Semasa tengah berkemas-kemas kat bawah rumah... aku terjumpa satu rajuk (plastik beg) yang didalamnya terisi dengan sebilangan kaset... ada yang masih berkotak... dan ada yang ditinggalkan 'bersendirian' tanpa kotak.. aku tertarik dengan salah satu daripada kaset yang terselindung dibawah kotak-kotak yang lain.. perlahan-lahan aku tarik kaset tersebut.... MIN AINA ILA AINA... begitulah tajuk yang tertera di 'front page' kaset.... ceramah ustaz Ismail bin Kamus... seorang ustaz yang yang terkemuka... yang rasenya tak perlu lagi aku perkenalkan pada korang semua... sekali aku sebut pasti korang semua dah kenalkan... lebih-lebih lagi kawan sebilik aku... hehehehe...

Aku memasang kaset didalam kereta sebagai peneman... ketika aku khusyuk mendengar syarahan... aku tertarik dengan satu kisah yang diceritakan oleh ustaz...

*****

Suatu hari... seorang lelaki (aku namakannya A)berjalan bersama-sama nabi Isa alaihissalam... tetapi A tidak mengetahui bahawa dia sedang berjalan dengan seorang nabi... bersama-sama mereka 3 buku roti... ketika dalam perjalanan nabi Isa dan A berhenti rehat seketika dan memakan bekalan roti... setiap seorang makan 1 buku roti... tapi tiba-tiba sebuku lagi roti hilang... nabi Isa bertanyakan A... "Siapakah yang telah mengambil roti yang satu lagi tadi?" si A buat-buat tak dengar... sedangkan ketika itu hanyalah mereka berdua sahaja...

Mereka meneruskan lagi perjalanan... dalam perjalanan mereka terjumpa dengan seekor kambing... nabi Isa alaihissalam menyembelih kambing tersebut dan kambing tersebut mati... tiba-tiba kambing itu hidup kembali....

si A berkata... "aiiikk.. hidup balik kambing ni.. tadikan dah mati"...

nabi Isa bertanya " engkau rase pelik tak?"

"pelik"... jawab si A

kemudian nabi Isa bertanya lagi... "engkau pelik tak macam mana roti yang satu lagi boleh hilang?"

A tidak menjawab dan buat-buat tak dengar sambil berpaling ke kiri dan ke kanan...

Mereka meneruskan lagi perjalanan... sehinggalah mereka tiba ke tepi sebuah pantai... dan nabi Isa terus berjalan sehingga ke atas permukaan air...

"Aiiikk... tadi kambing mati hidup balik... ni boleh berjalan diatas air pulak..." kata si A...

nabi Isa bertanya '' pelik tak?''

''pelik'' kata si A....

''abes engkau pelik tak roti yang satu lagi hilang?" tanya nabi Isa lagi...

A tidak menjawab... dia buat selamberr seperti tiada apa-apa yang berlaku...

dan mereka meneruskan lagi perjalanan mereka sehinggalah tiba di suatu tempat... di mana mereka menemui 3 jongkong emas yang amat besar... nabi Isa membahagikan setiap satu jongkong emas kepada setiap mereka... dan emas masih berbaki lagi satu...

si A berkata "kenapa hanya satu... kepada siapakah akan diberikan emas yang satu lagi ini?"

''kepada orang yang telah mengambil roti yang satu lagi..." jawab nabi Isa alaihissalam...

dengan selamba si A berkata tanpa ada riak-riak bersalah dimukanya ... "akulah yang telah mengambil roti itu..."

nabi Isa memberikan emas yang lebih kepada si A... dan nabi Isa berkata... "engkau ambiklah juga emas bahagian aku ini... aku tidak menginginkannya"

pucuk dicita ulam mendatang... bergembiralah si A.... kesemua emas menjadi miliknya... maka berlalulah nabi Isa meninggalkan si A keseorangan...

A berfikir "macam mana aku nak bawak kesemua emas ini... besar-besar semuanya ni...''

Ketika khusyuk A berfikir... tiba-tiba datang 3 orang perompak merampas semua emas dan membunuh si A tanpa belas kasihan...

Berakhirlah kisah hidup si A... apa-apa pon tak dapat... emas tak dapat... nyawa pon hilang... rugi dunia dan akhirat...

Ketiga-tiga perompak (B,C,D)duduk berehat selepas penat merompak.... salah seorang daripada mereka berkata " apa kata sebelum kita membahagikan emas-emas ini, kita makan dahulu...".. cadangan tersebut dipersetujui dan B ditugaskan untuk membeli makanan disebuah pekan yang berdekatan...

Setelah B beredar untuk membeli makanan, telah timbul satu perasaan dihati C dan D untuk membolot ketiga-tiga emas tersebut tanpa perlu membahagikan kepada B... perasaan tamak mula merasuki diri mereka (sememangnya mereka dah jahat pon...)... mereka membuat perancangan untuk membunuh si B apabila sekembalinya B daripada pekan...

Mereka sabar menunggu... apabila B mula kenampakan, C dan D segera menerkam dan membunuh B... dan B meninggal ketika itu juga... tamatlah riwayat B... tinggallah C dan D berdua-duaan... selepas membunuh B dan merasakan yang mereka berdua akan menjadi jutawan fakir...oppsss... jutawan segera, mereka merasa sangat gembira dan makan dengan hati yang melonjak-lonjak kegembiraan tanpa memikirkan apa-apa lagi... adakah perkara ini akan
berakhir dengan begitu sahaja? tidak rupa-rupanya....

Suddenly, mereka mula merasa perut mereka memulas... tetapi mereka tidak mengendahkannya... "mungkin kerana terlalu lapar kot"... kata mereka didalam hati masing-masing... semakin lama semakin sakit... dan darah mula keluar dari mulut C dan D... semakin lama semakin banyak... sedarlah meraka bahawa sebenarnya makanan mereka juga sudah diletakkan racun didalamnya... Si B sudah merancang untuk membunuh kedua-dua mereka dan membolot kesemua emas-emas itu...

Nasi dah jadi bubur... segalanya sudah terlambat... akhirnya C dan D mengikuti langkah Si A dan B... mereka semua rugi didunia dan akhirat... rugi kerana berebutkan kemewahan dunia... dan akhirnya nyawa menjadi gadaian...

Ingatlah wahai sahabat,

Harta benda dan kemewahan dunia tidak akan dapat menjamin apa-apa dalam kehidupan kita... belum tentu dengan harta yang banyak kita akan berbahagia... dan tidak semestinya orang yang serba kekurangan tidak akn menikmati kehidupan yang bahagia... bahkan kadang-kadang orang yang kaya lebih susah daripada orang miskin...

Sedarlah wahai sahabat...

Sesungguhnya Allah taala tidak melihat kepada rupa paras seseorang tetapi Allah taala melihat kepada ketaqwaan seseorang manusia itu...

Yakinlah wahai sahabat...

Bahawa sesungguhnya semulia-mulia manusia disisi Allah adalah orang yang bertaqwa kepadaNYA...

Bersyukurlah dengan apa yang telah Allah rezekikan kepada kita dan hendaklah kita berasa cukup dengan apa yang telah Allah anugerahkan kepada kita... Allah taala berfirman...

"Sekiranya kamu bersyukur maka sesungguhnya akan AKU tambahkan nikmat KU kepadamu dan sekiranya kamu kufur sesungguhnya azab KU amatlah pedih"

Marilah bersama-sama kita memuhasabahkan diri kita dan berusaha untuk menjadikan diri kita didalam golongan orang-orang yang bersyukur diatas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita... insya Allah...

wassalam...

0 comments:

Post a Comment