hamzah wasal...

by ibnu yusof

muddathir abdul quddus

Dr.Qurasyi

nota

musa hassan O

Alhamdulillahi rabbil 'alamin, wassolatu wassalamu 'ala sayyidil akramin, saidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi ajmain. Alhamdulillah seperti mana yang telah saya sebut pada minggu lepas, dalam matapelajaran imla' pada kali ini saya akan mengajar anda semua mengenai hamzah wasal dan hamzah qata'.

Apakah yang dimaksudkan dengan hamzah wasal?

Hamzah wasal ialah hamzah yang disebut apabila berada diawal ayat @ perkataan dan tidak disebut jika berada ditengah-tengah ayat. Contoh bagi perkataannya adalah اسم, ابن ,امرأة , است.

Contoh berbentuk ayat pula seperti:
ابن محمد
محمد ابن عبدالله
جاءتني امرأة ومعها الدينار
استغفرالله العظيم


Demikianlah contoh-contoh bagi hamzah wasal dalam bentuk ayat. Jadi saya harapkan anda semua memahami dan jika ada soalan silakan tanya.

*****
Setiap hari rabu masa 3-4 saya mempelajari satu matapelajaran yang dinamakan sebagai tarbiyyah 'amaliyyah. Lebih kurang macam praktikal lah kalau kita di Malaysia.. Cuma perbezaan disini ialah praktikal ini dilakukan didalam kelas sendiri dan mengajar tajuk yang dipilih sendiri tanpa ada sekatan oleh pihak guru...dan kami bebas untuk mengaku dan menggelarkan diri kami sebagai ustaz atau pun dr mahu pun profesor tetapi yang paling penting dan dinilai adalah cara mengajar, penggunaan alat bantu mengajar dan interaksi 2 hala antara guru dan pelajar. Oleh kerana segalanya dilakukan didalam kelas sendiri semestinya ada kepala-kepala yang suke mengkondemkan orang lain dengan bertanyakan soalan-soalan yang bertaraf PHD kepada pelajar yang sedang berlakon sebagai profesor. Adakalanya dapat dijawab dengan baik dan adakalanya hanya tersengih seperti kerang yang dah terbuka kulitnya dan ada juga yang menjadi ahli politik dengan cuba memusing-musing soalan dan meninggalkan soalan tersebut tanpa dijawab. Bermacam-macam karenah didapati dari kelas ini. kadang-kadang kami bersama-sama bergelak ketawa dengan reaksi kawan-kawan dan adakalanya kami senyap dan kesian melihat kawan-kawan yang 'kurang' dalam mempersembahkan lakonannya. dan perlu diingatkan bahawa lakonan ini bukanlah lakonan saja-saja buat, akan tetapi adalah praktikal untuk kami untuk mendidik dan menghadapi masyarakat negara masing-masing pada masa hadapan.

Tajuk diatas adalah tajuk yang saya pilih sebagai assigment yang saya bentangkan didalam kelas pada minggu lepas. Mudah dan ringkas kan?. hehehe... Sebenarnya ada lagi yang saya ajarkan didalam kelas selain tajuk diatas. Tetapi akibat daripada satu penyakit yang amat berbahaya pada zaman kini iaitu penyakit M.A.L.A.S , maka saya mengambil keputusan untuk tidak menulis semuanya apa yang telah saya ajarkan didalam kelas. Kalau panjang-panjang sangat nanti tak ada orang pulak nak baca post kali ni. Lagi pun ini bukanlah blog untuk mengajar ilmu mengenai imla' tetapi adalah blog mengenai luahan rasa hati dan cerita-bcerita pengalaman hidup. Betul tak saudara- saudari sekalian?

Alhamdulillah saya dapat present dengan tenang dan tenteram tanpa ada sebarang gangguan sebab tak ada orang yang nak tanya tentang apa yang saya ajarkan. Mungkinkah mereka faham semuanya? atau pun mungkinkah mereka tidak faham apa-apa? Tetapi kemungkinan yang paling besar ialah mereka tidak mahu memanjangkan masa kerana saya adalah orang yang terakhir pada hari itu yang dipilih untuk membuat presentation. Dan pada ketika itu waktu sudah hampir tamat. Kalau ramai yang bertanya dan saya menjawab dengan panjang lebar maka secara otomatik waktu pembelajaran akan jadi panjang dan mereka akan lambat untuk makan tengahari dan itu lah amat saya harapkan. Sungguh beruntung saya rasakan diri ini. Dan ustaz jugak tidak banyak mengomen mungkin juga dengan sebab yang sama. Gambar diatas adalah antara kawan-kawan saya yang mempresentkan hasil karya mereka buat kali kedua. dan yang duduk diatas kerusi itu adalah pensyarah saya yang bernama dr. Al-Qurasyi. Kalau tak silap rasanya beliau berasal dari qabilah bani quraisy. Pada minggu hadapan akan ada lagi 3 orang yang akan membuat presentation dan salah seorangnya juga merupakan orang Malaysia. Tetapi orang itu bukannya saya. Kalau mengikut perkiraan ada kemungkinan saya tidak perlu untuk mengajar bagi pusingan kedua kerana masa tidak mengizinkan. Harap-harapnya begitulah kirenya. Terselamat saya...

Setakat inilah dahulu cerita larut malam saya pada kali ini. Kalau ada salah dan silap harap dimaafkan. Dan tidak lupa juga ucapan selamat hari lahir kepada saudara mohd nurul hafiz bin abdul latif. semoga panjang umur dan luas rezki dan sentiasa berbahagia disamping isteri tercinta. wallahu'alam.

the end

(14 january 2010 at 2:03 a.m)



3 comments:

The Lonesome Traveler said...

Cakap pasal Hamzah Wasal ni, teringat pulak pasal kelas Arab yg akak ambik. Ustaz asyik cakap "Hamzatuha Hamzatul Waslin". Dia ulang beribu kali sebab kita2 ni kerap silap dalam penulisan & pronunciation. :-)

ibnu yusof said...

oooo...akak pon penah blaja hamzah wasal ke?akak belajar kat mana?so aka jadi ke datang ke dahran?

The Lonesome Traveler said...

baru merangkak belajar bahasa Arab, Syahir..supaya faham bila baca Qur'an. Akak belajar kat private centre, Ustaz lulusan Al Azhar yg sgt komited & sabar dgn student2 tua bangka macam akak.
Dhahran? InshaAllah jadi..kawan nak kahwin.

Post a Comment