hari ni dah 8 jun..bermakna hanya tinggal empat hari sahaja lagi untuk aku stadi sebelum bermulanya ikhtibar niha'i (final exam)... dan bermakna tidak lama lagi aku akan kembali dapat menghirup udara segara negaraku yang tercinta Malaysia... exam kali ni semuanya ade 10 paper..tapi dah lepas satu paper hari sabtu baru ni... insya Allah 9 lagi bakal menyusul... bermula hari sabtu ni... sehinggalah hari selasa 23 jun 2009....


pada suatu hari...aku call umah aku kat malaysia... mok aku menyampaikan pesan...

"Abang stadilah awal-awal sket... ramai orang Terengganu nok gi Makkah bulan 6 ni... cg harun, cg razak, aboh n family, kak nora anok de ton... kang Malaysia cuti skoloh leni.."... aku terfikir ... stadi awal? ramai? aku dah mula berkira-kira..tu hok chek (panggilan mak aku) bagitahu.. dok kire aku aku tahu lagi..ramai tu..memang ramai giler..aku dah pening.. macam mane aku nak bahagikan masa untuk bertemu dengan sanak saudara... dan masa untuk stadi.. takkan lah aku tak mboh gi jupe sedara hanya dengan sebab kate exam dekat... mungkin mereka tak kesah.. sebab diorang datang bukannya nak jumpa aku sangat pon... mereka datang sebab nak buat umrah n ibadat.. tapi aku sebagai sedara yang berhati setaman bunga... xkan aku tak nak raikan sedara mara aku yang datangkan.. dah kite aku ade sini dan dekat dengan mereka... kot-kot mana tahu diorang perlukan apa... sakit demam diorang..aku sebagai saudara mestilah kene amik tahukan... dan korang bayangkan kalau diorang puji kate aku ni baik n rajin tolong diorang.. sape yang dapat name baik? mak ayah aku kat kampung jugakkan.. hahaha.. setakat pengalaman aku kat Makkah al-Mukarramah ni....bile aku dah gi jumpa sekali dengan sedara-mara @ kawan-kawan parent aku yang datang wat umrah...insya Allah aku kan terus baik dengan diorang sekalipun di Malaysia.. yang aku terharunya siap ade yang datang amik aku kat epot...itulah indahnya Ukhuwwah islamiah yang terjalin...walaupun ade diantara mereka-mereka yang aku jumpa tu tidak aku kenali sebelum ini... amacam? best x.. hehehe...

Pagi tadi pagi aku n wadi gi jumpa dengan abang G.. suami kepada kak zah..aku bawak abang G makan kari kambing n roti canai...untuk kawan-kawan mesir janganlah sedih-sedih n frust sebab xdang jupe abang G...aku mewakili kalian akan jaga abang G sebaik-baiknya..insya Allah.. tp baru ni abang G agak kurang sehat...mungkin tak tahan dengan kepanasan suhu yang agak melampau...tp alhamdulillah... dah nampak semakin pulih... tambahan pulak aku paksa abang G minum laban (susu masam... hahaha) berkerut jugak muke die aku tengok... tak biasa minum.. bukan saje-saje aku suruh tp untuk kesihatan abang G jugak.. Laban ni baik untuk kesihatan.. petang ni lepas asar aku dah janji nok bawak abang G n kak poh g shopping kat ghazzah.. shopping last sebelum balik... ntah berapa kali last pon aku x tahu lah..hahaha... n malam ni pulak dah janji dengan cikgu razak kawan chek.. nok g jumpa die lepas solat isyak kat hotel grand talal.. ramai lagi yang aku tak jumpe n tak dapat contact..tak apelah..kalau tak jumpe mase ni insya Allah akan diketemukan jugak pada masa-masa yang akan datang...insya Allah..

dah lari tajuk aku ni...hahaha... kalau kire ni sebagai karangan penulisan UPSR memang x lulus ni.. kalau arwah cikgu aku (cikgu wan nor hashimah) cek ni mesti dah kene garis merah semua ni... semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah cikgu aku ni.. dan semoga Allah menempatkan beliau didalam golongan hamba-hamba yang soleh insya Allah..

exam dah just around the corner... preparation still bad... tp hidup mesti tetap diteruskan... aku tidak akan berputus asa... walaupun stadium sultan mizan kat gong badak tu runtuh... aku pon tak tahu ape kaitannya...hahaha.. ari sabtu ni exam stat dengan nahu...tp hari selasa nanti aku x tahu lagi paper ape.. sebab aku tak tengok lagi jadual.. hehehe.. korang tolonglah doakan aku jugak... insya Allah aku pon akan doakan korang semua..semoga segala apa yang korang hajati akn tercapai insya Allah...

اللهم جعلنا من الناجحين والفائزين والمتفوقين في الدنيا والأخرة

kepada semua sahabat yang sedang bertungkus-lumus menghadapi ikhtibar... aku doakan semoga kalian semua berjaya insya Allah... amin... wassalam...

0 comments:

Post a Comment