MERAH ITU BERHENTI

by ibnu yusof

Alhamdulillah... adik aku dah dapat keluar dari wad semalam...


*****

Malam satu...3 syawal 1429...

waktu : tengah malam...

"Moookkk!!!... saakiittt!!!....Moookkk!!!...Paannaasss!!!"

aku terkejut dari lenaku dipinggiran katil... jeritan semakin lama semakin kuat... semakin ramai pesakit dan penjaga yang terjaga... semua terkejut dan terpana... doktor dan nurse bergegas ke katil pesakit yang terletak dihujung wad... lama juga suara itu berlarutan...semakin lama semakin perlahan...dan akhirnya berhenti... suasana kembali tenang... macam sediakala... mungkin doktor dah bagi ubat tido kot kat mamat tu... huhuhu.... keesokan harinya aku bertanyakan nurse apa yang berlaku sebenarnya... rupa-rupanya mamat tu eksiden dan kelanya terhantuk kuat... dan mamat tu sememangnya berada dalam keadaan unconcious... jadi die tak sedar bahawa jeritannya tu mengganggu ketenteraman orang lain nak tido...huhuhu

malam 2... 4 syawal 1429

waktu : tengah malam

kalut..keadaan semakin kalut... doktor dan nurse tidak keruan.. keadaan semakin tidak terkawal... tiba-tiba pintu wad terbuka... beberapa katil mula disorong masuk... 1... 2... 3... 4... aku mengira... aku berpaling melihat pesakit diatas katil...

"Ya ALLAH!!!..." aku menjerit perlahan... jantungku berdegup kencang... pesakit diatas katil itu BERLUMURAN DARAH!!! keempat-empat katil hampir kesemuanya berada dikondisi yang sama... keadaan cukup menggerunkan... ade yang patah tangan... ade yang patah kaki... dan ada yang hancur mukanya....

begitulah keadaan malam-malam yang seterusnya.. berlalu... seolah-olah itu adalah rutin harian ... banyak pesakit yang keluar masuk... hampir semuanya kemalangan motorsikal... jarang-jarang disebabkan oleh sebab lain... dan semuanya adalah MELAYU...anak bangsa kita... tidak ada seorang pon anak cina @ anak india yang aku lihat didalam wad... kesemuanya adalah melayu... sesungguhnya memang benarlah MELAYU MUDAH LUPA... dan akhirnya terpaksa beraya dihospital... aku kesian melihat ibu-ibu yang menjaga anak-anak mereka di hospital... ada yang tinggal di hospital sebelum raya lagi... apakah perasaan mereka ketika mana orang lain sedang enak makan dan bersantai dengan sanak saudara dan beraya... tapi mereka terpaksa beraya berdua demi menjaga anak mereka yang terlantar sakit... adakah anak-anak mereka sedar akan kasih sayang dan pengorbanan ibu-ibu mereka? wallahu'alam... hanya Allah yang mengetahui segala isi hati mereka....

kejadian yang terbaru... hari sabtu baru ni... selepas sehari adik aku dimasukkan ke wad buat kali kedua sebab nak cabut skru dipahanya... aku seperti biasa pergi menziarahinya... oleh kerana adik aku ade GL... jadi dapat tinggal di wad second class....mesti tenang dan rilek je dalam tu... rupanya aku tersilap jangkaan...

"Mookk!!!...aku panas ni... pasang ekon (aircond) ni... "suara jeritan satu suara....
" woi MOOKKK!!!mu dok dengor ke? pasang ekon tu... aku panas ni!!!..." semakin keras suara si anak...

"wooiii!!!.. cepatlah... base TUUT... mu dok dengor ke TUUTT... mu ni memang TUUTT... aku panas ni!!! mu dok dengor ke mok weeiii!!!"...

semua mata memandang ke arah yang satu... aku nampak mak si budak tu tertunduk malu.. mungkin maknya tak menyangka mulut anaknya akan menjadi selancang tu.. memalukan mak sendiri dikhalayak ramai.... kesian betul... na'uzubillahi min zaalik...

wahai mat rempit... insaflah... janganlah korang susahkan keluarga kamu... kalau tak sayangkan diri kamu pon sayangilah kedua mak bapak kamu...kerana mereka sangat menyayangi kamu walau apa jenis perangai pon kamu tunjukkan kepada mereka... ingat lah...

"LAMPU MERAH ITU BERHENTI"




copy paste from email untuk tontonan umum :-


Syaaban:

Di bawah arasy , Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas - sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.

Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.

Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad
SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

Tolong forwardkan e mail ini kepada semua yang anda kenali kerana ilmu yang bermanafaat akan terus mengalir pahalanya kepada kita walaupun kita telah berada di alam barzakh

Selamat Beramal............

KISAH KASIH....

by ibnu yusof


ni gambo adik aku.... mohd syabil bin mohd yusof

Kisah kasih 1

Hari ini hari jumaat.. 24 julai 2009... ketika aku mula menaip jam dilaptopku menunjukkan pukul 5:58 petang... baru saja kedengaran bunyi deruman enjin kereta ayahku meninggalkan perkarangan rumah... ke mana ayah kau nak pergi? mesti korang tertanya-tanyakan...

Sidang pembaca yang aku sayangi sekalian...

Kalau korang masih ingat, ade aku ceritakan dalam blog ni pasal adik aku yang eksiden semasa hari raya ketiga tahun lepas... dan tulang pahanya masih belum bersambung... ingat tak?kalau tak ingat boleh lah reverse balik... tu pon kalau nak ingat lah.. tapi aku sendiri pon tak ingat tajuk nape title nye... huhuhu.... dan bagi yang tak tahu cerita lagi, silalah cari kalau rajin... hihihi

Ceritanya macam ni...

Selepas ayah aku tahu perkara ini, pelbagai cara telah dilakukan dan diusahakan untuk memulihkan adik aku... cara tradisonal dan moden... semuanya telah dicuba... sehinggalah ke tanah merah kelantan ayah aku pergi mencari pengubat... demi kasih seorang ayah kepada anaknya... KASIH TANPA SEMPADAN...

Dan hari ini, mungkin antara usaha terakhir... hantar adik aku kembali ke hospital untuk dimasukkan ke wad... katanya nak kena cabut skru dari paha adik aku tu... sebab baru-baru ni adik aku gi jumpa doktor semasa appointment dan doktor kata mungkin disebabkan oleh skru itu tulang kaki adik aku tak bersambung lagi... jadi doktor terus membuat appointment seterusnya untuk melakukan pembedahan untuk mengeluarkan skru dari paha adik aku tu...

Aku redha jelah... semoga kaki adik aku akan cepat sembuh... saudara-saudari yang ade kat Makkah @ jeddah tu, kalau pergi ke masjid haram tolong lah doakan untuk keselamatan dan kesihatan adik ku ini... nama mohd syabil bin mohd yusof... kalau dikutkan jadual pembedahan pada hari ahad ni... dan aku insya Allah akan tido di Hospital lagi kali ni... seminggu jugak kot... tapi takpelah... adik aku jugakkan.. ape gune ade abang kalau takleh nak jage adik sendirikan... huhuhu

*****

Kisah kasih 2

Pengantin baru yang dah hampir seminggu kawen tu baru je turun dari rumah... ntah ke mana aku pon tak tahu... dengar-dengar macam nak cari payong untuk majlis SAMBUT MENANTU esok... ohh ye.. tak ingat nak bagitahu... esok majlis sambut menantu kat marang terengganu... giliran aku lah pulak yang nak kene berarak ke rumah abang ipar aku... tinggi tuuu... atas bukit... mahu kurus aku kekgi... hihihi... dengar-dengarnya siap ade gayong lagi tu... oiiitt!! bukan gayong mandi lah... silat gayong... abang ipar aku tu ahli silat gayong... jadi member die nak buatlah persembahan... bayar ke tidak aku tak tahu... n anak sedara perempuan kecik die sendiri yang akan 'bergayung'.. aku nak gi tengok gok ni... semangat berkobar-kobar ni... hihihi... aku pon dulu minat juagak nak masuk silat-silat ni.. tapi ayah aku tak bagi... ayah aku kate tak ade orang nak hantor n ambik aku... jadi terpaksalah aku ber'silap' huhuhu....

Kalau ikutkan jadualnya esok pukul 9:30 pagi kami akan bertolak ke marang... abah kepada abang ipar aku sediakan persiapan untuk 150 orang untuk rombongan dari pihak aku ni... ramai giler... ntah kat manalah aku nak cari orang seramai tu... kalau korang rase nak ikut jomlah... esok pukul 9 pagi korang datanglah kat umah aku yee... boleh kite gerak sekali... huhuhu

Perkembangan seterusnya akan aku ceritakan lagi esok...

Wasslam....

gambar kawen din n baiti

by ibnu yusof


makan beradab.... cheeers!!!
(kuning sioooo...hihihi)


sayang... cuba tengok kat sana tuu...


manjanya....



berjalan jalan sambil berbual mesra...


baru sampai sebelum akad nikah... bersama orang-orang bujang...


menanti penuh debaran untuk akad


khusyuk mendengar khutbah + debo...


duduk bersimpuh menahan debaran...


"eh...lambat pulok tok kadi ni bace khutbah"... kata pengantin perempuan...


senyuman paling menawan...


Seperti yang dijanjikan... aku mengupload gambar kawen sepupuku... gambo dari kamera aku x lawo sebab adik puang bongsu aku x PRO bab amik gambo ni... sebab tu aku malu sket nok letok... tapi sebab desakan dari kawan-kawan sepersekolahan zaman budok-budok aritu (kat sekolah rendah SKPCT) aku tebalkan jugak muke aku untuk letok gambar-gambar ni... tapi gambar yang mase akad nikah je dari kamera aku... gambar yang bergaya kat muzium tu gambar yang aku kopi paste dari fotopages abang baiti...solahuddin jugak namenye... dan masih banyak lagi gambar-gambar lain (din n baiti) yang korang boleh tengok... klik disini .... silelah menikmati gambo-gambo ni yee... huhuhu

wassalam....

**dedicated to izhar n nasrul ridhwan n irwin... hihihi...

TAZKIRAH SYAABAN

by ibnu yusof

Kelebihan Bulan Syaaban

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu...

Erti Syaaban

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Fadhilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Peristiwa Penting

1. Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) :

"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

2. Penukaran Arah Kiblat

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.

Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang putri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.

COPY PASTE DARI SINI

Kuala Terengganu sabtu 18 Julai 2009- satu majlis perkahwinan antara nasrul hadi bin haron dan nurul azlina binti mohd yusof. majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik lelaki kepada pengantin perempuan saudara mohd syahir bin mohd yusof bermula ayat 16-26 surah ar-rum pada jam 9:30 pagi. jurunikah yang dilantik merangkap bapa saudara kepada pengantin lelaki ustaz shafie bin yusof memulakan majlis dengan menerangkan kepada pengantin dan para hadirin mengenai rukun nikah dan membacakan khutbah nikah. pengantin lelaki diakadkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan iaitu encik haji mohd yusof bin haji ibrahim. dengan 2 kali akad (sebab terbolas) maka termeterailah ikatan cinta kasih antara 2 mempelai.majlis selesai kira-kira jam 10:30 pagi.

*****
Haji 2007...

aku berjumpa dengan kawan baik ayah aku cg haron) yang datang haji... bertemu disafa...kami bercerita panjang... tibe-tibe...

cg.haron : eh syahir.. kakok mu mek na tu ade orang x ag?

aku : dok tahu gok cikgu eh. kite dok care ngak... bakpe?

cg.haron : aku ingat kalu x orang agi aku nok gi masuk minang ke hadi...

aku : ikut suke cikgulah.. saya pon x tahu... tapi kalu cikgu nok sungguh cikgu cakap
sendiri ah dengan ayah saya..

cikgu haron dan isteri pulang ke malaysia.. senyap... ikhlas... sebenarnya aku memang berharap... tapi....

selepas haji 2009...

aku menelefon ke malaysia untuk bercerita mengenai pengalaman haji yang telah berlalu... tiba-tiba chek (mak) aku bagitahu...

"abang eh... cikgu haron telefon.. die kate nok masuk minang kak na..."

alhamdulillah...aku bersyukur.. dok sia-sia aku berdoa kat masjid haram... makbul jugak akhirnya... walaupun agak lambat tapi insya Allah ada berkatnya.. aku bersyukur padamu ya Allah... detik hati ku..

tarikh 1 mei 2009 bertunang... dan 18 julai 2009 bernikah... alhamdulillah... segalanya selesai..


*****

"abang! gi lah mandi.. pukul 9 doh ni.. kekgi orang nok mari doh" jerit ayahku dari jendela biliknya... Ya Allah... aku mula kalut.. dohlah kene bace quran sebelum stat majlis... badan masih berpeluh lagi ni... huhuhu

baru je aku masuk bilik air tiba-tiba terdengar suara adik aku memanggil dari luar... "abang!! cepat sket... tok kadi sampai doh...die nok jumpe abang niii!!!"... ah sudah... aku mula kalut... mandi ala kadar tapi masih sempat bersabun... cepat-cepat aku mengemaskan diri... dan bergegas aku keluar... dan...

haaa...tubek pon ustaz al-hafiz kite... kate tok kadi kepada aku... aku tersengih macam kerang busuk... hehehehe

selepas majlis akad nikah bergambar selesai... aku dengan pantas menukar baju.. dari baju melayu bersampin lengkap bak laksamana bumi melaka kepada baju bekerja ibarat mat rempit yang kehilangan motor... huhuhu

dari pagi hinggalah petang dalam pukul 6 petang aku bekerja keras... berpeluh sampai ke tapak kaki tapi extra kilo tetap dok hilang.. huhuhu

terima kasih aku ucapkan kepada semua orang yang banyak menolong bagi menjayakan majlis perkahwinan kakok aku ini ...hanya Allah saje yang dapat balas jasa kalian.. semoga kalian akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda... insya Allah...

wassalam...

kahwen kahwen kahwen 2

by ibnu yusof


anak-anak saudaraku yang comel... muaz dan kasyful azim


pekerja sosial... huhuhu


cincin disarung tanda ikatan


akad dilafaz


seluruh family pengantin perempuan (kecuali abang ipar sulong)


Renungan manja (manja ke?)


adik beradik lelaki dan 2 abang ipar (pakai songkok kedua-duanya) dan 2 anak saudara


adik beradik perempuan dan chek @mak (disebelah pengantin perempuan)


kedua-dua ibubapa pengantin lelaki dan perempuan


wajah pengantin lelaki sebelum akad (ade sape-sape kenal ke?huhuhu)


senyuman manis sebelum akad...


tertunduk malu @ debo (berdebar)...hihihi

**akhirnya dapat jugak upload... fuuhhh penat betul... gambo dulu... citer kemudian... huhuhu

MRSM Q-BER? APAKAH ITU?

by ibnu yusof

hari ini akan terus membizikan aku... seperti hari-hari yang berlalu... semakin lama semakin banyak pulak kerje rasanya... tenaga aku dan adik aku seakan-akan tidak mencukupi untuk menyelesaikan semua perkara...dah letih gile...bayangkan tengah hadap laptop chating pon boleh tertidur... letih tu... tapi takpelah demi menjayakan majlis perkahwinan ini aku rela berkorban... reinforcement dari kuala lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya akan sampai bermula malam ni... jadi mungkin ringan sikit kot keje aku lepas ni... harap-harapnyelah... hihihi

arini mak aku kate orang akan datang untuk pasang pelamin... pagi ni katenye.. ntah bagaimana rupa bentuk pelamin tu... aku pon x tahu... kenapa aku tidak tahu? sebab aku tak tengok lagi... hihihi... asalnye berjanji nak datang semalam... tapi mungkin sebab sibuk sangat kot...jadi tak sempat datang.. tapi takpelah... asalkan diorang datang pasang cukuplah...kalau tak datang... haaaa jagelah korang... hihihihi

mesti korang duk kutuk aku kan mase ni... mesti dalam hati duk kate... "cess.. kate sibuk.. tapi sempat lagi update blog... betul dok? hehehe

untuk menghilangkan syak wasangka dan suu' zon korang kat aku... meh aku cite... bukan aku nak riak... tapi aku tak nak korang dapat dosa kering.. huhuhu.... aku ni tadi lepas je solat subuh berjamaah kat masjid durian burung terus je aku lap tingkap dapur... ni baru siap ni...waaa letih wooo.. yelah tingkap dapur kat tempat masak tu... berkerak tuuu... kesan minyak baik punya tebal... aku gonyoh (gosok) berkali-kali pon payah nak hilang... kene pakai fab buku dobi ni aku rase... hehehe

tulah critenye...

*****

petang semalam aku gi ke park royal primula beach resort ngan wadi... gi jumpa orang... die keje kat jeddah... kat bank al-ahli... datang dengan family... bercuti ke terengganu... die ni orang kelantan.... aku bawakkan kepeok lekor kat die n family... last-last aku yang mentekedarah (makan dengan bilangan yang banyak) sebahagian besar keropok tuu....huhuuhu... buruk siku betol laaa... kebetulan pulak adelah kawan kepada isteri orang tu datang nak jumpe isteri orang tu... member lama katanya... ngajar sekali kat sekolah mrsm Q-BER... aku pon pelik... kat terengganu ni kat mane Q-ber ni... rupa-rupanya... KUALA BERANG... hahahaha... kawan kepada isteri orang itu bawak durian bersama-sama die... aku pon ape lagi.. tumpang makan laaa.. hehehe... rupa-rupanya orang tu pon tak brape nak makan durian... daripada sepuluh bijik... die hanya makan seulas jee.. hihihi... tringat pulak kat senior aku kat Umm al-Qura University... yang ni lagi power... bukan stakat makan... bau pon tak boleh... kesian betul... hilang satu nikmat dunia... tak silap aku malam ni die akan naik falight untuk balik ke Malaysia... Insya Allah selamat...

PI!!! terengganu banyok durian leni... hahahahaha

siapakah orang itu? orang itu ialah abang bad... die datang cuti-cuti malaysia ke terengganu... kejap je...3 hari 2 malam... huhuhu... mase aku datang tu dah ade member die sorang... abang nasir... die pon keje kat saudi... cerita abang nasir ni agak unikdan menarik... nantilah aku ceritakan...lepas aku kutip semua info pasal die...huhuhu

stakat ni lah dulu coretan aku untuk kali ni.... time rehat dah abes... sambung keje balik... huhuhu

wassalam....

lewis hamilton....

by ibnu yusof

Aku sepatutnya gi kelantan hari ahad baru ni... dah pakat ngan ayub wadi n zulfa... sebelum dari balik ke Malaysia lagi dah.. lame dah tu... wadi kabo (bagitahu) ke aku... die kate ade seminar MAQASID SYAR'IYYAH anjuran KIAS... dan aku memang bersetuju nak pergi... peluang untuk menambahkan ilmu didada.... mase tu aku tak menjangkakan keadaan tidak akan mengizinkan untuk aku pergi... aku merasakan keadaan adalah seperti biasa... sepertimana yang aku bese balik sebelum ni.... aku tak teringat yang kat umah aku selang beberapa hari selepas tu akan ade jamuan KAHWEN!!!!... nyanyuknye aku... huhuhu....

aku agak menyesal sebenarnya sebab tak dapat nak pergi ke program tersebut... tapi aku lebih diperlukan untuk berada dirumah... banyak perkara yang perlu aku selesaikan kat umah ni..pasang langsir... tukar karpet... sapu sampah... lap nako (tingkap)...

Tapi Allah amat mengetahui... kita merancang dan Allah yang menentukan segalanya... tidak semestinya sesuatu perkara yang kita rasakan perkara yang terbaik untuk kita adalah yang terbaik...kerana Allah lah yang menetukan segalanya... DIA lebih mengetahui....

*****

kring... kring... kring... kring...

"hello... abang ade dok?"... tanya teh moh (mak sedare aku).

"abang lah ni... ade mende teh mah?"... aku menjawab...

"teh moh nok tanya pasal rayuan along hari tu... ade brite mende-mende dok?"... teh moh kembali bertanya....

"hmmm... dok tahu gok teh moh ... abang pon tak dok dengar berita agi ni... dakpelah... kekgi abang telefon ayah kawan abang tu..." kataku cuba untuk mengambil hati...

*****

beberapa jam berlalu... aku masih belum menelefon orang yang berkenaan... bukan sebab tidak mengambil berat... tapiiiii... sebenarnya... aku takde krediiiiit... maklumlah scholarship tak ambik lagi dari bank...huhuhu.. pokai...

lebih kurang jam 11:30 pagi henset aku berbunyi... UQ ASNAWI... begitulah nama yang tertera diskrin hensetku...

"waiee''... nawie bercakap cine ngan aku...

"hello... wane cite wie?... tanye aku

"sah... ayoh aku nok smule dokumen sepupu mu tu... ade nape-nape mu tepon ayoh aku ah... hok penting sekali e-rayuan, transcript akhir dan muet"... terang nawie kat aku

"bereh wie".....

nombor ayoh nawie aku dial dan aku cuba mendapatkan informasi selengkapnya... ayoh nawie kate die nok semua dokumen tu sebelum pukul satu dan hantar kat dewan besar UDM cawangan kusza.. ketika tu dah pukul 12 tengahari... aku dah kalut... aku segera menelefon mok sedara aku...terangkan keadaan dan aku suruh along segera mengfakskan semua dokumen ke kedai hardware ayahku...

kereta ku memecut laju menuju ke UDM... aku rase kalau lewis hamilton lumba pon kalah masa tu... hehehe....aku tiba di UDM jam 12:45 tengahari... dan aku berjaya menyerahkan dokumen pada ayah nawie tepat jam 12:50...

LEGA...

satu amanah yang berjaya aku tunaikan... ringan terasa bebanan dibahu... aku mengharapkan usahaku akan berhasil insya Allah...

petang tu jugak nawie call aku..katenye ayah die suruh tunggu surat daripada UDM... satu perkhabaran yang boleh menenangkan hati si pemohon insya Allah...

ucapan terima kasih aku titipkan untuk haji asnawi dan ayahnya haji ismail... semoga Allah merahmati kalian... amin..

*****
Segalanya berlaku pada hari isnin 13 julai... hari sepatutnya aku mengikuti seminar tersebut... alhamdulillah segala puji-pujian bagi Allah...

Wassalam....

KAWEN KAWEN KAWEN 1

by ibnu yusof

Suatu hari pada tahun 1996.. di Sekolah Kebangsaan Pusat Chabang Tiga di kelas 5Melur ... datang guru kelas bersama seorang budak perempuan... not familiar seingat aku.. tp cute.. jangan marah... hahaha...

"Assalamualaikum semua... hari ini kita ada seorang kawan baru... dia baru berpindah ke sekolah ini hari ini.. sila perkenalkan diri..." cikgu wan nor hashimah (arwah-alfatihah) memberitahu kelas...

"assalamualaikum... nama saya norbaiti binti sabri...."

aku terus mendengar.. tapi yang lain aku tak ingat... cuma namanya saje yang menarik perhatian dan melekat dalam kotak pemikiran ku... huhuhu.. bertambah lagi seorang rakan baru ke dalam kelas ku...

****

aku ade seorang sepupu yang bernama Mohd Solahuddin bin Abdul Rahman. umurnya sama dengan aku..tahun ni dah menjangkau 24 tahun... suma die lebih tua sikit dari aku... tua bulan je. die bulan 2.. aku bulan 10... tahun tetap sama 1985...

kirenya cam aku ni mase skolah rendah memang rapatlah... sampai sekarang pon... still rapat lagi.. sepupulah katekan... dalam satu family yang besar die merupakan cucu lelaki datuk aku yang sulong dan aku cucu lelaki kedua... kami dulu-dulu darjah satu sekelas.. darjah dua sekelas... darjah tiga sampai enam kami dah duk kelas yang berasingan... sampailah masuk ke sekolah menengah dan seterusnya ke universiti... sekarang sepupu aku tu dah keje kat KEY EL... keje kat anak syarikat tabung haji... entah ape jawatannya aku pon tak ingat... yang penting yang aku tahu kejenye tetap dan gaji boleh tahan dan elaun banyak... hehehe

*****
"abang... ayoh ngoh man nok g makkah kekgi... die g ngan rayhar ... g ngan nordin tokey minyak PROJET"... sampai mesej pesanan ringkas ke henset aku... cam bese lah aku sebagai penyambut tetamu Allah di bumi makkah ini menerima perkhabaran itu dengan hati yang terbuka dan gembira.. ye lah pakcik aku nak datang.. mestilah gembirakan...

seorang pakcik yang banyak tolong aku semasa aku wat urusan untuk melanjutkan pelajaran ke Umm Al-Qura University di Makkah Al-Mukarramah... suatu jasa yang amat besar bagitu.. tak terbalas rasanya... ayah ngoh man ni adik ayah aku bermakna die anak kedua sebab ayah aku anak sulong... huhuhu

*****

suatu hari aku chat dengan din... masa tu ayah die dah ade kat Madinah al-Munawwarah..bunyi nye lebih kurang macam ni...

din : mu balik bile bang?( bilakah abang akan pulang? )

aku : insya Allah akhir bulan 6 ni...

din : doh bile plok mu balik dinung? (kalau begitu bilakah abang akan pulang kembali ke sana?)

aku : dakpelah.. dang ah mu nok nikoh lu... (tidak mengapalah... sempatlah engkau hendak
berkahwin dahulu)

din : ye dok?(betul ke?) kalu gitu mu tulong ah kabo ke ayoh aku.. aku nok nikoh... (kalau
begitu engkau tolonglah bagitahu kepada ayah aku...)

aku : ye dok mu?(betul ke engkau ni?) dengan sape?(dengan siapa?)

din : dengan....

*****

hari ini aku menghadiri satu majlis perkahwinan. perkahwinan diantara sepupuku dengan wanita pilihan hatinya.. jodoh yang terbaik bagi din aku rasakan... wanita yang aku rasakan akan melengkapkan hidup din... hanya dengan satu kali lafaz maka sempurnalah ikatan kasih antara dua insan yang mengharapkan keredhaan ALLAH taala... aku tumpang gembira dengan perkahwinan mereka berdua...

MOHD SOLEHUDDIN DAN NURBAITI SEMOGA HIDUP KALIAN AKAN DIBERKATI ALLAH... SEMOGA PERKAHWINAN INI AKAN BERKEKALAN SEHINGGA KE SYURGA... DAN SEMOGA KALIAN AKAN DIKURNIAKAN CAHAYA MATA YANG SOLEH DAN SOLEHAH INSYA ALLAH... AMIIN...

*gambar majlis akan diuploadkan kemudian... insya Allah

Copy paste dari blog cina islam...


***

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Semasa tengah berkemas-kemas kat bawah rumah... aku terjumpa satu rajuk (plastik beg) yang didalamnya terisi dengan sebilangan kaset... ada yang masih berkotak... dan ada yang ditinggalkan 'bersendirian' tanpa kotak.. aku tertarik dengan salah satu daripada kaset yang terselindung dibawah kotak-kotak yang lain.. perlahan-lahan aku tarik kaset tersebut.... MIN AINA ILA AINA... begitulah tajuk yang tertera di 'front page' kaset.... ceramah ustaz Ismail bin Kamus... seorang ustaz yang yang terkemuka... yang rasenya tak perlu lagi aku perkenalkan pada korang semua... sekali aku sebut pasti korang semua dah kenalkan... lebih-lebih lagi kawan sebilik aku... hehehehe...

Aku memasang kaset didalam kereta sebagai peneman... ketika aku khusyuk mendengar syarahan... aku tertarik dengan satu kisah yang diceritakan oleh ustaz...

*****

Suatu hari... seorang lelaki (aku namakannya A)berjalan bersama-sama nabi Isa alaihissalam... tetapi A tidak mengetahui bahawa dia sedang berjalan dengan seorang nabi... bersama-sama mereka 3 buku roti... ketika dalam perjalanan nabi Isa dan A berhenti rehat seketika dan memakan bekalan roti... setiap seorang makan 1 buku roti... tapi tiba-tiba sebuku lagi roti hilang... nabi Isa bertanyakan A... "Siapakah yang telah mengambil roti yang satu lagi tadi?" si A buat-buat tak dengar... sedangkan ketika itu hanyalah mereka berdua sahaja...

Mereka meneruskan lagi perjalanan... dalam perjalanan mereka terjumpa dengan seekor kambing... nabi Isa alaihissalam menyembelih kambing tersebut dan kambing tersebut mati... tiba-tiba kambing itu hidup kembali....

si A berkata... "aiiikk.. hidup balik kambing ni.. tadikan dah mati"...

nabi Isa bertanya " engkau rase pelik tak?"

"pelik"... jawab si A

kemudian nabi Isa bertanya lagi... "engkau pelik tak macam mana roti yang satu lagi boleh hilang?"

A tidak menjawab dan buat-buat tak dengar sambil berpaling ke kiri dan ke kanan...

Mereka meneruskan lagi perjalanan... sehinggalah mereka tiba ke tepi sebuah pantai... dan nabi Isa terus berjalan sehingga ke atas permukaan air...

"Aiiikk... tadi kambing mati hidup balik... ni boleh berjalan diatas air pulak..." kata si A...

nabi Isa bertanya '' pelik tak?''

''pelik'' kata si A....

''abes engkau pelik tak roti yang satu lagi hilang?" tanya nabi Isa lagi...

A tidak menjawab... dia buat selamberr seperti tiada apa-apa yang berlaku...

dan mereka meneruskan lagi perjalanan mereka sehinggalah tiba di suatu tempat... di mana mereka menemui 3 jongkong emas yang amat besar... nabi Isa membahagikan setiap satu jongkong emas kepada setiap mereka... dan emas masih berbaki lagi satu...

si A berkata "kenapa hanya satu... kepada siapakah akan diberikan emas yang satu lagi ini?"

''kepada orang yang telah mengambil roti yang satu lagi..." jawab nabi Isa alaihissalam...

dengan selamba si A berkata tanpa ada riak-riak bersalah dimukanya ... "akulah yang telah mengambil roti itu..."

nabi Isa memberikan emas yang lebih kepada si A... dan nabi Isa berkata... "engkau ambiklah juga emas bahagian aku ini... aku tidak menginginkannya"

pucuk dicita ulam mendatang... bergembiralah si A.... kesemua emas menjadi miliknya... maka berlalulah nabi Isa meninggalkan si A keseorangan...

A berfikir "macam mana aku nak bawak kesemua emas ini... besar-besar semuanya ni...''

Ketika khusyuk A berfikir... tiba-tiba datang 3 orang perompak merampas semua emas dan membunuh si A tanpa belas kasihan...

Berakhirlah kisah hidup si A... apa-apa pon tak dapat... emas tak dapat... nyawa pon hilang... rugi dunia dan akhirat...

Ketiga-tiga perompak (B,C,D)duduk berehat selepas penat merompak.... salah seorang daripada mereka berkata " apa kata sebelum kita membahagikan emas-emas ini, kita makan dahulu...".. cadangan tersebut dipersetujui dan B ditugaskan untuk membeli makanan disebuah pekan yang berdekatan...

Setelah B beredar untuk membeli makanan, telah timbul satu perasaan dihati C dan D untuk membolot ketiga-tiga emas tersebut tanpa perlu membahagikan kepada B... perasaan tamak mula merasuki diri mereka (sememangnya mereka dah jahat pon...)... mereka membuat perancangan untuk membunuh si B apabila sekembalinya B daripada pekan...

Mereka sabar menunggu... apabila B mula kenampakan, C dan D segera menerkam dan membunuh B... dan B meninggal ketika itu juga... tamatlah riwayat B... tinggallah C dan D berdua-duaan... selepas membunuh B dan merasakan yang mereka berdua akan menjadi jutawan fakir...oppsss... jutawan segera, mereka merasa sangat gembira dan makan dengan hati yang melonjak-lonjak kegembiraan tanpa memikirkan apa-apa lagi... adakah perkara ini akan
berakhir dengan begitu sahaja? tidak rupa-rupanya....

Suddenly, mereka mula merasa perut mereka memulas... tetapi mereka tidak mengendahkannya... "mungkin kerana terlalu lapar kot"... kata mereka didalam hati masing-masing... semakin lama semakin sakit... dan darah mula keluar dari mulut C dan D... semakin lama semakin banyak... sedarlah meraka bahawa sebenarnya makanan mereka juga sudah diletakkan racun didalamnya... Si B sudah merancang untuk membunuh kedua-dua mereka dan membolot kesemua emas-emas itu...

Nasi dah jadi bubur... segalanya sudah terlambat... akhirnya C dan D mengikuti langkah Si A dan B... mereka semua rugi didunia dan akhirat... rugi kerana berebutkan kemewahan dunia... dan akhirnya nyawa menjadi gadaian...

Ingatlah wahai sahabat,

Harta benda dan kemewahan dunia tidak akan dapat menjamin apa-apa dalam kehidupan kita... belum tentu dengan harta yang banyak kita akan berbahagia... dan tidak semestinya orang yang serba kekurangan tidak akn menikmati kehidupan yang bahagia... bahkan kadang-kadang orang yang kaya lebih susah daripada orang miskin...

Sedarlah wahai sahabat...

Sesungguhnya Allah taala tidak melihat kepada rupa paras seseorang tetapi Allah taala melihat kepada ketaqwaan seseorang manusia itu...

Yakinlah wahai sahabat...

Bahawa sesungguhnya semulia-mulia manusia disisi Allah adalah orang yang bertaqwa kepadaNYA...

Bersyukurlah dengan apa yang telah Allah rezekikan kepada kita dan hendaklah kita berasa cukup dengan apa yang telah Allah anugerahkan kepada kita... Allah taala berfirman...

"Sekiranya kamu bersyukur maka sesungguhnya akan AKU tambahkan nikmat KU kepadamu dan sekiranya kamu kufur sesungguhnya azab KU amatlah pedih"

Marilah bersama-sama kita memuhasabahkan diri kita dan berusaha untuk menjadikan diri kita didalam golongan orang-orang yang bersyukur diatas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita... insya Allah...

wassalam...

bizi sangat...

ntah ape yang aku sibuk sangat....

aku pon tak tahu...

dan yang pastinya esok aku akan makin sibuk...

tapi aku akan cuba untuk update...

insya Allah....

Wassalam...

AKU TO MALAYSIA 2

by ibnu yusof

Tepat jam 1.20 tengahari tayar flight menjejakkan dirinya ke atas permukaan jalan... pintu dibuka... seorang demi seorang passenger keluar dari flight melalui laluan yang dah disediakan... tak perlu naik bas macam saudi.... keadaan semakin lengang... aku bangun dari seat... bersedia untuk menurunkan handcarry... nafas ku tarik dalam-dalam... aku tarik beg... waaahhh berat betul... dalam 18 kilo jee.. hehehe...


***
waaa... mane kasut aku ni...

'' hello... abang khuz.. kasut ana dalam kete lah... macamana ni?"

"alamak... macam mana ni? ana dah masuk jalan nak gi makkah ni? dakpe...ana try ejas..."

mataku tertumpu pada satu benda...

"mr... is this mesin nimbang?" asked me

"yes" ringkas saje jawapannya...

aku mengangkat barang-barang aku keatas penimbang.... meter bergerak pantas... 53.5 kg... "ah sudahlah aku... dah overload ni... ni tak campur zamzam lagi ni... camana nak buat ni".. aku memerhati kesekeliling... kalaulah ade jemaah umrah yang boleh ditumpangkan barangan aku ni... haaa... ade pon... aku cuba menghampiri... looo dah ade boarding pass... hmmm melepas...

dah lambat ni...aku tawakkal.. aku beratur untuk menimbang dan memasukkan barang... takpelah.. kalau dapat masukkan semua.. aku masukkan.. kalau tak dapat.. nasiblah...

"kuala lumpur!!! kuala lumpur!!!" suara pegawai memanggil... aku nampak beberapa orang memberikan reaksi... mataku segera memerhatikan bagasi-bagasi mereka... kot-kotlah ade yang boleh aku tumpang...

aku nampak sorang mamat ni... "mr...can u help me please... can u take some of my luggage? i've overload.."... "ok...gimme the water..." aku lega...

tapi barang aku masih lebih lagi ni... zamzam tidak menjadikan ape-ape perubahan...

aku pusing ke belakang.. sekali aku nampak sornag makcik cina ni... duk senyum-senyum kat aku... aku pon ape lagi... cuba menghampiri... aku terpandang passport merahnya... oooo Malaysian makcik ni...boleh try ni....

"hai untie (entah bile jadi makcik aku... aku pon tak tahu...heheheh)... nak balik malaysia ke?sorang je ke?"

"ye untie sorang je balik...uncle tak balik..."

"untie... mintak tolong sikit boleh... barang saye dah lebih ni..boleh tumpang kat untie sikit tak..."

"ok.. takde masalah"...jawab untie tu...

aku lega...harap-harap lepaslah semua barang-barang aku ni...

alhamdulillah... 46.5 kilo.. semuanya lepas...

henpon ku berbunyi...

"hello... syah... ana rase takleh nak pusing lah..jalan jem ni... enta pakai jelah selipar jepun tu naik flight... kalau orang semart pakai nape-nape pon semart... hahaha..." aku dah kalut... ah sudah... takkan nak pkai selipar jamban kot naik flight... "hahahaha"... sekali abang khuzz gelak sakan... "ana dah ade kat luar epot ni..."... cess terkena aku... hehe...

akhirnya aku dapat jugak pakai kasut aku... kalau tak.... eeee tak dapat bayangkan aku pakai jubah baru tapi naik flight pakai selipar jamban.. hehehe...

wassalam...