S3L3SA1 SaHuR....

by ibnu yusof

Cam mane nak stat yee... hmmm... camnilah...

Dimulakan dengan Bismillah...
Disudahi dengan Alhamdulillah...
Begitulah sehari dalam hidup kita...
Mudah-mudahan dirahmati Allah...

Alhamdulillah, wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah, wa 'ala aalihi wa sohbihi wa waalah... amma ba'du...

Dah macam khutbaah lah pulak... huhuhu...

Alhamdulillah... segala puji bagi Allah taala kerana masih menjadikan kita dapat menghirup udara-NYA pada pagi ini... dan beruntunglah orang-orang yang bersyukur..

"SEKIRANYA KAMU BERSYUKUR MAKA AKAN KU TAMBAH NIKMAT KEPADA MU... DAN SEKIRANYA KAMU KUFUR (INGKAR) SESUNGGUHNYA AZABKU AMATLAH PEDIH..."

*****
Suatu hari dibulan Ramadhan...

selesai bersahur aku bersiap-siap untuk bertolak ke Surau Al-Ikhwan didalam kawasan flat gelong bilal... dan aku sememangnya setiap hari bersolat subuh disana... kerana aku telah diamanahkan untuk mengimamkan jemaah di surau itu bagi solat subuh... aku amat kagum dengan pengurusan surau tersebut kerana cara penyusunan program disana... boleh dikatakan hampir setiap waktu solat ade program yang dijalankan untuk mengimarahkan Rumah Allah.... bukan sahaja pada pada bulan Ramadhan al-Mubarak tetapi jugak pada bulan-bulan yang lain... dan mungkin kerana inilah rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT sentiasa melimpah-ruah di surau ini... kenapa aku berkata demikian? adakah hanya kerana aku telah ditugaskan untuk menjadi imam solat subuh disurau tersebut? jawapannya adalah TIDAK... aku berani mengeluarkan kenyataan sebegini bukanlah hanya bersandarkan kepada aku menjadi imam subuh disana sahaja... tetapi aku jugak pernah menjadi imam terawih disana pada tahun 2001... jadi segala yang aku katakan adalah berdasarkan daripada pemerhatian aku selama hampir 9 tahun aku mengenali AHLI JEMAAH surau tersebut... sekali lagi aku katakan AHLI JEMAAH SURAU... bukannya AHLI QARYAH... tidak aku sangkalkan ade jugak ahli jemaah tergolong dari kalangan ahli QARYAH disitu... tetapi kebanyakannya pengunjung tetap surau al-ikhwan adalah para jemaah dari area luar... kerana.....

Berbalik kepada cerita asal...

Aku telah memerhatikan progress surau ini bermula tahun 2001 sehinggalah pada tahun 2009... bilangan jemaah surau semakin lama semakin meningkat... dan bermula dengan sebuah surau yang kecil... tiada pengunjung... dan tidak salah rasanya kalau aku katakan agak dhoif pada suatu ketika dahulu kini telah menjadi antara surau yang paling ramai pengunjung... dan saiz boleh dikatakan hampir sama dengan sebuah masjid... siap ekon (aircond) lagi... dibesarkan sedikit demi sedikit dengan duit kutipan dan derma dari orang ramai... dan akhirnya menjadi sebuah surau yang boleh dibanggakan... semua ini adalah keberkatan yang dikurniakan oleh Allah taala kepada orang-orang yang berusaha untuk memakmurkan rumah-NYA... kaf ba ro kaf alif ta nun KEBERKATAN... semoga Allah taala memberikan nikmat dan rahmat yang tidak terhingga kepada orang-orang yang berusaha dalam meninggikan rumah Allah dan agama Allah...

Ramadhan....

Pelbagai program telah disusun bagi menghidupkan lagi perjalanan bulan ramadhan yang mulia ini... pada setiap malam diadakan solat terawih 8 rakaat dan diselangi dengan tazkirah pendek oleh ustaz-ustaz jemputan... dan setiap kali selepas solat subuh, diadakan sesi pengajaran kitab bagi menggantikan sesi selepas maghrib pada bulan-bulan selain ramadhan... dan lebih kurang jam 830 pagi diadakan sesi solat dhuha dan tadarus Al-Quran... dan seperti biasa pada 10 malam akhir Ramadhan akan diadakan Qiamullail Perdana secara berjemaah...

Begitulah antara program-program yang dijalankan pada bulan Ramadhan ini... dan Ramadhan-ramdhan yang telah lalu... dan insya Allah akan semakin berkembang pada masa-masa yang akan datang...

Lebih kurang 3-4 hari yang lalu telah dilancarkan kutipan derma untuk saudara-saudara kita yang berada didalam kesusahan di palestine di surau al-ikhwan... kutipan hanya dijalankan pada satu malam... iaitu ketika solat tarawih... berapakah kutipannya? RM 100? RM 1000? RM 5000? tidak... tidak sama sekali... jumlah kutipan adalah RM 13,500... aku begitu terkejut mendengar pengumuman yang dibuat oleh imam besar surau tersebut -hj zulkifli- pada waktu subuh itu... ALLAHU AKBAR... segala puji bagi Allah yang mengurniakan kemurahan rezki kepada jemaah surau al-ikhwan dan jugak kemurahan hati kepada mereka untuk mendermakan sebegitu banyak harta kepada orang yang lebih memerlukan... semoga Allah menggandakan lagi rezki dan pahala kepada mereka... Amiin...

Alhamdulillah... telah selesai satu lagi cerita yang aku nukikan untuk tatapan kalian yang setia membaca diari elektronik aku ini... sebenarnya ade cerita lain yang hendak aku tulis dan sepatutnya aku tulis... tapi sebab dah lalut masuk ke cerita yang lain jadi aku teruskan jugak cerita yang lain ini... insya Allah cerita yang sepatutnya aku ceritakan pada kali ini akan aku ceritakan pada post yang lain insya Allah... dan cerita itu aku ambik dari ustaz mustafa kamal ketika beliau mengajar di surau al-ikhwan flat gelong bilal...

wassalam...

0 comments:

Post a Comment