MASA

by ibnu yusof

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Demi masa (1) sesungguhnya manusia berada didalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran (3). (surah al-a'sr:1-3)

Masa

Masa itu ibarat emas… Masa itu ibarat minyak petroleum…. Masa itu ibarat nyawa… begitulah kepelbagaian masa diibaratkan. Kalau diperhatikan setiap tashbih atau misalan atau ibarat yang datangnya bersama-sama masa itu adalah sesuatu perkara yang amat mahal dan berharga. Yang bukan mudah untuk didapati… tapi kenapa begitu mudah kita melepaskan masa begitu saja tanpa diisi dengan sesuatu yang berguna dan bermanfaat untuk diri, keluarga, bangsa dan agama.

Masa ibarat nyawa bagi manusia,
Mestilah diurus dengan bijaksana,
Hargailah masa dengan sebaiknya,
Supaya tidak rugi,

Masa yang ada,
Jangan dipersiakan,
Rancanglah dengan teliti dan berkesan,
Ilmu dicari luaskan pengalaman,
Ibadah dilupa jangan…

(lirik MASA dari kumpulan rabbani…entah betul entah tidak)

Masa begitu pantas berlalu… hari demi hari siang dan malam terlalu cepet meninggalkan kita seolah-olah keretapi laju meningalkan terminal. 24 jam sehari bagaikan tidak cukup untuk kita menempuhi kehidupan seharian dengan tanggungjawab dan bebanan yang besar yang perlu ditanggung oleh setiap insan. Memang benarlah kata-kata asy-syahid hasan al-banna sesungguhnya kewajipan adalah melebihi masa yang kita ada.

Contoh yang paling dekat dan mudah sy ambil… blog ini… terasa baru semlam diupdate tetapi hari ini merupakan hari ke-5 selepas post terbaru saya. Dan perjalanan sehari hari kita.. bermulanya kelas pada hari sabtu dan selang beberapa hari hari sabtu telah kembali tanpa sempat kami merasakan kenikmatan untuk bersenang-senang pada hari khamis dan jumaat. Sehinggakan banyak perkara yang berlaku diseantero dunia dan terutama sekali dinegara kita Malaysia kita terlepas pandang. Mungkin saya sebenarnya yang terlepas pandang. Keadaan kemarau yang berlaku hampir diseluruh Negara, kejadian buang anak letak dalam tong sampah kemudian bakar, buang anak didalam bungkusan kertas dan diletakkan dikawasan masjid dan lain-lain lagi. Masih terlalu banyak perkara yang berlaku.

Dan beberapa perkara yang berlaku di Makkah al-Mukarramah ini yang kurang diketahui ramai iaitu kejadian lif jatuh dari tingkat 5 sebuah bangunan hotel ternama yang disewa oleh sebuat travel yang popular di Malaysia . Tidak perlu saya sebut disini kerana takut mengguris perasaan sesetengah pihak. Kejadian ini berlaku pada pada 19/03/2010 kerana tali lif terputus dan melibatkan 6 orang jemaah Malaysia.Gambaran mengenai kejadian bolehlah dilihat di SINI.

Cerita mengenai masa ini amatlah banyak dan jika diceritakan 10 muka surat pun takkan habis. Tetapi ingin sekali saya ceritakan disini mengenai gelagat jemaah Malaysia yang datang mengerjakan umrah. Maaf jika ada yang terasa tetapi sebagai pengiktibaran kepada kita semua supaya tidak melalkukan seperti mana yang telah dilakukan oleh SEGELINTIR jemaah kita disini. Mungkin hanya kebetulan atau juga sudah menjadi kebiasaan kepada mereka. MELEPAK…. satu fenomena baru yang berlaku kalangan jemaah kita sekarang. Boleh dikatakan pada setiap kali lepas waktu solat ada diantara mereka tidak menggunakan sepenuhnya waktu yang ada untuk beribadat kepada Allah sekalipun mereka sudah mengetahui yang waktu mereka datang kesini adalah terlalu singkat. Saya tidak menyalahkan kedai yang berniaga tetapi saya rasa perlu diberikan penerangan khas kepada para jemaah supaya menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Dan kalau tidak silap saya setiap kali ceramah diadakan ustaz-ustaz akan menerangkan mengenai kelebihan beribadat di 2 tanah haram. Dan disetiap pamplet yang diedarkan kepada jemaah juga telah memberikan tunjuk ajar kepada mereka mengenai perkara-perkara yang boleh lakukan untuk mengisi masa lapang mereka disini. Mungkin perkara ini berlaku kerana mereka sudah terlalu biasa datang menunaikan ibadah umrah dan merasakan perkara ini tidak memberikan apa-apa kesan. Sebenarnya dalam jangka masa yang panjang semakin ramai orang akan mengikuti jejak-langkah mereka-mereka yang terdahulu. Semoga apa yang saya sebut ini dapat dijadikan pengiktibaran kepada semua orang. Sedikit pun tidak terniat dihati kecil saya ini untuk mengKONDEMkan para jemaah.. hanyalah teguran ikhlas dari seorang insane kerdil yang memerhatikan keadaan sekelilingnya. Dan sebagai peringatan untuk diri saya sendiri dan orang-orang yang bakal datang untuk mengerjakan ibadah umrah dan haji supaya tidak melakukan perkara yang sia-sia dibumi yang mulia ini. Ampun dan maaf saya hulurkan jika ada terkasar bahasa dan sekali lagi jutaan kemaafan saya dahulukan jika ada yang terasa. Sekadar ini dahulu buat kali ini.. semoga kita semua mendapat manfaat dari coretan saya ini…

Wallahu’alam

1 comments:

Dr Amad said...

Salam akh...

Hal benar, jangan akh minta maaf.Banyak meminta maaf 'hilang' bisa article menyatakan dalam menyatakan yang haq. Lagipun ana tengok article ini masih pekat dengan akhlaq. =)

Post a Comment