XPDC DIBUMI MAKKAH

by ibnu yusof

suratti in hilton

kebetulan berjumpa di hilton

bersama arab marang

Amiiin...

arab marang @ abang mat

isteri arab marang

kaum wanita meratah nasik daging

mat'am safa

sebelum pulang ke hotel


Semalam selepas solat asar sepertimana yang dijanjikan dengan keluarga ku, aku membawa mereka berjalan jalan-jalan disekitar masjidil haram, yang membawa maksud membawa mereka berpusing-pusing untuk shopping. Dan sekarang ini aku tidak lagi mempunyai port yang sesuai untuk membawa mereka@ mana-mana jemaah malaysia untuk bershopping kerana tempat yang menjadi kebiasaan aku pergi telah di BOM!!! tapi jangan salah sangka. Bukannya dibom kerana terrorist ke ape ke, tapi kerana kerajaan saudi sedang dalam proses untuk membesarkan lagi saahah (dataran) masjid haram yang kini hampir padat apabila tiba musim pack iaitu pada musim haji dan ramadhan.

Jadi aku mengambil keputusan untuk bawak mereka ke Hilton untuk berpusing-pusing. Tiada apa sebenarnya yang mahu dibeli cuma hanya mahu window shopping. Punyalah banyak kedai yang kami masuk. Ada yang kedai karpet cap museum ada kedai jubah. Dan yang paling interesting kedai Abaya. Abaya ni jubah hitam yang menjadi kebiasaan wanita saudi@ penduduk di saudi pakai ketika keluar dari rumah.Masuk je kedai abaya aku terus membelek pakaian yang dijual... bermanik-manik dan bersulam-sulam...cantik... begitu jugaklah keluargaku memilih dan meneroka kedai tersebut. Tapi tiba-tiba aku tertarik kertas yang bergantungan kat abaya tu. WOW!!!... SR1900 untuk sehelai... mak aiih mahalnya.. kalau setakat kain hitam yang diletakkan manik-manik dan dijahit benang sikit-sikit tu tak berpadananlah untuk dibeli. bukan selalu dipakai dan Di malaysia pun jarang orang yang memakainya.Adik-adik ku juga terus mengajak aku keluar dari kedai itu selepas diorang tengok harga sehelai abaya. Mesti terkejut diorang bila tengok harga tu...

Destinasi seterusnya ialah ke kedai minyak atar suratti yang terletak di ground floor hotel hilton berdekatan dengan hypermarket Bin Dawood. Ayah aku kata kali ni dia dah tak nak lagi belikan jubah-jubah untuk orang-orangan terutama adik-adiknya kerana musim haji baru-baru ni sudah semestinya adik-adik ayah ku yang baru datang haji telah banyak belikan kepada adik-beradiknya jubah. Dan aku mengta'kidkan (menguatkan) lagi kata-kata ayahku itu kerana aku sendiri yang bawak uncle dan untie-untie ku shopping. Ayahku berkata lagi kali ni nak belikan minyak atar sahaja sebagai buah tangan daripada Makkah. Sebab itu kami masuk ke kedai Suratti untuk memilih jenis-jenis minyak atar yang best dan wangi, dan bukannya hanya jenis 1000 bunga yang menjadi kebiasaan rakyat malaysia yang datang ke Makkah membelinya. Ayahku telah memilih 2 jenis minyak atar dan membeli beberapa bekas yang agak cantik yang digunakan untuk mengisi minyak atar dan diagih-agihkan sebagai hadiah nanti.

Seterusnya kami melangkah keluar dari hilton dan menuju ke Al-Ghazali (kedai jam yang berada disebelah kiri sekiranya kita menghadap ke masjid haram) kerana ayah hendak membelikan seutas jam tangan kepada adikku yang baru selesai exam SPM baru-baru ini. Kiranya hadiah in advance lah. kerana mengikut rekod yang lepas-lepas adik ku ini tidak pernah mendapat rendah dari 11A (masya Allah tabarakallah). Dan insya Allah kali ini akan mendapat 12A1 insya Allah. Semoga doaku ini dimaqbulkan Allah. Masuk ke kedai ayahku terus memilih jam untuk anaknya. Aku juga cuba untuk meneliti manalah tahu kot-kot ada yang berkenan dihati dan mampu milik maka bolehlah jugak aku membelinya. Adikku berkenan dengan 1 jam yang pada mataku langsung tak cantik dan tak menarik. Aku bertanya akan harganya, dan dengan selamba tokeynya menjawab ALF WA TIS'U MIYYAH... berapa? SR1900. Dalam hatiku berkata, jam yang tak lawa dan tak cantik macam ni pon boleh jadi semahal tu? dunia...dunia. Bukanlah tidak mampu untuk membeli jam seperti itu kerana memang diketahui yang jam yang branded memang cantik dan tahan lama. cuma untuk diberikan kepada budak yang baru habis sekolah memnag tak berbaloi, keranamereka tidak boleh dididik dengan kemewahan sangat, nanti akan merosakkan diri mereka sendiri.

Waktu maghrib sudah hampir tiba dan kami menuju ke masjid haram untuk mengambil tempat di saf-saf di kawasan tawaaf. Selesai solat aku berundur sedikit ke tingkat yang atas sedikit kerana aku ingin membaca Quran yang sememangnya menjadi hobiku dikala ada kelapangan (ye ke?) dan untuk menyelesaikan amanah orang yang telah meminta aku untuk khatam quran kepada keluarga mereka yang telah meninggal. Aku mengambil tempat yang bersetentangan dengan kaabah. Dan berdekatan dengan ku ada sebilangan jemaah malaysia yang datang dengan pelbagai travel agency. Aku duduk dan mula merasakan keletihan dibadanku mungkin kerana keletihan dari sebelum subuh bangun dan tidak berehat sedikit sehinggalah malam menjelma. Aku memulakan bacaan dan... aku terlelap... tiba-tiba aku merasakan ada sesuatu yang jatuh ke peha kiriku. Aku tersentak dan menoleh... PADAN MUKA!!! burung merpati dah bagi "hadiah" istimewanya kepada aku. Selama 4 tahun aku di bumi Makkah inilah kai pertama aku diberikan hadiah sebegini istime oleh burung-burung disini.. Mungkin burung tu berkata " Nah amik kau hadiah dari aku ni. Tido sangat dalam masjid.Orang datang nak beribadah engkau datang engkau tido ye.!!" kalut aku dibuatnya. Nasib baiklah disebelahku itu ada seorang arab yang baik hati dan memberikan aku sehelai tisu dan menyuruh aku membasuhnya dekat dengan tong zam-zam yang berderetan didalam masjid. Ketika aku menuju ke tong zam-zam aku disapa oleh seorang abang jemaah malaysia yang datang dengan travel andalusia. katanya " Kena tahi burung ke? oklah tu kene kat paha. Abang tadi kena kat muka." aku hanya tersenum dan meneruskan lagi perjalananku. aku beristighfar kerana kau tido dalam masjid dan Alhamdulillah aku memuji Allah kerana burung tu tak bagi hadiah kat aku seperti mana yang dia berikan kat abang tu.

Selepas membasuh aku meneruskan lagi bacaan ku dan menghabiskan 1 juzuk pada malam itu. Sementara dalam membca aku memerhatikan gelagat abang yang menyapa aku tadi. Dia khusyuk membaca Al-Quran dan kadang-kadang dia meminta anaknya yang kecil untuk menyemak bacaannya. Keluarga yang soleh... begitulah terdetik dalam hatiku. Selesai aku membaca al-quran aku pergi kepada abang tu yang sedang membaca al-quran. rupa-rupanya abang tu namanya aminudin yang dahulunya bekerja sebagai engineer awam dan antara orang yang terawal yang mengasaskan PUTRAJAYA. Tapi sekarang ni dah berhenti (kerana tak tahan dengan "bawah meja") dan bekerja sendiri dalam bidang oil and gas. Jadi supplier katanya. Aku tak sempat berbicara lama dengan abang aminuddin kerana azan isyak dah berkumandang dan abang aminudin beralih menuju kepada kawannya yang berada didepan multazam.

Perjalanan diteruskan lagi ke Mat'am safa iaitu antara destinasi utama aku and the geng membawa jemaah untuk makan malam. So pada malam ini aku berjaya membawa ayahku dankeluarga makan di tempat yang special di makkah ini. Dan bersama-sama ku juga pada ketika itu keluarga abang ipar kepada kakak ku iaitu abang mat dan kak ti. Dengan berpakaian seperti arab pada malam itu abang mat agak menjadi perhatian ramai. Dan dengan lawaknya yang selamba menjadikan kami full of colours...(betul ke ni?). Tetapi agak menyedihkan apabila makannan yang dihidangkan agak kureng rasanya pada malam itu tidak seperti malam-malam yang sebelumnya.

Perjalanan kami pada malam itu berakhir di masjid haram kira-kira jam 1030 malam. Dan sememangnya semuanya keletihan terutamnya keluargaku kerana mereka telah menunaikan ibadah umrah dan belum lagi berehat sehinggalah pada malam itu. Jadi setakat inilah sahaja cerita ekspidisi pada kali ini. Insya Allah kalau sempat akan ada lagi cerita-cerita ekspidisi seterunya di bumi Makkah ini. Wallahu'alam.

1 comments:

chef kz said...

very good, awak meningatkan saya kembali kesemua destinasi yg pernah saya kunjungi semasa menunaikan haji bulan lepas.

Post a Comment