semalam
by ibnu yusof
Bismillahirrahmanirrahim… dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita dan seluruh alam semesta. Yang menjadikan manusia sebaik-baik kejadian. Dan yang menjadikan alam ini penuh dengan kecantikan dan keindahan. Selawat dan salam untuk junjungan besar Rasulullah S.A.W ahli keluarga baginda yang tercinta dan para sahabat baginda yang sentiasa berusaha untuk menegakkan kalimah Allah yang maha mulia di muka bumi ini.
Semalam saya bertemu dengan beberapa orang sahabat yang walaupun dekat dan belajar disatu tempat yang sama tetapi amat jarang mampu untuk meluangkan masa. Mungkin kerana kekangan masa dan tanggungjawab yg makin menimbun maka mereka tidak dapat selalu bersama. Tapi tidak mengapalah. Yang penting kita mempunya sedikit masa walaupun seketika untuk bersua dan berbicara. Tidak kira hal-hal keduniaan dan hal-hal yang berkaitan dengan akhirat. Merapatkan ukhuwwah islamiah
Kita ambil satu contoh yang mudah iaitu satu majlis perkahwinan. Sememangnya kita sudah sedia maklum bahawa sebuah majlis perkahwinan memerlukan tenaga yang besar untuk menjayakannya. Kita memerlukan chef untuk memasak makanan, kita memerlukan tukang cuci untuk membersihkan segala pinggan mangkuk, kita memerlukan jurukhako (bahasa klate kot) untuk menghidangkan makanan, kita memrlukan orang kamera (cameraman) untuk mengambil gambar, memerlukan mak andam untuk bersolek dan ramai lagi orang-orangan yang perlu ada dalam menjaya majlis seperti ini.
Kita dan masayarakat ibarat satu tubuh badan yang sempurna yang saling melengkapi antara satu sama lain. Jika kita tiada tangan maka kudunglah kita, jika kita tiada mata butalah kita dan jika kita tiada telinga maka pekak lah kita, jika kita tiada mulut tak bercakaplah kita dan sekiranya kita tiada kepala… Maka?
Didalam hidup bermasyarakat kita hendaklah pandai untuk menyesuaikan diri kita dengan keadaan sesuatu masyarakat. Perlu ada sikap berhati-hati dalam tindak tanduk kita. Menjaga tatatertib dalam pergaulan, dan yang paling penting ialah
Oleh itu amatlah penting bagi kita untuk menjaga attitude dan penampilan kita kerana kita manusia terutamnya orang islam telah ditugaskan oleh Allah sebagai khalifah dimuka bumi ini. Dan ditugaskan sebagai pendakwah kepada agama Allah. Siapa yang kata tugas-tugas dalam berdakwah ini hanyalah untuk insan yang bernama ustaz? Siapa kata tugas berdakwah ini hanya untuk golongan ulamak? Sebenarnya tanggungjawab ini adalah untuk semua umat masyarakat. Kerana kita adalah khalifah Allah. Sebagai wakil Allah dimuka bumi ini. Dan Allah Allah menciptakan manusia untuk mengabdikan diri kepada-NYA. Bukanlah yang dimaksudkan mengabdikan diri itu hanyalah bersembahyang,mengaji dan berpuasa sahaja. Berdakwah dan membawa masyarakat kearah kebaikan juga adalah satu ibadah yang amat besar pahalanya.
Oleh kerana itu wahai sahabat pembaca yang dirahmati Allah sekalian, marilah kita menanamkan azam dan tekad kita untuk bersama-sama dalam berusaha untuk menjaga ukhuwah sesama insan, keterampilan kita sebagai seorang muslim yang sejati dan juga bersama-sama dalam mendidik masyarakat kita kearah kebaikan kerana Negara yang baik itu berasal dari masyarakat yang baik. Marilah bersama-sama kita mengamalkan segala perintah yang telah disyariatkan oleh Allah taala dan garisan yang telah ditetapkan oleh islam kerana islam IS THE WAY OF LIFE.
Wassalam.
2 comments:
Salam,
Gaya tulisan yg sgt menarik & penuh kata2 nasihat. Betul kata saudara, ukhwah sesama Muslim harus sentiasa dijaga, dan bukannya tertumpu pada satu kelompok bangsa sahaja.
salam ustaz
terima kasih atas tazkirah tersebut..
doakan saya
Post a Comment