kisah bermula...

by ibnu yusof

kira-kira 24 tahun yang lalu pada awal pagi 16 oktober 1985 jam 6:10 am (agak-agak dah subuh ke belom mase tu...) kedengaranlah satu tangisan jauh ditengah sebuah kampung ditepi sungai Terengganu yang bernama kampung Pulau Rusa (...aku sendiri pon tak tahu kenapalah kampung tu dinamakan pulau rusa...mungkin jugak disebabkan bilangan rusa yang terlampau banyak kot..tp ade jugak crite-crite orang-orang lame pasal mitos kampung ni..dulunya hanya ada sebatang pokok rhu disitu..sebab tu dinamakan ruse (rhu se=satu)...ntah aku pon x tahu stakat mana kebenaran cerita itu...hehehehe...yang pentingnya disitulah segalanya bermula...kisah benar mengenai kehidupan seorang anak adam yang telah menjadi salah seorang penghuni dunia ini...) Tangisan itu menandakan penantian dan penat-lelah seorang ibu yang mengandungkan seorang anak telah berakhir..dan juga menandakan bahawa telah bertambahnya seorang lagi khalifah Allah dimuka bumi ini..semoga dengan kelahiran bayi ini dapat membawa satu sinar baru ke alam dunia..dan semoga menjadi hamba yang soleh dan taat kepada perintah Allah...amin...

Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat (kepadaku)...

Bayi kecil tersebut adalah putera sulong kepada pasangan Mohd Yusof bin Ibrahim dan Hairaniah Ali yang merupakan anak keempat dalam sebuah keluarga nukleus...(yang sulong second n thalith semuanya perempuan...hehehe)...bayi kecil itu akhirnya dinamakan Mohd Syahir bin Mohd Yusof (akulah tu).dan kini selepas hampir 24 tahun berlalu,berkembanglah bayi itu menjadi seperti apa yang ada sekarang ini...melalui satu dimensi ke satu dimensi..melepasi segala onak duri kehidupan dari alam kanak-kanak,remaja dan kini sudah termasuk dalam golongan dewasa..dah tua pon aku ni..kadang2 ade jugak yang panggil aku ni PAKCIK...mmg sgt terasa dengan panggilan tersebut...huhuhu..sungguh cepat masa berlalu...sampai terkadang aku terlupa yang aku ni dah berumur...n terkadang aku terbayang yang aku ini masih dialam kanak-kanak ribena..hehehe....kini aku mempunyai seramai 9 orang sibling (5 perempuan + 4 lelaki)...semuanya akan aku kenalkan pada sang pembaca blog ini dalam entri aku yang seterusnya insya Allah..dan tidak lupa juga nak bagitau yang aku dah ade 2 org anak saudara yang cute miut seperti mana ditayangkan kat ym aku tu,,anak sendiri?insya Allah tak lama lagi..same2lah kite doakan supaya aku dapat anak cepat2..cuma masalahnya mak untuk anak aku ni xade lagi..camana nak buat yee..hehehe..kepada sesiapa yang ade cadangan bolehlah tolong komen kat bahagian komen tu ye..komen2 yang membina amatlah diharapkan...kalau nak tolong cakapkan kat my parent pon xpe jugak..hehehe

begitulah cerita mengenai kelahiran seorang bayi n sedikit intro mengenai bayi tersebut..semoga ade yang berminat untuk mengikuti cerita-cerita lampau yang entah ape-ape ni..dan dalam entri seterusnya aku akan critekan lagi sambungan kisah kehidupan aku dari aku kecik sampailah dah umur aku macam sekarang ni insya Allah...

aku sendiri pon still tak tahu ni publishkan ke x blog aku ni..tp ape2 pon aku bersyukur sebab dapat jugak akhirnya aku buke blog aku sendiri selepas beberapa lame aku duk bace blog orang n tgk org buat blog..semoga aku istiqamah dalam penulisan blog ni..n kalau berjaya mungkin aku akan jadikan menulis blog ni sebagai salah satu daripada hobi-hobi aku insya Allah..stakat ni lah saje utk entri kali ni..ikutilah sambungan seterusnya kisah PERJALANAN HIDUP SEORANG HAMBA ini dalam episod seterusnya..wassalam..

0 comments:

Post a Comment