Jam menunjukkan pukul 3 petang... aku masih belum berkemas sepenuhnya... ade lagi saki-baki barangan yang masih belum aku masukkan ke dalam kotak... masa hanya tinggal beberapa ketika... aku berterima kasih kepada abang khuz kerana telah menawarkankan diri untuk hantar aku ke airport... dan sebenarnya aku kebuntuan dengan siapa aku nak tumpang untuk ke jeddah... hampir aku tekadkan diri untuk menggunakan perkhidmatan teksi sahaja... dan bertolak selepas asar... Allah maha pengasih... didalam kebuntuan Allah taala menolong aku hambanya yang lemah dengan menghantar abang khuz untuk hantar aku ke mator...abang khuz berjanji untuk ambil aku pukul 5.30 petang... masih sempat ke ASIA RESTORANT katanya...hehehe

aku sebenarnya baru sahaja pulang dari membeli sedikit lagi barangan yang tertinggal daripada list aku... melalui di pinggiran haram... hati ku sayu... kerana tidak berapa lama lagi aku akan meninggalkan bumi yang berkat ini...walaupun pemergianku hanyalah seketika dan insya Allah aku akan kembali lagi selepas raya jika dipanjangkan umur... tetapi kali ini aku berasa amat sayu... sayu untuk meninggalkan sebuah kota yang mempunyai seribu satu kerahmatan dan seribu satu satu kenangan buat aku dan sahabat sekalian... dan entah mengapa airmata ku menitis laju ketika bertawaf semalam... aku terfikir... adakah Allah akan menjemputku lagi ke rumahnya yang mulia ini... ataupun adakah umrah ku kali ini adalah umrah yang terakhir buat diriku?.... aku pasrah ya ALLAH... tapi dalam hatiku tidak putus-putus aku berdoa supaya Allah akan tetap menjemput aku kerumahnya BAITULLAH AL-HARAM....

sebentar lagi azan asar akan berkumandang dan aku akan menuju ke masjid haram untuk solat waktuku yang terakhir di masjid haram... dan selepas itu aku akan tawaf wida' menandakan bahawa aku akan meninggalkan kota suci ini...

aku akan menunggu ketibaan Abangh khuz untuk membawa aku menuju ke mator malik abdul azizi di jeddah...

dan ini adalah update aku yang terakhir di saudi dan insya Allah setibanya aku di malaysia aku akan terus mengapdetkan blog ini... don wori...

*****

flight aku malam ini akan berlepas pada jam 2320 = 11.20 malam dan akan tiba di KLIA pada jam 1 tengahari... wajah ayah bonda adik beradik dan sanak saudara semakin jelas terbayang diruang mataku... aku akan pulang menemui mereka.. mengubat kerinduan dihatiku... insya Allah kita akan bertemu diMalaysia... Insya Allah...

wassalam...

MALAYSIA.... AKU PULANG KEPANGKUAN MU....

0 comments:

Post a Comment