Man U VS Barca

by ibnu yusof

Suatu hari diawal minggu...

"eh..bile final UEFA? minggu ning ah ook? ..eh x sabo aku nok tengok barcelona katok manchester ni.." kedengaran suara seorang sahabat aku yang memang terkenal dengan kaki bolanya sipi-sipi dihujung telinga kanan ku.. UEFA? Barcelona? Man U?? ...amende semuanye tu? aku kebingungan.. ooo..pertandingan akhir UEFA Champions League rupenye... manelah aku tahu semua tu.. aku ni bukannya peminat bola.. kaki bola jangan harap lah.. tp kalu nak gi tengok tu kadang-kadang boleh je.. nak merasai kehangatan suasana bola sepak.. nasib baik aku tahu beza antara bola sepak dan bola badminton.. kalau tidak mmg memalukan je.. tu pon nasib baik cikgu sekolah rendah aku yang ajar..itu pon satu ilmu jugak..betul tak?

ERTI HIDUP PADA MEMBERI

Rabu 27 Mei 2009..

"Syah!! mu nok g x tgk bola malam ni?"sahabat ku mula bertanya.."nok gi ngan nape? ade kete ke? "aku bertanya kembali.. "ade kot..kerol kate ye nok sewa kete sebuah arini.. kite bayo ke die 10 riyal.. pahtu hok lebih ye bayo ah.. sebab die kate die ade keje nok pkai kete.." aku termenung seketika.. "hmmm..sound good..ok gok tu di..aku beres jee.." ...ibarat suatu keajaiban yang besar berlaku pada aku yang xbrape suka main bola nak pergi tengok bola malam ni..mungkinkah ini satu petanda yang aku akan menjadi peminat setia bola selepas tarikh ini? atau pun aku akan tetap menjadi aku seperti biasa yang memang tidak minat bola..jika benar aku kan berubah..maka tarikh 27 mei ini adalah satu tarikh keramat yang patut aku ingati..

Pada malam ni semua peminat Man U dan Barca akan berbondong-bondong menghadap tv dirumah masing-masing.. dan bagi yang tak ade tv dirumah akan cuba sedaya upaya untuk mencari tempat yg membolehkan mereka untuk menonton rancangan kegemaran mereka itu... dan kami pada malam ini secara beramai-ramai akan turun ke satu tempat yang bernama syarayik (kalau xsilap akulah) untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan yang akan berlangsung pada jam 9.45 malam ini... dan apakah kesudahannya?..siapakah yang akan menjadi juara..adakah benar Man U akan menjadikan kemenangan pada malam ini sebagai hetrick bagi pasukan mereka pada musim ini? Atau pun barcelona akan merangkul kejuaraan pada malam ini..jadi keputusannya..tungguuu...

Dan pesanku untuk para sahabat yang amat meminati sukan bola sepak..ingatlah menang dan kalah bukanlah segalanya..yang penting adalah kerjasama dan ukhuwwah...ceeewwwaaahh..hehehe..akhir kata "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.."

sambungan...

rupa-rupanya aku memang silap..tempatnye bukan di syarayik tapi telah bertukar ke satu tempat lain yang digelar ASMAK DAANAH...satu tempat di highway menuju ke Jeddah.dimana tempat ini adalah tempat bermain bagi SAUDIAN (cam gentinglah kot kalau kat malaysia..yeke?)... turut bersama-sama aku ketika itu beberapa family malaysia yang sememangnya aku telah lama mengenali diri mereka..family abg khuz (nokia), family abg azam (nokia), family hj arshad (pengurus hotel) dan tidak lupa kat family ustaz hafiz turut bersama-sama dengan kami semua..dan aku?aku pergi menaiki kereta yang telah disewa oleh kerol bersama-sama pemuda harapan bangsa..wadi, falah n kerol.... sampai je aku disana...frust...rupe2nye dah full book..tp xpe...oleh kerana suhu kehangatan perlawanan semakin terasa bersama-sama dengan suhu musim panas di saudi ni..kami meneruskan lagi usaha kami utk mencari persinggahan yang sepatutnya...akhirnya Allah dah kabulkan doa kami dan berjaya mendapatkan satu tempat yang berdekatan yang bernama ASMAK DURRAH..

Wisel berbunyi menandakan perlawan bermula..dan aku mula kagum melihat pergerakan para pemain kedua-dua pasukan..dan tiba-tiba.........GOOOOOOLLLLLLLL!!!! minit kesepuluh eto'o (betul ke?hehehe)telah menjaringkan gol pertama bagi pihak barca...rupa-rupanya kesemua pengunjung yang bersama aku adalah penyokong barca...bergegar ruang bilik yang disewa..hahaha..tapi rupanye ade jugak 2 orang yang kelihatan sugul..sedih..kecewa..dengan jaringan yang dihasilkan barca..nak tahu sape???tunggu dalam post yang seterusnyaa..nanti aku update lagi..hehehe...permainan mula nampak berat sebelah..dan aku semakin bersemangat menunggu gol yang seterusnya..bakar membakar diantara kami menambahkan lagi kehangatan suasana ketika itu..suddenly...

tok..tok..tok.. oooo..rupanya makanan dah sampai...

sehinggalah tamat masa pertama masih tiada jaringan yang dilakukan oleh kedua belah pihak..sambil menunggu perlawanan diteruskan...kami...MAKAAAN..selepas beberapa ketika bermulanya babak kedua, sekali lagi nasib menyebelahi barca denagan jaringan gol ke-2 oleh pemain pemain handalan barca MESSI dengan menggunakan kekerasan kepalanya sebagai senjata untuk menanduk masuk bola ke dalam gawang musuhnya...jaringan yang cukup cantik..yang cukup menawan bagi aku..mungkin sebab aku jarang tengok bola kot..hehehe..dan begitulah sehingga minit-minit akhir perlawanan barca tetap mendauhului Man U dengan kelebihan jaringan..dan akhirnya...Piit Piit Peeewwwwiiit...bergembiralah bagi orang2 yang meminati BARCA dan hancur kecawalah orang yang meminati MAN U...wisel penamat menandakan segala perjuangan telah berakhir..suka @ duka semuanya telah ditentukan..dan penyesalan sudah tiada berguna lagi..dan keputusannya.. BARCA 2 MAN U 0...

dan bagaimanakah aku? adakah perlawanan yang sehebat itu berjaya untuk menarik aku untuk menjadi seorang yang fanatik kepada bola sepak?...hehehe..jawapannya..aku adalah aku..orang ajak aku pergi kalau orang xajak..aku xpergi..tiada apa yang berubah..hehehe

kepada para sahabat sekalian..menang dan kalah adalah adat permainan..permainan akan tetap diteruskan..dan perlawanan akan terus dijalankan..dan kitaa..jalanilah hidup kita seperti biasa..tanpa ada luka dihati..insya Allah..

***

...Cuba kita bayangkan perlawan itu adalah kehidupan kita..dan pengadil adalah malaikat maut yang talah lama bersedia untuk meniupkan wiselnya..apakah kita akan tergolong dalam golongan SUKA @DUKA..fikir-fikirkan lah wahai saudara..

"Dan apabila telah tiba (kepada mu) ajal kematian mu maka tidak akan dilambatkan (walau sesaat) dan tidak akan dipercepatkan (walau sesaat).."

0 comments:

Post a Comment