SELAMAT DATANG

by ibnu yusof

antara yang menjadi pilihan


malu....


tentera merah

sembelihan untuk program

suasana petang di kaakiah

blozar kecik

YDP@Penceramah

peserta cilik

alkalu bukan alkali

banyoknye kerusi

pendaftar

pengarah program

peserta program@fotografer

perbincangan tertutup...

makan...

ladies first

peserta muslimin

peserta muslimat

tenaga kerja muslimat

barisan AJK program

keletihan

abang azam ni


Ramadhan dah lama pergi...
Syawal pulak dah meninggalkan kita..
dan kini Zulqaedah menjelma...
dan tidak lama lagi Zulhijjah pula akan tiba...

ish... ape cerita yang aku duk sebut pasal bulan-bulan islam ni... adekah aku nak ajar saudara-saudari semua mengenai bulan-bulan islam? seingat aku ade satu kumpulan yang pernah mendendangkan nasyid mengenai bulan-bulan islam ni... haaaa... betul... kumpulan Alarm Me... takpelah... kita tinggalkan cerita mengenai kumpulan tu...

Bermulanya Syawwal bermaksud telah bermulanya satu permulaan baru didalam kalendar islam... suatu muqaddimah kepada penceritaan yang baru... terutamanya bagi bagi penduduk di bumi Umm Al-Qura Makkah Al-Mukarramah dan negara saudi khasnya... dan seluruh umat islam diserata dunia amnya...

so what is the point?

The point is....

*****

29 oktober 2009... titik permulaan kemasukan jemaah haji Malaysia ke Makkah Al-Mukarramah selepas lebih kurang 8 hari berada dibumi Madinah Al-Munawwarah. Dan kini kenampakan beratus-ratus malah beribu-ribu jemaah dari Malaysia datang berduyun-duyun memenuhi setiap genap pelusuk bumi Al-Haram ini... dan sekarang masjidil haram hampir dipenuhi oleh bermacam-macam jenis manusia... daripada pelbagai negara... pelbagai bangsa... dan pelbagai bahasa... tetapi datangnya mereka kesini dengan 1Tujuan... 1Matlamat... dan 1 Kehendak... tidak lain tidak bukan adalah untuk...

*****
Bertarikh pada 29 Okt 2009, kami pelajar-pelajar Malaysia Makkah telah menganjurkan satu program yang kami namakan sebagai Kursus Haji yang bertempat di Bait Mukmin Batha' Quraisy iaitu dirumah haji khuzaini. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk menerangkan dan menjelaskan mengenai perkara asas, rukun, perkara wajib dan perkara sunat dan pantang larang didalam ketika haji dan didalam ihram sekaligus untuk memberi kefahaman mudah dan penerangan ringkas kepada bakal-bakal haji yang berada disekitar Makkah dan Jeddah...

Program ini dibawah kelolaan Saudara Aswadi Ali dan ceramah disampaikan oleh saudara Tuan Badrul hisyam bin Tuan Soh selaku YDP kepada persatuan kami dan merangkap penceramah jemputan.. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dan kami terpaksa menghadkan kehadiran hanya kepada 50 orang peserta sahaja... kerana masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan dan insya Allah sekiranya ada jemputan dan permintaan kami akan berusaha untuk memenuhinya insya Allah... sekiranya berminat bolehlah terus menghubungi Persatuan Pelajar Malaysia Makkah...

*****
Selamat datang wahai tetamu Allah... berkhidmat untuk jemaah haji adalah kemuliaan kepada kami... semoga Allah taala mengurniakan kepada kita semua haji yang mabrur insya Allah.

أهلا وسهلا يا ضيوف االرحمن

خدمة الحجاج شرف لنا




0 comments:

Post a Comment