MERAH ITU BERHENTI

by ibnu yusof

Alhamdulillah... adik aku dah dapat keluar dari wad semalam...


*****

Malam satu...3 syawal 1429...

waktu : tengah malam...

"Moookkk!!!... saakiittt!!!....Moookkk!!!...Paannaasss!!!"

aku terkejut dari lenaku dipinggiran katil... jeritan semakin lama semakin kuat... semakin ramai pesakit dan penjaga yang terjaga... semua terkejut dan terpana... doktor dan nurse bergegas ke katil pesakit yang terletak dihujung wad... lama juga suara itu berlarutan...semakin lama semakin perlahan...dan akhirnya berhenti... suasana kembali tenang... macam sediakala... mungkin doktor dah bagi ubat tido kot kat mamat tu... huhuhu.... keesokan harinya aku bertanyakan nurse apa yang berlaku sebenarnya... rupa-rupanya mamat tu eksiden dan kelanya terhantuk kuat... dan mamat tu sememangnya berada dalam keadaan unconcious... jadi die tak sedar bahawa jeritannya tu mengganggu ketenteraman orang lain nak tido...huhuhu

malam 2... 4 syawal 1429

waktu : tengah malam

kalut..keadaan semakin kalut... doktor dan nurse tidak keruan.. keadaan semakin tidak terkawal... tiba-tiba pintu wad terbuka... beberapa katil mula disorong masuk... 1... 2... 3... 4... aku mengira... aku berpaling melihat pesakit diatas katil...

"Ya ALLAH!!!..." aku menjerit perlahan... jantungku berdegup kencang... pesakit diatas katil itu BERLUMURAN DARAH!!! keempat-empat katil hampir kesemuanya berada dikondisi yang sama... keadaan cukup menggerunkan... ade yang patah tangan... ade yang patah kaki... dan ada yang hancur mukanya....

begitulah keadaan malam-malam yang seterusnya.. berlalu... seolah-olah itu adalah rutin harian ... banyak pesakit yang keluar masuk... hampir semuanya kemalangan motorsikal... jarang-jarang disebabkan oleh sebab lain... dan semuanya adalah MELAYU...anak bangsa kita... tidak ada seorang pon anak cina @ anak india yang aku lihat didalam wad... kesemuanya adalah melayu... sesungguhnya memang benarlah MELAYU MUDAH LUPA... dan akhirnya terpaksa beraya dihospital... aku kesian melihat ibu-ibu yang menjaga anak-anak mereka di hospital... ada yang tinggal di hospital sebelum raya lagi... apakah perasaan mereka ketika mana orang lain sedang enak makan dan bersantai dengan sanak saudara dan beraya... tapi mereka terpaksa beraya berdua demi menjaga anak mereka yang terlantar sakit... adakah anak-anak mereka sedar akan kasih sayang dan pengorbanan ibu-ibu mereka? wallahu'alam... hanya Allah yang mengetahui segala isi hati mereka....

kejadian yang terbaru... hari sabtu baru ni... selepas sehari adik aku dimasukkan ke wad buat kali kedua sebab nak cabut skru dipahanya... aku seperti biasa pergi menziarahinya... oleh kerana adik aku ade GL... jadi dapat tinggal di wad second class....mesti tenang dan rilek je dalam tu... rupanya aku tersilap jangkaan...

"Mookk!!!...aku panas ni... pasang ekon (aircond) ni... "suara jeritan satu suara....
" woi MOOKKK!!!mu dok dengor ke? pasang ekon tu... aku panas ni!!!..." semakin keras suara si anak...

"wooiii!!!.. cepatlah... base TUUT... mu dok dengor ke TUUTT... mu ni memang TUUTT... aku panas ni!!! mu dok dengor ke mok weeiii!!!"...

semua mata memandang ke arah yang satu... aku nampak mak si budak tu tertunduk malu.. mungkin maknya tak menyangka mulut anaknya akan menjadi selancang tu.. memalukan mak sendiri dikhalayak ramai.... kesian betul... na'uzubillahi min zaalik...

wahai mat rempit... insaflah... janganlah korang susahkan keluarga kamu... kalau tak sayangkan diri kamu pon sayangilah kedua mak bapak kamu...kerana mereka sangat menyayangi kamu walau apa jenis perangai pon kamu tunjukkan kepada mereka... ingat lah...

"LAMPU MERAH ITU BERHENTI"




copy paste from email untuk tontonan umum :-


Syaaban:

Di bawah arasy , Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas - sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.

Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada tubuhnya.

Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu mailaikat lain yang mana setiap satu malaikat yang tercipta akan memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi Muhammad
SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

Tolong forwardkan e mail ini kepada semua yang anda kenali kerana ilmu yang bermanafaat akan terus mengalir pahalanya kepada kita walaupun kita telah berada di alam barzakh

Selamat Beramal............

KISAH KASIH....

by ibnu yusof


ni gambo adik aku.... mohd syabil bin mohd yusof

Kisah kasih 1

Hari ini hari jumaat.. 24 julai 2009... ketika aku mula menaip jam dilaptopku menunjukkan pukul 5:58 petang... baru saja kedengaran bunyi deruman enjin kereta ayahku meninggalkan perkarangan rumah... ke mana ayah kau nak pergi? mesti korang tertanya-tanyakan...

Sidang pembaca yang aku sayangi sekalian...

Kalau korang masih ingat, ade aku ceritakan dalam blog ni pasal adik aku yang eksiden semasa hari raya ketiga tahun lepas... dan tulang pahanya masih belum bersambung... ingat tak?kalau tak ingat boleh lah reverse balik... tu pon kalau nak ingat lah.. tapi aku sendiri pon tak ingat tajuk nape title nye... huhuhu.... dan bagi yang tak tahu cerita lagi, silalah cari kalau rajin... hihihi

Ceritanya macam ni...

Selepas ayah aku tahu perkara ini, pelbagai cara telah dilakukan dan diusahakan untuk memulihkan adik aku... cara tradisonal dan moden... semuanya telah dicuba... sehinggalah ke tanah merah kelantan ayah aku pergi mencari pengubat... demi kasih seorang ayah kepada anaknya... KASIH TANPA SEMPADAN...

Dan hari ini, mungkin antara usaha terakhir... hantar adik aku kembali ke hospital untuk dimasukkan ke wad... katanya nak kena cabut skru dari paha adik aku tu... sebab baru-baru ni adik aku gi jumpa doktor semasa appointment dan doktor kata mungkin disebabkan oleh skru itu tulang kaki adik aku tak bersambung lagi... jadi doktor terus membuat appointment seterusnya untuk melakukan pembedahan untuk mengeluarkan skru dari paha adik aku tu...

Aku redha jelah... semoga kaki adik aku akan cepat sembuh... saudara-saudari yang ade kat Makkah @ jeddah tu, kalau pergi ke masjid haram tolong lah doakan untuk keselamatan dan kesihatan adik ku ini... nama mohd syabil bin mohd yusof... kalau dikutkan jadual pembedahan pada hari ahad ni... dan aku insya Allah akan tido di Hospital lagi kali ni... seminggu jugak kot... tapi takpelah... adik aku jugakkan.. ape gune ade abang kalau takleh nak jage adik sendirikan... huhuhu

*****

Kisah kasih 2

Pengantin baru yang dah hampir seminggu kawen tu baru je turun dari rumah... ntah ke mana aku pon tak tahu... dengar-dengar macam nak cari payong untuk majlis SAMBUT MENANTU esok... ohh ye.. tak ingat nak bagitahu... esok majlis sambut menantu kat marang terengganu... giliran aku lah pulak yang nak kene berarak ke rumah abang ipar aku... tinggi tuuu... atas bukit... mahu kurus aku kekgi... hihihi... dengar-dengarnya siap ade gayong lagi tu... oiiitt!! bukan gayong mandi lah... silat gayong... abang ipar aku tu ahli silat gayong... jadi member die nak buatlah persembahan... bayar ke tidak aku tak tahu... n anak sedara perempuan kecik die sendiri yang akan 'bergayung'.. aku nak gi tengok gok ni... semangat berkobar-kobar ni... hihihi... aku pon dulu minat juagak nak masuk silat-silat ni.. tapi ayah aku tak bagi... ayah aku kate tak ade orang nak hantor n ambik aku... jadi terpaksalah aku ber'silap' huhuhu....

Kalau ikutkan jadualnya esok pukul 9:30 pagi kami akan bertolak ke marang... abah kepada abang ipar aku sediakan persiapan untuk 150 orang untuk rombongan dari pihak aku ni... ramai giler... ntah kat manalah aku nak cari orang seramai tu... kalau korang rase nak ikut jomlah... esok pukul 9 pagi korang datanglah kat umah aku yee... boleh kite gerak sekali... huhuhu

Perkembangan seterusnya akan aku ceritakan lagi esok...

Wasslam....

gambar kawen din n baiti

by ibnu yusof


makan beradab.... cheeers!!!
(kuning sioooo...hihihi)


sayang... cuba tengok kat sana tuu...


manjanya....



berjalan jalan sambil berbual mesra...


baru sampai sebelum akad nikah... bersama orang-orang bujang...


menanti penuh debaran untuk akad


khusyuk mendengar khutbah + debo...


duduk bersimpuh menahan debaran...


"eh...lambat pulok tok kadi ni bace khutbah"... kata pengantin perempuan...


senyuman paling menawan...


Seperti yang dijanjikan... aku mengupload gambar kawen sepupuku... gambo dari kamera aku x lawo sebab adik puang bongsu aku x PRO bab amik gambo ni... sebab tu aku malu sket nok letok... tapi sebab desakan dari kawan-kawan sepersekolahan zaman budok-budok aritu (kat sekolah rendah SKPCT) aku tebalkan jugak muke aku untuk letok gambar-gambar ni... tapi gambar yang mase akad nikah je dari kamera aku... gambar yang bergaya kat muzium tu gambar yang aku kopi paste dari fotopages abang baiti...solahuddin jugak namenye... dan masih banyak lagi gambar-gambar lain (din n baiti) yang korang boleh tengok... klik disini .... silelah menikmati gambo-gambo ni yee... huhuhu

wassalam....

**dedicated to izhar n nasrul ridhwan n irwin... hihihi...

TAZKIRAH SYAABAN

by ibnu yusof

Kelebihan Bulan Syaaban

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu...

Erti Syaaban

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Fadhilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Peristiwa Penting

1. Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) :

"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

2. Penukaran Arah Kiblat

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.

Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang putri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.

COPY PASTE DARI SINI

Kuala Terengganu sabtu 18 Julai 2009- satu majlis perkahwinan antara nasrul hadi bin haron dan nurul azlina binti mohd yusof. majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik lelaki kepada pengantin perempuan saudara mohd syahir bin mohd yusof bermula ayat 16-26 surah ar-rum pada jam 9:30 pagi. jurunikah yang dilantik merangkap bapa saudara kepada pengantin lelaki ustaz shafie bin yusof memulakan majlis dengan menerangkan kepada pengantin dan para hadirin mengenai rukun nikah dan membacakan khutbah nikah. pengantin lelaki diakadkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan iaitu encik haji mohd yusof bin haji ibrahim. dengan 2 kali akad (sebab terbolas) maka termeterailah ikatan cinta kasih antara 2 mempelai.majlis selesai kira-kira jam 10:30 pagi.

*****
Haji 2007...

aku berjumpa dengan kawan baik ayah aku cg haron) yang datang haji... bertemu disafa...kami bercerita panjang... tibe-tibe...

cg.haron : eh syahir.. kakok mu mek na tu ade orang x ag?

aku : dok tahu gok cikgu eh. kite dok care ngak... bakpe?

cg.haron : aku ingat kalu x orang agi aku nok gi masuk minang ke hadi...

aku : ikut suke cikgulah.. saya pon x tahu... tapi kalu cikgu nok sungguh cikgu cakap
sendiri ah dengan ayah saya..

cikgu haron dan isteri pulang ke malaysia.. senyap... ikhlas... sebenarnya aku memang berharap... tapi....

selepas haji 2009...

aku menelefon ke malaysia untuk bercerita mengenai pengalaman haji yang telah berlalu... tiba-tiba chek (mak) aku bagitahu...

"abang eh... cikgu haron telefon.. die kate nok masuk minang kak na..."

alhamdulillah...aku bersyukur.. dok sia-sia aku berdoa kat masjid haram... makbul jugak akhirnya... walaupun agak lambat tapi insya Allah ada berkatnya.. aku bersyukur padamu ya Allah... detik hati ku..

tarikh 1 mei 2009 bertunang... dan 18 julai 2009 bernikah... alhamdulillah... segalanya selesai..


*****

"abang! gi lah mandi.. pukul 9 doh ni.. kekgi orang nok mari doh" jerit ayahku dari jendela biliknya... Ya Allah... aku mula kalut.. dohlah kene bace quran sebelum stat majlis... badan masih berpeluh lagi ni... huhuhu

baru je aku masuk bilik air tiba-tiba terdengar suara adik aku memanggil dari luar... "abang!! cepat sket... tok kadi sampai doh...die nok jumpe abang niii!!!"... ah sudah... aku mula kalut... mandi ala kadar tapi masih sempat bersabun... cepat-cepat aku mengemaskan diri... dan bergegas aku keluar... dan...

haaa...tubek pon ustaz al-hafiz kite... kate tok kadi kepada aku... aku tersengih macam kerang busuk... hehehehe

selepas majlis akad nikah bergambar selesai... aku dengan pantas menukar baju.. dari baju melayu bersampin lengkap bak laksamana bumi melaka kepada baju bekerja ibarat mat rempit yang kehilangan motor... huhuhu

dari pagi hinggalah petang dalam pukul 6 petang aku bekerja keras... berpeluh sampai ke tapak kaki tapi extra kilo tetap dok hilang.. huhuhu

terima kasih aku ucapkan kepada semua orang yang banyak menolong bagi menjayakan majlis perkahwinan kakok aku ini ...hanya Allah saje yang dapat balas jasa kalian.. semoga kalian akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda... insya Allah...

wassalam...

kahwen kahwen kahwen 2

by ibnu yusof


anak-anak saudaraku yang comel... muaz dan kasyful azim


pekerja sosial... huhuhu


cincin disarung tanda ikatan


akad dilafaz


seluruh family pengantin perempuan (kecuali abang ipar sulong)


Renungan manja (manja ke?)


adik beradik lelaki dan 2 abang ipar (pakai songkok kedua-duanya) dan 2 anak saudara


adik beradik perempuan dan chek @mak (disebelah pengantin perempuan)


kedua-dua ibubapa pengantin lelaki dan perempuan


wajah pengantin lelaki sebelum akad (ade sape-sape kenal ke?huhuhu)


senyuman manis sebelum akad...


tertunduk malu @ debo (berdebar)...hihihi

**akhirnya dapat jugak upload... fuuhhh penat betul... gambo dulu... citer kemudian... huhuhu