KISAH KASIH....

by ibnu yusof


ni gambo adik aku.... mohd syabil bin mohd yusof

Kisah kasih 1

Hari ini hari jumaat.. 24 julai 2009... ketika aku mula menaip jam dilaptopku menunjukkan pukul 5:58 petang... baru saja kedengaran bunyi deruman enjin kereta ayahku meninggalkan perkarangan rumah... ke mana ayah kau nak pergi? mesti korang tertanya-tanyakan...

Sidang pembaca yang aku sayangi sekalian...

Kalau korang masih ingat, ade aku ceritakan dalam blog ni pasal adik aku yang eksiden semasa hari raya ketiga tahun lepas... dan tulang pahanya masih belum bersambung... ingat tak?kalau tak ingat boleh lah reverse balik... tu pon kalau nak ingat lah.. tapi aku sendiri pon tak ingat tajuk nape title nye... huhuhu.... dan bagi yang tak tahu cerita lagi, silalah cari kalau rajin... hihihi

Ceritanya macam ni...

Selepas ayah aku tahu perkara ini, pelbagai cara telah dilakukan dan diusahakan untuk memulihkan adik aku... cara tradisonal dan moden... semuanya telah dicuba... sehinggalah ke tanah merah kelantan ayah aku pergi mencari pengubat... demi kasih seorang ayah kepada anaknya... KASIH TANPA SEMPADAN...

Dan hari ini, mungkin antara usaha terakhir... hantar adik aku kembali ke hospital untuk dimasukkan ke wad... katanya nak kena cabut skru dari paha adik aku tu... sebab baru-baru ni adik aku gi jumpa doktor semasa appointment dan doktor kata mungkin disebabkan oleh skru itu tulang kaki adik aku tak bersambung lagi... jadi doktor terus membuat appointment seterusnya untuk melakukan pembedahan untuk mengeluarkan skru dari paha adik aku tu...

Aku redha jelah... semoga kaki adik aku akan cepat sembuh... saudara-saudari yang ade kat Makkah @ jeddah tu, kalau pergi ke masjid haram tolong lah doakan untuk keselamatan dan kesihatan adik ku ini... nama mohd syabil bin mohd yusof... kalau dikutkan jadual pembedahan pada hari ahad ni... dan aku insya Allah akan tido di Hospital lagi kali ni... seminggu jugak kot... tapi takpelah... adik aku jugakkan.. ape gune ade abang kalau takleh nak jage adik sendirikan... huhuhu

*****

Kisah kasih 2

Pengantin baru yang dah hampir seminggu kawen tu baru je turun dari rumah... ntah ke mana aku pon tak tahu... dengar-dengar macam nak cari payong untuk majlis SAMBUT MENANTU esok... ohh ye.. tak ingat nak bagitahu... esok majlis sambut menantu kat marang terengganu... giliran aku lah pulak yang nak kene berarak ke rumah abang ipar aku... tinggi tuuu... atas bukit... mahu kurus aku kekgi... hihihi... dengar-dengarnya siap ade gayong lagi tu... oiiitt!! bukan gayong mandi lah... silat gayong... abang ipar aku tu ahli silat gayong... jadi member die nak buatlah persembahan... bayar ke tidak aku tak tahu... n anak sedara perempuan kecik die sendiri yang akan 'bergayung'.. aku nak gi tengok gok ni... semangat berkobar-kobar ni... hihihi... aku pon dulu minat juagak nak masuk silat-silat ni.. tapi ayah aku tak bagi... ayah aku kate tak ade orang nak hantor n ambik aku... jadi terpaksalah aku ber'silap' huhuhu....

Kalau ikutkan jadualnya esok pukul 9:30 pagi kami akan bertolak ke marang... abah kepada abang ipar aku sediakan persiapan untuk 150 orang untuk rombongan dari pihak aku ni... ramai giler... ntah kat manalah aku nak cari orang seramai tu... kalau korang rase nak ikut jomlah... esok pukul 9 pagi korang datanglah kat umah aku yee... boleh kite gerak sekali... huhuhu

Perkembangan seterusnya akan aku ceritakan lagi esok...

Wasslam....

0 comments:

Post a Comment