STOP!!!

by ibnu yusof

STOP!!!!!

Begitulah saya jeritkan kepada jari jemari yang cuba melincahkan dirinya diatas papan kekunci laptop ini....

Dengan ini dimaklumkan bahawa blog ini akan melayarkan tabirnya buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada EXAM yang akan bermula esok. Insya Allah kita akan bertemu lagi selepas sy selesai exam..... doakan saya dapat menjawab exam dengan baik ye... Semoga doa kalian akan dimakbulkan Allah... Insya Allah....

Ni adalah jadual exam saya.... kalau ade sesiapa yang nak tolong examkan untuk saya pon amatlah dialu-alukan...

SABTU : NAHU
AHAD : FIQH (BAB NIKAH)
ISNIN : DIRASAH LUGHAWIYYAH MINAL QURAN AL-KARIM
SELASA : ADAB ABBAASI AWWAL
RABU : MAZAHIB FIKRIYYAH AL-MU'ASOROH

SABTU : ILMU NAFSI
AHAD : TURUQ TADRIS

ISNIN : MERDEKA!!!!

Jangan lupa doakan saya ye... wallahu'alam.

Pertemuan Pertama

Yang diPertua Madinah
Ustaz Asyiq

Timbalan Yang di Pertua
Ustaz Aziz Abas


Exco Perhubungan dan Kebajikan Makkah
Ustaz Aswadi


sedang bersantap

antara exco madinah yang hadir
akmal, ikmal dan yazid

keseluruhan Exco PPM Makkah dan Madinah


Pertamanya sebelum bercerita panjang inginlah saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih memanjangkan umur kita semua hingga ke saat dan ketika ini dan masih mengurniakan kita pelbagai nikmat yang tiada tandingan kepada hambanya walaupun ramai dari hambanya menderhaka dan mengingkari perintahnya. Segala puji bagi Allah yang segala alam ciptaannya berada didalam genggamannya dan yang Maha Perancang dan Maha Melaksanakan Perancangan. Semoga perancangan kita bersamaan dengan perancangan yang telah Allah tetapkan untuk kita semua insya Allah. Tidak lupa juga selawat dan salam untuk sayyidina mustofa nabi Muhammad SAW dan juga untuk ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian.

Hari rabu minggu lepas seperti mana yang dirancangkan kami berjaya melangkahkan kaki ke bumi Madinah al-Munawwarah. Perancangan bersama antara usrah keluarga Makkah dan exco baru PPM Makkah. Dan ini merupakan aktiviti pertama yang dijalankan oleh ahli PPM selepas MAT baru-baru ini. Sebenarnya aktiviti ini adalah terbuka kepada semua ahli PPM, akan tetapi oleh kerana kesibukan peperiksaan dan beberapa musyaqqah yang lain, sebahagian ahli tidak dapat mengikuti program ini. Antara program utama program kali ini selain daripada menziarahi Rasulullah dan Masjid Nabawi, juga sebagai langkah pertama untuk menguatkan lagi ikatan yang telah lama terjalin diantara PPM Makkah dan PPM Madinah. Kami bertolak dari kota kira-kira jam 8malam dan sampai di bandar madinah kira-kira jam 1:30 malam dan dalam keadaan masih tiada hotel dan tempat tinggal. Gamble betul kami-kami ketika itu. Kalau nak dikutkan sepatutnya perjalanan itu mengambil masa tidak sampai 5 jam. Akan tetapi oleh kerana kelekaan kami berbual di SASCO (macam RnR di Malaysia) yang melebihi 1jam maka kami terpaksa menanggung kelewatan yang disebabkan oleh kami sendiri. so ... Padanlah dengan muka kami...sape lagio kalu yang bujang-bujang disaudi ni...hehehe.

Ketibaan kami di Madinah disambut dengan kesunyian dan keheningan yang menenangkan jiwa dan tidak lupa suhu yang agak sejuk yang menyegarkan mata kami yang dah kuyu. Memang tenang dan segar. Kalau tak percaya tanyalah saya hehehe... Kira-kira jam 2:30 pagi kami menjumpai tempat menginap. Alhamdulillah memang murah dan memuaskan hati. Bila lagi nak tido kat hotelkan... Time-time hotel murah nilah.... nanti dah masuk musim umrah dah tak merasa lagilah harga macam sekarang dan tak merasa lagilah nak tido kat hotel... kalau boleh dar pon dah dikire cukup baik. Anyway Alhamdulillah... malam tu berakhir dengan kami pakat-pakat tido dan cuba dan berusaha untuk solat berjemaah di Masjid Nabawi. Tahniah buat yang berjaya dan yang terkandas seperti diri ini jutaan takziah diucapkan. Nasib baik terkejut jugak walaupun hanya solat dalam bilik hotel.

Program Ikatan Mahabbah kami bermula lebih kurang jam 2 petang di mat'am muazzin (kalau tak silap). Kalau nak ikutkan program ni bermula jam 1;30 petang, akan tetapi oleh kerana kelemahan dari pihak kami maka kelambatan terjadi. Jutaan kemaafan dipinta dari pihak antum semua. Alhamdulillah walaupun kami terlewat dan agak tersasar dari jadual asal tetapi kami tetap disambut dengan kuntuman oleh para sahabat dari PPM Madinah dan semamngnya itu amat menyenangkan hati kami kerana kami bimbang takut-takut dimarahi kerana kelambatan kami. Yelah... dahlah nak jumpa diorang pastu lambat. sape-sape pon akan rasa marahkan... betul tak? Kalau tak betul sila betulkan saya. Dan juga lupa hendak di'highlight'kan disini sahabat-sahabat kami di Madinah pada ketika itu sedang berhadapan dengan longgokan kertas peperiksaan (Semoga antum semua akan berjaya didunia dan akhirat insya Allah) dan assigment. Kami amat terharu dengan sambutan yang hangat dan kehadiran hampir kesemua Exco PPM Madinah walaupun mereka pada ketika itu sedang menghadapi saat genting dan sukar. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada anda semua. Terharunya.... Kami dijamu dengan nasi kambing dan ayam. Memang sedap hingga menjilat jari dan kerana kesedapan yang amat, ada diantara kami yang buat-buat tak malu mintak tambah...hehehe. bagus jugak, sebab dia yang buat tak malu kami semua dapat tambah nasi yang sedap itu.... buurrpp kenyang....

Sepanjang pertemuan yang yang berlangsung kira-kira sejam kami sempat beramah mesra dan berkenalan diantara satu sama lain. Dan kalau pun sudah ada yang dikenali pada sebelum ini, kami dapat merapatkan lagi hubungan diantara kami dengan pertemuan ini. Kira-kira sejam kemudian pertemuan kami berakhir. Kalau nak diikutkan hati kami ni, nak je kami lanjutkan lagi pertemuan kali ini. Walaupun sungguh berat hati ini rasakan, akan tetapi kami memahami keadaan yang dihadapi oleh sahabat Madinah jadi kami meminta untuk mengundur diri dan mengakhiri program dengan acara bergambar beramai-ramai. Sekali lagi jutaan terima kasih kami ucapkan kepada para sahabat madinah kerana sanggup bersusah payah untuk menyambut kami.


إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara, maka pulihkanlah hubungan diantara dua orang saudara mu (yang bertelagah)"

Wallahu'alam...

27/01/2010
2:21 a.m

luahan hati

by ibnu yusof


Luahan hati seorang Adik

Nama saya Nurul Aniyah binti Mohd Yusof. saya tinggal dikampung losong haji mat shafie. saya ada seorang abang yang belajar di Makkah. saya sangat sayangkan abang saya. abang saya jugak sangat sayangkan saya. abang saya hensem... tapi abang saya terlupa yang semalam adalah hari jadi saya yang ke 18. dan die tak ucapkan pon hepi besdey kat saya. sebab tu abang saya tulis post ni sebagai tanda mintak maaf dan rasa bersalah yang amat sangat sebab terlupa tarikh besdey adik sendiri. tapi abang saya cakap yang die dah anto mesej kat henset saya. tapi die tak tahu mesej tu sampai ke tidak. kalau sampai maknanya die dah wishlah kat saya. Takpelah nanti die balik saya akan mintak hadiah besdey yang mahal-mahal kat abang saya. sebab saya tahu yang abang saya banyak duit dan takkan tolak permintaan saya...hehehe...

Luahan hati seorang abang...

25/1/10- eh!!! semalam bukan ke besdey adik aku Aniyah?...camne buleh tak ingat ni? Anto mesej dohlaa... Eh ade 2 nombor? hok mane se nombor ani ning? takpe lah... hantar je mane- mana satu...kalau sampai kire sampailah...kalau dok sampai nasiblah... nak buat camne... tu lah bizi sangat stadi sampai tak ingat besdey adik sendiri. lain kali stadi awal-awal...takdelah nak lupe semua benda. abeslah aku nanti dia mintak hadiah mahal-mahal... mane aku nak cekau duit? adik aku ungat aku ni banyak duit sangat ke?... ish payah jugak tu...takpelah yang penting aku habiskan dulu paper exam... lepas tu baru fikir nak beli hadiah nape kat ani. Tu pon kalau ade duit lagi lah... tapi buat sementara ni tulis dululah dalam blog ni...

Selamat hari ulang tahun yang ke 18 Ani... abang doakan semoga ani sentiasa didalam rahmat Allah taala dan berjaya didunia dan akhirat... Amiinn

tanwin...

by ibnu yusof

التنوين

القاعدة:

* التنوين : نون ساكنة تلحق اخر الاسم لفظًا لا خطًّا وتكون ضمتين أو كسرتين أو فتحتين تلحقُ الحرفَ الأخير.

* وقد يلحق التنوين أيضا الكلمات ذات الحروف المشدَّدة.

المثال

مسجدٌ

بيتٌ

ثلاثةٌ

مسجدُ + نْ

بيتُ + نْ

ثلاثةُ + نْ

مسجدٌ

بيتٌ

ثلاثةٌ

الضمّتان

مسجداً

بيتًا

ثلاثةً

مسجدَ + نْ

بيتَ + نْ

ثلاثةَ + نْ

مسجداً

بيتاً

ثلاثةً

الفتحتين

مسجدٍ

بيتٍ

ثلاثةٍ

مسجدِ + نْ

بيتِ + نْ

ثلاثةِ + نْ

مسجدٍ

بيتٍ

ثلاثةٍ

الكسرتين

مكِّيٌّ

دينِيٌّ

سماوِيٌّ

مكِّيْ + يُ + نْ

دينِ + يْ+ يُ+ نْ

سماويْ + يُ + نْ

مكِّيٌّ

دينيٌّ

سماويٌّ

التنوين مع الشَّدَّة


cerita lawak

by ibnu yusof

sembahyanglah sebelum disembahyangkan



Hayatilah cerita ini..semoga ada istifadah untuk kita semua...

Cerita 1

Pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg
cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la
seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup
sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari
berkahwin..
seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang. .
pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah..
sbb sebelum ini dia tak pernah solat.

Lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni..
abg tak penah solat ni"

"takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik
perlahan..
Seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim
takb ir..
seman ikut takbir... lalu pak kasim membaca surah
alfatihah.." bismillahirrahma nirrahim. .." seman pun turut membaca
bismillah dengan lantang..."bismilla hirrahmanirrahim ..."

Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je
yg baca kuat.. getus hati pak kasim..pak kasim buat selamba. dia terus
membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn
kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji.

pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat
seman.
seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak
kasim.
"ish! gila ke menantu aku ni??"

Pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. Seman turut
berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. Pak kasim terus melarikan
diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.
Seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba
pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut
menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.

Pak kasim pun terus bertanya kepada seman.
"seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?"
"ayah.. susah ye nak solat maghrib ni.. baru saya tau. sampai kena
berlari.."

*****

cerita 2 : Solat Subuh

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie
boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya.
Ngurat-punya- ngurat
tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih
sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak
Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas
ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi.
Biasalah malamnya agak
lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah
lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah
masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya
Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua
isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap
untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak
sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan
awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika
ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah
solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji
Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh
tiga rakaat?"

lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup
empat rakaat tadi..."


Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu
malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang
subuh! Kantoi..kantoi.

*****
pengajaran:

1) janganlah terlalu memilih harta dan kehenseman semata-mata sebagai syarat utama untuk calon menantu.
2) sebelum kawen penuhkan ilmu didada.
3) jangan solat subuh 3 rakaat.. malu toowww...hehe
4) anda isi lah sendiri...hehehe

wssalam...

Penting!!!

by ibnu yusof

Assalamualaikum WBT...

Dengan ini dimaklumkan bahawa hari ini 17 Januari 2010 bersamaan 2 safar 1431:-

1-hari ulang tahun kelahiran saya yang ke 25 dalam hijri...kalau ade yang nak bagi hadiah silakanlah...hehehe

2- Hari ulang tahun perkahwinan lutfi dan najwa yang ke-4. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke syurga.

Makan malam selepas mesyuarat

Antara ahli yang hadir

Ahli mesyuarat

Ahli mesyuarat

AJK PPM Makkah yang baru : Ustaz Falaahuddiin, Ustaz NIk Fairul Irwan, Ustaz Khairul Arifin, Ustaz Aswadi, dan Ustaz Mohd Syahir


Alhamdulillah seperti dirancangkan beberapa minggu yang lalu kami telah berjaya menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan. Mesyuarat agung ini merupakan program tahunan yang kami jalankan dan banyak perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat seperti lantikan pimpinan baru dalam PPM, perbahasan usul, cadangan dan komen mengenai program-program yang telah berjalan. Mesyuarat yang asalnya dijadualkan pada hari khamis malam jumaat ini pada awalnya berjalan seperti biasa akan tetapi kerana berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan oleh orang penting persatuan ( katanya urusan peribadi...ntah laa ) maka MAT terpaksa ditangguhkan pada keesokan harinya (jumaat) selepas asar.

Mesyuarat diteruskan lagi selepas solat asar hari jumaat dan berjalan sehingga selesai kira-kira jam 8 malam. Mesyuarat ini agak panjang kerana banyak komen dikeluarkan dan persoalan mengenai kekeliruan yang berlaku pada beberapa program tertentu. Ada yang dapat dijawab dan diterangkan dengan baik dan ada yang tidak dapat dijawab, mungkin kerana kecuaian sendiri atau sebab-sebab yang hanya si pembuat silap yang mengetahuinya. Tapi janganlah anda sekalian tersalah anggap. Kesilapan dan kekeliruan ini bukanlah mengenai songlap duit tabung anak yatim ataupun menipu bank negara dan sebagainya. Tetapi hanyalah kesilapan biasa yang dilakukan oleh makhluk yang bernama manusia. Yang paling penting ialah kita mesti menerima nasihat dan teguran orang lain dan bukan hanya mengikut buah fikiran kita sendiri sahaja. Kerana kita adalah insan yang lemah dan saling memerlukan antara satu sama lain. Tiada manusia yang sempurna didunia ini. Semuanya tidak dapat lari dari kesilapan dan kesalahan. sebolah-bolehnya kita mesti mengurangkan atau mengetepikan buat sementara EGO kita, dan membuka hati kita dengan seluas-luasnya. Memang saya akui sesiapa sahaja jika ditegur sememangnya akan ada satu perasaan yang kurang enak timbul dalam hatinya. Saya sendiri pun sama. Masing-masing ada ego dan perangani. Cuma sebolehnya perasaan marah, tensen, berasa diri lebih betul dari orang lain dan orang lain tidak layak menegur kerana orang lain tidak sehebat dirinya perlu kita jauhi dan tidak kita amalkan terutama apabila kita hidup dalam satu komuniti dan kelompok manusia yang bergelar masyarakat. Dan ketika bergelar pelajar dan berada dalam golongan dan kelompok yang kecil ini adalah satu peluang keemasan untuk kita mempelajari ilmu kemasyarakatan dan ilmu untuk berinteraksi diantara satu sama lain. Dan semestinya apabila ada hubungan dan interaksi antara 2 orang atau lebih maka akan ada kesilapan. Maka ketika ini kemahiran untuk menyelesaikan masalah dan konflik amatlah penting untuk kita sebagai langkah dalam menyelesaikan apa yang berlaku. Kemahiran seperti ini tidak akan sekali-kali didapati seekiranya sikap buruk yang saya sebutkan tadi membelenggu diri setiap insan. Saya tidak menujukan perkara ini kepada sesiapa tetapi ini adalah perkara umum yang setiap dari kita perlu mengambil endah dan mengambil peduli. Melainkan kita ingin menjadi kera sumbang. Tidak mahu bercampur-gaul dengan orang lain. Sebenarnya sekiranya perkara yang disebut tadi ada dalam diri kita dan kita tidak sekali-kali berusaha untuk mengubahnya, lama kelamaan kita secara otomatik akan bertukar menjadi kera sumbang. kenapa saya berkata seperti itu? Kerana tidak akan ada sesiapa yang mahu hidup dengan orang yang hanya mementingkan diri sendiri dan langsung tidak memikirkan orang lain.

Ish... ape yang dah saya melalut ni. Jauh sangat dah lari dari tajuk sebenar post kali ini... tapi sebab dah tulis rugi pulak nak padam. Lenguh jugak nak taip panjang tu. Masa pon dah banyak habis. Betul tak? Apa-apa pun marilah sama-sama kita berubah untuk menjadi insan yang lebih baik dan lebih sempurna insya Allah. Tidak rugi kalau kita berubah untuk kebaikan. Semoga dengan perubahan yang berlaku pada diri kita akan membawa seribu satu manfaat kepada keluarga, masyarakat dan agama kita insya Allah.

Kembali kita kepada cerita MAT.

Selepas selesai perbahasan usul dan para ahli berpuas hati dengan jawapan yang diberikan maka mesyuarat diteruskan lagi dengan pemilihan AJK PPM Makkah yang baru antara jawatan yang dipertandingkan ialah YDP, Setiausaha, Bendahari, Lajnah Dakwah dan Ibadat dan Lajnah Kebajikan dan perhubungan. Keptusan mesyuarat adalah seperti berikut:-

Yang diPertua : Ustaz khairul Arifin bin Mat Jais
Setiausaha : Ustaz Mohd Syahir bin Mohd Yusof
Bendahari : Ustaz Nik Fairul Irwan bin Nik Harun Aminarrashed
Lajnah Dakwah dan Ibadat : Ustaz Falaahuddiin bin Jasni
Lajnah Kebajikan dan Perhubungan : Ustaz Aswadi bin Ali
Pengerusi Tetap : Ustaz Falahuddiin bin Jasni
Juru Audit : 1) Ustaz Meor Abdullah bin Meor Omar Baki
2) Ustaz Ahmad Asnawi bin Ismail

Begitulah keputusan penuh pemilihan AJK baru PPM Makkah bagi sesi 2009/2010. Mungkin ada bagi sesetengah orang jawatan yang diberikan merupakan satu beban yang perlu dipikul dan sebolah-bolehnya tidak mahu memegang tampuk pentadbiran dalam persatuan. Akan tetapi cuba kita lihat dari 1 sudut yang lain. Pada satu masa yang akan datang kita akan keluar untuk hidup bermsyarakat dan perkara ini adalah menjadi 1 kelaziman dalam satu-satu komuniti masyarakat. Maka ini adalah satu peluang keemasan untuk kita mempelajari selok-belok pentadbiran pengurusan.

Selesai sahaja bermesyuarat, kami menuju ke mat'am safa yang terletak dishisha dengan menaiki flowerhorn milik ydp baru. Apakah flowerhorn ini... tunggu post yang seterusnya.. hehehe. Hampir kesemua ahli PPM hadir ke mat'am safa untuk makan malam kecuali beberapa orang yang mempunyai alasan yang kukuh. Semoga Allah mudahkan urusan mereka insya Allah.

Sebagai penutup ingin sekali aku ucapkan tahniah kepada yang terpilih dan ingatah bahawa amanah ini amatlah berat untuk dilakukan. Cubalah lakukan yang terbaik dan jagan sekali-kali anda semua lalai dari amanah yang telah diberikan kepada anda. Dan ingatlah Firman Allah SWT dalam Firmannya :

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkianati Allah dan Rasul dan juga janganlah engkau mengkhianati amanah-amanah yang telah diamanahkan kepadamu sedangkan kamu mengetahui (surah al-anfaal:27)

Selamat bertugas dan selamat menjalankan amanah yang telah diberikan kepada anda. Semoga maju jaya.Wassalam.

Ahli PPM Makkah...

by ibnu yusof

Nama : Khairul Ariffin bin Mat Jais

Umur : 25 tahun
Status : Berkahwin dengan Nur Hamizah binti Shariff
Anak : Muhammad Al-Fateh)
Kuliah : Bahasa Arab dan Pendidikan
Sem : Satu

Nama : Mohd Lutfi bin Lokman
Umur : 27 tahun
Status : Berkahwin dengan Najwa binti Abdul Rahman
Anak : waseem dan seorang yang bakal lahir
Kuliah : Pra-Master (syariah)
Sem : satu


Nama : Mohd Syahir bin Mohd Yusof
Umur : 25 tahun
Status : Bujang
Kuliah : Bahasa Arab dan Pendidikan
Sem : Empat

Nama : Nik Fairul Irwan bin Nik Harun Aminarrashed
Umur : 26 tahun
Status : Bujang
Kuliah : Bahasa Arab dan Pendidikan
Sem : Lima

Nama : Mohd Aswadi bin Ali
Umur : 24 tahun
Status : bujang
Kuliah : Bahasa Arab dan Pendidikan
Sem : satu

Nama : Ahmad Asnawi bin Ismail
Umur : 24 tahun
Status : Bujang
Kuliah : Bahasa Arab dan Pendidikan
Sem : Empat

Nama : Mohd Rashid bin Mohd Shawaludin
Umur : 21 Tahun
Status : Bujang
Kuliah : Maahad Bahasa
Sem : Dua

Nama : Meor Abdullah bin Meor Omar Baki
Umur : 28 tahun
Status : Berkahwin dengan Azila binti Samsudian
Anak : Puteri Afifah
Kuliah : Tamat pengajian dalam bidang Bahasa Arab dan Pendidikan
Sem : -

Nama : Mohd Nurul Hafiz bin Ab latif
Umur : 26 tahun
Status : Berkahwin dengan Ismah Dalilah binti Arifin
Kuliah : Dakwah dan Usuluddin
Sem : 8 (akhir)

Nama : Ahmad Falaahuddiin bin Jasni Al-Fandani Al-Makki
Umur : 24 tahun
Status : berkahwin dengan Nur Liyana binti Miar Lob
Kuliah : Maahad Lughah
Sem : Empat (akhir)

Nama : Tuan Badrul Hisyam bin Tuan Soh
Umur : 25 tahun
Status : Berkahwin dengan Marhamah
Anak ; Tuan Ilham)
Kuliah : Syariah (Qadha')
Sem : Tiga


hamzah wasal...

by ibnu yusof

muddathir abdul quddus

Dr.Qurasyi

nota

musa hassan O

Alhamdulillahi rabbil 'alamin, wassolatu wassalamu 'ala sayyidil akramin, saidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi ajmain. Alhamdulillah seperti mana yang telah saya sebut pada minggu lepas, dalam matapelajaran imla' pada kali ini saya akan mengajar anda semua mengenai hamzah wasal dan hamzah qata'.

Apakah yang dimaksudkan dengan hamzah wasal?

Hamzah wasal ialah hamzah yang disebut apabila berada diawal ayat @ perkataan dan tidak disebut jika berada ditengah-tengah ayat. Contoh bagi perkataannya adalah اسم, ابن ,امرأة , است.

Contoh berbentuk ayat pula seperti:
ابن محمد
محمد ابن عبدالله
جاءتني امرأة ومعها الدينار
استغفرالله العظيم


Demikianlah contoh-contoh bagi hamzah wasal dalam bentuk ayat. Jadi saya harapkan anda semua memahami dan jika ada soalan silakan tanya.

*****
Setiap hari rabu masa 3-4 saya mempelajari satu matapelajaran yang dinamakan sebagai tarbiyyah 'amaliyyah. Lebih kurang macam praktikal lah kalau kita di Malaysia.. Cuma perbezaan disini ialah praktikal ini dilakukan didalam kelas sendiri dan mengajar tajuk yang dipilih sendiri tanpa ada sekatan oleh pihak guru...dan kami bebas untuk mengaku dan menggelarkan diri kami sebagai ustaz atau pun dr mahu pun profesor tetapi yang paling penting dan dinilai adalah cara mengajar, penggunaan alat bantu mengajar dan interaksi 2 hala antara guru dan pelajar. Oleh kerana segalanya dilakukan didalam kelas sendiri semestinya ada kepala-kepala yang suke mengkondemkan orang lain dengan bertanyakan soalan-soalan yang bertaraf PHD kepada pelajar yang sedang berlakon sebagai profesor. Adakalanya dapat dijawab dengan baik dan adakalanya hanya tersengih seperti kerang yang dah terbuka kulitnya dan ada juga yang menjadi ahli politik dengan cuba memusing-musing soalan dan meninggalkan soalan tersebut tanpa dijawab. Bermacam-macam karenah didapati dari kelas ini. kadang-kadang kami bersama-sama bergelak ketawa dengan reaksi kawan-kawan dan adakalanya kami senyap dan kesian melihat kawan-kawan yang 'kurang' dalam mempersembahkan lakonannya. dan perlu diingatkan bahawa lakonan ini bukanlah lakonan saja-saja buat, akan tetapi adalah praktikal untuk kami untuk mendidik dan menghadapi masyarakat negara masing-masing pada masa hadapan.

Tajuk diatas adalah tajuk yang saya pilih sebagai assigment yang saya bentangkan didalam kelas pada minggu lepas. Mudah dan ringkas kan?. hehehe... Sebenarnya ada lagi yang saya ajarkan didalam kelas selain tajuk diatas. Tetapi akibat daripada satu penyakit yang amat berbahaya pada zaman kini iaitu penyakit M.A.L.A.S , maka saya mengambil keputusan untuk tidak menulis semuanya apa yang telah saya ajarkan didalam kelas. Kalau panjang-panjang sangat nanti tak ada orang pulak nak baca post kali ni. Lagi pun ini bukanlah blog untuk mengajar ilmu mengenai imla' tetapi adalah blog mengenai luahan rasa hati dan cerita-bcerita pengalaman hidup. Betul tak saudara- saudari sekalian?

Alhamdulillah saya dapat present dengan tenang dan tenteram tanpa ada sebarang gangguan sebab tak ada orang yang nak tanya tentang apa yang saya ajarkan. Mungkinkah mereka faham semuanya? atau pun mungkinkah mereka tidak faham apa-apa? Tetapi kemungkinan yang paling besar ialah mereka tidak mahu memanjangkan masa kerana saya adalah orang yang terakhir pada hari itu yang dipilih untuk membuat presentation. Dan pada ketika itu waktu sudah hampir tamat. Kalau ramai yang bertanya dan saya menjawab dengan panjang lebar maka secara otomatik waktu pembelajaran akan jadi panjang dan mereka akan lambat untuk makan tengahari dan itu lah amat saya harapkan. Sungguh beruntung saya rasakan diri ini. Dan ustaz jugak tidak banyak mengomen mungkin juga dengan sebab yang sama. Gambar diatas adalah antara kawan-kawan saya yang mempresentkan hasil karya mereka buat kali kedua. dan yang duduk diatas kerusi itu adalah pensyarah saya yang bernama dr. Al-Qurasyi. Kalau tak silap rasanya beliau berasal dari qabilah bani quraisy. Pada minggu hadapan akan ada lagi 3 orang yang akan membuat presentation dan salah seorangnya juga merupakan orang Malaysia. Tetapi orang itu bukannya saya. Kalau mengikut perkiraan ada kemungkinan saya tidak perlu untuk mengajar bagi pusingan kedua kerana masa tidak mengizinkan. Harap-harapnya begitulah kirenya. Terselamat saya...

Setakat inilah dahulu cerita larut malam saya pada kali ini. Kalau ada salah dan silap harap dimaafkan. Dan tidak lupa juga ucapan selamat hari lahir kepada saudara mohd nurul hafiz bin abdul latif. semoga panjang umur dan luas rezki dan sentiasa berbahagia disamping isteri tercinta. wallahu'alam.

the end

(14 january 2010 at 2:03 a.m)