Alhamdulillah...

by ibnu yusof

ayahanda ku @ mohd yusof

bonda ku @ hairaniah ali

adik ku nombor 4 @ nurul aniyah

adik bongsu@nurul arifah

selesai makan bersama keluarga abang khuz

selepas makan @d'saji



Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberikan kita peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Dan masih diberikan kepada kita peluang untuk menyedut udara segar serta mencelikkan mata setelah kita 'dimatikan' buat seketika.

Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu akhirnya tiba juga keluarga aku dibumi Makkah al-Mukarramah ini. bertolak dari Malaysia kira-kira jam 430 pm waktu malaysia dan tiba di King Abdul Aziz International Airport lebih kurang jam 730 pm waktu saudi. Planning asalnya aku ingin meng'suprise'kan mereka dengan menjemput diairport tapi perancangan yang aku buat tidak menyamai dengan taqdir dan ketentuan Allah taala untuk diriku pada hari itu. Selepas solat asaku dengan semangatnya aku menuju ke tempat untuk menyewa kereta. SAFI namanya. Bukannya jenama bedak atau sabun ye. Jam menunjukkan 430 pm. Aku menunggu dihadapan pintu kedai dengan hati yang berbunga-bunga dan aku dapat rasakan yang wajah aku padaa masa tu pun menggambarkan kegembiraan didalam diriku. Mesti bangla yang tengah menyapu sampah di tepi jalan pelik melihat aku duk senyum sorang-sorang. Mesti 'ammu' mesir yang tengah buat construction tu pon pening tengok aku duk tersengih macam kerang busuk. Dan mesti encik arab saudi yang sama-sama nak sewa kereta pon takut melihat aku yang entah apa-apa ni. Tapi apa-apa saja anggapan dan tanggapan mereka kat aku, aku tak peduli sebab mereka tak tahu apa yang ada dalam hatiku. Kalaulah mereka ada teropong yang boleh meneropong terus kedalam hati aku maka mereka akan nampak yang bunga-bunga kegembiraan sedang berkembang mekar didalam hatiku. Dan mereka akan mengetahui bahawa aku dalam keadaan gembira yang amat kerana sebentar lagi aku akan bertemu dengan mak ayah dan adik-adikku yang dah hampir 4 bulan tidak ketemu. Terpisah dek jarak yang jauh dan waktu yang berbeza kerana berada digaris lintang dan garis bujur yang berbeza.

Jam menunjukkan 5pm. Aku masih menunggu dengar semangat yang membara dan tidak berkurangan sedikit pun kegembiraan dalam hatiku. Walaupun sudah berkali abang khuz hantar mesej kat aku bertanyakan kereta ada ke tidak (sememangnya mengambil berat...) semangat ku belum luntur.Jam dah menunjukkan 520 pm. Sekejap lagi akan berkumandang azan maghrib. Bermakna kedai sewa tidak akan dibuka sehingga selesai solat maghribWaktu terus berlalu dan bunga-bunga gembira semakin melayu dalam hatiku dan akhirnya mati dan keguguran. Kegembiraan dan kejutan yang aku bayangkan telah terbang dibawa angin lalu. Akhirnya aku pulang membawa diri.

Pada malamnya aku cuba untuk menghubungi nombor hp ayah ku tapi tidak kedapatan. Aku menjadi gusar dan tidak tenang. Malam itu aku buat umrah. Dalam hatiku terus berdoa semoga semoga Allah akan selamatkan perjalanan kedua ibubapaku dan adik-adikku. Yang aku tahu jadual mereka selepas tiba di saudi akan terus menuju ke taif untuk menziarah tempat-tempat yang menarik dan bersejarah disana (tempat yang sama seperti post yang lalu). Hatiku terus berdoa semoga mereka selamat. Sehinggalah keesokan harinya adik aku hantar mesej dah sampai kat taif dan sedang bersolat jumaat. Barulah hatiku tenang kembali. Sebenarnya aku dah call travel agency dan cakap terus dengan bos untuk bertanyakan nombor mutawwif yang bergerak sekali dengan jemaah umrahnya dan aku dapat nombor tersebut. Belum sempat aku menelefon,mesej dari adikku sampai dan aku tidak lagi bimbang.

Keluargaku tiba ditanah suci Makkah pada waktu maghrib dan menyelesaikan ibadah umrah kira-kira jam 10 malam. Oleh kerana aku ada sedikit program pada malam itu maka aku tidak dapat meneyertai mereka untuk menunaikan ibadah umrah bersama-sama.Alhamdulillah aku dapat bertemu mereke setelah mereka selesai umrah. Kegembiraan tidak dapat dikatakan lagi. tidak mengapalah aku tidak dapat pergi ke airport. Yang paling penting adalah mereka selamat sampai dan dapat menunaikan ibadah dengan sempurna. Alhamdulillah....

1 comments:

My Life said...

assalamualaikum ustaz.. semoga dipermudahkan smeuanya...

Post a Comment