Misteri Nusantara updated
by ibnu yusof
Dengan ini saya telah mengupdatekan blog saya. untuk mengetahui apakah isi kandungannya, silalah baca entri sebelum ini yang bertajuk misteri nusantara. enjoy...
by ibnu yusof
Dengan ini saya telah mengupdatekan blog saya. untuk mengetahui apakah isi kandungannya, silalah baca entri sebelum ini yang bertajuk misteri nusantara. enjoy...
by ibnu yusof
Departure from Jeddah : 9.00 pm (Thursday)
Arrival at KLIA : 11.00 am (Friday)
From KLIA to Terengganu : 2.50 pm (Friday)
Arrive at Terengganu : 3.45 pm (Friday)
Terima kasih kepada kakak saya Norul Akmal binti Mohd Yusof kerana bersungguh-sungguh membantu saya utuk menukar penerbangan saya dari 23 jun ke 24 jun.
Kenapakah saya ingin menukarkan penerbangan saya dari hari rabu kepada hari khamis? Adakah kerana saya tidak teringatkan keluarga dikampung? Ataupun sememangnya saya tidak mahu pulang ke kampung? Tidak… tidak sama sekali perasaan sebegitu wujud didalam hati ini. Mana mungkin anak kelahiran bumi Terengganu ini melupakan dan tanah tempat kelahirannya. Mana mungkin seirang anak yang masih mempunya ibubapa yang amat menyayangi dan merinduinya tidak mahu kembali kepangkuan mereka. Kalau begitu apakah sebabnya?
Anda ingat tak yang saya pernah bercerita mengenai sakan saya? Kalau silap saya waktunya lebih kurang begini juga. Waktu hamper untuk saya kembali ke tanah air. Tak apa… kalau belum baca ataupun berminat untuk membaca dan mengetahui boleh klik disini.
Kisah bermula…
“Sah! Jom kite gi tepoh tiket balik kat TAYYAR (travel agency). Kite tepoh awal-awal dok bolok arok ngak dengan orang lain. Kekgi kalu tepoh lepas cuti sem ni mesti ramai orang berebut. Jadi baik kite tepoh terus leni” ujar nawi kepada aku dengan penuh keyakinan. Dan memang benar kata-kata nawi itu. Sememangnya selepas habis sahaja cuti pertengahan sem, kedai tayyar dipenuhi dengan berbagai-bagai jenis bangsa dan warna.
Alhamdulillah, nasib baik aku dengor cakap nawi tu. Kalau tak dengar memang kompem aku akan turut sama bergelut dengan mereka-mereka yag lambat membuat tempahan dan aku akan turut sama menunggu giliran bersama . yang amat menyakitkan hati dan memang menjadi kebiasaan bangsa Negara yang saya berada ini lakukan ialah potong barisan. Mereka tak pernah nak mengendahkan orang-orang yang baik seperti saya ini duduk beratur dan menunggu giliran. Yang mereka tahu… aku Saudi dan aku nak cepat. Orang lain? Aku tak peduli. Begitulah sikap jual ikan yang masih kuat didalam diri mereka ini. Tak mengapa, kita tinggalkan cerita pasal mereka-mereka ini.
Setelah berlaku sedikit masalah diantar kami dan seorang pegawai HEP yang menguruskan tiket, Alhamdulillah tiket berjaya dikeluarkan dan aku dan nawi mendapat tiket 23 jun 2010. Selang beberapa hari, kami menghadapi final exam dan seperti biasa jugak aku tak dapat nak fokuskan sangat dengan exam kerana jiwa ku sudah di Malaysia. Semakin hari ingatan ku kepada
Persediaan untuk pulang masih belum complete dan masa semakin hampir ke penghujung. Kekalutan mula berombak didalam fikiran ku. Memikirkan masih banyak barangan yang belum dibeli. Kotak yang masih belum dicari dan berbagai-bagai lagi.
Kalau aku tukar tiket lambat sehari pon takpe kot?
Aku mula memikirkan untuk menganjak tarikh kepulangan ku. Dan semakin lama hatiku semakin kuat berkata demikian. Seperti ada apa-apa yang akan berlaku.. begitulah mengikut firasat sufi ku.(perasan je ni).
Berbetulan beberapa hari yang lalu aku melepak bersama-sama abang khuz sambil-sambil tengok bola gelas dunia, aku bertanya kepada abang khuz “ kaki la balik bile abang khuz? Abang khuz menjawab 24 jun.. oooo… ana 23 jun ni doh. Beza sehari jelah. Kalau camtu ana tukar flight lah. Ana balik 24 jugok lah. Boleh teman kak ila (sedang sarat mengandung dan balik untuk deliver baby di
Aku membulatkan tekad. Dan selepas memohon restu ibuku di kampung, aku mintak tolong kak ma untuk tukarkan tarikh penerbangan ku kerana keluarga sebelah abang ipar ku ade yang keje dengan MAS. Alhamdulillah Berjaya.
Allah maha pengasih lagi penyayang. Rupa-rupanya bukan itu sahaja sebabnya hatiku digerakkan untuk menukar tarikh.
Pagi tu aku makan dengan nawi kat kudu.. tiba-tiba nawi berkata “eh sah! Tadi hasan cari mu. Dia kata sakan nak pindah”… bagai nak luruh hati ku mendengar kata-kata nawi. Terus aku telefon hasan tapi tak berjawab. Aku telefon sulaiman kemboja dan berita itu disahihkan. Memang berita ini lambat disebarkan.universiti lambat mengeluarkan arahan. Terbayang diruang mataku kitab-kitab yang bertimbun-timbun didalam bilikku. Bahang kekalutan mula terasa. Semuanya duk bercampur aduk dalam kepalaku. Kat mana nak letak kitab? Sempat ke nak kemas sedangkan 2 hari lagi dah nak balik? Boleh ke…? Ade ke…? Semua soalan keluar dalam masa yang sama. Akhirnya jam di tengah jalan.
Alhamdulillah dengan pertolongan dari sahabat-sahabat terutamanya abang khuz maka aku dapat selesaikan segalanya dengan jayanya. Sebab tu lah seperti yang aku katakan tadi aku tak kesah untuk menolong abang khuz dan keluarganya tak kira msa dan ketika dan sekadar kemampuan kerana abg khuz tak pernah menolak untuk membantu sahabat-sahabatnya yang didalam kesusahan. Suatu sikap yang amat perlu ada dalam diri kita sebagai muslim.. terima kasih banyak-banyak abg khuz.
Waktu berlalu dan berlalu, kurang 16 jam lagi untuk aku tinggalakn bumi yang penuh barakah ini. Segalanya sudah selesai. Masalah asrama, beli barang n packing segalanya dah selesai. Cuma sekarang ni yg dibimbangkan ialah extra kilo… semoga dipermudahkan insya Allah.
Insya Allah entri seterusnya akan di update di bumi
wassalam.
*****
Kita kembali kepada cerita disebalik gambar. Siapakah lelaki hensem tampan macho bergaya ini? Hehe… inilah dia abang rahmat abu nong yang sentiasa ade kat crisis room. Dan kalau anda semua nak kenal… nilah satu-satunya silent reader saya yang datang umrah n datang berjumpa dengan saya… bangganya…hehehe…ade jugak rupanya silent reader saya ni ye. Abg rahmat ni kerjanya bahagian komunikasi. Dan antara kerjanya ialah menge ‘cek’ blog-blog yang sedang bertebaran dialam siber. Memerhatikan dan menganalisis data dan cerita dalam blog tersebut.. Ingat tak pasal blog yang menghina almarhum sultan johor aritu? haaa... Abg rahmat nilah yang pergi tangkap orang tu… Berdebar jugak dengar cerita ni. Kot-kot lah ade yang saya tulis dalam mengganggu ketenteraman awam. Hehe. Banyak benda yang dapat saya berkongsi dengan abg rahmat ni.walaupun baru berumur awal 30-an beliau amat berbakat dan berkarisma. Dan Alhamdulillah semsa datang umrah beliau baru sahaja mendapat
Wallahu’alam.
by ibnu yusof
by ibnu yusof
Jadual peperiksaan akhir bagi sem ini.
by ibnu yusof
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?
by ibnu yusof
Disini bermulanya sebuah kisah….
Kira-kira hari jumaat baru-baru ini saya mendapat panggilan dari seorang sahabat yang dalam perjalanan menghantar jemaahnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Saudi kerana mereka dalam perjalanan pulang ke Abu Dhabi.
“Ustak Syah !!! Enta ade keje dok malam ni. Ambe nok mitok tulong skek ni. Malang ni ade sorang datok ngan dating nok wak umroh. Enta tulong bowok ah deh. Hehehehe.
Yang membawa maksud ~ ustaz syah! Enta ade kerja tak malam ni? Ana mahu meminta sedikit pertolongan dari enta. Pada malam ini akan ada sepasang suami isteri dato dan datin akan buat umrah. Bolehkah enta tolong bawakkan? Hehehehe ~
Tidak berapa lama kemudian telefon saya berdering lagi dan kali ini suara sedikit berumur yang memberikan salam.
Assalamualaikum… ni Pak Abu ni. Ustaz falah ade telefon tak? Engkau ni yang mana satu ye? Kite pernah jumpa ke? Maaf laa… pakcik ni ibarat cikgu. Anak murid datang … anak murid pergi. Diorang kenal pak cik cume pakcik je yang tak kenal dioarang… So macam mana? Boleh ke kau tolong pak cik bawakkan jemaah 2 orang tu? Kalau boleh malam ni lepas isyak kau datang ke hotel, nanti pakcik kenalkan kau dengan jemaah tu. Ni kawan pak cik yang mintak tolong. Pakcik tolong je. Ok?
Bermulalah sebuah cerita yang agak bermanfaat dalam hidup saya.
Lebih kurang jam 930 malam saya mula membawa Dato’ Syed Abu Hussein dan Datin Nasri memulakan ibadah tawaf umrah selepas memberikan sedikit penerangan ringkas kepada mereka mengenai ibadah umrah. Bukanlan suatu perkara yang sukar untuk memberikan penerangan kepada mereka berdua kerana keduanya adalah orang yang bijak pandai dan Dato’ Syed Abu Hussein pula sudah biasa datang untuk menunaikan ibadah umrah dan haji.
Alhamdulillah segala ibadah tawaf dan saie diselesaikan dengan baik dan mudah. Dan Allah memudahkan perjalanan perjalanan kami pada malam itu. Orang yang tawaf tidak terlalu ramai seperti sebelumnya mungkin kerana orang ramai telah pulang dari bercuti memandangkan cuti sekolah disaudi telah berakhir.
Lebih kurang jam 1130 malam kami selesai menunaikan ibadah umrah.selesai bertahallul dan berdoa diatas saki baki bukit marwah, kami bergerak menuju ke tempat penyimpanan kasut dan selipar di pintu nombor 1 King Abdul Aziz.
TAK ADA!!!... KALUT!!!
Beg kain yang didalamnya terdapat dua pasang selipar milik dato dan datin dah tak ada. Manakala kasut saya masih kemas ditempat asal tidak bergerak walau seinci.. Takut jugak rasanya andai kata dimarahi oleh mereka. Tetapi Alhamdulillah mungkin berkat dari ibadah yang dilakukan dan memang berasal dari orang-orang yang baik-baik, mereka hanya tersenyum dan berkata “ tak apelah ustaz.dah tak ada rezki kami… jom ustaz kite pergi cari makan. Kami belum makan ni.” semudah itu sahaja. Jutaan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana ditemukan dengan orang sebaik ini yang tidak mudah melatah dengan ujian yang diberikan. Maka kami berjalan menuju ke Safwah Tower untuk mencari kedai-kedai makanan yang masih dibuka pada ketika itu. Alhamdulillah masih ada kedai yang masih dibuka bertentangan dengan felda d’saji. Kalau tak silap kadai tyu namanya Cup a Corn.
Kami makan sambil berbual-bual mengenai pelbagai perkara yang berlaku samada di Malaysia dan juga disaudi. Satu persatu kami huraikan dengan mengemukakan pendapat masing-masing dan dihimpunkan menjadi satu keputusan di kedai kopi. Seperti parlimen pulak rasanya. Malam semakin larut dan perbincangan kami berakhir. Saya menghantar dato dan datin ke tempart penginapan merka di hotel Zam-zam Tower. Pertemuan kami pada malam itu berakhir disitu.
Telefon berbunyi air yang sedang menitik menunjukkan telah menerima satu mesej daripada seseorang.
Ustaz… kalau free boleh tak bawakkan kami makan kambing malam ni? Ajak haji abu sekali .
Oooo… dato rupanya yang hantarkan mesej.
Selepas solat isyak di masjid haram kami bertolak ke mat’am safa tanpa kehadiran pak abu bersama. Mungkin kerana kesibukan melayan jemaah cantumas yang menyebabkan pak abu terpaksa mengundurkan diri.
Di mat’am safa kami makan sambil berbual-bual. Rupa-rupanya dato syed mempunyai kilang memproses makanan halal seperti sardine, beras, kicap yang berjenama masjid. Dan katanya sardine buatan orang islam yang ada dipasaran hanyalah cap masjid dan pertima sahaja. Jika ada antara pembaca sekalian yang meminati makan dalam tin seperti sardine ini bolehlah mencuba barangan buatan orang islam.
Dato juga bercerita mengenai sikap sesetengah orang melayu yang lebih suka untuk berurusan dangan orang cina yang bukan islam daripada orang melayu islam. Katanya beliau bercakap berdasarkan pengalaman kerana dato syed juga salah seorang pembekal ayam mentah dan daging lembu mentah yang ditempah dari india. Beliau berkata para peniaga melayu lebih mementingkan keuntungan 10 sen kerana diberikan harga lebih murah bagi setiap kilo daging @ ayam daripada membeli bahan mentah yang pastinya halal yang dibekalkan oleh org islam yang berbeza harga sebanyak 10sen bagi setiap kilo. Sungguh menyedihkan.
Saya bertanya kepada dato apakah resepi kejayaan yang menyebabkan beliau mampu mendapat kejayaan seperti sekarang. Jawabnya mudah sahaja. EXTRA… awak akan menjadi orang biasa jikalau awak bekerja seperti orang biasa. Dan sekiranya awak mahu menjadi orang yang mempunyai EXTRA maka awak perlu bekerja EXTRA, berfikir secara EXTRA dan bergerak secara EXTRA. Maka insya Allah awak akan dapat EXTRA. Suatu petua yang amat mudah didengar. Tetapi amat memerlukan kegigihan untuk membuat sesuatu yang EXTRA supaya menghasilkan sesuatu yang EXTRA.
Banyak lagi perkara yang kami bualkan bersama. Tetapi amat panjang jika saya menceritakan semuanya. Insya Allah jika ada kelapangan saya akan masukkan sedikit demi sedikit pengalaman yang saya ambil dari orang-orang yang berpengalaman untuk dikongsikan bersama-sama. Semoga kita semua akan mendapat manfaat dari apa yang ditulis ini. Sekian dulu untuk kali ini. Wassalam.
by ibnu yusof
Bismillahirrahmanirrahim… dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita dan seluruh alam semesta. Yang menjadikan manusia sebaik-baik kejadian. Dan yang menjadikan alam ini penuh dengan kecantikan dan keindahan. Selawat dan salam untuk junjungan besar Rasulullah S.A.W ahli keluarga baginda yang tercinta dan para sahabat baginda yang sentiasa berusaha untuk menegakkan kalimah Allah yang maha mulia di muka bumi ini.
Semalam saya bertemu dengan beberapa orang sahabat yang walaupun dekat dan belajar disatu tempat yang sama tetapi amat jarang mampu untuk meluangkan masa. Mungkin kerana kekangan masa dan tanggungjawab yg makin menimbun maka mereka tidak dapat selalu bersama. Tapi tidak mengapalah. Yang penting kita mempunya sedikit masa walaupun seketika untuk bersua dan berbicara. Tidak kira hal-hal keduniaan dan hal-hal yang berkaitan dengan akhirat. Merapatkan ukhuwwah islamiah
Kita ambil satu contoh yang mudah iaitu satu majlis perkahwinan. Sememangnya kita sudah sedia maklum bahawa sebuah majlis perkahwinan memerlukan tenaga yang besar untuk menjayakannya. Kita memerlukan chef untuk memasak makanan, kita memerlukan tukang cuci untuk membersihkan segala pinggan mangkuk, kita memerlukan jurukhako (bahasa klate kot) untuk menghidangkan makanan, kita memrlukan orang kamera (cameraman) untuk mengambil gambar, memerlukan mak andam untuk bersolek dan ramai lagi orang-orangan yang perlu ada dalam menjaya majlis seperti ini.
Kita dan masayarakat ibarat satu tubuh badan yang sempurna yang saling melengkapi antara satu sama lain. Jika kita tiada tangan maka kudunglah kita, jika kita tiada mata butalah kita dan jika kita tiada telinga maka pekak lah kita, jika kita tiada mulut tak bercakaplah kita dan sekiranya kita tiada kepala… Maka?
Didalam hidup bermasyarakat kita hendaklah pandai untuk menyesuaikan diri kita dengan keadaan sesuatu masyarakat. Perlu ada sikap berhati-hati dalam tindak tanduk kita. Menjaga tatatertib dalam pergaulan, dan yang paling penting ialah
Oleh itu amatlah penting bagi kita untuk menjaga attitude dan penampilan kita kerana kita manusia terutamnya orang islam telah ditugaskan oleh Allah sebagai khalifah dimuka bumi ini. Dan ditugaskan sebagai pendakwah kepada agama Allah. Siapa yang kata tugas-tugas dalam berdakwah ini hanyalah untuk insan yang bernama ustaz? Siapa kata tugas berdakwah ini hanya untuk golongan ulamak? Sebenarnya tanggungjawab ini adalah untuk semua umat masyarakat. Kerana kita adalah khalifah Allah. Sebagai wakil Allah dimuka bumi ini. Dan Allah Allah menciptakan manusia untuk mengabdikan diri kepada-NYA. Bukanlah yang dimaksudkan mengabdikan diri itu hanyalah bersembahyang,mengaji dan berpuasa sahaja. Berdakwah dan membawa masyarakat kearah kebaikan juga adalah satu ibadah yang amat besar pahalanya.
Oleh kerana itu wahai sahabat pembaca yang dirahmati Allah sekalian, marilah kita menanamkan azam dan tekad kita untuk bersama-sama dalam berusaha untuk menjaga ukhuwah sesama insan, keterampilan kita sebagai seorang muslim yang sejati dan juga bersama-sama dalam mendidik masyarakat kita kearah kebaikan kerana Negara yang baik itu berasal dari masyarakat yang baik. Marilah bersama-sama kita mengamalkan segala perintah yang telah disyariatkan oleh Allah taala dan garisan yang telah ditetapkan oleh islam kerana islam IS THE WAY OF LIFE.
Wassalam.
Designed by Free WordPress Themes | Converted into Blogger Templates by Theme Craft | Falcon Hive