Cerita Haji

by ibnu yusof

“Ish…macam mana nak mulakan ni? Kat mana nak kena stat ni? Nak masuk kot mana ni? Macam mana nak update ni? Alahai PASSWORD dah TAK INGAT…”...begitulah kekalutan yang berlaku akibat lama tak update....

Salam Zulhijjah dan Salam Aidil Adha….

Dah lama sangat tak update blog ni… bila nak update mulalah pening kepala camni camtu… semua dah tak ingat… nak kena remind semula segala benda dan password yang pernah dibuat untuk membuka blog ni. Nasib baik tak delete je terus…hehehe…

Kalau nak diikutkan banyak sangat nak bercerita kali ni.. al-maklumlah lama sangat tak update.. cerita kawen lah, cerita itu lah, cerita ini lah… tapi tak apa… insya Allah cerita itu semua akan diceritakan kemudian. Hari ni kita membicarakan mengenai tajuk yang sangat PANAS, GEMPAK, dan paling relevan untuk dibacarakan iaitu… HAJI..

Hari ini adalah hari ke-8 dalam bulan Zulhijjah bagi tahun 1431 hijrah bersamaan 14 November 2010. hari ini juga dikenali sebagai Hari Tarwiyyah kerana pada hari tersebut para jemaah haji menyediakan air untuk kegunaan mereka di Arafah dan Mina selama tempoh mereka mengerjakan haji.

Pada pagi hari Tarwiyah, Jemaah haji Asia Tenggara termasuk Malaysia akan dibawa terus ke Arafah, tidak dibawa ke Mina sebagaimana Baginda SAW dan para sahabat melakukannya. Baginda berada di Mina melakukan solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isya’ dan Subuh secara qasar dan tidak menjamaknya.

Dan kalau tak silap, bermula semalam Jemaah Haji sudah memulakan perjalanan mereka untuk melaksanakan ibadah haji mereka. Walaupun hari tarwiyyah tidak termasuk dalam rukun haji atau pun wajib haji, akan tetapi perlu diingat bahawa hari tarwiyyah merupakan salah satu dari sunnah Rasulullah S.A.W dalam melakukan haji baginda. Dan sebagaiman yang telah kita ketahui juga bahawa haji Rasulullah merupakan haji TERBAIK dan PALING SEMPURNA. Sebab itu Rasulullah bersabda dalam satu hadith yang berbunyi :

خذوا عني مناسككم

“ Ambillah dari ku manasik (ibadah) haji kamu”

Kini memang sudah pasti jalan dari Masjid Haram menuju ke Mina melalui jalan Aziziah Syamaliah sedang sesak dan jem teruk. Perkara ini adalah lumrah dan berlaku saban tahun bagi mereka-mereka yang berada di Kota Makkah al-Mukarramah. Bagi mereka yang keluar rumah dan ingin membeli barangan yang belum dibeli untuk bekalan dirumah mahu pun bekalan untuk haji pasti akan menyesal kerana tidak menyediakan barangan tersebut lebih awal.

Insya Allah jika dipanjangkan umur saya akan mengikuti rombongan haji anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Makkah yang turut sama disertai oleh para pelajar Malaysia Makkah, Konsul Pendidikan Malaysia di Jordan, yang berbahagia Ustaz Sulaiman dan keluarga dan turut dicerikan olehe beberapa keluarga dari engineer Malaysia yang bertugas di Makkah dan madinah. Perjalanan kami biiznillahi taala akan bermula esok esok pagi dan route kami adalah dari Rumah PPM di Aziziah menuju ke Batha’ Quraisy untuk mengambil kumpulan yang berkumpul disana, seterusnya akan menuju ke arafah, mudzalifah dan insya Allah akan terus ke Masjid Haram untuk menunaikan tawaf ifadhah dan sa’ie haji. Urusan untuk melontar akan kami lakukan pada keesokan harinya iaitu pada 10 Zulhijjah bersamaan hari raya Aidil Adha.

Doakan semoga Allah taala memudahkan urusan haji kami pada tahun ini, dan semoga semua jemaah haji yang datang menunaikan rukun islam kelima ini akan mendapat haji yang mabrur dan mendapat ganjaran yang setimpal dengannya dari ALLAH subhanahu wa taala.

Wassalam.

لبيك اللهم لبيك...... لبيك لا شريك لك البيك.... إن الحمد والنعمة لك والملك..... لا شريك لك








Seminggu

by ibnu yusof

Jam menunjukkan 340 petang. Hari ni merupakan genap seminggu saya menjejakkan kaki di bumi Terengganu Darul Iman. Alhamdulillah masih sempat bertemu dengan kedua ibu bapa, adik beradik saudara mara dan sahabat handai. Dan sudai merasai kenikmatan memakan berbagai-bagai jenis makanan…. Patin masak tempoyak, nasi ayam istimewa (sebab orang istimewa yang masak), sate ayam(bukan seperti di surabaya), dan hari ni yang paling best masakan chek, sup tulang… perggh… walaupun pakai nano patch tetapi tidak mampu menahan seleraku untuk makan…hehehe… Alhamdulillah…

Semalam lebih kurang jam 5:30 petang saya pergi ke besut bersama-sama aswadi untuk menguruskan mengenai program KEMBARA MUSLIM anjuran PPM Makkah dan saya ditugaskan untuk menguruskan program ini. Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik dan insya Allah program ini akan berjalan seperti mana yang dirancangkan iaitu pada 26-28 julai ini insya Allah. Berkebetulan dah berada di sana saya tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan sahabat-sahabat yang sedang mengajar di MRSM Kota Raja dibesut. Lama sangat tak jumpa… sungguh rindu dan berbual hingga mencecah jam 1 pagi. Ingatkan memang tak mboh (tak nak) balik… tetapi memandangkan wadi ade kerja pada hari ini terpaksa mengagahkan diri untuk memandu pulang ke kuala Terengganu.

Pengalaman oh pengalaman…

Memandu bertemankan wadi yang kadang-kadang bersuara kadang-kadang menyepi dan juga bersahabatkan radio IKIM.fm yang tak berhenti-henti berbunyi yang saya sendiri pon tak tahu bila akan berhenti celotehnya (semoga tidak akan berhenti selamanya), saya meneruskan perjalanan sehingga mata dah hampir tertutup. Tiba-tiba terdengar suara DJ memberikan pesanan yang lebih kurang maksudnya “kalau dah mengantuk tu berhenti leee… ingatlah orang yang tersayang… hang tu dah nak kawin”… (boleh percaya ke DJ sebut ayat tu? hehehe).

Tengok kiri intai kanan… Alhamdulillah ada jugak sebuah masjid kat sebelah kiri kalau xsilap nama masjid tu Masjid Batu Rakit…. Memang dah dekat nak sampai rumah tapi oleh kerana mengantuk yang amat saya tetap memberhentikan kereta di halaman masjid. Siap timing jam untuk tido selama 30 minit. Tetapi apakan daya, kerana mengantuk yang amat terlajak sampai 2 jam.. terkejut dari tidur jam dah menunjukkan 4 pagi. Lega rasanya mata ni selapas diberi sedikit kerehatan oleh Allah. Oleh kerana subuh sudah hamper saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah wadi untuk menghantsrnys bersama-sama timun cina (tembikai) yang dibeli kat besut. Lebih kurang jam 5 pagi saya sampai kat rumah dan Alhamdulillah ayah saya dah bangun ketika tu. Kalau tak bangun lagi mungkin saya terpaksa tido kat luar rumah sebab tak ada kunci. Pengalaman pertama tidur di tepi jalan. Tak pernah lagi selama ini saya memandu dan berhenti untuk tidur walau bagaimana mengantuk sekalipun. Tapi kali ini saya berhenti jugak kerana saya ingat kepda orang-orang yang saya saying dan orang orang-orang ynag menyayangi saya.

Jadi faedah yang boleh didapati pada penulisan saya kali ini ialah:

1) Semua makanan yang sedap-sedap dah saya makan, tapi durian belum lagi saya makan (ruginya)

2) Tautkan kembali ukhuwwah dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa

3) Memandulah dengan cermat dan INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG-pesanan ini dibawakan khas kepada para pemandu oleh semua orang yang menyayangi anda dan orang-orang yang anda sayang.

Wassalam..

P/S:-

1- Selamat ulang tahun yang ke 9 kepada IKIM.FM… semoga terus maju dalam menyebarkan dakwah dan mempopularkan lagi genre nasyid Negara.

2- Takziah diucapkan kepada nik ayub (nik fairul irwan) sekeluarga diatas pemergian nenda tercinta sehari selepas kepulangan ayub ke tanah air…(ayub dan nenek sempat jumpa di airport terengganu)… Al-Fatihah……

Dengan ini saya telah mengupdatekan blog saya. untuk mengetahui apakah isi kandungannya, silalah baca entri sebelum ini yang bertajuk misteri nusantara. enjoy...

Misteri Nusantara

by ibnu yusof


Abang Rahmat Abu Nong


Siapakah jejaka tampan yang dipublishkan dalam blog ini? Apakah kaitannya dengan diri saya?apakah pekerjaannya?apakah hobinya?Jika anda ingin mengenalinya dengan lebih dekat, tunggu saya abes exam hari isnin ni dan insya Allah saya akan ceritakan kepada anda semua siapakah dia... =)Jam menunjukkan 4:06 am. Sebentar lagi akan subuh. Kalau nak diikutkan jadual saya pada hari ini, kira-kira 17 jam lagi saya akan berada diawangan untuk kembali menuju ke negaraku yang tercinta MALAYSIA. Berikut adalah jadual penerbangan yang saya dapat dari kakak saya:

Departure from Jeddah : 9.00 pm (Thursday)

Arrival at KLIA : 11.00 am (Friday)

From KLIA to Terengganu : 2.50 pm (Friday)

Arrive at Terengganu : 3.45 pm (Friday)

Terima kasih kepada kakak saya Norul Akmal binti Mohd Yusof kerana bersungguh-sungguh membantu saya utuk menukar penerbangan saya dari 23 jun ke 24 jun.

Kenapakah saya ingin menukarkan penerbangan saya dari hari rabu kepada hari khamis? Adakah kerana saya tidak teringatkan keluarga dikampung? Ataupun sememangnya saya tidak mahu pulang ke kampung? Tidak… tidak sama sekali perasaan sebegitu wujud didalam hati ini. Mana mungkin anak kelahiran bumi Terengganu ini melupakan dan tanah tempat kelahirannya. Mana mungkin seirang anak yang masih mempunya ibubapa yang amat menyayangi dan merinduinya tidak mahu kembali kepangkuan mereka. Kalau begitu apakah sebabnya?

Anda ingat tak yang saya pernah bercerita mengenai sakan saya? Kalau silap saya waktunya lebih kurang begini juga. Waktu hamper untuk saya kembali ke tanah air. Tak apa… kalau belum baca ataupun berminat untuk membaca dan mengetahui boleh klik disini.

Kisah bermula…

“Sah! Jom kite gi tepoh tiket balik kat TAYYAR (travel agency). Kite tepoh awal-awal dok bolok arok ngak dengan orang lain. Kekgi kalu tepoh lepas cuti sem ni mesti ramai orang berebut. Jadi baik kite tepoh terus leni” ujar nawi kepada aku dengan penuh keyakinan. Dan memang benar kata-kata nawi itu. Sememangnya selepas habis sahaja cuti pertengahan sem, kedai tayyar dipenuhi dengan berbagai-bagai jenis bangsa dan warna.

Alhamdulillah, nasib baik aku dengor cakap nawi tu. Kalau tak dengar memang kompem aku akan turut sama bergelut dengan mereka-mereka yag lambat membuat tempahan dan aku akan turut sama menunggu giliran bersama . yang amat menyakitkan hati dan memang menjadi kebiasaan bangsa Negara yang saya berada ini lakukan ialah potong barisan. Mereka tak pernah nak mengendahkan orang-orang yang baik seperti saya ini duduk beratur dan menunggu giliran. Yang mereka tahu… aku Saudi dan aku nak cepat. Orang lain? Aku tak peduli. Begitulah sikap jual ikan yang masih kuat didalam diri mereka ini. Tak mengapa, kita tinggalkan cerita pasal mereka-mereka ini.

Setelah berlaku sedikit masalah diantar kami dan seorang pegawai HEP yang menguruskan tiket, Alhamdulillah tiket berjaya dikeluarkan dan aku dan nawi mendapat tiket 23 jun 2010. Selang beberapa hari, kami menghadapi final exam dan seperti biasa jugak aku tak dapat nak fokuskan sangat dengan exam kerana jiwa ku sudah di Malaysia. Semakin hari ingatan ku kepada Malaysia semakin kuat dan semakin lama tumpuan ku kepada exam semakin menghilang. Alhamdulillah exam berjaya diselesaikan dengan baik.

Persediaan untuk pulang masih belum complete dan masa semakin hampir ke penghujung. Kekalutan mula berombak didalam fikiran ku. Memikirkan masih banyak barangan yang belum dibeli. Kotak yang masih belum dicari dan berbagai-bagai lagi.

Kalau aku tukar tiket lambat sehari pon takpe kot?

Aku mula memikirkan untuk menganjak tarikh kepulangan ku. Dan semakin lama hatiku semakin kuat berkata demikian. Seperti ada apa-apa yang akan berlaku.. begitulah mengikut firasat sufi ku.(perasan je ni).

Berbetulan beberapa hari yang lalu aku melepak bersama-sama abang khuz sambil-sambil tengok bola gelas dunia, aku bertanya kepada abang khuz “ kaki la balik bile abang khuz? Abang khuz menjawab 24 jun.. oooo… ana 23 jun ni doh. Beza sehari jelah. Kalau camtu ana tukar flight lah. Ana balik 24 jugok lah. Boleh teman kak ila (sedang sarat mengandung dan balik untuk deliver baby di Malaysia). Laju je mulut ku menuturkan kata-kata itu seolah-olah aku sudah merancang untuk berbuat demikian. Alas an ku untuk pulang lambat semakin kuat. Mungkin inilah sebabnya Allah gerakkan hati ku untuk bertukar tarikh penerbangan. Aku sememangnya kalau boleh akan cuba menolong sedaya upaya aku jika keluarga abang khuz ini berada didalam satu siatuasi yang aku agakkan aku patut menolong mereka, walaupon mereka tidak meminta pertolongan dari ku. Sebab mereka adalah keluarga kedua ku selepas kelurga ku di Malaysia. Kepada abang khuz dan kak ila aku banyak mengadu masalah, berbincang dan mendapat nasihat-nasihat yang berguna. Aku sangat beruntung mengenali keluarga ini. Aku rasakan tak salah untuk menukarkan tarikh kerana ingin menolong orang lain. Kalau aku sebagai suami, isteri yang sedang mengandung 7 bulan,nak balik ke Malaysia dengan menaiki pesawat selama 8 jam hanya bersama dengannya anak bongsu berumur 8 tahun.. memang wajib bagi aku untu bimbang. Walaupun tak ditunjukkan kepada sesiapa, tapi aku yakin memng itulah perasaan abang khuz pada ketika itu. Semoga dengan pertolongan aku yang kecil ini walaupun hanya sebagai peneman, dapat melegakan hati abang khuz.

Aku membulatkan tekad. Dan selepas memohon restu ibuku di kampung, aku mintak tolong kak ma untuk tukarkan tarikh penerbangan ku kerana keluarga sebelah abang ipar ku ade yang keje dengan MAS. Alhamdulillah Berjaya.

Allah maha pengasih lagi penyayang. Rupa-rupanya bukan itu sahaja sebabnya hatiku digerakkan untuk menukar tarikh.

Pagi tu aku makan dengan nawi kat kudu.. tiba-tiba nawi berkata “eh sah! Tadi hasan cari mu. Dia kata sakan nak pindah”… bagai nak luruh hati ku mendengar kata-kata nawi. Terus aku telefon hasan tapi tak berjawab. Aku telefon sulaiman kemboja dan berita itu disahihkan. Memang berita ini lambat disebarkan.universiti lambat mengeluarkan arahan. Terbayang diruang mataku kitab-kitab yang bertimbun-timbun didalam bilikku. Bahang kekalutan mula terasa. Semuanya duk bercampur aduk dalam kepalaku. Kat mana nak letak kitab? Sempat ke nak kemas sedangkan 2 hari lagi dah nak balik? Boleh ke…? Ade ke…? Semua soalan keluar dalam masa yang sama. Akhirnya jam di tengah jalan.

Alhamdulillah dengan pertolongan dari sahabat-sahabat terutamanya abang khuz maka aku dapat selesaikan segalanya dengan jayanya. Sebab tu lah seperti yang aku katakan tadi aku tak kesah untuk menolong abang khuz dan keluarganya tak kira msa dan ketika dan sekadar kemampuan kerana abg khuz tak pernah menolak untuk membantu sahabat-sahabatnya yang didalam kesusahan. Suatu sikap yang amat perlu ada dalam diri kita sebagai muslim.. terima kasih banyak-banyak abg khuz.

Waktu berlalu dan berlalu, kurang 16 jam lagi untuk aku tinggalakn bumi yang penuh barakah ini. Segalanya sudah selesai. Masalah asrama, beli barang n packing segalanya dah selesai. Cuma sekarang ni yg dibimbangkan ialah extra kilo… semoga dipermudahkan insya Allah.

Insya Allah entri seterusnya akan di update di bumi Malaysia. Ade cerita best yang akan saya ceritakan… nak tahu apakah dia? Tungguuuu…Sampai berjumpa lagi dilain hari..

wassalam.

*****

Kita kembali kepada cerita disebalik gambar. Siapakah lelaki hensem tampan macho bergaya ini? Hehe… inilah dia abang rahmat abu nong yang sentiasa ade kat crisis room. Dan kalau anda semua nak kenal… nilah satu-satunya silent reader saya yang datang umrah n datang berjumpa dengan saya… bangganya…hehehe…ade jugak rupanya silent reader saya ni ye. Abg rahmat ni kerjanya bahagian komunikasi. Dan antara kerjanya ialah menge ‘cek’ blog-blog yang sedang bertebaran dialam siber. Memerhatikan dan menganalisis data dan cerita dalam blog tersebut.. Ingat tak pasal blog yang menghina almarhum sultan johor aritu? haaa... Abg rahmat nilah yang pergi tangkap orang tu… Berdebar jugak dengar cerita ni. Kot-kot lah ade yang saya tulis dalam mengganggu ketenteraman awam. Hehe. Banyak benda yang dapat saya berkongsi dengan abg rahmat ni.walaupun baru berumur awal 30-an beliau amat berbakat dan berkarisma. Dan Alhamdulillah semsa datang umrah beliau baru sahaja mendapat surat untuk kenaikan pangkat. Alhamdulillah. Saya doakan semoga abang semakin maju jaya dan Berjaya didunia dan akhirat. Insya Allah ade rezki kite jumpa kat airport nanti…

Wallahu’alam.


dia datang...

by ibnu yusof


Jadual peperiksaan akhir bagi sem ini.

12/6/2010 (Sabtu) : Ilmu ad-Dilalah
: Adab 'Abbasi

13/6/2010 (Ahad) : Balaghah

14/6/2010 (Isnin) : Usul Tarbiyyah

15/6/2010 (Selasa) : Hadith

16/6/2010 (Rabu) :Tahlil al-Akhta'

17/6/2010 (Khamis) : Uluum al-Quran

19/6/2010 (sabtu) : Nahu

20/6/2010 (Ahad) :Dirasah Lughawiyyah min al-Quran

21/6/2010 (Isnin) : i'dad Manahij

23/6/2010 (Rabu) : Menuju ke MALAYSIA

24/6/2010 (Khamis) : Tiba di MALAYSIA tercinta- Jam 11am insya Allah.

Doakan kejayaan kami pelajar2 malaysia disaudi yang akan mula berperang pada hari esok. Doa kalian amat kami hargai..

Wallahu'alam.

dia datang...

by ibnu yusof

Jadual peperiksaan akhir bagi sem ini.


12/6/2010 (Sabtu) : Ilmu ad-Dilalah
: Adab 'Abbasi

13/6/2010 (Ahad) : Balaghah

14/6/2010 (Isnin) : Usul Tarbiyyah

15/6/2010 (Selasa) : Hadith

16/6/2010 (Rabu) :Tahlil al-Akhta'

17/6/2010 (Khamis) : Uluum al-Quran

19/6/2010 (sabtu) : Nahu

20/6/2010 (Ahad) :Dirasah Lughawiyyah min al-Quran

21/6/2010 (Isnin) : i'dad Manahij

23/6/2010 (Rabu) : Menuju ke MALAYSIA

24/6/2010 (Khamis) : Tiba di MALAYSIA tercinta- Jam 11am insya Allah.

Doakan kejayaan kami pelajar2 malaysia disaudi yang akan mula berperang pada hari esok. Doa kalian amat kami hargai..

Wallahu'alam.

orang ikhlas tertindas?

by ibnu yusof

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?


kredit to kak fida =)

EXTRA

by ibnu yusof

Disini bermulanya sebuah kisah….

Kira-kira hari jumaat baru-baru ini saya mendapat panggilan dari seorang sahabat yang dalam perjalanan menghantar jemaahnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Saudi kerana mereka dalam perjalanan pulang ke Abu Dhabi.


“Ustak Syah !!! Enta ade keje dok malam ni. Ambe nok mitok tulong skek ni. Malang ni ade sorang datok ngan dating nok wak umroh. Enta tulong bowok ah deh. Hehehehe.

Yang membawa maksud ~ ustaz syah! Enta ade kerja tak malam ni? Ana mahu meminta sedikit pertolongan dari enta. Pada malam ini akan ada sepasang suami isteri dato dan datin akan buat umrah. Bolehkah enta tolong bawakkan? Hehehehe ~


Tidak berapa lama kemudian telefon saya berdering lagi dan kali ini suara sedikit berumur yang memberikan salam.

Assalamualaikum… ni Pak Abu ni. Ustaz falah ade telefon tak? Engkau ni yang mana satu ye? Kite pernah jumpa ke? Maaf laa… pakcik ni ibarat cikgu. Anak murid datang … anak murid pergi. Diorang kenal pak cik cume pakcik je yang tak kenal dioarang… So macam mana? Boleh ke kau tolong pak cik bawakkan jemaah 2 orang tu? Kalau boleh malam ni lepas isyak kau datang ke hotel, nanti pakcik kenalkan kau dengan jemaah tu. Ni kawan pak cik yang mintak tolong. Pakcik tolong je. Ok?


Bermulalah sebuah cerita yang agak bermanfaat dalam hidup saya.

Lebih kurang jam 930 malam saya mula membawa Dato’ Syed Abu Hussein dan Datin Nasri memulakan ibadah tawaf umrah selepas memberikan sedikit penerangan ringkas kepada mereka mengenai ibadah umrah. Bukanlan suatu perkara yang sukar untuk memberikan penerangan kepada mereka berdua kerana keduanya adalah orang yang bijak pandai dan Dato’ Syed Abu Hussein pula sudah biasa datang untuk menunaikan ibadah umrah dan haji.

Alhamdulillah segala ibadah tawaf dan saie diselesaikan dengan baik dan mudah. Dan Allah memudahkan perjalanan perjalanan kami pada malam itu. Orang yang tawaf tidak terlalu ramai seperti sebelumnya mungkin kerana orang ramai telah pulang dari bercuti memandangkan cuti sekolah disaudi telah berakhir.

Lebih kurang jam 1130 malam kami selesai menunaikan ibadah umrah.selesai bertahallul dan berdoa diatas saki baki bukit marwah, kami bergerak menuju ke tempat penyimpanan kasut dan selipar di pintu nombor 1 King Abdul Aziz.

TAK ADA!!!... KALUT!!!

Beg kain yang didalamnya terdapat dua pasang selipar milik dato dan datin dah tak ada. Manakala kasut saya masih kemas ditempat asal tidak bergerak walau seinci.. Takut jugak rasanya andai kata dimarahi oleh mereka. Tetapi Alhamdulillah mungkin berkat dari ibadah yang dilakukan dan memang berasal dari orang-orang yang baik-baik, mereka hanya tersenyum dan berkata “ tak apelah ustaz.dah tak ada rezki kami… jom ustaz kite pergi cari makan. Kami belum makan ni.” semudah itu sahaja. Jutaan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana ditemukan dengan orang sebaik ini yang tidak mudah melatah dengan ujian yang diberikan. Maka kami berjalan menuju ke Safwah Tower untuk mencari kedai-kedai makanan yang masih dibuka pada ketika itu. Alhamdulillah masih ada kedai yang masih dibuka bertentangan dengan felda d’saji. Kalau tak silap kadai tyu namanya Cup a Corn.

Kami makan sambil berbual-bual mengenai pelbagai perkara yang berlaku samada di Malaysia dan juga disaudi. Satu persatu kami huraikan dengan mengemukakan pendapat masing-masing dan dihimpunkan menjadi satu keputusan di kedai kopi. Seperti parlimen pulak rasanya. Malam semakin larut dan perbincangan kami berakhir. Saya menghantar dato dan datin ke tempart penginapan merka di hotel Zam-zam Tower. Pertemuan kami pada malam itu berakhir disitu.

Telefon berbunyi air yang sedang menitik menunjukkan telah menerima satu mesej daripada seseorang.

Ustaz… kalau free boleh tak bawakkan kami makan kambing malam ni? Ajak haji abu sekali .

Oooo… dato rupanya yang hantarkan mesej.

Selepas solat isyak di masjid haram kami bertolak ke mat’am safa tanpa kehadiran pak abu bersama. Mungkin kerana kesibukan melayan jemaah cantumas yang menyebabkan pak abu terpaksa mengundurkan diri.

Di mat’am safa kami makan sambil berbual-bual. Rupa-rupanya dato syed mempunyai kilang memproses makanan halal seperti sardine, beras, kicap yang berjenama masjid. Dan katanya sardine buatan orang islam yang ada dipasaran hanyalah cap masjid dan pertima sahaja. Jika ada antara pembaca sekalian yang meminati makan dalam tin seperti sardine ini bolehlah mencuba barangan buatan orang islam.

Dato juga bercerita mengenai sikap sesetengah orang melayu yang lebih suka untuk berurusan dangan orang cina yang bukan islam daripada orang melayu islam. Katanya beliau bercakap berdasarkan pengalaman kerana dato syed juga salah seorang pembekal ayam mentah dan daging lembu mentah yang ditempah dari india. Beliau berkata para peniaga melayu lebih mementingkan keuntungan 10 sen kerana diberikan harga lebih murah bagi setiap kilo daging @ ayam daripada membeli bahan mentah yang pastinya halal yang dibekalkan oleh org islam yang berbeza harga sebanyak 10sen bagi setiap kilo. Sungguh menyedihkan.

Saya bertanya kepada dato apakah resepi kejayaan yang menyebabkan beliau mampu mendapat kejayaan seperti sekarang. Jawabnya mudah sahaja.
EXTRA… awak akan menjadi orang biasa jikalau awak bekerja seperti orang biasa. Dan sekiranya awak mahu menjadi orang yang mempunyai EXTRA maka awak perlu bekerja EXTRA, berfikir secara EXTRA dan bergerak secara EXTRA. Maka insya Allah awak akan dapat EXTRA. Suatu petua yang amat mudah didengar. Tetapi amat memerlukan kegigihan untuk membuat sesuatu yang EXTRA supaya menghasilkan sesuatu yang EXTRA.

Banyak lagi perkara yang kami bualkan bersama. Tetapi amat panjang jika saya menceritakan semuanya. Insya Allah jika ada kelapangan saya akan masukkan sedikit demi sedikit pengalaman yang saya ambil dari orang-orang yang berpengalaman untuk dikongsikan bersama-sama. Semoga kita semua akan mendapat manfaat dari apa yang ditulis ini. Sekian dulu untuk kali ini. Wassalam.





semalam

by ibnu yusof

Bismillahirrahmanirrahim… dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita dan seluruh alam semesta. Yang menjadikan manusia sebaik-baik kejadian. Dan yang menjadikan alam ini penuh dengan kecantikan dan keindahan. Selawat dan salam untuk junjungan besar Rasulullah S.A.W ahli keluarga baginda yang tercinta dan para sahabat baginda yang sentiasa berusaha untuk menegakkan kalimah Allah yang maha mulia di muka bumi ini.

Semalam saya bertemu dengan beberapa orang sahabat yang walaupun dekat dan belajar disatu tempat yang sama tetapi amat jarang mampu untuk meluangkan masa. Mungkin kerana kekangan masa dan tanggungjawab yg makin menimbun maka mereka tidak dapat selalu bersama. Tapi tidak mengapalah. Yang penting kita mempunya sedikit masa walaupun seketika untuk bersua dan berbicara. Tidak kira hal-hal keduniaan dan hal-hal yang berkaitan dengan akhirat. Merapatkan ukhuwwah islamiah kan adalah dituntut oleh agama kita. Betul x? kita memerlukan saudara-mara,sahabat-handai,teman dan taulan,masyarakat dan sebagainya dalam kita menjalani kehidupan seharian. Tanpa insan-insan ini siapalah kita. Kerana banyak perkara yang kita tidak mampu untuk membuatnya secara bersendiri.

Kita ambil satu contoh yang mudah iaitu satu majlis perkahwinan. Sememangnya kita sudah sedia maklum bahawa sebuah majlis perkahwinan memerlukan tenaga yang besar untuk menjayakannya. Kita memerlukan chef untuk memasak makanan, kita memerlukan tukang cuci untuk membersihkan segala pinggan mangkuk, kita memerlukan jurukhako (bahasa klate kot) untuk menghidangkan makanan, kita memrlukan orang kamera (cameraman) untuk mengambil gambar, memerlukan mak andam untuk bersolek dan ramai lagi orang-orangan yang perlu ada dalam menjaya majlis seperti ini. Cuba kita bayangkan jika kita berseorangan sahaja tanpa keluarga, sahabat dan masyarakat disisi kita. Tidak mungkin kita akan mampu menjalankan majlis ini dengan sebaiknya.

Kita dan masayarakat ibarat satu tubuh badan yang sempurna yang saling melengkapi antara satu sama lain. Jika kita tiada tangan maka kudunglah kita, jika kita tiada mata butalah kita dan jika kita tiada telinga maka pekak lah kita, jika kita tiada mulut tak bercakaplah kita dan sekiranya kita tiada kepala… Maka?

Didalam hidup bermasyarakat kita hendaklah pandai untuk menyesuaikan diri kita dengan keadaan sesuatu masyarakat. Perlu ada sikap berhati-hati dalam tindak tanduk kita. Menjaga tatatertib dalam pergaulan, dan yang paling penting ialah gaya dan keterampilan kita dalam dalam sesebuah masyarakat. Masyarakat pada kebiasaanya akan memerhatikan seseorang dan akan membuat penilaian dari pandangan pertama mereka kepada seseorang. Baikkah orang itu? Boleh dipercayaikah orang itu? Adakah dia seorang yang educated? Dan bermacam-macam lagi persoalan yang akan timbul didalam pemikiran masyarakat. Terutamanya yang baru hadir didalam kelompok mereka adalah seorang yang bergelar orang agama atau pun lebih mudah dipanggi sebagai ustaz. Masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang agama akan mentafsirkan seseorang berdasarkan cara mereka berfikir dan cara penampilan seseorang. Jika seorang yang asing datang dalam keadaan selekeh maka orang itu akan dikatakan miskin dan orang yang dating dalam keadaan bersih dan teratur, berpakaian kemas serta elegent sememangnya semua oaring akan melihat orang itu adalah hebat.

Oleh itu amatlah penting bagi kita untuk menjaga attitude dan penampilan kita kerana kita manusia terutamnya orang islam telah ditugaskan oleh Allah sebagai khalifah dimuka bumi ini. Dan ditugaskan sebagai pendakwah kepada agama Allah. Siapa yang kata tugas-tugas dalam berdakwah ini hanyalah untuk insan yang bernama ustaz? Siapa kata tugas berdakwah ini hanya untuk golongan ulamak? Sebenarnya tanggungjawab ini adalah untuk semua umat masyarakat. Kerana kita adalah khalifah Allah. Sebagai wakil Allah dimuka bumi ini. Dan Allah Allah menciptakan manusia untuk mengabdikan diri kepada-NYA. Bukanlah yang dimaksudkan mengabdikan diri itu hanyalah bersembahyang,mengaji dan berpuasa sahaja. Berdakwah dan membawa masyarakat kearah kebaikan juga adalah satu ibadah yang amat besar pahalanya.

Oleh kerana itu wahai sahabat pembaca yang dirahmati Allah sekalian, marilah kita menanamkan azam dan tekad kita untuk bersama-sama dalam berusaha untuk menjaga ukhuwah sesama insan, keterampilan kita sebagai seorang muslim yang sejati dan juga bersama-sama dalam mendidik masyarakat kita kearah kebaikan kerana Negara yang baik itu berasal dari masyarakat yang baik. Marilah bersama-sama kita mengamalkan segala perintah yang telah disyariatkan oleh Allah taala dan garisan yang telah ditetapkan oleh islam kerana islam IS THE WAY OF LIFE.

Wassalam.

sejuk

by ibnu yusof

Sejuk rasanya jari ini menulis kerana ramai yang membaca dan menunggu tulisan saya. mungkin sejuk inilah yang selalu diperkatakan kepada kaum ibu kerana mendapat anak yang soleh dan anak-anak yang mendapat kejayaan. Dan kebiasaanya juga sejuk ini dikaitkan dengan perut sebagai contoh yang familiar dan biasa kita dengar SEJUK PERUT IBU MENGANDUNG. dan kebiasaannya jugak sejuk ini ini dikaitkan dengan kebaikan dengan mengambil contoh ayat yang selalu didengari sejuk rasa hati ini bila mendengar wadi baca quran dan sejuk mata memandang tengok ayub pakai serban.ini merupakan contoh-contoh perkara kebaikan yang dikaitan dengan perkataan sejuk. jadi kita boleh merumuskan bahawa kesejukan dan kebaikan tidak dapat dipisahkan seperti mana aur dengan tebing dan seperti isi dan kuku. dan perkataan sejuk ini sendiri mempunyai maksud yang tersendiri apabila disebut-sebut dan mempunyai kaitan dengan sesuatu. cuma apa yang nak saya bagitahu disini adalah jutaan terima kasih kepada para pembaca blog perjalanan hidup seorang hamba ini kerana masih terus membukanya walaupun sekarang ini sudah amat jarang diupdatekan. Insya Allah dari masa ke masa saya akan teruskan penulisan yang tidak seberapa ini demi anda semua.


Syukran jazilan saya ucapkan kepada anda semua dan semoga kita akan bersama-sama mendapat manfaat dari kisah perjalanan hidup kita sebagai hamba. wallahu'alam..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih memanjangkan umur kita dan memberikan kita segala kenikmatan di dunia ini. Dan kita sebagai hamba hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita tidaka kira masa dan dimana jua kita berada. Semudah menyebut ALHAMDULILLAH. Tetapi mungkin jugak kerana terlalau mudah manusia mengambil remeh akan hal ini dan melambat-lambat untuk bersyukur. Marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran kita kepada Allah taala.Alhamdulillah.

Minggu ni adalah minggu cuti bagi seluruh Negara Arab Saudi. Suatu kelainan yang akan kita dapati disaudi ini ialah seluruh bahagian pendidikan bermula dari sekolah rendah kerajaan sehinggalah ke peringkat universiti. Jika dilihat dari satu sudut, keadaan seperti ini amat bagus jika boleh diamalkan dinegara-negara lain dan akan memberikan impak yang positif didalam institusi kekeluargaan. Jika perkara seperti ini diamalkan terutamanya dinegara kita Malaysia sudah barang pasti hubungan yang terjalin diantara ibu ayah dan adik beradik dan juga sanak saudara akan semakin erat. Cuba kita bersama-sama bayangkan jika Malaysia mengadakan cuti yang sama maka setiap adik beradik disemua peringkat umur boleh berkumpul dan membuat pelbagai program untuk bersama dengan keluarga.

Oklah saya tak mahu menjadi pengkritik bebas yang mengkritik dasar pendidikan yang telah sekian lama berlangsung dinegara kita cuma menyuarakan apa yang pernah terlintas didalam kotak pemikiran ketika mana melihat kelainan yang berlaku dinegara Saudi ini. Kelainan yang tak pernah saya lihat dinegara-negara yang pernah saya lawati (sebenarnya selain Saudi saya pernah ke Singapore je…). Disaudi ini kebanyakan keluarga akan keluar negara untuk bercuti dan ibubapa akan membawa semua anak-anak mereka untuk bercuti bersama-sama. Alangkah indahnya suasana seperti ini jika berlangsung di Negara yang kita cintai…

Sekarang berikutan daripada musim cuti sekolah, bumi Makkah dibanjiri ratusan, ribuan dan mungkin mencecah ratusan ribu orang yang datang bukan sahaja dari segenap pelusuk Saudi tetapi juga dari negara yang berdekatan dan berjiran dengannya. Semuanya datang dengan niat yang satu untuk beribadat kepada Allah taala dengan peluang sepenuhnya cuti yang telah diberikan kerajaan. Ini juga merupakan tanda syukur hamba kepada sang Pencipta. Jalan raya penuh sesak dengan kenderaan bermotor, hotel-hotel dan dar-dar semuanya telah full book. Dan amat payah untuk mencari walau sebuah bilik yang berkatil double,triple,quad mahu pon quint untuk disewa. Begitulah keadaan Makkah dikala ini. Memang membayangkan keadaan seolah-olah kita sedang berada didalam dimusim haji. Prebet-prebet sapu dan teksi-teksi sudah mula menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya tanpa ada kawalan harga dari kementerian dalam negeri dan hal ehwal pengguna Saudi. Begitu juga para peminta sedekah semakin berleluasa dalam meluaskan jajahan takluk mereka untuk terus meminta dan tidak dilupakan juga kepada para penjual samada African,Bangladesh Indian dan lain-lain yang gigih dalam menjual barangan jualan mereka dalam mencari sesuap makanan yang halal dengan cara berusaha menggunakan tulang empat kerat yang Allah kurniakan kepada mereka tanpa mengharapkan belas kasihan semata. Semoga Allah melimpahkan kerahmatan kepada mereka dan menambahkan lagi rezeki yang mereka perolehi. Amin.

Keadaan yang berlaku sekarang ini telah memberi kesan didalam kehidupan seharian saya. Belanja untuk pergi balik ke masjid haram semakin bertambah. Dari 4 riyal kini boleh mencecah sehingga 15 riyal. Jika dulu selepas jam 9:15 malam jalan sudah mulai lengang dan mudah untuk menhan mana-mana teksi mewah yang kita kehendaki untuk pergi ke janubiah isyarah jamiah (university’s traffic light…err betul ke ni?). tapi baru je tadi jam 11:15 malam dari hotel manazil raed, dalam keadaan jalan yang masih sibuk, saya masih terkiyal-kiyal mahu mencari kenderaan yang sanggup menghantar saya dengan bayaran yang setimpal. Akhirnya saya terpaksa berjalan kaki kembali menuju ke masjid haram dengan harapan ada kenderaan yang mahu menumpangkan saya. Alhamdulillah saya berjumpa dengan beberapa sahabat dari kemboja yang juga mahu pulang ke asrama. Bersama semangat yang kental saya mencari dan terus mencari. Ada kereta yang mahu mencekik darah saya dan kawan-kawan dengan menawarkan harga serendah SR 10 seorang yang membawa erti SR 50 bagi sebuah keretayang pada kebiasaanya hanya SR 2 seorang. Tetapi saya tidak berputus asa dan terus mencari sehingga terjumpa sebuah van yang bersetuju untuk menumpangkan saya dan para penumpang yang lain dengan bayaran SR 3. Alhamdulillah sekali lagi pujian kepada Allah kerana telah memudahkan urusan saya.

Akhirnya saya selamat sampai ke asrama dengan hati yang tenang dan gembira walaupun sebelum itu terpaksa bergelumang dengan bunyi bising hon kereta dan kesesakan lalu lintas yang terlampau.dan saya juga berasa amat gembira kerana saya berjaya mengumpulkan kembali semangat saya untuk kembali menulis didalam blog ini dan ditambah lagi dengan semangat seseorang yang sentiasa membuka dan membaca blog ini… adakah orang itu ANDA? Hanya anda yang tahu…  :)





MASA

by ibnu yusof

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Demi masa (1) sesungguhnya manusia berada didalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran (3). (surah al-a'sr:1-3)

Masa

Masa itu ibarat emas… Masa itu ibarat minyak petroleum…. Masa itu ibarat nyawa… begitulah kepelbagaian masa diibaratkan. Kalau diperhatikan setiap tashbih atau misalan atau ibarat yang datangnya bersama-sama masa itu adalah sesuatu perkara yang amat mahal dan berharga. Yang bukan mudah untuk didapati… tapi kenapa begitu mudah kita melepaskan masa begitu saja tanpa diisi dengan sesuatu yang berguna dan bermanfaat untuk diri, keluarga, bangsa dan agama.

Masa ibarat nyawa bagi manusia,
Mestilah diurus dengan bijaksana,
Hargailah masa dengan sebaiknya,
Supaya tidak rugi,

Masa yang ada,
Jangan dipersiakan,
Rancanglah dengan teliti dan berkesan,
Ilmu dicari luaskan pengalaman,
Ibadah dilupa jangan…

(lirik MASA dari kumpulan rabbani…entah betul entah tidak)

Masa begitu pantas berlalu… hari demi hari siang dan malam terlalu cepet meninggalkan kita seolah-olah keretapi laju meningalkan terminal. 24 jam sehari bagaikan tidak cukup untuk kita menempuhi kehidupan seharian dengan tanggungjawab dan bebanan yang besar yang perlu ditanggung oleh setiap insan. Memang benarlah kata-kata asy-syahid hasan al-banna sesungguhnya kewajipan adalah melebihi masa yang kita ada.

Contoh yang paling dekat dan mudah sy ambil… blog ini… terasa baru semlam diupdate tetapi hari ini merupakan hari ke-5 selepas post terbaru saya. Dan perjalanan sehari hari kita.. bermulanya kelas pada hari sabtu dan selang beberapa hari hari sabtu telah kembali tanpa sempat kami merasakan kenikmatan untuk bersenang-senang pada hari khamis dan jumaat. Sehinggakan banyak perkara yang berlaku diseantero dunia dan terutama sekali dinegara kita Malaysia kita terlepas pandang. Mungkin saya sebenarnya yang terlepas pandang. Keadaan kemarau yang berlaku hampir diseluruh Negara, kejadian buang anak letak dalam tong sampah kemudian bakar, buang anak didalam bungkusan kertas dan diletakkan dikawasan masjid dan lain-lain lagi. Masih terlalu banyak perkara yang berlaku.

Dan beberapa perkara yang berlaku di Makkah al-Mukarramah ini yang kurang diketahui ramai iaitu kejadian lif jatuh dari tingkat 5 sebuah bangunan hotel ternama yang disewa oleh sebuat travel yang popular di Malaysia . Tidak perlu saya sebut disini kerana takut mengguris perasaan sesetengah pihak. Kejadian ini berlaku pada pada 19/03/2010 kerana tali lif terputus dan melibatkan 6 orang jemaah Malaysia.Gambaran mengenai kejadian bolehlah dilihat di SINI.

Cerita mengenai masa ini amatlah banyak dan jika diceritakan 10 muka surat pun takkan habis. Tetapi ingin sekali saya ceritakan disini mengenai gelagat jemaah Malaysia yang datang mengerjakan umrah. Maaf jika ada yang terasa tetapi sebagai pengiktibaran kepada kita semua supaya tidak melalkukan seperti mana yang telah dilakukan oleh SEGELINTIR jemaah kita disini. Mungkin hanya kebetulan atau juga sudah menjadi kebiasaan kepada mereka. MELEPAK…. satu fenomena baru yang berlaku kalangan jemaah kita sekarang. Boleh dikatakan pada setiap kali lepas waktu solat ada diantara mereka tidak menggunakan sepenuhnya waktu yang ada untuk beribadat kepada Allah sekalipun mereka sudah mengetahui yang waktu mereka datang kesini adalah terlalu singkat. Saya tidak menyalahkan kedai yang berniaga tetapi saya rasa perlu diberikan penerangan khas kepada para jemaah supaya menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Dan kalau tidak silap saya setiap kali ceramah diadakan ustaz-ustaz akan menerangkan mengenai kelebihan beribadat di 2 tanah haram. Dan disetiap pamplet yang diedarkan kepada jemaah juga telah memberikan tunjuk ajar kepada mereka mengenai perkara-perkara yang boleh lakukan untuk mengisi masa lapang mereka disini. Mungkin perkara ini berlaku kerana mereka sudah terlalu biasa datang menunaikan ibadah umrah dan merasakan perkara ini tidak memberikan apa-apa kesan. Sebenarnya dalam jangka masa yang panjang semakin ramai orang akan mengikuti jejak-langkah mereka-mereka yang terdahulu. Semoga apa yang saya sebut ini dapat dijadikan pengiktibaran kepada semua orang. Sedikit pun tidak terniat dihati kecil saya ini untuk mengKONDEMkan para jemaah.. hanyalah teguran ikhlas dari seorang insane kerdil yang memerhatikan keadaan sekelilingnya. Dan sebagai peringatan untuk diri saya sendiri dan orang-orang yang bakal datang untuk mengerjakan ibadah umrah dan haji supaya tidak melakukan perkara yang sia-sia dibumi yang mulia ini. Ampun dan maaf saya hulurkan jika ada terkasar bahasa dan sekali lagi jutaan kemaafan saya dahulukan jika ada yang terasa. Sekadar ini dahulu buat kali ini.. semoga kita semua mendapat manfaat dari coretan saya ini…

Wallahu’alam

Hadiah futsal itu JUDI??

by ibnu yusof

Apakah hukumnya masuk sesuatu pertandingan dengan membayar sejumlah wang seperti futsal,bola sepak?Adakah ini dikira seperti judi kerana menang atau kalah itu belum dapat dipastikan?Jika bukan judi,apa pertimbangan hukum disitu?


Jawapan:

salam...

Akan berlaku judi jika, duit yang dikumpulkan dr peserta @ kumpulan digunakan untuk membeli hadiah kepada pemenang....


Jika setiap kumpulan mendapatkan hadiah yang sama, seperti pertandingan yg dibuat untuk suka-suka sahaja dan tujuan untuk merapatkan persahabatan, tanpa membezakan hadiah anatara pemenang dan yang lain, dengan erti kata semua dapat hadiah yg sama....maka tidak mengapa...

Alternatif:

1. Dalam kitab-kitab feqh menyebutkan, akan menjadi halal pertandingan seperti ini dgn syarat dimasukkan satu pemain @ atau kumpulan lagi yang tidak perlu membayar apa-apa pun... Jika dia menang, akan dapat hadiah...kalau kalah, tak dapat apa-apa...


2. Cari sumber hadiah dari pihak lain....duit yang dikutip dari peserta hanya digunakan utk tujuan pengurusan sahaja...cara ini lebih fleksibel...


Wallahua'lam

Mahadi Bin Mohammad
Syariah,Universiti Mu'tah,Jordan

Azzad said...
Salam
Jawapan saudara meragukan. Satu dalil tidak dikeluarkan.

Keduanya saya rasa saudara penulis itu mengaitkan dengan hukum berjudi seperti bermain terup, loteri, lumba kuda dan sebagainya, di mana saya fikir ianya tidak mempunyai persamaan sama sekali. Saya rasa tiada salahnya mengeluarkan duit untuk dijadikan hadiah di sini. Larangan yang diajar oleh Islam adalah apabila pemenang ditentukan oleh nasib berbanding usaha. Walaupun bermain terup dikatakan menggunakan kemahiran jua, namun hakikatnya nasib adalah penentu dominan. Bermain futsal semestinya tidak ditentukan pemenangnya berdasarkan nasib, sebaliknya usaha dan kemahiran menjadi penentuan.

Islam melarang umatnya berjudi kerana ianya melahirkan manusia yang tidak mahu berusaha sebaliknya mengharapkan untung cepat dengan mengharap nasib. Inilah sebab mengapa Islam melarang manusia berjudi. Jadi mengapa kita mengaitkan bermain futsal dengan berjudi?

Dr Amad said...
Azzad-Masalahnya bukan pada main futsal,tetapi cara hadiah itu diberikan.Jika dikumpul dan wang itu digunakan sebagai hadiah atau dibelikan hadiah,ada unsur perjudian disitu.

Sekali lagi bukan masalah pada futsal tetapi caranya.Saudara makan nasi satu pinggan,iA masih halal,menyehatkan.Cuba makan 50 pinggan one shot,disitu telah memasuki fasa haram kerana aniaya badan.Nasi tetap nasi,bezanya cara.

Disini adalah bukanlah satu article fiqh yang perlukan detail semuanya dengan mematuhi segala disiplin ilmu agama.Lagipun saya bukan Ustaz.Tetapi segala jawapan yang saya keluarkan,dijawap oleh ustaz yang tengah membuat master didalam bidang Syariah,Jordan.Saya keluarkan hukum berkaitanhal ini untuk sampaikan pada golongan am'mah(orang awam).Jadi saya berpendapat,ok2 saja untuk direct pada hukum.

Tetapi Mahukan dalil jua? Insyallah sat naa...
15 April 2009 15:15

Azzad said...
Terima kasih kerana sudi menjawap.

Saya faham kata saudara bahawa ini bukan artikel fiqah yang memerlukan penjelasan secara terperinci. Saya tahu dalil berkenaan berjudi ini memang haram. Tidak perlu saudara mencarinya. Saya memahami situasi saudara.

Yang memusykilkan saya adalah, bagaimana hukum berjudi boleh dikaitkan dengan pertandingan futsal. Apa yang saya nampak daripada artikel tersebut, yang dikaitkan adalah persamaan dalam mengeluarkan duit daripada peserta, kemudian pemenang akan memperolehi hadiah. Saya tidak nampak kesalahan di situ.

Mengikut pemahaman saya, ciri yang menjadikan judi itu salah adalah apabila pemenang/pengaut ditentukan nasib, atau ditentukan perkara yang bukan di luar kawalannya. Maka perbuatan seperti nombor ekor, main kutu, main terup dengan wang, menjadi salah.

Orang yang main futsal dan menang adalah beza dengan orang yang tidak bermain, yang mempertaruh duit pada pasukan yang menang. Yang keduanya yang salah.

Jadi dalil yang saya pinta saudara tunjukkan sebenarnya adalah dalil yang mengatakan bahawa mengumpul duit antara peserta dan pemenang mengaut hadiah, adalah haram secara sendirinya atau dikira juga sebagai berjudi walaupun tanpa elemen nasib.

Hukum yang sedemikian juga memberi imej yang buruk terhadap Islam. Nabi berkata Islam itu mudah. Jadi bayangkan budak2 yang untuk berseronok merancang untuk membuat pertandingan futsal sesama mereka, terpaksa mencari 'sponsor' agar perbuatan mereka itu dikira 'halal'. Sedangkan perbuatan mereka itu adalah sesuatu yang baik, menjauhkan mereka daripada perbuatan maksiat, membuang masa, menyihatkan badan dan sbgnya. Hukum yang sedemikian akan memperlihatkan bagaimana Islam hanya menyusahkan umatnya.

Peranan penting dlm isu ini saya fikir adalah dalil aqli yang mudah.

Namun kedudukan hukum di sini masih terbuka. Saya bersedia untuk mendengar dalil yang menjelaskan tentang pendirian artikel di atas. Saya juga bukan berpendidikan agama tinggi. Namun itu tidak menghalang saya mempersoal setiap hukum.

Saya juga bersedih ramai pembaca yang menerima hukum ini bulat2. Jika ditanya mereka apa yang menyokong hukum tersebut, saya rasa yang boleh dikupas adalah ini pendapat seorang ustaz yang belajar di Jordan. Adakah ini masuk akal?

Saya harap saudara Amad tidak ambil hati dengan pandangan saya. Mari kita sama2 mencari kebenaran.

Dr Amad said...
Azzad-Salam…

Dalam mengeluarkan sesuatu hukum, seseorang tidak boleh hanya menggunakan akal sahaja, kerana Islam tu bukan mengikut akal kita, tetapi Islam memandu akal kepada kebenaran.

Hukum yg dikeluarkan dalam post yang lalu berdasarkan pendapat ulamak-ulamak mazhab syafie dalam kitab2 mereka. Mereka pula bukanlah semata-mata menggunakan akal tanpa merujuk kepada dalil. Bahkan hukum2 tersebut adalah terjemahan kepada pemahaman mereka kepada dalil.

Dakwaan kita: tidak ada dalil dari quran atau hadis, hanya datang kerana kita tidak mempelajari ilmu Islam dari sumbernya sepertimana yg dilalui oleh ulamak2 kita. Kita kita gunakan shortcut. Selagi mana kita tidak menjumpai dalil daripada quran dan sunnah, kita hukumkan dengan halal. Kita sebenarnya lupa, bahawa sumber pendalilan bukan sahaja quran dan sunnah, bahkan termasuk jugak ijtihad dan qias.

Kemudian, mereka yang berijtihad dan berqias pula mestilah memenuhi syarat mujtahid. Di manakah kita nak letakkan diri kita? Mujtahid?

Tentu jauh sekali.

Oleh kerana itu, saya datangkan pendapat2 ulamak2 dari kitab2 mereka untuk rujukan bersama:

1. Dalam penulisan fiqh, ulamak telah meletakkan bab khas yang dinamakan “Kitab Sabq wa Ramyi” (kitab tentang hukum perlumbaan dan melontar). Dalam bab ini, ulamak membincangkan secara detail tentang hukum permainan dan pertandingan. Jenis-jenis permainan yang dibenarkan dan hukum yang berkaitan dengan hadiah pertandingan.

((Hendaklah mengeluarkan hadiah salah seorang daripada peserta perlumbaan, jika dia menang, akan dipulangkan kembali hadiah tersebut kepadanya. Dan jika dia kalah, lawannya akan mendapat hadiah.

Jika kedua-dua mereka mengeluarkan hadiah, hukumnya haram; kecuali dimasukkan “muhallil”(pihak ketiga yang dimasukkan dlm pertandingan, tanpa ada syarat bayaran) antara keduanya. Jika “muhallil” itu menang, dia akan mendapat hadiah, dan jika kalah, tidak diminta bayaran balik))
(Kifatayul Akhyar, Fathul Qaribul Mujib, Iqna’/ Kitab Sabq wa Ramyi)

2. Hukum “Muhallil” ini di ambil daripada hadis yang dikeluarkan oleh Abi Daud, Ibn Majah, Ahmad dan Al-Hakim dalam Mustadrak:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: من أدخل فرسا بين فرسين ، ولا يأمن أن يسبق ، فليس بقمار ، ومن أدخل فرسا بين فرسين ، وقد أمن أن يسبق فهو قمار
Daripada Abu Hurairah R.A, daripada Nabi S.A.W katanya: Barangsiapa yang memasukkan kuda di antara dua kuda (dalam perlumbaan), dalam keadaan dia tidak yakin bahwa kuda tersebut akan mendahului, maka itu bukan lah judi. Dan sesiapa yang memasukkan kuda di antara dua kuda, dan dia yakin bahawa kuda tersebut akan menang, maka itu adalah judi.

Daripada hadis di atas, ulamak mendapat kefahaman bahawa: Jika telah diketahui bahawa walaupun setelah dimasukkan kuda ke-3 “muhallil” dalam pertandingan tetapi yakin ia akan menang, masih di kira judi. Maka jika tidak dimasukkan kuda ke-3 itu, lebih-lebih lagi lah di kira judi.

Jadi kesimpulannya, judi akan berlaku jika kesemua pihak yang bertanding mengeluarkan wang untuk sesiapa yang menang. Jika ada pihak yang bertanding yang tidak disyaratkan mengeluarkan wang untuk pertandingan itu, maka tidak dikira judi. Pihak tersebut dinamakan “muhallil”. Ulamak mensyaratkan bahawa “muhallil” mesti setanding dengan peserta2 lain, janganlah terlampau kuat sehingga telah dipastikan kemenangannya dari awal lagi. Dan jangan lah terlampau lemah, sehingga kemasukkannya dalam pertandingan itu seakan-akan tidak wujud. Wallahu a’lam…



Mahadi Bin Mohammad
Syariah,Universiti Mu'tah

Dr Amad said...
Itulah dalilnya Saudara Azzad.Sekali lagi,boleh kiranya saya mengatakan target pembaca article saya adalah kawan-kawan saya yang biasa-biasa.Jadi bagi saya,jika orang biasa-biasa,boleh terus direct pada hukum,jika ada dalil itu nilai tambah.

Mungkin selepas ini saya perlu sertakan dalil dan mematuhi segalanya kerana insan semacam saudara Azzad turut membaca article ini.Mahu lebih mendalam,itu sikap yang bagus.

Btw,saya sendiri ok2 saje...sudah prepare untuk menerima dan menjawap soalan2 orang semacam saudara.

Azzad said...
Salam
Pertama sekali saya memuji sikap saudara yang sudi mencari dalil yang berkenaan untuk menyokong artikel tersebut. Juga kerana melihat perbincangan ini sebagai sesuatu yang ilmiah.

Setelah membaca dan cuba memahami hukum tersebut dan dalilnya, saya lebih terbuka untuk menerimanya. Saya sendiri perasan semasa memikirkan tentang hal ini, bahawa jika bayaran atau hadiah yang diletakkan sangat tinggi, contohnya beribu2 ringgit, akan timbul elemen atau 'rasa' berjudi di dalam pertandingan tersebut.

Ini juga mengubah pemahaman saya tentang judi yang selama ini saya fikir berkisarkan nasib sahaja.

Jika hukum tersebut adalah sedemikian, akan menjadi masalah bagi mereka (pemain2 futsal) untuk menganjurkan pertandingan kerana siapa yang patut menjadi muhallil, juga apabila pemain juga melibatkan bukan Islam. Pastinya ada perasaan tidak berpuas hati apabila sesetengah peserta tidak perlu membayar. Jadi saya cadangkan, selain mengeluarkan hukum, adalah 'cantik' jika penyelesaian diberikan(yang tidak melibatkan sponsor) bagi orang2 biasa (macam pelajar2).

Setelah meneliti dengan lebih mendalam, saya melihat muhallil ini sebagai unit yang menghapuskan elemen perjudian di dalam sesuatu permainan berhadiah. Saya perasan bahawa perjudian itu ditentukan oleh niat peserta sesuatu permainan itu, yakni kewujudan keinginan untuk mengaut keuntungan berbanding bayaran yang diberi melalui sebuah permainan. Jika wujud niat sedemikian, maka sebuah pemainan itu dianggap perjudian. Jadi untuk menghapuskan niat tersebut, satu peserta tanpa bayaran dimasukkan, melambangkan bahawa peserta berbayar lain tidak berniat untuk mengaut keuntungan daripada permainan tersebut, sebaliknya berdasarkan niat berseronok, membina ukhuwah, menyihatkan badan dan sbgnya. Namun timbul persoalan juga, peserta yang berbayar mungkin tetap juga ingin mengaut keuntungan walaupun tahu tidak adil bahawa ada peserta lain tidak membayar. Namun ini mungkin sudah dikira 'trivial'(terlalu banyak bertanya).

Saya akan menghadam hujah dan dalil dalam isu ini.

Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

Salam

Dr Amad said...
Azzad- Tidak adil bagi saudara mengatakan Ustaz Mahadi tidak sertakan altenatif.Kita lihat biasanya didalam pertandingan biasanya dianjurkan oleh Pertubuhan Pelajar sebagai contoh,dan hadiahnya tidaklah begitu mahal.Jadi untuk hadiah,eloklah diguna duit persatuan untuk membeli medal atau hadiah.Berapa sangatlah harga medal tu...

Duit yang dikumpul dari pemain,elok digunakan untuk pengurusan pertandingan. Contohnya,ref yang perlu dibayar,air minum pemain,sewa court..yg itu guna duit pemain. Win-win situation.Unsur judi pun tidak timbul.

Thank Azzad...singgahlah lagi sini.

*****

p/s- perbincangan ini saya copy paste dari satu blog. kredit untuk tuan punya blog dan sahabat saya ustaz mahadi mohammad yang sedang melanjutkan pelajaran di jordan di peringkat master.

dan disini ingin saya memberikan cadangan kepada persendirian atau atau komuniti atau syarikat yang ingin menganjurkan apa-apa sahaja pertandingan boleh mengenakan yuran kepada semua peserta dan sebelum pertandingan bermula adakan 1 cabutan bertuah yang mana kepada nama peserta atau kumpulan yang bertanding terkeluar dikembalikan semula yuran penyertaan. Dan sepertimana yang diberitahu kepada saya oleh sahabat-sahabat yang belajar di mesir cara ini digunapakai oleh PMRAM untuk menyelesaikan masalah ini. wallahu a'lam