Taif the series (part 2)

by ibnu yusof





masjid Abdullah bin Abbas


antara kegiatan penduduk kota taif


prophet garden....

dikawasan inilah yang dikatakan nabi berehat selepas diserang oleh bani thaqif dan di masjid inilah dikatakan nabi bertemu dengan 'adas



Rasulullah dan dakwah di Taif


Taif adalah satu kawasan yang subur dengan tumbuhan dan tanaman. Sejak berkurun lamanya bandar ini telah didiami oleh satu qabilah yang besar yang bernama bani thaqif. Qabilah ini telah membina satu kawasan perkampungan yang kukuh dan mempunyai benteng pertahanan untuk menahan serangan daripada musuh-musuh. Mereka menyara kehidupan seharian dengan melakukan aktiviti pertanian dan penternakan. Mereka juga mempunyai sumber air dan makanan yang banyak sehingga mampu untuk bertahan sehingga beberapa tahun jika mereka dikepung.Dan sekarang ini perkampungan ini telah menjadi salah satu tempat yang menyalurkan bekalan air bersih ke seluruh bandar taif.


Setelah kematian abu talib dan hampir berputus asa berdakwah kepda musyrikin Makkah untuk kembali kepada Allah, Nabi Muhammad cuba untuk mengubah strategi dakwah baginda. Baginda cuba untuk menjadikan taif sebagai sasaran seterusnya untuk mengembangkan agama Allah. Mungkin kerana diantara mereka ada yang mempunyai hubungan darah dengan baginda, jadi baginda menyangka mereka akan mudah untuk menerima seruan baginda untuk kembali kepada Allah dan meninggalkan agama nenek moyang mereka yang telah lama mereka anuti.


Setibanya nabi di taif baginda segera bertemu dengan beberapa orang pembesar bani thaqif untuk menyatakan tujuan kedatangan baginda ke taif. Baginda mengharapkan mereka akan menerima ajaran islam dengan sebaiknya akan tetapi sebaliknya yang berlaku. Baginda dicerca,ditohmah dan dihina dengan seteruk-teruknya oleh pemimpin bani thaqif. Malah para pembesar telah menyuruh anak-anak mereka dan penduduk-penduduk taif untuk menyerang nabi dan melontar batu ke arah nabi. Darah menitis dari segenap tubuh nabi yang mulia sehingga menitik ke permukaan bumi. Seluruh alam merasa sedih melihat penderitaan yang dialami oleh kekasih Allah yang berjuang demi menunaikan peintah dan suruhan tuhannya.


Rasulullah melarikan diri sehinggalah tiba disebuah kebun anggur dan berehat dibawah rimbunan dedaun anggur. Kebun anggur itu dimiliki oleh dua bersaudara yang bernama utbah bin rabi’ah dan syaibah bin rabi’ah. Ketika mana rasulullah sedang berehat, datanglah malaikat jibril mengadap baginda lalu berkata “ Wahai Muhammad! Adakah engkau mahu aku hentamkan seluruh bani thaqif ini dengan bukit?” maka rasulullah menjawab “ Jangan wahai jibril.Sesungguhnya mereka adalah golongan orang-orang yang jahil.”


Ketika mereka sedang berada dikawasan kebun, mereka melihat seorang lelaki memasuki kebun mereka dan berehat dibawah pohon anggur yang rendang dalam keadaan letih dan badannya dipenuhi darah yang masih menitis. Mereka hanya memerhatikan dari jauh. Lalu Allah mencampakkan perasaan kasihan ke dalam hati mereka dan Allah telah melembutkan hati mereka supaya mahu menolong nabi Muhammad SAW. Mereka memanggil seorang hamba mereka yang bernama ‘adas dan berkata “ Wahai ‘adas! Engkau ambil anggur ini dan letakkan didalam satu bekas dan engkau hantarkan anggur ini kepada lelaki yang duduk dibawah pokok disana dan suruh dia makan buah anggur ini”. ‘Adas yang beragama nasrani pada ketika itu terus membuat perkara yang disuruh oleh tuannya dan menuju kepada Rasulullah. Apabila tiba dihadapan rasulullah, ‘Adas berkata “ Makanlah wahai lelaki! Anggur ini tuanku memberikannya kepada mu untuk kamu makan.” Rasulullah mengambil buah anggur dan menyebut Bismillah dan kemudian memakan anggur tersebut. ‘Adas mendengar sebutan itu dan terpegun lalu memandang tepat ke wajah rasulullah kemudian berkata “ Demi Allah perkataan ini tidak akan sekali-kali disebut oleh penduduk di negeri ini.” Rasulullah bertanya “ Wahai ‘adas! Dari manakah asal-usul mu dan apakah agama mu?” lantas ‘adas menjawab “ Aku beragama nasrani dan aku berasal dari bandar nainawa.” Kemudian rasulullah berkata lagi “ Kamu datang dari sebuah kampung seorang lelaki yang soleh yang bernama Yunus bin Mata.” Maka bersegeralah ‘adas bertanyakan rasulullah “ Bagaimanakah kamu mengetahui akan perihal yunus bin mata?”. Rasulullah menjawab “ Sesungguhnya dia adalah saudaraku. Dia adalah nabi dan aku juga seorang nabi sepertinya. Maka melututlah ‘adas dihadapan rasulullah dan terus mencium kepala, tangan dan kaki rasulullah yang mulia.


Kejadian ini diperhatikan oleh tuan pemilik kebun dan mereka merasa hairan akan peristiwa itu. Lalu berkata “ Sesungguhnya hamba mu itu telah tertipu dengan lelaki tersebut”. Apabila ‘adas kembali kepada tuannya lalu mereka berkata “ Celakalah engkau wahai ‘adas. Kenapakah kamu mencium kepala, tangan dan kaki lelaki itu? Maka ‘adas menjawab “ Wahai tuan ku! Apakah perkara di muka bumi ini yang lebih baik daripada perkara ynag telah kau lakukan tadi? Sesungguhnya lelaki itu telah memberitahu aku perkara yang tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan nabi”. Maka berkatalah kedua-dua tuanya “ Celakalah kamu wahai ‘adas! Janganlah engkau berpaling dari agama mu kerana agama mu adalah lebih baik dari agamanya!”.


Begitulah cerita kisah perjalanan dakwah rasulullah di taif dan kisah keislaman seorang hamba yang bernama ‘adas. Semoga dengan cerita ringkas ini dapat lagi menambahkan rasa kecintaan kita kepada rasulullah dan lebih bersungguh-sungguh dalam menyebarkan agama Allah taala. Sekadar ini dahulu buat kali ini. Wallahu’alam.

Taif the series (part 1)

by ibnu yusof

masjid kou'

sejarah masjid kou'

masjid madhoon

sejarah masjid madhoon

miqat untuk penduduk taif melalui jalan al-hada

masjid untuk bermiqat umrah dan haji

Taif….

Suatu bandar yang tidak asing lagi bagi kita umat islam. Bandar yang mempunyai pelbagai sejarah hitam putih perkembangan agama islam. Bandar yang termaktub didalam semua kitab sirah. Disana terdapat pelbagai kesan sejarah yang masih utuh dan kukuh tersergam indah untuk tatapan umat manusia yang cintakan sejarah perjuangan nabi dan cintakan perjuangan islam.


Halimatus Saadiyyah


Sejarah bermula apabila datangnya wanita-wanita dari kawasan pendalaman ke kota Makkah al-Mukarramah untuk mencari bayi-bayi yang baru lahir untuk menjadi ibu susuan kepada mereka sebagai salah satu cara mereka mencari rezki untuk menyara kehidupan seharian mereka. Sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat arab pada ketika itu mengupah wanita-wanita tersebut untuk menyusukan anak-anak mereka sehinggalah mereka berumur sehingga berumur beberapa tahun. Kenapakah masyarakat arab memilih untuk menjadikan wanita dari pendalaman menjadi ibu susu kepada anak-anak mereka yang baru lahir? Ini adalah kerana masyarakat arab percaya bahawa pendidikan anak-anak dikawasan pendalaman adalah lebih bagus dari segala segi seperti bahasa, kelasakan dan ketangkasan bermain kuda. Kecerdasan dan kecerdikan aqal fkiran juga adalah lebih bagus dari anak-anak yang tinggal dibandar kerana diperkampungan udaranya dan suasananya adalah lebih nyaman dan menenangkan fikiran.


Didalam golongan wanita tersebut terdapat seorang wanita yang datang bersama-sama suaminya dan seorang bayi kecil menaiki seekor keldai betina yang sudah uzur. Wanita tersebut bernama Halimatus Saadiyyah yang berasal dari bani saad dan menetap perkampungan bani saad ditaif. Halimah saadiyyah juga seperti rakan-rakannya yang lain datang dengan satu hajat untuk membawa pulang seorang bayi untuk disusukan dan dididik dengan cara asuhan dan tarbiyyah secara tradisional. Pencarian bermula dan sehingga mlam menjelma tiadalah dijumpai melainkan seorang bayi anak yatim yang bernama MUHAMMAD ibn Abdullah. Pada peringkat permulaannya halimah agak keberatan untuk mengambil Muhammad sebagai anak susuannya memandangkan baginda adalah seorang anak yatim dan dibimbangi tiada orang yang akan membayar upahnya sebagai ibu susu. Akan tetapi apabila melihat sudah tiada lagi bayi lain yang boleh diambil dan naluri keibuannya begitu tersentuh apabila memandang tepat pada mata anak kecil itu, maka halimah membulatkan tekad untuk mengambil bayi comel tersebut sebagai anak susuannya.


Bermulah kehidupan junjungan besar nabi Muhammad SAW di taif. Pelabagai keajaiban yang berlaku kepada halimah as-saadiyyah ketika mana rasulullah bersamanya. Bermula dengan kisah perjalanan pulang ke taif , kekuatan himarnya bertambah sehingga dapat memotong kumpulan yang telah bertolak lebih awak beberapa hari. Dan diantaranya juga segala bintang ternak milik halimah menjadi gemuk dan sehat dan haiwan belaan milik orang lain kekal kurus walaupun makan dan minum di padang rumput yang sama. Dan susu halimah juga bertambah dan cukup untuk nabi dan anak halimah sendiri. Begitulah aturan Allah SWT. Walaupun tidak mendapat ganjaran yang banyak daripada kelurga nabi, tetapi Allah telah mengganjari halimah dan keluarga dengan ganjaran yang amat besar dan banyak sebagai tanda anak susuannya bakal menjadi seorang yang agung pada masa akan datang. Setakat inilah dahulu untuk kali ini… nantikan sambungan pada siri seterusnya… wassalam.


To be continued…

*****


p/s- untuk gambar yang lain silalah tengok dalam facebook saya...



masjidil haram pada malam 10 muharram


Hari Asyura

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab, asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.


Sejarah Asyura

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkahlagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah keMadinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalahYom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukharimengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:


Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura

  1. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
  2. Memuliakan fakir miskin
  3. Menahan marah
  4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
  6. Bersedekah
  7. Memelihara kehormatan diri
  8. Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak
  10. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
  11. Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyuraempat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di bacaQulhuwallah sebelas kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa
  13. Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.


Rujukan

1. ^ a b Sahih Bukhari 1900; Sahih Muslim 1130 2. ^ a b Javed Ahmad Ghamidi. Mizan, The Fast, Al-Mawrid 3. ^ a b Ayyatullahi, Sayyid Mehdi (2005). Sayyidina Husain bin Ali bin Abi Thalib. Jakarta: Penerbit Al-Huda. ISBN 979-3515-42-2.








Alhamdulillah... segala puji bagi Allah Taala atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan kepada kita makhluknya insan yang lemah...

***

Malam tu aku tak sempat bersolat isyak kat masjid haram oleh kerana ada kerja yang perlu aku selesaikan sehingga memerlukan aku menangguh hajatku untuk kesana. Walau bagaimana pun hatiku terus meronta-ronta untuk pergi ke baitillah. Aku membulatkan tekad untuk tetap pergi dan ingin sekali aku tawaf keran telah lama aku meninggalka ibadah sunat tersebut kerana memberi peluang kepada jemaah haji yang datang melakukan ibadah sunat tersebut. Aku bertolak dan singgah sebentar di Felda D'saji untuk menjamu selera kerana aku belum makan tengahari lagi pada ketika itu. So aku menjamakkan makan tengahari dan makan malam sekali. Menjimatkan masa dan duit. betul tak? hehehe..

Selesai makan aku terus menuju ke haram dan menunaikan hajatku untuk tawaf dan berdoa dengan sepuas-puasnya untuk diriku dan mereka-mereka yang meminta tolong aku untuk mendoakan kebahagiaan mereka dan keluarga. (Sekiranya ada diantara anda yang nak mintak tolong untuk doakan dimasjidil haram silalah hantarkan mesej@email ke alamat seperti yang tertera diprofil blog ini.) Dan ketika itu Alhamdulillah masjidil haram hampir kosong. Allah memudahkan aku untuk menunaikan niatku itu. Aku tenang.. aku senang dan aku gembira kerana segala yang aku hajatkan telah tercapai. Setelah selesai aku berhenti seketika untuk berehat dan mencuri-curi ambik gamabar dalam masjid haram dengan E90 3.2 megapixel. Snap 2-3 keping aku berlalu dan menuju ke tingkat 2 masjid haram. Dan seperti dijangkakan sememangnya ditingkat 2 juga kosong. aku dengan senang hati menekan punat-punat di telefonku untuk mengambil gambar sebaik yang mungkin. dan keberhasilannya adalah seperti diatas. walaupun masih amat jauh dari sempurna aku tetap berasa gembira dan berpuas hati untuk masa ini.

Angin mula bertiup kencang. Debu-debu berterbangan seolah-olah tidak tahu dimana singgahnya. suhu semakin sejuk dan aku mengigil kesejukan. aku tidak menjangkakan bahawa malam itu suhu akan menurun.aku hanya ke masjid haram dengan berpakaian biasa dan tidak membawa baju sejuk@sweater. menggigil dan terus menggigil.. aku cuba menahan kesejukan dengan memeluk diriku sendiri.. tiba-tiba hatiku sayu... aku pun tidak tahu mengapa dan kenapa... hanya tiba-tiba...mungkin ayat-ayat suci yang sedang dibaca ketika itu menceritakan tentang siksaan neraka Allah...mungkin... tetapi aku tak pasti... angin semakin kencang dan cuaca semakin sejuk....

Jam menunujukkan 10:30 malam....

tap..tap..tap... aku menoleh ke arah kaabah... Dan...

"Allah telah menurunkan rahmatnya ke bumi Makkah.... hujan telah turun di Masjidil haram"... hatiku berdetik... dan dengan tiba-tiba hati ku menjadi semakin sayu dan airmataku turut berguguran... menitis bersama-sama titisan hujan... entah mengapa... aku dengantiba-tiba dipenuhi rasa bersalah dan rasa berdosa yang amat... semoga Allah mengampunkan dosa-dosaku yang maha banyak ini. Dan semoga dengan turunnya hujan ini menandakan Allah menerima segala doa-doaku dan doa seluruh umat islam dibumi makkah dan diseluruh dunia.. Amin..
****

Sekarang ini aku berada di bumi taif.. cuaca amat sejuk dan menyamankan seolah-olah aku kini sedang berada di oversea...

to be continued....hehehe

wassalam...


update

by ibnu yusof

masjidil haram selepas haji

hampir kosong


semasa haji

ketika diri bertasbih


Assalamualaikum...

Aku tidak menjangkakan bahawa pada suatu hari aku akan ditegur kerana tidak mengupdatekan blog aku. Aku tidak sangka bahawa blog aku mempunyai silent reader yang menunggu cerita dari aku. Apa-apa pun jutaan terima kasih kepada akak yang menyedarkan aku tentang hal ini. Bukanlah menegur kerana marah tetapi mungkin kerana bimbang sesuatu yang tidak baik berlaku pada diriku si blogger kerdil ini kerana tiba-tiba sahaja hampir sebulan aku menyepikan diri.begitu pantas masa berlalu. Masa pergi meninggalkan kita tanpa ada rasa belas kasihan sedikit pun. Berlalu dan terus berlalu.

Musim haji telah berakhir

Jemaah haji berduyun-duyun meninggal bumi Makkah yang penuh barakah ini. Jemaah Malaysia sudah hampir hilang dari pandangan mata. Sebahagiannya telah sampai ke tanah air dan sebahagiannya kini berada di tanah haram kedua iaitu Bandar Nabi Madinah Al-Munawwarah.Dan Alhamdulillah bapa saudara dan ibu-ibu saudaraku ayoh ngoh man, chek ngoh ma, chek yah, mokcik yoh dan chek ton telah selamat kembali ke tanah air jam 4.05 petang waktu Malaysia. Semoga semuanya mendapat haji yang mabrur insya Allah. Sepatutnya banyak cerita yang hendak aku kongsikan denagn para pembaca sekalian. Cerita mengenai haji, cerita aku dijemput memberi tazkirah untuk sebuah travel, cerita mengenai sahabat-sahabat yang berada di Makkah dan sahabat-sahabat yang datang dari mesir dan yaman untuk menunaikan ibadah haji dan kehidupan aku seharian disini. Akan tetapi semua itu hanyalah menjadi mimpi indah disiang hari kerana setiap aku nak menulis ade sahaja halangan yang mendatang yang meng fade-up kan aku dari terus menulis. Internet down, esok exam, malam ni kene jumpa orang tu, orang ni, dato’ tu dato’ ni, makan situ, makan kat sini. Mungkin inilah yang dikatakan kesibukan yang dibuat-buat tapi mungkin sedikit sebnyak ada hasilnya untuk diriku sendiri. Ni belum lagi mempunyai pekerjaan yang tetap, anak isteri, keluarga dan belum sepenunya masuk ke dunia bermasyarakat yang penuh onak dan cabaran. Dan aku kini hanya melihat gambaran kesibukan manusia yang berjuang demi untuk mecari sesuap nasi dari satu sudut kecil diluar kota kesibukan sebenar manusia. Dan ini sudah meletihkan jiwa aku. Dan tidak aku dapat bayangkan bagaimanakah aku dapat menempuhi badai dan gelora dalam kehidupan sebenar yang bakal aku jalani nanti.

Kekuatan dan keteguhan azam sorang sahabat yang sama-sama belajar memberikan semangat dan kekuatan kepada diriku. Dalam satu-satu masa beliau boleh menjadi berbagai-bagai jenis orang yang mempunyai berbagai-bagai pekerjaan. Paginya seorang pekerja di Felda D’saji, petangnya seorang pelajar di Universiti Umm Al-Qura, malamnya sebagai suami dan sebagai ayah dan juga menjadi fotografer seperti mana yang diminatinya. Dan sahabat-sahabatku yang lain, berjuang dan berkorban dengan meninggalkan anak dan isteri di tanah air demi mencari ilmu untuk disebarkan kepada anak bangsa apabila kembali ke bumi Malaysia yang dicintai kelak. Sayang isteri tinggal-tinggalkan, saying anak tangan-tangankan. Dan aku seorang insan yang tiada tanggungjawab khusus selain dari tanggung jawab ku sebagai seorang anak dan sebagai seorang pelajar. Aku bukannya seorang pekerja,aku bukannya seorang suami apatah lagi seorang ayah kerana aku masih single. Sepatutnya aku menjadi insan yang lebih kuat dan cemerlang dalam menghadapi dugaan hidup.

Aku teringat satu ceramah yang aku download dari youtube. Ceramah dari seorang ustaz Indonesia yang bertajuk haji mabrur. Katanya “ untuk mendapatkan yang haji mabrur bukan sahaja berkisar mengenai samada telah melakukan semua rukun-rukun haji dan wajib-wajib haji sahaja, tetapi sebenarnya adalah cerita mengnai perlakuan kita selepas daripada waktu haji. Adakah berlaku perubahan didalam diri kita. Dan antara tanda-tanda haji yang mabrur ialah kita menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum kita datang menunaikan haji” …

Aku amat berharap semoga haji pada kali ini dikira Allah sebagai haji yang mabrur dan menjadi sebagai satu titik perubahan yang baru dalam hidup aku. Insya Allah.. setakat inilah sahaja dulu coretan dariku untuk anda sekalian. Sekali lagi jutaan kemaafan dipohonkan kepada sidang pembaca kerana kelambatan mengupdatekan blog ini.. wallahu’alam..