abang azam's princess

by ibnu yusof

perasaan yang tidak dapat digambarkan

merenung dunia yang baru

wajah sang puteri

wajah gembira abang azam dan princess

wajah seorang bayi

peace!!

"Alhamdulillah... niza dah selamat deliver. baby girl, 3kg at 10:15 am... "

Begitulah mesej yang aku terima dari abang azam... Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu kehadiran seorang cahaya mata penyeri kehidupan sekeluarga. dan hari ini Allah taala telah menyempurnakan satu kejadian yang sangat indah iaitu seorang bayi yang comel lote bak kate orang terengganu... dan mengurniakannya kepada pasangan abang azam dan kak niza,setelah sekian lama mereka berdoa dan berusaha... masya Allah tabarakallah.

Mengikut daripada percakapan ayah/abah/papa/baba (xtahu mane satu yang nak dipanggil sebab x choice lagi...hihihi) anaknya ini akan dinamakan......."masih lagi rahsia"... biarlah ayahnya yang umumkan..takkan lah aku pulak yang nak beritahu kan...kalau nak tahu silalah contact abang azam sendiri... sebab arini hanya dapat kebenaran untuk uploadkan gambar bayi comel ni jee..yang lebih-lebih lagi kene tunggu leee... hehehe...

aku doakan semoga anak kecil ini akan menambahkan lagi keeratan hubungan kasih sayang diantara abang azam dan kak niza dan kedua-dua belah family abang azam dan kak niza... sebab mengikut kata-kata abang azam tadi ni adalah cucuc sulong kedua-dua belah keluarga... tengoklah nanti macam mana budak kecik ni akan dimanjakan...
"
YA Allah, engkau jadikanlah anak ini seorang anak yang solehah,menurut segala perintah ibubapanya dan menjadi penawar segala keduakaan,penyejuk hati kepada insan-insan yang menyayanginya.. Ya Allah engkau jadikanlah kelahiran ini sebagai cahaya yang menerangi kehidupan abang azam dan kak niza... amin ya rabbal'alamin..."

kursus haji @ Ranhill

by ibnu yusof












Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan aku akan ceritakan semua perkara yang menyebabkan aku sibuk pada seminggu dua ini... dan ini adalah cerita terakhir daripada siri kursus haji yang berjalan dibawah perancangan UQ PRO TEAM. Baiklah... ceritanya berbunyi lebih kurang macam ni...

waktu petang 2 hari selepas tertubuhnya team ni, aku duk lepak-lepak ngan khairul bincang-bincang perihal mengenai team yang baru 2 hari jagung kami tubuhkan ini... tiba-tiba telefon khairul berbunyi nasyid arab... aku biarkan khairul menjawab panggilan dan aku hanya memerhati... mungkin zaujahnya yang call kot.. yelah kan meninggalkan isteri dikejauhan bersama seorang anak kecil yang masih belum mengenal erti keperitan dan penat jerih hidup didunia... mungkin cuba untuk menggunakan waktu dan ketika ini untuk bercakap dengan suami tercinta (dah melalut pulak)... aku perhatikan yang perbualan menjadi semakin serius dan akhirnya berhenti dengan kata-kata akhir dari khairul "ok apih... enta uruskan dan kompemkan dan kalau ade ape-ape kite bincang balik".... 00000 hafiz rupanya...

"Rol... ape cer?" inilah bahasa rojak yang selalu aku pakai semasa bercakap dengan kerol... beliau tersenyum dan berkata " Ranhill jemput kita untuk buat kursus haji kat tempat diorang dan insya Allah kalau jadi program ni akan dijalankan hari jumaat malam sabtu on de wei kite balik dari yanbu... hafiz akan komfemkan semula dan akan inform semula kat kita"... uiksss macam mana ranhill boleh cepat sangat tahu... kite pon belum publishkan lagi pasal team kite ni kat semua orang... tanye aku kepada kerol... kerol menjawab "sebenarnya baru ni semasa hafiz gi ambik zaujah die kat airport, hafiz terjumpa denga haji zainal yang kebetulan ketika itu menunggu zaujah die jugak... so sementara menunggu isteri masing-masing diorang berkenalan dan berbual-bual... entah macam mana pulak baru sekejap tadi haji zainal telefon hafiz dan tawarkan kat hafiz kalau-kalau hafiz boleh arrange kan satu kursus haji untuk mereka pekerja-pekerja ranhill... so hafiz pon ceritalah mengenai team kita dan mengenai perancangan kite ke yanbu ni.... haji zainal cakap nak kompemkan semula dengan hafiz... jadi kita tunggulah jawapannya dari hafiz....

Begitulah lebih kurang ceritanya.... haji zainal bersetuju dengan perancangan kami dan alhamdulillah kami berjaya menjalankan program seperti yang dirancangkan walaupon ada sedikit kelewatan yang berlaku kerana ade sedikit musyaqqah yang terjadi didalam perjalanan dari yanbu ke jeddah....

*****
kira-kira jam 3 petang kami bertolak daripada yanbu menuju ke destinasi seterusnya iaitu jeddah.. kesian kat hafiz sebab sebaik sahaja selesai menyampaikan ceramah haji pada hari khamis beliau terus terkena cirit birit yang agak teruk... nasib baiklah ade zaujah solehah disisinya yang sentiasa menjaga dan bersengkang mata demi suami tercinta... itulah pentingnya mencari isteri yang mempunyai agama dan beramal dengan agama.... dan aku semestinya akan cuba untuk mencari yang lebih baik dari zaujah hafiz insya Allah...pujian khas untuk kak ismah.... hehehe...

aku memandu kereta yaris berkaler kuning dan bersama-sama aku dr taib, hafiz dan kak ismah... aku sengaja meletakkan kopiah aku dihadapan meter kereta kerana aku tahu dr taib tidak tegar berada didalam kerata yang terlalu laju... dan aku biarkan semua orang didalam kereta nyenyak dibuai mimpi indah dan aku terus memberikan segenap tumpuan aku ke jalan raya sambil mengikuti kereta yaris putih yang di pandu kerol... masa amat suntuk dan kami mempunyai jarak yang jauh untuk sampai ke jeddah.... aku pedal minyak hingga penghabisan sehingga aku terasa gegaran pada kereta dan sekali sekala aku menjeling pada meter kilo yang menunjukkan 2ookm/h ... aku buat donno je... seolah-olah aku hanya memandu pada kelajuan biasa...

kami tiba agak lambat kira-kira 15 minit dari waktu yang dijanjikan dan antara salah satu faktornya ialah kami tidak menjumpai tempat penginapan pekerja Ranhill. Alhamdulillah sesi ceramah berjalan lancar walaupun dalam ketika yang sama saudara hafiz menahan rasa sakit pada perutnya... tapi dengan berkat kesabaran dan dorongan isteri dan para sahabat, saudara hafiz berjaya melakukan tugasannya dengan baik. dan sesi diskusi juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan... dan sememangnya lain tempat lain permasalahannya...

Majlis selesai kira-kira selepas 2 jam bermula. kami dihidangkan dengan pelbagai juadah dan masakan yang beraneka.sukar untuk memilih kerana semuanya nampak sedap...hehehe... majlis ditutup dengan sesi bergambar beramai-ramai dan sesi bertukar nombor telefon diantara kami dan para pekerja.

Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada pihak Ranhill kerana telah memberikan kami kepercayaan yang sepenuhnya untuk mengadakan kursus haji kepada pihak mereka... dan insya Allah hubungan kita tidak akan terputus hanya disini sahaja... dan insya Allah jikalau panjang umur kita akan bertemu lagi dilain masa dan ketika insya Allah...

wallahu'alam...

selamat malam-1:53 a.m

QIAMULLAIL @ YANBU

by ibnu yusof












Alhamdulillah selepas selesainya program kursus haji kami teruskan lagi program kedua kami disana dengan mengadakan program qiamullail secara berjemaah. Bermula pada jam 4 pagi kami berkumpul diatas sutuh@atap rumah abang ramli dan diberikan sedikit taklimat oleh saudara Khairul Arifin mengenai kaifiyyah dan fadhilat qiamullail. Program ini disertai lebih kurang 30 orang peserta muslimin dan muslimat.Solat tahajjud dan solat sunat taubat diimamkan oleh saudara Khairul manakala solat hajat dan witir diimamkan oleh saudara Falaahuddiin. Saudara Aswadi diamanahkan untuk menjadi imam bagi solat subuh. Dengan alunan suara yang merdu dan mengasyikkan beliau menyelesaikan solat dengan doa selepas berzikir.

Selesai qiamullail dan solat subuh kami dijamu dengan pelbagai juadah makanan melayu asli seperti nasi lemak, nasi kapit (himpit) bak kata orang Terengganu dan mee goreng.sememangnya sedap-sedap semuanya.lazat hingga menjilat jari.

Program selesai lebih kurang jam 8 pagi dan kami pulang ke rumah haji rohaizad untuk menyambung istirehat kami memandangkan kami masih mempunyai 1 lagi kursus haji pada waktu maghrib pada hari tersebut iaitu pada jumaat 13 November 2009.

wassalam....

p/s-ade lagi sambungan selepas ini insya Allah...

UQ PRO TEAM @ YANBU

by ibnu yusof

peserta mula mendaftarkan diri masing-masing

petugas yang menjalankan tugas dengan baik

P.E.N.D.A.T.A.R.A.N

FRONT PAGE

khusyuk...

ibadah haji

peserta cilik yang cute

syarahan yang berapi...

haji rohaizad

pemakaian ihram

tutup penuh


cara pemakaian ittiba'

muhasabah haji oleh dr taib

peserta muslimin

peserta muslimat


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah aku baru sahaja selesai menjawab soalan peperiksaan pertengahan semester bagi mata pelajaran Pengajian Bahasa dari Al-Quran Al-Karim.Aku telah menjawab sekadar yang termampu dan hanya Allah yang menentukan segalanya.

Hari ni aku nak bercerita sedikit sebanyak tentang perkara yang berlaku pada diriku sepanjang seminggu dua minggu ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah yang terlalu sibuk bagi tuan blog ni sampai teramat jarang sekali (penggunaan bahasa yang salah ni...hehehe) mengapdetkan blognya. walaupon blog aku ini tidaklah secanggih dan sepopular blog orang lain akan tetapi aku yakin ade orang yang selalu membaca blog aku yang tidak seberapa ini. jutaan terima kasih aku ucapkan kepada anda yang sudi membaca celoteh aku yang mungkin bagi sesetengah pihak tidak bernilai dan hanya membuang masa si penulis dan pembaca sahaja. wallahu 'alam. biarkanlah mereka dengan anggapan mereka.. dan aku insya Allah akan meneruskan penulisan blog ini sekadar kudrat yang Allah kurniakan kepada aku... selagi mana masih ada keupayaan insya Allah aku tidak akan sia-siakan peluang untuk menulis.walaupun hanyalah sekadar bercerita kosong... ataupun cerita kehidupan seharian aku...kerana ini adalah blog aku...dan tempat aku luahkan apa-apa yang terkandung dalam fikiran aku yang terkadang aku sendiri tidak mampu untuk menyebutnya dibibirku... jadi biarlah jari jemari ku menggantikan mulutku untuk berbicara....

Sebagai permulaan ingin sekali aku ceritakan mengenai satu team yang baru ditubuhkan pada tanggal 1 November 2009 bertempat di restoren Felda D'saji. kami menamakan team kami dengan nama UQPRO TEAM. ahli kami terdiri dari 6 orang pelajar Umm Al-Qura University dan 3 orang penasihat dari kalangan pekerja-pekerja Malaysia yang tinggal di Makkah dan Jeddah.Apakah yang dimaksudkan dengan UQ PRO TEAM ini? adakah bermaksud bahawa kami adalah yang paling profesional dikalangan para pelajar yang lain? jawapannya adalah TIDAK... tidak sama sekali... kerana kami sedar sebenarnya masih berada didalam golongan yang masih lemah dan kurang ilmu pengetahuan... Jadi apakah sebenarnya maksud yang tersirat disebalik nama yang diberikan itu? Begini sebenarnya... UQ membawa maksud Umm Al-Qura iaitu salah satu dari nama bumi Makkah yang penuh barakah ini. disinilah tempat kami mencari ilmu untuk kemanfaatan semua.dan seperti yang telah disebutkan diatas tadi kami terdiri dari 6 orang ahli iaitu Khairul Arifin bin Mat Jais, Mohd Syahir bin Mohd Yusof, Mohd Aswadi bin Ali, Nik Fairul Irwan bin Nik Harun Aminarrashed, Ahmad Falaahuddiin bin Jasni Al-Fandani dan Mohd Nurul Hafiz bin Abdul Latif. manakala Pro membawa maksud golongan profesional (golongan pekerja)yang menjadi penasihat dan penaung bagi kami didalam setiap program yang telah dan yang akan kami rancangkan... jadi tidak timbul lagi permasalahan bahawa kami lebih pro dari pelajar yang lain ataupun kami lebih hebat dari yang lain kerana maksud sebenar pro itu adalah untuk menggambarkan kerjasama kami dengan golongan profesional yang menetap di bumi saudi ini. Golongan Profesional yang dimaksudkan ini adalah Ibnu Wahid, Abu Ahmad.dan Abu Hakim dan akhir sekali pecahan ketiga iaitu Team bermaksud kumpulan yang membawa erti kami melakukan kerja secara berkumpulan dan akan cuba megadakan program-program yang dapat memberikan manfaat kepada penduduk Malaysia di Saudi khasnya dan jemaah haji/umrah amnya. begitulah penerangan ringkas mengenai maksud UQ PRO TEAM dan carta organisasi kami. semoga dengan penerangan ini dapat menolak segala dakwaan-dakwaan semberono dan tidak berasas yang mungkin ada kepada kami UQ PRO TEAM.

Sebelum tertubuhnya team kami secara rasminya, kami telah bergerak dan mengadakan pelbagai program seperti Motivasi,qiamullail dan tahsin fatihah untuk penduduk di Jeddah, Yanbu dan juga untuk pelajar-pelajar sekolah rendah di Malaysia. cuma pada ketika itu kami masih meletakkan nama bagi kumpulan kami ini dan sekembalinya kami di Saudi maka terbitlah cadangan diantara kami untuk menjadikan kami sebagai sebuah team yang rasmi dan berorganisasi. maka akhirnya tertubuhlah team kami ini secara rasminya.

Kami telah merangka beberapa program yang kini ada diantara program tersebut yang telah selesai dijalankan dan ada yang masih didalam pembikinan dan perancangan.antara program yang telah berjalan ialah program kursus haji di Yanbu dan Ranhill di Jeddah dan qiamullail di Yanbu.

KURSUS HAJI DI YANBU


Kami bertolak ke yanbu hari rabu 11November kira-kira jam 6 petang dengan menaiki toyota yaris kaler putih dan kuning yang disewa khas dari safi ent. Dan kami tiba di yanbu kira-kira jam 830 malam.setiba kami dilokasi kami disambut dengan meriah oleh Haji Ahmad Rohaizad Hanafiah (tuan rumah), Haji Ghazali, Haji Zuraily,Haji Suhaimi,Haji Amd Aql dan para hadirin yang lain. Di dalam rumah Haji Rohaizad telah ada sedikit sebanyak persiapan yang telah dilakukan seperti pemasangan video kamera dan lcd projector. Kami dah kecut perut sebenarnya kerana tidak sekali-kali kami menjangkakan semuanya akan berlaku se “grand “itu. Terlalu banyak persiapan yang diluar jangkaan kami. Tapi kami sebagai urusetia berazam untuk menjalankan program dengan sebaiknya dan cuba untuk memuaskan semua pihak.

Pada malam ketibaan, kami dijemput untuk makan malam dirumah salah seorang peserta program yang lebih dikenali sebagai Uncle Abang Pi. Pelbagai juadah yang disediakan dan kebetulan ‘tangki’ dah kosong… pucuk dicita ulam mendatang. Alhamdulillah… rezki dari Allah taala.


Sekitar jam 11 malam kami pulang ke rumah haji rohaizad untuk meneruskan lagi kerja-kerja yang tergendala. Banyaklah jugak kerja yang kami buat malam tu. Termasuk susun fail,buat sijil,susun kad peserta dan yang paling last kami dengar pembentangan daripada saudara hafiz dan bersoal jawab seketika sehinggalah jam menunjukkan 3:30 a.m…. lambat betul kami tido malam tu…tapi tak kesah sangat sebab kami memang dari awal lagi dah bersungguh-sungguh dan cuba sedaya-upaya untuk meminimumkan kesilapan dari pihak kami.

Keesokannya iaitu pada khamis 12 November 2009, program kursus haji berjalan seperti yang dirancangkan dan mengikut perjalanan masa yang ditetapkan oleh urusetia dan para peserta memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjayakan program ini. Alhamdulillah dengan kehadiran lebih kurang 66 orang peserta dan penerangan yang terang daripada ustaz hafiz serta feedback yang kami terima dari para peserta, program ini boleh dikatakan berjaya. Banyak persoalan yang timbul ketika mana sesi diskusi dan soal jawab berlangsung sehinggakan jadual program yang sepatutnya berakhir pada jam 2:15 petang terpaksa dilanjutkan sehingga lebih kurang jam 3:30 petang.


Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada abang-abang dan kakak-kakak yang banyak membantu kami bagi menjayakan program ini terutamanya tuan rumah tuan haji Rohaizad yang sedia memberikan tempat untuk kami berteduh dan makanan yang lazat-lazat. Dan insya Allah jika dijemput lagi pada tahun-tahun yang mendatang insya Allah kami akan memenuhi jemputan anda dengan hati yang terbuka. wassalam....


*****

nantikan sambungannya selepas ini...








letihnye.....

by ibnu yusof

Alhamdulillah dah selamat sampai ke bumi Makkah al-Mukarramah... esok lah update cerite...dah letih sangat-sangat ni... macam-macam pengalaman yang aku dapat semasa proram...insya Allah akan dikongsikan bersama.... tapi esok le yeee...ape-ape pon tido dulu...hihihi...selamat malam...

wassalam...

poster...

by ibnu yusof


Sekejap lagi selepas selesai solat asar dalam lebih kurang jam 4 petang aku dan sahabat-sahabat akan bertolak menuju ke yanbu' yang merupakan salah satu negeri (ye ke?) dalam negara saudi ni. Tujuan permusafiran adalah seperti yang tertera kat dalam poster tu. Kalau berminat boleh le sertai kami sekali. Doakanlah keselamatan pergi dan balik kami. Semoga apa yang kami lakukan ini dikira sebagai amal jariah kami kepada komuniti Malaysia di bumi saudi ini. dan semoga segala amal kebajikan ini dapat menolong kami diakhirat nanti insya Allah.

Insya Allah sekembalinya aku dari sana hari jumaat ni akan aku nukilkan pengalaman aku di sana ke diari conteng-conteng aku ni untuk tatapan anda semua pembaca setia yang amat aku kasihi.insya Allah.

So bersama-samalah kita doakan semoga program ini kan berjalan dengan lancar dan tiada masalah. doa kalian amatlah diharapkan.

wassalam.