Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dalam sedar tak sedar kita dah memasuki 1/3 akhir daripada ramadhan... dan tidak lama lagi ramadhan akan meninggalkan kita... dan kita perlu untuk menunggu lebih kurang 11 purnama lagi untuk kita kembali bertemu dengan ramadhan al-mubarak... itupun sekiranya Allah swt masih lagi memanjangkan umur kita dan masih memberikan kita peluang untuk menghirup udaranya di muka bumi ini... maka sesungguhnya bertuahlah orang-orang yang menghidupkan ramadhan dan celakalah orang-orang yang mengsia-siakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan ini...

Bulan ramadhan...

Bulan yang Allah taala telah berjanji untuk mengurniakan kepada hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh hadiah yang amat besar sekali... Allah swt akan mengurniakan bonus kepada sesiapa yang kuat berusaha didalam bulan yang penuh kenikmatan ini... keuntungan yang diberikan tidak akan didapati pada bulan-bulan yang lain.. maka akan menyesallah mereka-mereka yang tidak mengendahkan bulan ramadhan... kerana pada hari pembalasan nanti Allah swt akan menayangkan kepada semua orang buku catatan amal kita.. ada yang menerima dengan tangan kanan... maka berbahagialah mereka... dan ada yang menerima tangan mereka maka sengsaralah mereka didalam neraka Allah swt...

10 akhir ramadhan....

Adalah detik-detik akhir yang masih berbaki untuk kita semua.... countdown yang akan menentukan adakah kita tergolong dalam golongan hamba-hamba yang akan graduate dengan segulung ijazah KETAQWAAN ataupun hanyalah berlapar dan dahaga semata-mata tanpa mendapat apa-apa ganjaran daripada Yang Maha Pencipta "berapa ramaikah daripada orang-orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga..."-hadith...

10 akhir ramadhan....

Didalamnya terdapat 1 malam yang mana Allah swt telah berfiman dalam Al-Quran "malam al-qadar itu adalah lebih baik dari 1000 bulan"... satu bonus terbesar yang Allah swt kurniakan khas kepada umat Nabi Muhammad SAW... ganjaran yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat yang sebelumnya... 1 malam ibadah adalah LEBIH BAIK dari 83 tahun 3 bulan kita beribadah dibulan biasa... bagaimanakah kita hendak mencapai ibadah yang lebih baik daripada ini kalau kita tidak mengambil peluang untuk bersungguh-sungguh dalam mencari malam yang telah dijanjikan oleh Allah itu... sedangkan umur kita sebagai umat Nabi Muhammad hanyalah dalam lingkungan 63 tahun hijriyyah dan 61 tahun geogery... memang benar ada yang berumur lebih daripada itu... dan hendaklah kita sedari bahawa umur yang lebih itu adalah subsidi daripada Allah... hanyalah bertujuan supaya hambanya memperbanyakkan lagi ibadah kepada-NYA.

Malam Al-QADAR...

Allah swt telah menjadikan malam Al-Qadar pada malam-malam akhir ramadhan tanpa memberitahu kepada hambanya bilakah tarikh sebenar yang akan berlakunya malam tersebut... adakah ini bermakna Allah taala mahu menyeksa atau mendera kita? bahkan tidak... Allah taala menjadikan malam Al-Qadar sebagai rahsia adalah supaya hamba-hambanya tetap terus berusaha untuk mendapatkan ganjaran yang gilang gemilang ini... kerana setiap amal ibadah yang kita lakukan pada bulan ramadhan akan digandakan berkali-kali ganda pahala daripada bulan-bulan biasa... sebagai contoh, cuba kita bayangkan jikalau Allah taala telah menetapkan malam Al-Qadar akan terjadi pada malam yang ke 21 ramadhan pada setiap tahun... apakah yang akan terjadi kepada umat islam diseluruh dunia... sudah pasti kita hanya kan mengunjungi rumah Allah dan menunaikan ibadah secara bersungguh-sungguh hanyalah pada malam 21... dan pada hari-hari yang sebelum dan selepas itu manusia sekeliannya tidak akan lagi pergi ke masjid-masjid untuk menunaikan solat terawih dan beribadat kepada Allah.... itulah antara fadhilat Allah SWT merahsiakan kedatangan malam Al-Qadar... menunjukkan bahawa Allah taala maha agung lagi maha bijaksana....

Dalam mencari malam yang penuh keberkatan ini... Nabi Muhammad SAW mengejutkan seluruh isi keluarganya untuk menunaikan solat malam dan beribadat kepada Allah taala... Baginda juga ada berpesan kepada umatnya untuk berusaha dan mengintai malam Al-Qadar pada malam-malam ganjil pada 10 akhir ramadhan... dan ada juga diantara para ulamak yang mu'tabar telah meletakkan beberapa garis panduan untuk mencari malam Al-Qadar ini.. contohnya Imam Asy-Syafie ada menyatakan dalam kitabnya Ar-Raudah dengan berkata "Aku mengharapkan (lailatuqadar) pada 2 malam... malam 21 dan 23"...

Ulama'-ulama' sufi yang 'arif billah juga ada meletakkan garis panduan dalam mencari malam Al-Qadar ini... bersumberkan daripada kitab Hashiah Baijurie karangan Syeikh Ibrahim Al-Baijurie didalam Bab Puasa Fasal 'Itikaf dalam bentuk syair... tetapi akan dinukilkan disini dalam bentuk point supaya lebih mudah difahami dan dibaca tanpa mengubah sedikit pun maksud asal penyair....

  • Sesungguhnya kami semua sekiranya bepuasa padaa hari jumaat maka kami akan mengambil malam Al-Qadar pada malam yang ke-29.
  • Dan jika sekiranya berpuasa pada hari SABTU maka maka pada MALAM 21 adalah muktamad tanpa sebarang keuzuran.
  • Dan sekiranya terjadilah puasa pada hari ahad maka carilah pada malam 27
  • Dan sekiranya terjadi puasa pada hari isnin maka ketahuilah bersepakat pada malam yang ke-29
  • Dan jika bermulanya ramadhan pada hari selasa maka berpeganglah pada malam yang ke-25
  • Dan sekiranya pada hari rabu bermulanya ramadhan ... wahai orang yang berkeinginan maka carilah pada malam 27
  • dan maka sekiranya bermulah ramadhan pada hari khamis maka carilah malam Al-Qadar pada malam-malam ganjil selepas daripada 10 ramadhan

Jadi marilah wahai saudara-saudaraku kita bersama-sama berusaha untuk mendapatkan malam Al-Qadar ini.. tetapi wahai saudaraku hendaklah beringat bahawa ini hanyalah sebagai panduan kepada kita semua dan bukannya tepat 100% kerana ini adalah ijtihad para ulamak.... ada kemungkinan betul dan ada kemungkinan kurang tepat.... semoga dengan sedikit panduan ini dapat membantu kita dalam menghasilkan ibadah yang bermutu dan dapat menghidupkan malam Al-Qadar yang kita semua impikan dan marilah kita memperbnyakkan lagi ibadah kita kepada Allah Taala dipenghujung ramadhan yang mulia ini...semoga Allah melepaskan kita semua dari azab kubur dan menjauhkan kita dari azab nerakanya insya Allah...

Wallahu'alam... wassalam...

*****

P/s- kalau diikutkan point diatas tu malam ni lee malam Al-Qadar... Jom beribadat....

0 comments:

Post a Comment