hotel tempat pertemuan


para pelajar Ummul Qura dan rombongan kehormat


sebahagian pelajar yang hadir


abang nazrin manager hotel (orang tranung kite ni)


fotografer jemputan khas


sebahagian ahli rombongan


yang mana satu dato seri dan yang mana satu aku? hehe


dato seri 'membelah' nasik kuzi...makanan arab nii...


GAMBAR DULU...LEPAS NI I STORY OKEY..

***
henset ku berbunyi...(tapi kali ni berbunyi air yang mengalir ..hehehe) aku melihat di skrin henset buruk ku..one message recived..bile aku baca masejnya berbunyi lebih kurang...

" KEPADA SEMUA AHLI PPM, ANDA SEMUA DI MINTA UNTUK BERKUMPUL DI HOTEL HILTON SELEPAS SOLAT ISYAK PADA HARI KHAMIS 28 MEI 2009 KERANA ADA MAJLIS BERAMAH MESRA BERSAMA MENTERI PENGAJIAN TINGGI. KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN "

***
28 mei 2009, 7:15 p.m

"Aaaahhh...sakit perut la pulok...lambatnya sampai..." hatiku mula berbicara...aku mula gelisah..tumpuan aku pada pemanduan kereta honda civic 1.8 yang aku bedal dari abg khuzz mula terganggu...terasa terlalu lambat pergerakannya..

Bayangan sakan (asrama) mula menjelma...perut ku semakin memulas.."Wadi..aku berenti kete sini pahtu mu jalan kaki ah ke PPM deh.."tanya ku kepada wadi. "X pe ah syah..mu breti (berhenti) tepi..aku drive plok..." kata wadi dengan penuh keyakinan...aku terus meluru ke sakan...dengan penuh gigih aku memanjat..seperti memanjat Gunung Tahan rasanya..tingkat 4 tu..korang bayangkan brape banyak anak tangga yang terpaksa aku panjat...sampai di bilik aku...akhirnyaa...FUUUHH..LEGA...hilang segala kesakitan....aku kembali tenang...tp bile tengok jam...Maaakkk!!dah dekat pukul 8...mandi xlagi...preparation xwak lagi ni...dang (sempat) ke x nok smayang (solat) kat sejid harom (masjidil haram) ni??

***
Jam tangan ku menunjukkan jarum pendeknya ke angka 9 dan jarum panjangnya ke angka 12.. (pukul brape agak-agaknya..)...dan ketika itu aku sudah pon berada di depan pintu masuk hotel hotel Hilton.." ish..mane saing-saing aku ni..xkang takdok sorang pon sampai lagi..xpe ah aku tepon ah tanye mudoh sket..." detik hati kecil ku..aku meraba kocek (poket) jubah ku sebelah kanan..ade wallet n ku kunci bilik..aku meraba kocek sebelah kiri..kosong..kocek atas pon kosong...YA ALLAH!!HENSET AKU TAKDOK..otak aku mula bekerja keras stat berfikir kembali... flash back

-( beberapa jam yang lalu )-

aku memandu...sakit perut...panjat sakan...masuk bilik... akhirnya aku dapat detect..henset aku dalam kete..xingat nak ambik.. Ya Allah pelupa nya hamba-Mu ini..

jam dah menunjuk kan 9:20 malam...aku dah tak keruan lagi..masih menunggu dan menunggu...menunggu sesuatu yang masih tiada kepastian..Dan mungkin sudah menjadi fitrah seorang hamba kembali memohon kepada yang MAHA PENCIPTA ketika di dalam kesusahan..(masa senang ingat jugak..tp xcukup kot...hehe ) jadi aku diuji dengan sedikit ujian dunia supaya aku sentiasa mengingati-NYA yang MAHA ESA..terlintas di dalam hati ku... "Ya Allah..di hadapan RUMAH MU aku berdiri, kepada mu aku berserah diri, ketemukan lah diriku dengan salah seorang sahabatku..."...aku berkata kepada diri ku..kalau kul 9:30 xjumpa orang jugak aku chow lah...

detik yang ditunggu sudah tiba (9:30)..aku baru je nak memulakan langkah ke AJYAD nok gi naik KAMBING 2riyal (gelaran femes yang diberikan kepada prebet sapu di Makkah..hehe). Suddenly... " Assalamualaikum..enta sorang je ke? mane yang lain?"tegur satu suara...suara yang memberikan aku satu suntikan semangat baru untuk bertemu dengan sang menteri dan makan nasi kambing...hehehe..rupa-rupanya ALLAH yang bersifat dengan sifat YANG MAHA MENDENGAR...mendengar rintihan hatiku...dan memakbulkan doa ku...aku bersyukur pada mu YA ALLAH..."ana sorang je..henset pon tertinggal kat dalam kete..enta sorang jugok ke arif?" siapakah arif? ..beliau adalah pelajar lulusan Universiti Islam Madinah dan sekarang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat master di sebuah universiti di Riyadh..dan kebetulan datang ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah..

***

Pertemuan yang dikatakan akan dibuat di hotel hilton sudah berubah koordinatnya..perjalanan ke hotel milik rakyat Malaysia (dan abg azrin yang aku letak gambarnya diatas bertindak sebagai pengurus hotel tersebut ) yang berjarak lebih kurang 400m mengambil masa lebih kurang 10 minit..sempat berpeluhlah jugak...

Kehadiran aku disambut mesra oleh ust Radhi Hamzah (konsul pendidikan), Dato' Seri Khaled Nordin (menteri pengajian tinggi) dan rombongan...(ni sape sambut sape ni? aku yang disambut ke aku yang menyambut? hehehe) begitulah kemesraan yang ditunjukkan oleh semua yang hadir tanpa perbezaan pangkat dan darjat..hampir kesemua ahli rombongan adalah golongan bijak pandai yang berpangkat PROF dan DR...dan aku? masih lagi belum menghabiskan satu peringkat pon dalam tahap pendidikan ku...untuk sampai ke tahap mereka yang rendah sikit dari gunung kinabalu tu terasa macam tidak terdaya..tapi akan ku jadikan mereka semua sebagai satu inspirasi bagi diriku untuk terus maju ke hadapan dan mampu untuk menjadi setinggi gunung kinabalu..insya Allah..doakan lah untuk kejayaan diriku ini..semoga doa kalian menjadi pemangkin kepada kejayaan ku didunia dan akhirat insya Allah..wassalam...



0 comments:

Post a Comment