TOPENG VS PURDAH

by ibnu yusof

"yea yea hantu raya mari doh..... yea yea hantu raya mari doh...."

"haaa.... nangis lah lagi...kekgi mok wi ke orang tu...."

begitulah lebih kurangnya...

suatu keadaan...

suatu panorama...

suatu fenomena...

dan suatu jeritan yang biasa kita dengar pada zaman kita kecik-kecik dulu...

satu golongan yang disamakan dengan HANTU RAYA ataupun sebagai bahan untuk menakutkan anak-anak yang sedang menangis supaya cepat berhenti dari tangisan mereka...
mereka digunakan sebagai bahan untuk menakutkan orang dengan pelbagai gambaran...
mereka digunakan sebagai bahan untuk bergelak ketawa dan bahan untuk berlucuan sesama kawan-kawan dengan pelbagai cerita yang kadang-kadang sampai satu tahap mengaibkan diri mereka...
dan
mereka dijadikan sebagai bahan kutukan, tohmahan, cercaan, fitnah walaupon mereka tidak ada kaitan pon dengan apa yang berlaku...

tetapi
mereka tetap sabar.... mereka yakin dengan janji-janji Allah... dan mereka berpegang dengan ayat-ayat yang Allah turunkan kepada pesuruhnya NABI MUHAMMAD SAW....

dan kini segalanya berubah


dimana-mana sahaja kita akan berjumpa dengan HANTU RAYA... dimana-mana sahaja kita akan berjumpa dengan golongan seperti mereka... bahkan kita juga mungkin telah termasuk dalam golongan seperti mereka... tidak kira lelaki atau perempuan semuanya telah menjadi HANTU RAYA...

HANTU RAYA sudah tidak lagi menjadi sesuatu yang ditakuti.... kenapa? kerana HANTU RAYA sudah berkeliaran.... berkeliaran hampir diseluruh dunia....


ALLAH TAALA maha berkuasa... Dia pasti akan menolong hamba-hambanya... yakinlah bahawa segala yang ALLAH perintah kita lakukan dan perkara yang nabi arahkan dan perkara yang para ulamak sarankan pasti ada hikmah disebaliknya.... segalanya telah terbukti...


H1N1


membawa perubahan besar dalam institusi kehidupan manusia... suatu penyakit yang menyebabkan seluruh dunia berada didalam keadaan kemurungan dan berjaga... penyakit yang yang disebabkan oleh sejenis virus... virus hasil dari gabungan diantara 3 virus yang berbahaya dari 3 jenis makhluk yang berbeza.... selsema manusia + selsema burung + babi = selsema babi... membawa kesan yang amat merunsingkan seluruh umat manusia... yang telah meragut beribu-ribu nyawa manusia....

" DIHARAMKAN KEATAS KAMU BAANGKAI-BANGKAI DAN DARAH-DARAH DAN KHINZIR (BABI)..."- Al-maaidah:3

masihkah kita ingat suatu ketika dahulu... satu berita yang menggegarkan keimanan kita sebagai seorang islam.... menggelegakkan darah kita sebagai seorang islam yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah....

seorang pelajar perempuan BERGAMBAR MESRA dengan seorang lelaki? itu ke beritanya? jawapannya ialah BUKAN... dan sekiranya itu berlaku.... itu bukan suatu perkara yang pelik zaman kita sekarang ini... tetapi yang menjadi suatu yang amat menghinakan kita sebagai umat islam ialah SEORANG PELAJAR PEREMPUAN BERGAMBAR MESRA DENGAN BABI!!!

masihkah kita ingat?

dikala itu semua alim ulamak mengeluarkan fatwa bahawasanya perkara itu adalah HARAM... NAJIS.... dan tidak dibolehkan dalam islam....

tetapi dalam ketika yang sama ada juga seorang cendikiawan yang bergelar PROF turut mengeluarkan FATWAnya...

" kenapa kita mesti membenci BABI? bukankah babi itu juga makhluk ALLAH? jadi hendaklah kita sayangi BABI sepertimana kita syangkan makhluk Allah yang lain.... "

so... persoalannya sekarang ini.... adakah prof ini masih menyayangi bintang yang bergelar BABI ini selepas segala apa yang berlaku? adakah adakah prof tidak mengetahui bahawa babi ini adalah antara binatang yang SUNAT dibunuh seperti cicak? dan kenapakah babi tidak dihapuskan sepertimana burung @ anak beranaknya dihapuskan ketika mana berlakunya selsema burung?

kini antara barangan yang amat diperlukan disebalik kekurangan gula ialah topeng muka... menjadi kepentingan kepada setiap manusia pada ketika ini... yang dahulunya hanya para doktor yang memakainya.... dan kini hampir semua orang menjadi doktor...

dan beruntunglah golongan yang pernah digelar dengan panggilan HANTU RAYA ini...

kenapa?

kerana mereka BERPURDAH dan tidak lagi perlu untuk membeli TOPENG yang kini berharga rm 1.50 sehelai... mahal tu... 1 hari 1 helai... 30 hari 30 helai... dan beruntung jugak sebab mereka boleh menyesuaikan PURDAH mereka dengan pelbagai warna pakaian mereka... dan tidak perlu berhabis duit untuk membeli TOPENG... dan sememangnya mereka telah memakai purdah sebelum berlakunya H1N1.

dengan ini... saya menyeru para pembaca yang bergelar wanita untuk menjadikan peluang yang Allah jadikan ini untuk berjinak-jinak memakai PURDAH@NIQAB@KHIMAR.... jadikanlah ia sebagai satu titik permulaan baru dalam hidup anda bersama-sama memakai tudung litup...

dan saudara ku yang lelaki kekalkanlah dengan topeng-topeng anda... dan jangan lah anda cuba untuk berjinak-jinak untuk memakai PURDAH... dan jika anda hendak cuba jugak... saya tak bertanggung jawab... hehehe

wassalam...







0 comments:

Post a Comment