update

by ibnu yusof

masjidil haram selepas haji

hampir kosong


semasa haji

ketika diri bertasbih


Assalamualaikum...

Aku tidak menjangkakan bahawa pada suatu hari aku akan ditegur kerana tidak mengupdatekan blog aku. Aku tidak sangka bahawa blog aku mempunyai silent reader yang menunggu cerita dari aku. Apa-apa pun jutaan terima kasih kepada akak yang menyedarkan aku tentang hal ini. Bukanlah menegur kerana marah tetapi mungkin kerana bimbang sesuatu yang tidak baik berlaku pada diriku si blogger kerdil ini kerana tiba-tiba sahaja hampir sebulan aku menyepikan diri.begitu pantas masa berlalu. Masa pergi meninggalkan kita tanpa ada rasa belas kasihan sedikit pun. Berlalu dan terus berlalu.

Musim haji telah berakhir

Jemaah haji berduyun-duyun meninggal bumi Makkah yang penuh barakah ini. Jemaah Malaysia sudah hampir hilang dari pandangan mata. Sebahagiannya telah sampai ke tanah air dan sebahagiannya kini berada di tanah haram kedua iaitu Bandar Nabi Madinah Al-Munawwarah.Dan Alhamdulillah bapa saudara dan ibu-ibu saudaraku ayoh ngoh man, chek ngoh ma, chek yah, mokcik yoh dan chek ton telah selamat kembali ke tanah air jam 4.05 petang waktu Malaysia. Semoga semuanya mendapat haji yang mabrur insya Allah. Sepatutnya banyak cerita yang hendak aku kongsikan denagn para pembaca sekalian. Cerita mengenai haji, cerita aku dijemput memberi tazkirah untuk sebuah travel, cerita mengenai sahabat-sahabat yang berada di Makkah dan sahabat-sahabat yang datang dari mesir dan yaman untuk menunaikan ibadah haji dan kehidupan aku seharian disini. Akan tetapi semua itu hanyalah menjadi mimpi indah disiang hari kerana setiap aku nak menulis ade sahaja halangan yang mendatang yang meng fade-up kan aku dari terus menulis. Internet down, esok exam, malam ni kene jumpa orang tu, orang ni, dato’ tu dato’ ni, makan situ, makan kat sini. Mungkin inilah yang dikatakan kesibukan yang dibuat-buat tapi mungkin sedikit sebnyak ada hasilnya untuk diriku sendiri. Ni belum lagi mempunyai pekerjaan yang tetap, anak isteri, keluarga dan belum sepenunya masuk ke dunia bermasyarakat yang penuh onak dan cabaran. Dan aku kini hanya melihat gambaran kesibukan manusia yang berjuang demi untuk mecari sesuap nasi dari satu sudut kecil diluar kota kesibukan sebenar manusia. Dan ini sudah meletihkan jiwa aku. Dan tidak aku dapat bayangkan bagaimanakah aku dapat menempuhi badai dan gelora dalam kehidupan sebenar yang bakal aku jalani nanti.

Kekuatan dan keteguhan azam sorang sahabat yang sama-sama belajar memberikan semangat dan kekuatan kepada diriku. Dalam satu-satu masa beliau boleh menjadi berbagai-bagai jenis orang yang mempunyai berbagai-bagai pekerjaan. Paginya seorang pekerja di Felda D’saji, petangnya seorang pelajar di Universiti Umm Al-Qura, malamnya sebagai suami dan sebagai ayah dan juga menjadi fotografer seperti mana yang diminatinya. Dan sahabat-sahabatku yang lain, berjuang dan berkorban dengan meninggalkan anak dan isteri di tanah air demi mencari ilmu untuk disebarkan kepada anak bangsa apabila kembali ke bumi Malaysia yang dicintai kelak. Sayang isteri tinggal-tinggalkan, saying anak tangan-tangankan. Dan aku seorang insan yang tiada tanggungjawab khusus selain dari tanggung jawab ku sebagai seorang anak dan sebagai seorang pelajar. Aku bukannya seorang pekerja,aku bukannya seorang suami apatah lagi seorang ayah kerana aku masih single. Sepatutnya aku menjadi insan yang lebih kuat dan cemerlang dalam menghadapi dugaan hidup.

Aku teringat satu ceramah yang aku download dari youtube. Ceramah dari seorang ustaz Indonesia yang bertajuk haji mabrur. Katanya “ untuk mendapatkan yang haji mabrur bukan sahaja berkisar mengenai samada telah melakukan semua rukun-rukun haji dan wajib-wajib haji sahaja, tetapi sebenarnya adalah cerita mengnai perlakuan kita selepas daripada waktu haji. Adakah berlaku perubahan didalam diri kita. Dan antara tanda-tanda haji yang mabrur ialah kita menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum kita datang menunaikan haji” …

Aku amat berharap semoga haji pada kali ini dikira Allah sebagai haji yang mabrur dan menjadi sebagai satu titik perubahan yang baru dalam hidup aku. Insya Allah.. setakat inilah sahaja dulu coretan dariku untuk anda sekalian. Sekali lagi jutaan kemaafan dipohonkan kepada sidang pembaca kerana kelambatan mengupdatekan blog ini.. wallahu’alam..

2 comments:

Okavango Delta said...

Akhiran! Dia update. Alhamdulillah semuanya selamat. Kalau Syahir ke Masjidil Haram, tolong doakan akak dapat mengerjakan haji tahun depan ya.
Jazakallahukhair.

ibnu yusof said...

insya Allah kak...syukran sudi melawat...

Post a Comment