Taif the series (part 1)

by ibnu yusof

masjid kou'

sejarah masjid kou'

masjid madhoon

sejarah masjid madhoon

miqat untuk penduduk taif melalui jalan al-hada

masjid untuk bermiqat umrah dan haji

Taif….

Suatu bandar yang tidak asing lagi bagi kita umat islam. Bandar yang mempunyai pelbagai sejarah hitam putih perkembangan agama islam. Bandar yang termaktub didalam semua kitab sirah. Disana terdapat pelbagai kesan sejarah yang masih utuh dan kukuh tersergam indah untuk tatapan umat manusia yang cintakan sejarah perjuangan nabi dan cintakan perjuangan islam.


Halimatus Saadiyyah


Sejarah bermula apabila datangnya wanita-wanita dari kawasan pendalaman ke kota Makkah al-Mukarramah untuk mencari bayi-bayi yang baru lahir untuk menjadi ibu susuan kepada mereka sebagai salah satu cara mereka mencari rezki untuk menyara kehidupan seharian mereka. Sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat arab pada ketika itu mengupah wanita-wanita tersebut untuk menyusukan anak-anak mereka sehinggalah mereka berumur sehingga berumur beberapa tahun. Kenapakah masyarakat arab memilih untuk menjadikan wanita dari pendalaman menjadi ibu susu kepada anak-anak mereka yang baru lahir? Ini adalah kerana masyarakat arab percaya bahawa pendidikan anak-anak dikawasan pendalaman adalah lebih bagus dari segala segi seperti bahasa, kelasakan dan ketangkasan bermain kuda. Kecerdasan dan kecerdikan aqal fkiran juga adalah lebih bagus dari anak-anak yang tinggal dibandar kerana diperkampungan udaranya dan suasananya adalah lebih nyaman dan menenangkan fikiran.


Didalam golongan wanita tersebut terdapat seorang wanita yang datang bersama-sama suaminya dan seorang bayi kecil menaiki seekor keldai betina yang sudah uzur. Wanita tersebut bernama Halimatus Saadiyyah yang berasal dari bani saad dan menetap perkampungan bani saad ditaif. Halimah saadiyyah juga seperti rakan-rakannya yang lain datang dengan satu hajat untuk membawa pulang seorang bayi untuk disusukan dan dididik dengan cara asuhan dan tarbiyyah secara tradisional. Pencarian bermula dan sehingga mlam menjelma tiadalah dijumpai melainkan seorang bayi anak yatim yang bernama MUHAMMAD ibn Abdullah. Pada peringkat permulaannya halimah agak keberatan untuk mengambil Muhammad sebagai anak susuannya memandangkan baginda adalah seorang anak yatim dan dibimbangi tiada orang yang akan membayar upahnya sebagai ibu susu. Akan tetapi apabila melihat sudah tiada lagi bayi lain yang boleh diambil dan naluri keibuannya begitu tersentuh apabila memandang tepat pada mata anak kecil itu, maka halimah membulatkan tekad untuk mengambil bayi comel tersebut sebagai anak susuannya.


Bermulah kehidupan junjungan besar nabi Muhammad SAW di taif. Pelabagai keajaiban yang berlaku kepada halimah as-saadiyyah ketika mana rasulullah bersamanya. Bermula dengan kisah perjalanan pulang ke taif , kekuatan himarnya bertambah sehingga dapat memotong kumpulan yang telah bertolak lebih awak beberapa hari. Dan diantaranya juga segala bintang ternak milik halimah menjadi gemuk dan sehat dan haiwan belaan milik orang lain kekal kurus walaupun makan dan minum di padang rumput yang sama. Dan susu halimah juga bertambah dan cukup untuk nabi dan anak halimah sendiri. Begitulah aturan Allah SWT. Walaupun tidak mendapat ganjaran yang banyak daripada kelurga nabi, tetapi Allah telah mengganjari halimah dan keluarga dengan ganjaran yang amat besar dan banyak sebagai tanda anak susuannya bakal menjadi seorang yang agung pada masa akan datang. Setakat inilah dahulu untuk kali ini… nantikan sambungan pada siri seterusnya… wassalam.


To be continued…

*****


p/s- untuk gambar yang lain silalah tengok dalam facebook saya...

3 comments:

Okavango Delta said...

ye..sila sambung dgn secepat mungkin.

Azizah Ali said...

laaa... baru seronok m'baca... tetiba b'sambung pulk... last dengar citer pasal halimatus saadiyah nie masa sekolh rendah duluuu.... dpt lh m'imbas blk kisah niee...

Post a Comment