahaja kita akan berjumpa dengan golongan seperti mereka... bahkan kita juga mungkin telah termasuk dalam golongan seperti mereka... tidak kira lelaki atau perempuan semuanya telah menjadi HANTU RAYA...

HANTU RAYA sudah tidak lagi menjadi sesuatu yang ditakuti.... kenapa? kerana HANTU RAYA sudah berkeliaran.... berkeliaran hampir diseluruh dunia....


ALLAH TAALA maha berkuasa... Dia pasti akan menolong hamba-hambanya... yakinlah bahawa segala yang ALLAH perintah kita lakukan dan perkara yang nabi arahkan dan perkara yang para ulamak sarankan pasti ada hikmah disebaliknya.... segalanya telah terbukti...


H1N1


membawa perubahan besar dalam institusi kehidupan manusia... suatu penyakit yang menyebabkan seluruh dunia berada didalam keadaan kemurungan dan berjaga... penyakit yang yang disebabkan oleh sejenis virus... virus hasil dari gabungan diantara 3 virus yang berbahaya dari 3 jenis makhluk yang berbeza.... selsema manusia + selsema burung + babi = selsema babi... membawa kesan yang amat merunsingkan seluruh umat manusia... yang telah meragut beribu-ribu nyawa manusia....

" DIHARAMKAN KEATAS KAMU BAANGKAI-BANGKAI DAN DARAH-DARAH DAN KHINZIR (BABI)..."- Al-maaidah:3

masihkah kita ingat suatu ketika dahulu... satu berita yang menggegarkan keimanan kita sebagai seorang islam.... menggelegakkan darah kita sebagai seorang islam yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah....

seorang pelajar perempuan BERGAMBAR MESRA dengan seorang lelaki? itu ke beritanya? jawapannya ialah BUKAN... dan sekiranya itu berlaku.... itu bukan suatu perkara yang pelik zaman kita sekarang ini... tetapi yang menjadi suatu yang amat menghinakan kita sebagai umat islam ialah SEORANG PELAJAR PEREMPUAN BERGAMBAR MESRA DENGAN BABI!!!

masihkah kita ingat?

dikala itu semua alim ulamak mengeluarkan fatwa bahawasanya perkara itu adalah HARAM... NAJIS.... dan tidak dibolehkan dalam islam....

tetapi dalam ketika yang sama ada juga seorang cendikiawan yang bergelar PROF turut mengeluarkan FATWAnya...

" kenapa kita mesti membenci BABI? bukankah babi itu juga makhluk ALLAH? jadi hendaklah kita sayangi BABI sepertimana kita syangkan makhluk Allah yang lain.... "

so... persoalannya sekarang ini.... adakah prof ini masih menyayangi bintang yang bergelar BABI ini selepas segala apa yang berlaku? adakah adakah prof tidak mengetahui bahawa babi ini adalah antara binatang yang SUNAT dibunuh seperti cicak? dan kenapakah babi tidak dihapuskan sepertimana burung @ anak beranaknya dihapuskan ketika mana berlakunya selsema burung?

kini antara barangan yang amat diperlukan disebalik kekurangan gula ialah topeng muka... menjadi kepentingan kepada setiap manusia pada ketika ini... yang dahulunya hanya para doktor yang memakainya.... dan kini hampir semua orang menjadi doktor...

dan beruntunglah golongan yang pernah digelar dengan panggilan HANTU RAYA ini...

kenapa?

kerana mereka BERPURDAH dan tidak lagi perlu untuk membeli TOPENG yang kini berharga rm 1.50 sehelai... mahal tu... 1 hari 1 helai... 30 hari 30 helai... dan beruntung jugak sebab mereka boleh menyesuaikan PURDAH mereka dengan pelbagai warna pakaian mereka... dan tidak perlu berhabis duit untuk membeli TOPENG... dan sememangnya mereka telah memakai purdah sebelum berlakunya H1N1.

dengan ini... saya menyeru para pembaca yang bergelar wanita untuk menjadikan peluang yang Allah jadikan ini untuk berjinak-jinak memakai PURDAH@NIQAB@KHIMAR.... jadikanlah ia sebagai satu titik permulaan baru dalam hidup anda bersama-sama memakai tudung litup...

dan saudara ku yang lelaki kekalkanlah dengan topeng-topeng anda... dan jangan lah anda cuba untuk berjinak-jinak untuk memakai PURDAH... dan jika anda hendak cuba jugak... saya tak bertanggung jawab... hehehe

wassalam...







SECEBIS RENUNGAN

by ibnu yusof

MASJID NABAWI

EMAIL NI DAH BANYAK KALI AKU TERIMA... EMAIL MENGENAI SEORANG PENJAGA KUBUR NABI BERMIMPI BERTEMU NABI S.A.W... TAK TAHU SETAKAT MANA KESAHIHANNYA... CUMA YANG MANA ANDA SEMUA RASAKAN ADA KEBAIKAN DAN ISTIFADAH CUBALAH KITA SEMUA AMALKAN DAN AMBIL PENGIKTIBARAN.... DAN YANG MANA TAK BAIK MARILAH SAMA-SAMA KITA AMALKAN... SEMOGA ALLAH TAALA MEMBERKATI HIDUP KITA SEMUA... DAN SEMOGA KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN HAMBA-HAMBANYA YANG SOLEH INSYA ALLAH...

*****

BERITA PENTING

BERITA UNTUK UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA. SURAT INI DATANGNYA DARI SYECKH ACHMAD DI SAUDI ARABIA . "AKU BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH SWT DAN NABI MUHAMMAD SAW, WASIAT UNTUK SELURUH UMMAT ISLAM DARI SYECKH ACHMAD SEORANG PENJAGA MAKAM RASULULLAH DI MADINAH, YAITU DI MESJID NABAWI SAUDI ARABIA..

"Pada malam tatkala hamba membaca Al'Quran di makam Rasulullah, dan hamba

sampai tertidur, lalu hamba bermimpi. Didalam mimpi hamba bertemu dengan

Rasulullah SAW, dan beliau berkata, "didalam 60.000 orang yang meninggal dunia, di antara bilangan itu tidak ada seorangpun yang mati beriman, dikarenakan:


1. Seorang istri tidak lagi mendengar kata-kata suaminya


2. Orang yang kaya yang mampu, tidak lagi melambangkan atau menimbangkan rasa belas kasih kepada orang-orang miskin.

3. Sudah banyak yang tidak berzakat, tidak berpuasa, tidak sholat dan tidak menunaikan ibadah haji, padahal mereka-mereka ini mampu melaksanakan.

Oleh sebab itu wahai Syechk Achmad engkau sabdakan kepada semua ummat manusia di dunia supaya berbuat kebajikan dan menyembah kepada Allah SWT.

"Demikian pesan Rasulullah kepada hamba, Maka berdasarkan pesan Rasulullah tersebut dan oleh karenanya hamba berpesan kepada segenap ummat Islam di dunia.

Pesanan nabi:

a. Bersalawatlah kepada Nabi Besar kita Muhammad SAW.

b. Janganlah bermalas-malasan untuk mengerjakan sholat 5 ( lima )waktu.

c. Bershadaqoh dan berzakatlah dengan segera, santuni anak-anak yatim piatu.

d. Berpuasalah dibulan ramadhan serta kalau mampu tunaikan segera ibadah haji.

realiti kehidupan...

by ibnu yusof

assalamualaikum w.b.t...

Dah lama sangat rasenye tak ku update blog ni... disebalik kehidupan ku yang nampak macam takde keje.. tapi sebenarnya aku memang sibuk mengalahkan pak menteri... keluar pagi balik petang...dah jadi macam pekerja kerajaan... mujurlah aku ni tak kene punch card.... punch bag pon takde... kalau mende tu pon aku kene buat maknanya aku perlu diberikan gaji bulanan yang tetap... sebab hanya orang yang bergaji je boleh punch kad ni...bukan sebarangan orang boleh suke-suke nak masukkan kad ke dalam mesin tu... aku teringat cerita orang dulu... tapi sekarang pon sama...

contohnya...

" Man... mu tolong kaver (cover) aku... tolong punch kad untuk aku deh... aku lambat sikit ni..."

aku rase situasi sebegini adalah perkara biasa.... perkara biasa yang berlaku dikalangan kita, sahabat-sahabat, saudara mara dan orang-orang sekeliling kita. terlalu biasa hingga semua orang menganggapkan itu semua seperti TIADA APA-APA... dan bukannya satu kesalahan... sedangkan kalau kita menghalusi perkara ini... mungkin kita boleh klasifikasikan sebagai perkara yang berdosa... dan boleh juga dikatakan sebagai menipu.... mungkin ade diantara pembaca yang kate....

"yelah... mu dok ape lah... mu dok keje agi.... sedak lah mu cakap... kekgi bile mu keje mu tahu lah..."

kalau kite perhatikan sedalam-dalamnya... sebenarnya semua itu ade kaitan dengan keberkatan rezki yang kita cari... keberkatan rezki yang Allah kurniakan kepada kita... rezki yang kita akan berikan kepada anak isteri kita... adakah ianya betul-betul HALAL... bayangkan kita berusaha untuk mencari rezki yang Allah redhai... tapi sebab kelalaian kita yang sedikit... ade juga bercampur dengan sesuatu yang shubhat... renungkan lah...

Dan bersempena dengan nisfu Syaaban pada hari ini marilah kita memperbanyakkan istighfar kita kepada Allah taala... kerana pada hari ini Allah membuka seluas-luasnya pintu keampunan NYA kepada hamba-hambaNYA yang bertaubat dan menyesal diatas segala kesalahan yang dilakukan... dan bersamalah kita berusaha dalam menjauhi perkara-perkara dosa dan maksiat walau sekecil mana pon dosa itu... kerana setiap dosa yang kita lakukan Allah taala akan meletakkan satu titik hitam dihati kita... bayangkan sudah banyak mana titik hitam yang melekat dihati kita semenjak kita aqil baligh hinggalah sekarang... bersamalah kita membuka lembaran hidup yang baru dalam meneruskan sisa-sisa hidup kita didunia sebelum kita dijemput untuk menghadap SANG PENCIPTA...

Wallahu'alam....