Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih memanjangkan umur kita dan memberikan kita segala kenikmatan di dunia ini. Dan kita sebagai hamba hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita tidaka kira masa dan dimana jua kita berada. Semudah menyebut ALHAMDULILLAH. Tetapi mungkin jugak kerana terlalau mudah manusia mengambil remeh akan hal ini dan melambat-lambat untuk bersyukur. Marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran kita kepada Allah taala.Alhamdulillah.

Minggu ni adalah minggu cuti bagi seluruh Negara Arab Saudi. Suatu kelainan yang akan kita dapati disaudi ini ialah seluruh bahagian pendidikan bermula dari sekolah rendah kerajaan sehinggalah ke peringkat universiti. Jika dilihat dari satu sudut, keadaan seperti ini amat bagus jika boleh diamalkan dinegara-negara lain dan akan memberikan impak yang positif didalam institusi kekeluargaan. Jika perkara seperti ini diamalkan terutamanya dinegara kita Malaysia sudah barang pasti hubungan yang terjalin diantara ibu ayah dan adik beradik dan juga sanak saudara akan semakin erat. Cuba kita bersama-sama bayangkan jika Malaysia mengadakan cuti yang sama maka setiap adik beradik disemua peringkat umur boleh berkumpul dan membuat pelbagai program untuk bersama dengan keluarga.

Oklah saya tak mahu menjadi pengkritik bebas yang mengkritik dasar pendidikan yang telah sekian lama berlangsung dinegara kita cuma menyuarakan apa yang pernah terlintas didalam kotak pemikiran ketika mana melihat kelainan yang berlaku dinegara Saudi ini. Kelainan yang tak pernah saya lihat dinegara-negara yang pernah saya lawati (sebenarnya selain Saudi saya pernah ke Singapore je…). Disaudi ini kebanyakan keluarga akan keluar negara untuk bercuti dan ibubapa akan membawa semua anak-anak mereka untuk bercuti bersama-sama. Alangkah indahnya suasana seperti ini jika berlangsung di Negara yang kita cintai…

Sekarang berikutan daripada musim cuti sekolah, bumi Makkah dibanjiri ratusan, ribuan dan mungkin mencecah ratusan ribu orang yang datang bukan sahaja dari segenap pelusuk Saudi tetapi juga dari negara yang berdekatan dan berjiran dengannya. Semuanya datang dengan niat yang satu untuk beribadat kepada Allah taala dengan peluang sepenuhnya cuti yang telah diberikan kerajaan. Ini juga merupakan tanda syukur hamba kepada sang Pencipta. Jalan raya penuh sesak dengan kenderaan bermotor, hotel-hotel dan dar-dar semuanya telah full book. Dan amat payah untuk mencari walau sebuah bilik yang berkatil double,triple,quad mahu pon quint untuk disewa. Begitulah keadaan Makkah dikala ini. Memang membayangkan keadaan seolah-olah kita sedang berada didalam dimusim haji. Prebet-prebet sapu dan teksi-teksi sudah mula menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya tanpa ada kawalan harga dari kementerian dalam negeri dan hal ehwal pengguna Saudi. Begitu juga para peminta sedekah semakin berleluasa dalam meluaskan jajahan takluk mereka untuk terus meminta dan tidak dilupakan juga kepada para penjual samada African,Bangladesh Indian dan lain-lain yang gigih dalam menjual barangan jualan mereka dalam mencari sesuap makanan yang halal dengan cara berusaha menggunakan tulang empat kerat yang Allah kurniakan kepada mereka tanpa mengharapkan belas kasihan semata. Semoga Allah melimpahkan kerahmatan kepada mereka dan menambahkan lagi rezeki yang mereka perolehi. Amin.

Keadaan yang berlaku sekarang ini telah memberi kesan didalam kehidupan seharian saya. Belanja untuk pergi balik ke masjid haram semakin bertambah. Dari 4 riyal kini boleh mencecah sehingga 15 riyal. Jika dulu selepas jam 9:15 malam jalan sudah mulai lengang dan mudah untuk menhan mana-mana teksi mewah yang kita kehendaki untuk pergi ke janubiah isyarah jamiah (university’s traffic light…err betul ke ni?). tapi baru je tadi jam 11:15 malam dari hotel manazil raed, dalam keadaan jalan yang masih sibuk, saya masih terkiyal-kiyal mahu mencari kenderaan yang sanggup menghantar saya dengan bayaran yang setimpal. Akhirnya saya terpaksa berjalan kaki kembali menuju ke masjid haram dengan harapan ada kenderaan yang mahu menumpangkan saya. Alhamdulillah saya berjumpa dengan beberapa sahabat dari kemboja yang juga mahu pulang ke asrama. Bersama semangat yang kental saya mencari dan terus mencari. Ada kereta yang mahu mencekik darah saya dan kawan-kawan dengan menawarkan harga serendah SR 10 seorang yang membawa erti SR 50 bagi sebuah keretayang pada kebiasaanya hanya SR 2 seorang. Tetapi saya tidak berputus asa dan terus mencari sehingga terjumpa sebuah van yang bersetuju untuk menumpangkan saya dan para penumpang yang lain dengan bayaran SR 3. Alhamdulillah sekali lagi pujian kepada Allah kerana telah memudahkan urusan saya.

Akhirnya saya selamat sampai ke asrama dengan hati yang tenang dan gembira walaupun sebelum itu terpaksa bergelumang dengan bunyi bising hon kereta dan kesesakan lalu lintas yang terlampau.dan saya juga berasa amat gembira kerana saya berjaya mengumpulkan kembali semangat saya untuk kembali menulis didalam blog ini dan ditambah lagi dengan semangat seseorang yang sentiasa membuka dan membaca blog ini… adakah orang itu ANDA? Hanya anda yang tahu…  :)





5 comments:

Hawkeye said...

Alhamdulillah, dah ada isi baru. jenuh nak check tiap2 hari kalau2 ter miss update.

ibnu yusof said...

terima kasih kerana sudi menjenguk setiap hari ke sini...sejuk rase jari nak teruskan menulis...hehehe

My Life said...

salam ustaz

allah sebaik2 perancang.. doakan untuk semuanya yer..

Aku Comel said...

salam...
maaf cakap ye..tapi saya pun turut pening dgn keadaan di sekitar Masjidil Haram...macam bandar pula..
kita nak lari dari jem kat KL ni...
tapi kat sana pun jem juga...huhuhu...

lepas tu ramai peminta sedekah...
dan kami suka membeli di pasar di jalanan tu yg mereka tebar kain je sebagai alas barang untuk berjual kan..murah..kalau nak beli cenderahati ke senang je beli kat situ,gangguan pun takde...tapi penjual-penjual jalanan asyik kena halau je dengan pihak penguasa..
kalau nak membeli kena beli dalam shopping kompleks... boringnnnyaaa.
orang yg tak suka shopping mcm saya mmg tak suka masuk shopping kompleks nih..

adakah saya banyak komplain? mohon ampun..
cuma lagi suka kalau keadaan tak macam ni...
sangat suka berada di Makkah, tanah penuh berkah,
sangat bersyukur dapat ke sana sudah 2 kali.
cuma takut juga dgn bangunan-bangunan yg tinggi-tinggi tu.
dan bukit-bukau di sekeliling pun sudah diruntuhkan..
macam kat Malaysia pulak suka runtuhkan bukit hehehe.

ibnu yusof said...

waalaikumussalam....

terima kasih diatas teguran ikhlas aku comel tu.alhamdulillah dan tahniah sbb dah banyak kali menjejakkan kaki ke bumi makkah.memang tak dapat dinafikan sekarang makkah memang bizi sangat2 mungkin kerana banyak bangunan dan jalan2 yang dah ditutup dan dirobohkan jadi kebanyakan manusia bertumpu disebelah ajyad.tu yang nampak sibuk tu.sebenarnya kalau ke area lain dalam masjid ade banyak lahi ruang kosong terutama kat sebelah tempat saie.

pasal yang menjual tu mmg tak leh nak elak dah sbb merekak menyebabkan gangguan trafik pejalan kaki yang teruk...oleh kerana tu DBKL saudi mengambil langkah untuk menghalau mereka2 ini...

roboh meroboh memang mereka buat sbb mereka nak bangunkan lagi area masjid haram dengan dataran masjid yang luas...hotel2 yang canti dan monorel yang insya Allah akan boleh dipakai pada haji tahun ini...insya Allah.

wassalam

Post a Comment