R0AD 2 SAUDI

by ibnu yusof

sekarang aku berada di putrajaya... kat umah kakak aku yang sulong... aku tiba di KLIA lebih kurang jam 11:15 malam... alhamdulillah walaupun flight delay lebih kurang 1 jam semalam tapi segalanya selamat... nasib baiklah aku takde connecting flight.... tapi kesian sangat... semalam ade 2 orang student wanita Terengganu di Jepun sama flight dengan aku... sorang xbekasan tok jiring dan sorang lagi duk kat setiu.... dan diorang kene naik flight untuk ke Jepun jam 11:30 malam...jadi diorang tak sempat naik flight seterusnya... oleh kerana kesilapan teknikal dan kedelayan oleh pihak MAS diorang dianugerahkan tempat tinggal di hotel 5 bintang dan naik flight pada keesokan harinya...(cerita selingan je ni..hehe)

Jutaan terima kasih aku ucapkan kepada sahabat-sahabat dan saudara-mara yang sanggup datang menghantar aku diepot... dan sanggup tunggu bersama-sama aku sehinggalah flight sampai... insya Allah aku doakan kat depan multazam nanti semoga Allah akan memakbulkan segala impian anda semua... yang mana nak kawen... yang mana nak kawen 2...yang mana nak
kaya... dan yang mana nak jadi semakin kaya dan sebagainya.... insya Allah aku doakan....

Insya Allah flight aku hari ni jam 3 petang... sape-sape yang nak datang kat epot dipersilakan... selamat tinggal Malaysia... selamat tinngal semua... semoga kita akan dipertemukan lagi pada tahun-tahun yang mendatang jika dipanjangkan umur... insya Allah...

wassalam...

Mohon doa dan solat hajat dari sahabat-sahabat sekalian... semoga dengan keberkatan doa dan solat hajat sahabat-sahabat sekalian dan kerahmatan dari Allah taala... Allah akan menyembuhkan penyakit si sakit... insya Allah...

Nama : Patihmah bt Haron
Penyakit : buang ketumbuhan dalam kepala

-Mohon dari Allah moga ibu cepat sembuh seperti sediakala untuk meneruskan kehidupan beribadah kepada Allah terutama ibadah haji dengan mata yang boleh melihat (dalam kerahmatan Allah)

Permohonan daripada seorang anak... Encik Azlan khairul....

PENGALAMAN RAMADHAN.....

by ibnu yusof

Salam Ramadhan buat semua.... semoga hari ini bukanlah Ramadhan yang terakhir untuk kita... dan semoga selepas ini kita masih diberikan peluang untuk merasai kenikmatan hidup dibulan Ramadhan yang akan datang insya Allah...

Semalam adalah malam yang ke 29 Ramadhan... berkemungkinan besar merupakan malam yang terakhir dalam bulan ramadhan kali ini... dan semalam jugak adalah malam yang terakhir kita berterawih dan aku menjadi imam terawih... selepas ini kita perlu untuk menunggu hampir setahun untuk kembali solat tarawih... kerana solat tarawih hanyalah dibulan ramadhan... dan sekiranya kita berniat "sahaja aku menunaikan solat terawih 2 rakaat sunat kerana Allah taala" pada bulan ramadhan.... maka tiadalah gunanya... kerana tarawih adalah ibadah yang dikhaskan untuk bulan ramadhan sahaja...

Dan selesai solat subuh tadi menandakan tugas aku sebagai imam subuh di surau Gelong bilal juga tamat... berbagai-bagai pengalaman yang aku dapat semasa menjadi imam di kedua-dua tempat yang bersejarah ini... pengalaman pahit manis yang menceriakan lagi hidup aku...

Suatu malam yang hujan....

aku terlewat untuk bertolak ke surau ladang.... sehinggakan aku memecut kereta seperti maikel sumaker.... sampai betul-betul depan maiden aku ter"Duumm".... aku tak sengaja... betul... aku tak terperasan... die naik basikal kat celahan pokok kat tengah divider dan lampu jalan pon tak nyala... gelap... sedar tak sedar orang tu dah ada kat depan... apa lagi ... "DUUUMMMM".... aku terus membrek... berhenti... aku bergegas keluar... aku pergi cek... sekali abang tu dah bangun... rilek cam takde pape... cume ade sedikit pendarahan di kepala... aku segera mintak maaf... dan die pon mintak maaf kat aku... die kate memang salah die pon... duk kat tengah-tengah jalan... tapi aku berdebar.... aku menghulurkan sedikit duit sebagai ganti rugi dan tanda mintak maaf...dan aku jugak bagi die nombor phone aku... kot-kot ade apa-apa lagi yang die nak mintak ganti rugi dari aku... dan sampai sekarang abang tu tak telefon... alhamdulillah abang tu tak kena kot depan... hanya tersentuh dengan side mirror aku je... kalau kene kat depan...

dan selepas dari tu... aku tak pernah turun lewat dari rumah... dan aku hanya bawak kete dalam 80kmh sahaja... fobia terus...

suatu subuh yang hening...

aku bergegas menuju kereta... tanpa aku sempat memanaskan enjin kereta... aku mengundur dan terus memecut laju menuju ke surau gelong bilal... aku sampai dan terus memarkir kereta di tempat biasa... aku bergegas keluar kereta... ketika tu aku dah nampak para jemaah sedang solat sunat qabliyyah... sempat lagi lah ni... sebut aku dalam hati... aku dengan pantas berjalan menuju ke surau... dan aku membrek kaki ku... kenapa? kerana sememangnya aku tahu kat depan aku tu ade longkang walaupun lampu jalan masih tak berfungsi.... kerana aku dah tiap-tiap haru lalu ikut jalan tu... aku tanpa berlengah-lengah lagi bertukar menjadi ahli lompat jauh negara... melompat sekuat hati walaupun longkang hanyalah sekangkang kera saiznya... eeiiiyaaahhhh!!!.... aku menjerit dengan penuh semangat.... tiba-tiba.... "DUUSSHH!!!".... alamak... bile pulak longkang ni ade kat sini... huhuhu... aku lompat dan masuk ke dalam longkang rupanya...nasib baik aku dah angkat jubah aku awal... jadi kene sikit je selut kat jubah aku.... tapi seluar putih aku kat dalam jubah tu... habeess... huhuhu... ntah bile kat depan tu ade longkang pon aku tak tahu... maka tak sempatlah aku jadi imam untuk hari tu... yelah... habis lencun seluar aku tu aku basuh...camnelah nak jadi imam... lepas solat aku cerita kat imam tetap... sekali die gelak sakan... die kate longkang tu baru digali semalam untuk letak kabel lampu jalan... jadi aku yang tidak tahu menahu menjadi mangsa keadaan... huhuhu... dah takdir...huhuhu

Dan begitulah ceritanya... semuanya terjadi gara-gara LEWAT... kalau awal semua ini insya Allah takkan terjadi... pengalaman!!... pengalaman!!... tapikan sebenarnya bagus jugak kene benda-benda macam ni... kalau tak manusia takkan beringat... Allah nak mengajar aku lah tu supaya jangan lagi LEWAT... huhuhu... jadi sedara dan sedari sekalian aku mengambil peluang kali ini untuk berpesan kepada anda semua...janganlah LEWAT dalam segala hal... tak kiralah hal keduniaan ataupun hal-hal yang berkaitan dengan akhirat...

Dan dikesempatan ini jugak aku ingin mengucapkan kepada semua pembaca yang setia @ yang tidak setia @yang sengaja @ yang tak tersengaja baca blog ini.....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR

BATIN... MINAL AIDIL WAL FAIZIN....

KULLU 'AAM

WA ANTUM BILKHAIR...

TAQABBALALLAHU MINNA

WA MIN KUM...


wassalam...










N3W B0RN BABY....

by ibnu yusof

Alhamdulillah... segala puji bagi Allah taala... kakak aku yang nombor dua telah selamat melahirkan anaknya yang kedua petang tadi jam 6:25 pm 16 September 2009 di klinik INTAN... Baby seberat 3.9 kg... masya Allah tabarakallah... gambo insya Allah akan diupload esok sama ada aku amik kat klinik @ kakak aku dah balik ke rumah mase tu... insya Allah... ape-ape pon aku memang hepi... hehehe



“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna
keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah
kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu
kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat
hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu
AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah..
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat”
tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah
menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak
bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh
dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik
menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak
Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar
hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik”
tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda.
Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan
selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi”
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi”
senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu
keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil
meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan
kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek.
Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara
yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar
menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai
gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya
dihadapan..
Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam.
Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih.
Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..”
jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat
kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil.
Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan
pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai
mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang
dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari
Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling
menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin
berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan
diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang
kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d”
kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih
hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim ( المر )


..ALL..MAA..RIII..!!” berlagu Nabil.


Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang
keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air
mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa
Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin
berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran.
Adik Nabil, cara bacanya seperti begini :
A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim..
Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM...RAA..”
kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad.
Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan
irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu janganmerendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran.
Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah
lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran.
Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi
seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim”
tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara
penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang
tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini
rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama.
Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat.
Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran
sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran
itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan
AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan
menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang
yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan
sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad
sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran
yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari
kehidupannya yang aktif setiap hari..

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita
belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil.
SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

read dis..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely
handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in
between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya,
berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya
dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang
pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku
dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead
companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and
sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of
Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,
'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya,
kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan
kadang-kadang dengan suara yang perlahan.
Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan
bersedih.'

When the interrogation is over,the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai,lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

(thanks n credit to Nuranieah Amir n qayyum for dis email...)

Letihnye...

by ibnu yusof

Ya Allah.. letihnye malam ni... terpaksa aku tinggalkan makmum untuk tadarus... nasib baiklah ade member aku sorang lagi gantikan aku... die sanggup amik 10 rakaat tarawih... kalau tak... mungkin aku dah rebah malam... ahahaha.... aku letih + sakit tekak + kurang suara = nok tido.... huhuhu... wassalam...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dalam sedar tak sedar kita dah memasuki 1/3 akhir daripada ramadhan... dan tidak lama lagi ramadhan akan meninggalkan kita... dan kita perlu untuk menunggu lebih kurang 11 purnama lagi untuk kita kembali bertemu dengan ramadhan al-mubarak... itupun sekiranya Allah swt masih lagi memanjangkan umur kita dan masih memberikan kita peluang untuk menghirup udaranya di muka bumi ini... maka sesungguhnya bertuahlah orang-orang yang menghidupkan ramadhan dan celakalah orang-orang yang mengsia-siakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan ini...

Bulan ramadhan...

Bulan yang Allah taala telah berjanji untuk mengurniakan kepada hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh hadiah yang amat besar sekali... Allah swt akan mengurniakan bonus kepada sesiapa yang kuat berusaha didalam bulan yang penuh kenikmatan ini... keuntungan yang diberikan tidak akan didapati pada bulan-bulan yang lain.. maka akan menyesallah mereka-mereka yang tidak mengendahkan bulan ramadhan... kerana pada hari pembalasan nanti Allah swt akan menayangkan kepada semua orang buku catatan amal kita.. ada yang menerima dengan tangan kanan... maka berbahagialah mereka... dan ada yang menerima tangan mereka maka sengsaralah mereka didalam neraka Allah swt...

10 akhir ramadhan....

Adalah detik-detik akhir yang masih berbaki untuk kita semua.... countdown yang akan menentukan adakah kita tergolong dalam golongan hamba-hamba yang akan graduate dengan segulung ijazah KETAQWAAN ataupun hanyalah berlapar dan dahaga semata-mata tanpa mendapat apa-apa ganjaran daripada Yang Maha Pencipta "berapa ramaikah daripada orang-orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga..."-hadith...

10 akhir ramadhan....

Didalamnya terdapat 1 malam yang mana Allah swt telah berfiman dalam Al-Quran "malam al-qadar itu adalah lebih baik dari 1000 bulan"... satu bonus terbesar yang Allah swt kurniakan khas kepada umat Nabi Muhammad SAW... ganjaran yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat yang sebelumnya... 1 malam ibadah adalah LEBIH BAIK dari 83 tahun 3 bulan kita beribadah dibulan biasa... bagaimanakah kita hendak mencapai ibadah yang lebih baik daripada ini kalau kita tidak mengambil peluang untuk bersungguh-sungguh dalam mencari malam yang telah dijanjikan oleh Allah itu... sedangkan umur kita sebagai umat Nabi Muhammad hanyalah dalam lingkungan 63 tahun hijriyyah dan 61 tahun geogery... memang benar ada yang berumur lebih daripada itu... dan hendaklah kita sedari bahawa umur yang lebih itu adalah subsidi daripada Allah... hanyalah bertujuan supaya hambanya memperbanyakkan lagi ibadah kepada-NYA.

Malam Al-QADAR...

Allah swt telah menjadikan malam Al-Qadar pada malam-malam akhir ramadhan tanpa memberitahu kepada hambanya bilakah tarikh sebenar yang akan berlakunya malam tersebut... adakah ini bermakna Allah taala mahu menyeksa atau mendera kita? bahkan tidak... Allah taala menjadikan malam Al-Qadar sebagai rahsia adalah supaya hamba-hambanya tetap terus berusaha untuk mendapatkan ganjaran yang gilang gemilang ini... kerana setiap amal ibadah yang kita lakukan pada bulan ramadhan akan digandakan berkali-kali ganda pahala daripada bulan-bulan biasa... sebagai contoh, cuba kita bayangkan jikalau Allah taala telah menetapkan malam Al-Qadar akan terjadi pada malam yang ke 21 ramadhan pada setiap tahun... apakah yang akan terjadi kepada umat islam diseluruh dunia... sudah pasti kita hanya kan mengunjungi rumah Allah dan menunaikan ibadah secara bersungguh-sungguh hanyalah pada malam 21... dan pada hari-hari yang sebelum dan selepas itu manusia sekeliannya tidak akan lagi pergi ke masjid-masjid untuk menunaikan solat terawih dan beribadat kepada Allah.... itulah antara fadhilat Allah SWT merahsiakan kedatangan malam Al-Qadar... menunjukkan bahawa Allah taala maha agung lagi maha bijaksana....

Dalam mencari malam yang penuh keberkatan ini... Nabi Muhammad SAW mengejutkan seluruh isi keluarganya untuk menunaikan solat malam dan beribadat kepada Allah taala... Baginda juga ada berpesan kepada umatnya untuk berusaha dan mengintai malam Al-Qadar pada malam-malam ganjil pada 10 akhir ramadhan... dan ada juga diantara para ulamak yang mu'tabar telah meletakkan beberapa garis panduan untuk mencari malam Al-Qadar ini.. contohnya Imam Asy-Syafie ada menyatakan dalam kitabnya Ar-Raudah dengan berkata "Aku mengharapkan (lailatuqadar) pada 2 malam... malam 21 dan 23"...

Ulama'-ulama' sufi yang 'arif billah juga ada meletakkan garis panduan dalam mencari malam Al-Qadar ini... bersumberkan daripada kitab Hashiah Baijurie karangan Syeikh Ibrahim Al-Baijurie didalam Bab Puasa Fasal 'Itikaf dalam bentuk syair... tetapi akan dinukilkan disini dalam bentuk point supaya lebih mudah difahami dan dibaca tanpa mengubah sedikit pun maksud asal penyair....

  • Sesungguhnya kami semua sekiranya bepuasa padaa hari jumaat maka kami akan mengambil malam Al-Qadar pada malam yang ke-29.
  • Dan jika sekiranya berpuasa pada hari SABTU maka maka pada MALAM 21 adalah muktamad tanpa sebarang keuzuran.
  • Dan sekiranya terjadilah puasa pada hari ahad maka carilah pada malam 27
  • Dan sekiranya terjadi puasa pada hari isnin maka ketahuilah bersepakat pada malam yang ke-29
  • Dan jika bermulanya ramadhan pada hari selasa maka berpeganglah pada malam yang ke-25
  • Dan sekiranya pada hari rabu bermulanya ramadhan ... wahai orang yang berkeinginan maka carilah pada malam 27
  • dan maka sekiranya bermulah ramadhan pada hari khamis maka carilah malam Al-Qadar pada malam-malam ganjil selepas daripada 10 ramadhan

Jadi marilah wahai saudara-saudaraku kita bersama-sama berusaha untuk mendapatkan malam Al-Qadar ini.. tetapi wahai saudaraku hendaklah beringat bahawa ini hanyalah sebagai panduan kepada kita semua dan bukannya tepat 100% kerana ini adalah ijtihad para ulamak.... ada kemungkinan betul dan ada kemungkinan kurang tepat.... semoga dengan sedikit panduan ini dapat membantu kita dalam menghasilkan ibadah yang bermutu dan dapat menghidupkan malam Al-Qadar yang kita semua impikan dan marilah kita memperbnyakkan lagi ibadah kita kepada Allah Taala dipenghujung ramadhan yang mulia ini...semoga Allah melepaskan kita semua dari azab kubur dan menjauhkan kita dari azab nerakanya insya Allah...

Wallahu'alam... wassalam...

*****

P/s- kalau diikutkan point diatas tu malam ni lee malam Al-Qadar... Jom beribadat....

Kisah ini diceritakan oleh ustaz mustafa kamal di surau al-ikwan flat gelong bilal... diambil dari gurunya syeikh habib omar..

*****

Ada seorang guru yang mengajar ilmu tasawwuf disebuah negara (ust ade sebut tapi aku tak ingat) yang hidup didalam keadaan kedhoifan ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang... beliau mempunyai ramai anak murid yang belajar dengannya... pada suatu hari datanglah seorang murid bertemu dengan si guru yang berhajat untuk keluar berlayar untuk belajar dan datang untuk meminta keizinan daripada sang guru... seraya berkata

Si pelajar : wahai guru... saya ingin keluar belayar untuk menambahkan lagi ilmu didada.. maka izinkanlah saya untuk pergi wahai guru...

Si guru menjawab... "pergilah wahai anakku... aku izinkan dikau pergi... ingatlah segala ilmu yang telah engkau pelajari... dan ingatlah wahai anakku... setibanya engkau disana engkau carilah si folan bin folan... sesungguhnya dia adalah sahabatku... kirimkanlah salamku kepadanya dan mintalah daripadanya nasihat untuk diriku..."

Maka berlalulah si pelajar untuk meneruskan perjalanannya untuk mencari ilmu dan kerdhaan Allah... setibanya disana si pelajar terus mencari orang yang dimaksudkan oleh sang guru untuk menunaikan segala amanah yang telah dipikulkan keatas bahunya...

Akhirnya si pelajar tiba disebuah kawasan yang cantik... sebuah rumah yang besar... mewah... seperti istana raja... menpunyai pengawal... dipenuhi dengan dayang-dayang yang sibuk berkerja...

Berkatalah si pelajar didalam hatinya... "adakah benar pemilik rumah ini yang dimaksudkan guru ku? gayanya seperti seorang yang mengumpul kekayaan dan meninggalkan akhirat.. si Pelajar mula berasa tidak selesa... akan tetapi oleh kerana perintah dari gurunya, si pelajar tetap menguatkan diri untuk bertemu dengan si pemilik rumah...

Sekali lagi si pelajar terkejut apabila melihat kedatangan si pemilik rumah... memakai pakaian yang mahal-mahal dan perhiasan yang indah-indah...

Berkatalah si pemilik rumah.. "wahai anak muda.. apakah gerangannya tuan hamba datang bertemu dengan saya? adakah tuan hamba mempunyai hajat?"

Si pelajar bertanya kembali... "adakah benar tuan ini si fulan bin fulan?"

Berkata si pemilik rumah... "ya..benar sekali... siapakah gerangan tuan hamba ini?..."

Jawab si pelajar... "hamba adalah anak murid kepada sang guru... beliau berkirim salam kepada tuan dan meminta tuan memberikan nasihat kepadanya.."

Maka berkatalah si pemilik rumah kepada si pelajar.... "kirimkan salamku kepadanya... dan katakanlah kepada guru mu bahawasanya aku berpesan kepadanya... CUKUP-CUKUPLAH INGATKAN DUNIA..."

Terkejut bukan kepalang si pelajar mendengar ucapan dari si pemilik rumah... bagaimanakah si pemilik rumah boleh berpesan kepada guruku yang serba kedhoifan dengan perkataan seperti itu? sedangkan si pemilik rumah itu sendiri hidup dalam kemewahan.... si pelajar menjadi konfius...

Setelah lama berlayar dan menuntut ilmu, maka tibalah masanya untuk si pelajar pulang ke pangkuan gurunya... dan tatkala tiba sahaja dinegaranya, si pelajar terus bertemu dengan sang guru...

"Wahai anakku... adakah engkau menemui orang yang aku amanahkan kepada engkau untuk mencarinya?"... tanya sang guru...

"Wahai guruku yang ku kasihi... aku telah menemui sahabat mu yang engkau maksudkan itu.. berliau berkirim salam kepada tuan guru...tetapi aku melihat beliau hidup didalam serba kemewahan dan kesenangan..."... cerita si pelajar kepada gurunya...

"Wahai anakku... apakah nasihatnya kepadaku?" tanya si guru lagi...

"Wahai guruku... beliau berpesan kepada tuan supaya... CUKUP-CUKUPLAH INGATKAN DUNIA.."....

Tatkala mendengar kata-kata nasihat daripada sahabatnya itu... sang guru terus menangis... menangis dan terus menangis... dan si pelajar semakin konfius...

"Wahai guru... kenapakah tuan menangis? aku tidak memahami apakah yang dimaksudkan oelh sahabat tuan itu... sepatutnya tuanlah yang menasihati sahabat tuan itu untuk melupakan dunia... tapi sekarang ini keadaan adalah berlainan sama sekali" tanyan si pelajar menunjukkan rasa tidak puas hati...

"Wahai anakku... ketahuilah olehmu... sesungguhnya sahabatku itu... segala kemewahan dan kekayaannya yang dimilikinya itu tidak sedikit pun mampu menariknya untuk mengingati dunia... tetapi aku... walaupun hidup dalam keadan kemiskinan.... aku masih memikirkan akan hal-hal keduniaan... apakah yang akan aku makan pagi ini... apakah yang hendak aku makan pada malam ini... dapur ku telah lama kosong..." cerita sang guru kepada pelajarnya...

Maka fahamlah si pelajar situasi yang sebenarnya....

Ketahuilah wahai sahabat-sahabatku... bahawa sesungguhnya bukanlah harta yang melalaikan kita daripada mengingati Allah... dan bukanlah harta yang membawa kita kearah keduniaan... segalanya terletak pada hati... jika kita mampu dan berjaya untuk mendidik hati-hati kita untuk mengingati Allah dan hari akhirat... maka segala ribut dan badai yang melanda tidak akan mampu untuk mengubah apa yang ada di dalam hati kita... sama-samalah kita mengambil pengiktibaran daripada cerita ini... semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada cerita ini... insya Allah...

Wallahu'alam
*****
p/s-cerita ini telah aku olah ayatnya mengikut citarasa aku sendiri tanpa mengubah maksud dan jalan cerita yang sebenar... hehehe

Alhamdulillah... 2 berita gembira yang aku terima ini... dan semoga anda semua turut bergembira dengan perkhabaran ini...

1) tulang paha adik aku dah kembali bercantum... insya Allah tak lama lagi akan kembali normal...

2)perkara ini diminta untuk dirahsiakan terlebih dahulu oleh tuannya... insya Allah akan diupdatekan kemudian selepas mendapat kebenaran.. insya Allah...tapi sememangnya perkara ini amat menggembirakan... masya Allah...

S3L3SA1 SaHuR....

by ibnu yusof

Cam mane nak stat yee... hmmm... camnilah...

Dimulakan dengan Bismillah...
Disudahi dengan Alhamdulillah...
Begitulah sehari dalam hidup kita...
Mudah-mudahan dirahmati Allah...

Alhamdulillah, wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah, wa 'ala aalihi wa sohbihi wa waalah... amma ba'du...

Dah macam khutbaah lah pulak... huhuhu...

Alhamdulillah... segala puji bagi Allah taala kerana masih menjadikan kita dapat menghirup udara-NYA pada pagi ini... dan beruntunglah orang-orang yang bersyukur..

"SEKIRANYA KAMU BERSYUKUR MAKA AKAN KU TAMBAH NIKMAT KEPADA MU... DAN SEKIRANYA KAMU KUFUR (INGKAR) SESUNGGUHNYA AZABKU AMATLAH PEDIH..."

*****
Suatu hari dibulan Ramadhan...

selesai bersahur aku bersiap-siap untuk bertolak ke Surau Al-Ikhwan didalam kawasan flat gelong bilal... dan aku sememangnya setiap hari bersolat subuh disana... kerana aku telah diamanahkan untuk mengimamkan jemaah di surau itu bagi solat subuh... aku amat kagum dengan pengurusan surau tersebut kerana cara penyusunan program disana... boleh dikatakan hampir setiap waktu solat ade program yang dijalankan untuk mengimarahkan Rumah Allah.... bukan sahaja pada pada bulan Ramadhan al-Mubarak tetapi jugak pada bulan-bulan yang lain... dan mungkin kerana inilah rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT sentiasa melimpah-ruah di surau ini... kenapa aku berkata demikian? adakah hanya kerana aku telah ditugaskan untuk menjadi imam solat subuh disurau tersebut? jawapannya adalah TIDAK... aku berani mengeluarkan kenyataan sebegini bukanlah hanya bersandarkan kepada aku menjadi imam subuh disana sahaja... tetapi aku jugak pernah menjadi imam terawih disana pada tahun 2001... jadi segala yang aku katakan adalah berdasarkan daripada pemerhatian aku selama hampir 9 tahun aku mengenali AHLI JEMAAH surau tersebut... sekali lagi aku katakan AHLI JEMAAH SURAU... bukannya AHLI QARYAH... tidak aku sangkalkan ade jugak ahli jemaah tergolong dari kalangan ahli QARYAH disitu... tetapi kebanyakannya pengunjung tetap surau al-ikhwan adalah para jemaah dari area luar... kerana.....

Berbalik kepada cerita asal...

Aku telah memerhatikan progress surau ini bermula tahun 2001 sehinggalah pada tahun 2009... bilangan jemaah surau semakin lama semakin meningkat... dan bermula dengan sebuah surau yang kecil... tiada pengunjung... dan tidak salah rasanya kalau aku katakan agak dhoif pada suatu ketika dahulu kini telah menjadi antara surau yang paling ramai pengunjung... dan saiz boleh dikatakan hampir sama dengan sebuah masjid... siap ekon (aircond) lagi... dibesarkan sedikit demi sedikit dengan duit kutipan dan derma dari orang ramai... dan akhirnya menjadi sebuah surau yang boleh dibanggakan... semua ini adalah keberkatan yang dikurniakan oleh Allah taala kepada orang-orang yang berusaha untuk memakmurkan rumah-NYA... kaf ba ro kaf alif ta nun KEBERKATAN... semoga Allah taala memberikan nikmat dan rahmat yang tidak terhingga kepada orang-orang yang berusaha dalam meninggikan rumah Allah dan agama Allah...

Ramadhan....

Pelbagai program telah disusun bagi menghidupkan lagi perjalanan bulan ramadhan yang mulia ini... pada setiap malam diadakan solat terawih 8 rakaat dan diselangi dengan tazkirah pendek oleh ustaz-ustaz jemputan... dan setiap kali selepas solat subuh, diadakan sesi pengajaran kitab bagi menggantikan sesi selepas maghrib pada bulan-bulan selain ramadhan... dan lebih kurang jam 830 pagi diadakan sesi solat dhuha dan tadarus Al-Quran... dan seperti biasa pada 10 malam akhir Ramadhan akan diadakan Qiamullail Perdana secara berjemaah...

Begitulah antara program-program yang dijalankan pada bulan Ramadhan ini... dan Ramadhan-ramdhan yang telah lalu... dan insya Allah akan semakin berkembang pada masa-masa yang akan datang...

Lebih kurang 3-4 hari yang lalu telah dilancarkan kutipan derma untuk saudara-saudara kita yang berada didalam kesusahan di palestine di surau al-ikhwan... kutipan hanya dijalankan pada satu malam... iaitu ketika solat tarawih... berapakah kutipannya? RM 100? RM 1000? RM 5000? tidak... tidak sama sekali... jumlah kutipan adalah RM 13,500... aku begitu terkejut mendengar pengumuman yang dibuat oleh imam besar surau tersebut -hj zulkifli- pada waktu subuh itu... ALLAHU AKBAR... segala puji bagi Allah yang mengurniakan kemurahan rezki kepada jemaah surau al-ikhwan dan jugak kemurahan hati kepada mereka untuk mendermakan sebegitu banyak harta kepada orang yang lebih memerlukan... semoga Allah menggandakan lagi rezki dan pahala kepada mereka... Amiin...

Alhamdulillah... telah selesai satu lagi cerita yang aku nukikan untuk tatapan kalian yang setia membaca diari elektronik aku ini... sebenarnya ade cerita lain yang hendak aku tulis dan sepatutnya aku tulis... tapi sebab dah lalut masuk ke cerita yang lain jadi aku teruskan jugak cerita yang lain ini... insya Allah cerita yang sepatutnya aku ceritakan pada kali ini akan aku ceritakan pada post yang lain insya Allah... dan cerita itu aku ambik dari ustaz mustafa kamal ketika beliau mengajar di surau al-ikhwan flat gelong bilal...

wassalam...

Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Li na Joy (Az lin a binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Li na Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Li na Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah.. Lan taran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Li na Joy menang ; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:

i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai..
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta , peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000.. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang..

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berp ecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan di lin dungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang.. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk me lin dungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:

"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah ; (bukan kepada kerajaan)."


Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain.. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak

Jika anda masih seorang Islam tolong sampaikan kepada seramai umat Islam demi kepentingan Islam dan
survival generasi akan datang..

Petang semalam selepas solat asar, aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon yang datangnya daripada abang panjang... rata-rata student Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu mengenali beliau... beliau berkata :

"dik! (aku lah tu)... arini kite buke pose kat Hotel Primula Beach Resort deh... hazlan (futsal) wak program berbuka puasa dengan anak-anak yatim PERKAYA... ade bagi hamper dan duit raye... pukul 5:30 stat program"

mase tu jam dah menunjukkan pukul 5:15 petang... aku bergegas mandi dan bersiap... dan dalam lingkungan jam 5:35 aku tiba di tempat yang dijanjikan... ketibaan aku disambut oleh ratusan mata-mata yang sedang memerhati... aku kaget... tapi sebenarnya diorang bukan nak tengok aku sangat pon... aku je yang perasan lebih... hehehe...

aku menuju ke meja bulat yang dah disediakan khas untuk aku dan beberapa orang sahabat... dan disana dah ade beberapa orang yang sedang menunggu... manaf (adik din ghani), azhar (abang amir)... dan abang panjang... tapi sebagai orang yang sibuk sememangnya beliau tak lekat di satu tempat sahaja... dan kini beliau adalah orang kanan kepercayaan dan kesayangan hazlan...

program tu di pengerusikan oleh bob rosman... mula-mula tak percaya jugak..tapi bila dah diperkenalkan... memang sah die tu bob rosman.. gamat jugaklah suasana didalam dewan degan lawak selamba beliau.... disamping dendangan lagu-lagu raya yang beraneka jenis...

sekelian anak yatim yang diraikan diminta untuk beratur... lelaki dan perempuan... untuk menerima hadiah duit raya ernilai RM 50 dan hamper bagi setiap seorang sumbangan ikhlas daripada hazlan group... sayu hati aku melihat anak-anak kecil yang telah kehilangan ibubapa mereka... aku tak boleh bayangkan bagaimanalah seandainya aku berada ditempat mereka... adakah aku mampu untuk mengharungi kehidupan seharian... semoga ibu bapa mereka ditempatkan dikalangan hamba-hamba Allah yang soleh... insya Allah... dan semoga Allah melimpahkan lagi rezeki kepada Hazlan Group supaya beliau dapat meneruskan lagi usaha murni beliau untuk membantu mereka yang kurang berupaya... insya Allah...

selesai majlis kami solat maghrib kat surau hotel... dan lepas tu kami terus bersurai... aku terus menuju ke surau ladang untuk menunaikan tanggung jawab yang telah diamanahkan kepada aku... menjadi imam...


Dan macam biasa jam 940 malam aku telah selesai menunaikan solat witir... dan seperti biasa juga aku mengetuai tadarus Al-Quran di surau yang kini dah masuk juzuk yang ke 17...

Lebih kurang jam 10:30 malam aku menerima panggilan dari lotfi menanyakan program ke chilada pada malam tu jadi ke tidak... aku kate "jadi ah"..dihadapan jemaah aku...

"kenapa ustaz? ustaz ade keje ke? kalau ustaz ade keje xpelah... ustaz pergilah dulu..."

umpan ku mengena... nak idup kenelah pandai... hehehe... dan aku dengan pantas menuju ke kereta kuning keemasanku yang bertulis H... aku tiba dan kelihatan lutfi najwa dan waseem sudah berada di tempat yang dijanjikan... tidak lama kemudian tibalah asnawi berseluar jeans dan berbaju T-shirt biru fit... dan ayub juga memunculkan diri... dan yag paling lambat.... ustaz aswadi... berjubah dan berserban lilit... mungkin sebab die abes terawih lambat kot...

kami makan-makan dan bergurau senda..maklumlah dah lama tak jumpa... tak lama selepas tu abang panjang memunculkan dirinya... menghabiskan lauk yang masih berbaki... dan kami meneruskan lagi perbualan sehinggalah pada satu ketika lutfi meminta izin untuk pulang sebab anaknya si waseem dah tido dan nok gi beli ayam KFC tempahan adik kesayangannya... kepulangan lutfi diikuti oleh nawi... orang semakin berkurang...

dari kejauhan aku nampak 3 bayang yang seakan aku kenali... semakin lama semakin dekat...dan memang aku kenal pon... shauqi... fizi... dan sorang lagi aku tak tahu namanya... sori... hehehe... diorang ni sememangnya pengikut setia ustaz azhar yang famous mengalahkan perdana menteri 1 malaysia tu... huhuhu... dan diorang sebenarnya baru sampai dari kemaman ... pulang dari kuliah ustaz azhar di sana...

shauqi si drebar peribadi ustaz berkata " kejap lagi ustaz sampai..."

memang benar ... selang beberapa minit ustaz azhar pon sampai... kami terus berbual sambil menambah air minuman... bergelak ketawa dan bercerita... dengan tidak semena-mena datang lagi seorang anak murid kesayangan ustaz...diberi gelaran Qen@chicken...hehehe... aku pon tak tahu kenapa gelaran seperti itu diberikan kepadanya sebab semasa aku mengenalinya nama itu dah sebati dengan diri beliau... huhuhu... tiba-tiba mak aku telefon... "tak mboh balik lagi ke? lewat doh ni..." aku menjawab separuh berbisik..."ade dengan ustaz ni".... tektik ku berjaya... satu lesen besar untuk balik lewat.... hehehe... sori ustaz...

sedar tak sedar jam dah menunjukkan 12:45 pagi... baru terasa mengantuk dimata ku... dan kami beransur ansur untuk pulang ke rumah... suatu malam yang indah... malam yang ceria... malam yang meninggalkan seribu satu kenangan dihatiku... poyo gile... hahahaha

segala bil dah dijelaskan oleh AKU... hehehe... xdelah... aku memang nak bayar... tapi sekali tokey kedai kate duit awok tak laku... ape perasaan korang kalau ade orang kate camtu kat korang... aku check balik duit tu... kot-kot duit palsu... ish...duit ori ni... pesal plak tak laku? rupa-rupanya seperti biasa seorang abang yang pemurah dah bayarkan... abang panjang dah bayar.. tq abang... semoga Allah limpah ruahkan lagi rezki abang dan keluarga...insya Allah... selamat duit aku... hehehe

keylah setakat nilah dulu coretan aku buat kali ni.... nak prepare untuk jadi imam malam ni plak...

wallahu'alam

cerita semalam...

by ibnu yusof

Alhamdulillah... segala puji bagi Allah taala yang telah menghidupkan kita selepas mematikan kita... jutaan kesyukuran ku panjatkan kepada Allah taala kerana telah mengurniakan kepada aku ketenangan hati dan kekuatan dalam mengharungi ujian dibulan Ramadhan al-mubarak ini... sedar tak sedar hari ni dah masuk hari yang ke 14 umat islam berpuasa... begitu pantas masa berlalu... semakin lama ramadhan semakin hampir kepada penghujungnya... dan kini kita sudah berada pada pertengahan 1/3 yang kedua seperti mana yang disebut oleh Rasulullah S.A.W didalam hadithnya:

"Ramadhan itu awalnya rahmah dan pertengahan pengampunan dan pengakhirannya pembebasan dari api neraka"

Ramadhan satu bulan yang penuh keberkatan... bulan yang dilimpah dengan segala rahmat... segala nikmat... segala pengampunan.... maka amatlah tidak bijak bagi orang-orang yang tidak menggunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya... peluang yang hanya datang setahun sekali... dan jika terlepas pada kali ini belum tentu kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang... kerana kita tidak tahu bilakah malaikat Izrail akan datang menemui kita... untuk membawa kita bertemu dengan Allah subhanahu wa taala... dan pada ketika itu segala penyesalan sudah tidak ada gunanya lagi... semoga Allah menjadikan kita tergolong dalam golongan hamba-hambanya yang bertaqwa dan beramal soleh insya Allah...

*****

semalam aku berterawih di surau ladang... dan aku sememangnya ditugaskan untuk menjadi imam disitu selama sebulan dibulan ramadhan... dan semalam aku selesai solat tarawih dan witir jam 9.40 malam... dah macam the flash pulok rasenye... huhuhu...

dan kalau mengikut jadual asal sepatutnya pada jam 10:35 kami student-student umm al-qura Terengganu akan bertemu muka di restoren Chilada seafood selepas beberapa lama tidak bersua... rasa rindu memenuhi jiwa-jiwa kami... kami hanya merancang dan Allah yang maha menentukan... oleh kerana ade sedikit keuzuran oleh beberapa orang kawan kami terpaksa menukarkan tarikh kepada suatu waktu yang belum ditentukan lagi... tapi insya Allah dalam masa yang terdekat ini...

- Aswadi diuji oleh Allah taala dengan demam panas dan sakit kanjarang (aku pon xtahu sakit ape ni...kalau ikutkan kata mak wadi.... katenya bengkak urat dicelah kelangkang...di kedua-dua belah pahanya... dan kalu itulah sakitnya... memang sakit yang amat... kalau kene 1 pon memang dah sakit sangat... kalau dua hanya Allah yang tahu...) semoga Allah taala mengurniakan kesihatan kepada beliau supaya dapat kembali berkhidmat di masjid pengadang baru sebagai imam terawih... insya Allah...

-Lutfi a.k.a kamitaken.... sudah bersiap sedia untuk pergi ke tempat yang dijanjikan bersama-sama keluarganya (ayah, isteri dan anak sulong dan BAKAL ANAK YANG MASIH DIDALAM KANDUNGAN) selepas selesai menjadi imam terawih di masjid sungai rengas lama... tapi tiba-tiba terpaksa membatalkan hasratnya di saat akhir kerana ayahnya ade kerja... (aku ingatkan nak belanja tapi dah tak jadi xpelah...takde rezki...mugkin lain kali kot...huhuhu)... anyway tahniah untuk PI diatas kehamilan isteri anda... semoga akan menjadi anak yang soleh insya Allah... masya Allah tabarakallah...

-Asnawi@as@nawi... tiada berita sebab aku tak contact die... kenapa? sebab aku dah mintak tolong lutfi untuk mengkhabarkan kepada nawi kerana nawi dan lutfi menjadi imam di satu tempat yang sama... untuk pertemua yang seterusnya aku akan contact nawi sendiri sebagai untuk menta'kidkan ajakan lutfi... insya Allah...

-Nik Fairul Irwan @ abang Ayub... menjadi imam terawih di satu kawasan perumahan di gong badak... aku tak tahu ape name surau tu... tapi tempat yang sama ayub jadi imam tahun lepas... semasa aku telefon ayub dalam pukul 10 lebih sikit-sikit ayub masih dirumah... no hal lah sebab masa yang dijanjikan adalah pukul 10:35... "ayub... malam ni kansel lah... kite tuko tarikh lain lah deh..."

-Aku @ syahir @ syah... selesai terawih di surau ladang 9:40 malam... tadarus sket... aku amik 3 maqra' sekaligus... dan aku tinggalkan jemaah untuk meneruskan bacaan... aku dah masuk kerete dan bersiap untuk bertolak ke Chilada... sampailah mesej lutfi kate tak jadi... dan aku terus menekan minyak dan ... balik... hehehe...buleh je aku nak naik semula ke surau... tapi bila dah malas dah menguasai diri... faham-faham jelah... huhuhu...

begitulah keadaannya cerita semalam... dan lepas ni aku nok fikir bile pulok tarikh nak gi makan kat chilada... fikir...fikir...fikir... huhuhu

Wallahu 'alam...




new update!!

by ibnu yusof

aku kebizian yang amat sangat pada minggu ini... kenape? esok je lah aku cerite... bizi sangat ni... tak sempat nak cerita... ni baru nak prepare untuk malam ni...malam ni aku jadi imam terawih kat surau ladang... lepas tu ade tadarus... dan lepas tu aku ade date dengan member-member ummul qura... jam 10:35 malam di restoran chilada.... wallahu alam...