Barca VS Man U @ Awali?

by ibnu yusof


merenung masa depan yang belum pasti


ni jersi pasukan mana ni? MY TEAM ke?


agak-agak permainan bola sepak apakah yang diorang tengah main ni?

berjalan menyelusuri line...

goalkeeper@photographer profesional?

ntah kaki sape ni...


injured (member sebilik)


henry kemboja


paparazi n mamarazi (penonton setia)



semat x aku? tanye sahabat aku yang ajok g tengok bola @ wadi


ape pandang-pandang? tak puas hati ke? (penyokong MAN U)


hari ni ambe akan kalahkan team barca..(ni kot orang yang aku maksudkan tu..hehe)

penalti di awal pagi

Cerita di sebalik gambar...

pada suatu hari...sebelum mubaarah (perlawanan) UEFA CHAMPIONS LEAGUE..

"jadi ke main bola ari khamis ni?"aku bertanya kepada wadi.."jadi ah..aku tepoh doh (dah tempah ) padang dengan abdul aziz (jaga) "...bereh ah..aku nok gi tengok gok..kul wape maing? wadi dengan selamba menjawab..maing kul nang stengoh (6:30 a.m) sampai tujuh stengoh (7:30 a.m)..terlintas dibenakku...awalnya..(tp sebenarnya 6:30 cni berbeza dengan malaysia sebab keadaan persekitaran 6:30 disini pada musim soifi (summer) adalah seperti 8 a.m di malaysia)..

***
pagi khamis 28 mei 2009

KASIH...DENGARLAH...HATIKU BERBICARA..
OOO...KASIH..IZINKAN..DIRIKU BERTANYA...
BISAKAH CINTA BERSEMI..MENGUNDANG RESTU ILAHI...
ADAKAH.....

waaarrrgghhh..aku menguap malas..aku menilik jam tangan seiko (hadioh ayoh aku wi)..dah dekat pukul 5:30 a.m rupenye.. looo..bunyi enset buruk aku yang jadi saun effect dalam mimpi aku tadi rupenye...mimpi ape?haaa...yang tu kite tak tahu..hehehe

"Hello..assalamulaikum..ye...oooo abg khuzz..(bangun doh ke?..tanye abang khuzz kepada ku) ana bangun doh ni...tengoh siap..(aku menjawab dengan steady dan selamber...padahal aku masih berselimut tebal diatas katil ku..hehehe..jangang maroh eee)..

aku bersiap-siap sambil memasang n melayan mp3 dari enset aku yang mempunyai campuran genre nasyid n lagu..hehehe...dalam 6:12 a.m aku bertolok ngn kete honda 1.8 yang di drive oleh pemiliknya abang khuzz..setiba aku di sana MEREKA semula mula memanaskan badan atau pon dalam bahasa yang lebih mudah dan biasa disebut orang kampung aku 'STRETCHING'...(kenapa MEREKA dan bukannya KAMI? sebabnya..cuba korang bace balik kat atas tu..aku nak g tengok je..bukan nak g main..hehehehe)...

perlawanan bermula dan pelbagai aksi yang dapat dilihat di atas padang..aksi linesboy yang berjalan menyelusuri line tanpa tengok bola out ke tidak..aksi rakan sebilik ku yang dah injured.. aksi goalkeeper@fotographer profesional maybe...dan yang paling best tegok reaksi pemain-pemain MAN U yang bersungguh-sungguh bermain untuk menebus balik kekalahan mereka pada malam tersebut...hehehe...dan sehinggalah berakhirnya waktu permainan dan beberapa gol telah dijaringkan..MEREKA semua berenti rehat dan minum air..dan aku?aku juga turut sama berehat besama-sama mereka solah-olah aku jugak letih mengejar bola yang satu tu.... Team mane yang menang? Wallahu 'alam..aku pon tak dapat nak pastikan sebab aku tak perhati mane pon dengan gol diorang ni...ntah berapa banyak gol yang diorang dah sumbat pon aku x tahu... cuma yang aku tahu..aku dapat mencari bahan untuk DIARI ELEKTRONIK aku ni dan dapat sama-sama merapatkan ukhuwwah sesama muslim antara kami semua... hehehe... oppsss.. lupa nak bagitahu...yang datang bermain ni tergolong dari golongan negara yang berbeza...ade malaysia, kemboja, singapore dan thailand...dan begitulah pengakhirannya... Wallahu 'alam...

" Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara "

" Aqal yang sihat daripada tubuh badan yang sihat "






2 comments:

Anonymous said...

pergghh... welkam to da club...

ibnu yusof said...

ten-Q2..selamat membaca...

Post a Comment