XPDC Ziarah Mahabbah

by ibnu yusof

ustaz khairul

cerita sirah dari ustaz khairul

pserta muslimin dihadapan jabal thur
peserta muslimat

jabal rahmah

ustaz wadi bercerita

para peserta mendengar ceramah sambil dikelilingi unta

masjid hudaibiyyah

ustaz ayub

tapak lama masjid hudaibiyyah

pembotolan susu

unta

para peserta diladang unta



Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan yang menjadikan kita dan tuhan yang menjadikan seluruh alam semesta. Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan para pengikutnya sehinggalah ke hari qiamat.


Selepas selesainya Program Kursus Haji dan menunaikan ibadah haji, baru-baru ini telah berjalan satu lagi program kerjasama antara pihak UQProteam dan komuniti Malaysia di Yanbu iaitu pada hari Khamis 7 Januari 2010. Program ini dinamakan Program Ziarah Mahabbah. Program ini adalah bertujuan untuk menerangkan dan menceritakan kepada para jemaah mengenai Sejarah Perjalanan Hidup Rasulullah bermula dengan kelahiran baginda sehinggalah kewafatan baginda SAW disamping menanamkan rasa kecintaan kepada Rasulullah dan agama islam itu sendiri.


Program Ziarah Mahabbah ini disertai oleh seramai lebih kurang 70 orang peserta termasuk dewasa dan kanak-kanak. Program ini juga dikenakan sedikit yuran untuk menampung kos perjalanan ziarah dan kenderaan iaitu sebanyak Sr80 bagi dewasa dan Sr40 bagi kanak-kanak. Antara tempat-tempat bersejarah yang dilawati adalah Jabal Thur, Jabal nur, manasik haji- arafah, mudzalifah dan mina- Masjid Hudaibiyyah dan juga ladang unta.


Program ini bermula kira-kira jam 8:00 pagi dan berakhir kira-kira jam 2:30 petang. Sambutan dari para peserta adalah amat mengalakkan dan semangat yang ditunjukkan mereka menambahkan lagi kekuatan kepada kami pihak UQProTeam untuk memberikan yang terbaik kepada peserta.


Ziarah Mahabbah berakhir dengan jamuan makan tengahari di Mat'am safa dan dibelanja oleh peserta program. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada anda semua. dan sekiranya ada kesilapan dan tersalah bahasa kami memohon jutaan kemaafan dari pihak anda semua. Dan segala komen dan cadangan boleh lah dihantar kepada email UQProteam. Semoga kita boleh bekerjasama pada masa-masa yang akan datang. Segala kerjasama yang diberikan oleh komuniti Malaysia Yanbu amatlah kami hargai. wassalam.

*****
p/s: artikel kali ini adalah agak berbentuk laporan sedikit kerana saya juga mengupdatekan blog UQProTeam. Dan insya Allah bila berkesempatan saya akan menceritakan juga kisah-kisah di setiap tempat yang dilawati dan bersejarah dibumi Makkah ini.

Ayah Saya

by ibnu yusof

AYAH KU

Hensem: mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi....


Satu,
kasih nan abadi,
tiada tandingi,
DIA yang satu.

Dua,
Sayang berpanjangan,
Membawa ke syurga,
Kasihnya Ibu.

Tiga,
Lapar dan dahaga,
Rela kau korbankan,
Setianya Ayah.


Hari ni bertarikh 10/01/10.

Ayah saya namanya Mohd Yusof bin Ibrahim. Berasal dari kampung Pulau Rusa sama tempat dimana saya dilahirkan. Ayah saya bekerja sebagai seorang peniaga dan mempunyai sebuah kedai yang bernama Bangun Bina Enterprise yang terletak dikampung Wakaf Mempelam Kuala Terengganu. Ayah saya berniaga barangan hardware (barangan untuk membina rumah). Dulunya ayah saya bekerja sebagai seorang Kastam DiRaja Malaysia. Kemudian ayah saya berhenti dan pulang ke kampung halaman untuk berniaga. Ayah saya sekarang ini tinggal 1040-A simpang Empat Jalan Losong Haji Mat Shafie 20050 Kuala Terengganu. Ayah saya mempunyai 9 orang cahaya mata yang lawa-lawa dan hensem-hensem, 3 orang menantu lelaki yang segak bergaya, 3orang cucu lelaki yang comel-comel dan 2 bakal cucu yang akan menyusul mungkin dalam bulan 6 ni (insya Allah). Dan seorang seorang bakal menantu PEREMPUAN tidak lama lagi insya Allah.

Ayah saya bekerja bersungguh-sungguh untuk mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya . Ayah saya berusaha bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anaknya supaya menjadi anak yang soleh dan solehah. Ayah saya tidak akan duduk senang kalau anak-anaknya berada didalam kesusahan. Ayah saya akan bergembira sekiranya anak-anaknya gembira. Dan ayah saya tidak pernah mempamerkan kesusahan dan kesedihan yang dihadapinya kepada anak-anak kerana ayah saya tidak mahu menyusahkan anak-anaknya. Ayah saya tidak pernah menolak kehendak anak-anaknya. Ayah saya sentiasa cuba untuk memenuhi segala kehendak anak-anaknya. Ayah saya.... Ayah saya.... Ayah saya....

Sekarang ayah saya sedang berada di Madinah Al-Munawarrah selepas beberapa hari berada di Makkah al-Mukarramah. Walaupun hanya beberapa hari berjumpa sudah cukup bagi saya untuk menghilangkan kerinduan dihati dan mengumpulkan semangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Lagipun final exam just around the corner so saya kenalah struggle betul-betul untuk menghadapi exam dan supaya saya menjadi kebanggaan ayah saya.

Kenapakah hari ini saya menulis satu post khas untuk ayah saya? Kerana 08/01/10 iaitu 2 hari yang lalu adalah hari lahir ayah saya yang ke 56. Walaupun sudah agak terlewat tapi saya tetap tulis post ini kerana saya sayangkan ayah saya. Saudara dan saudari sekalian mesti amat sayangkan ayah anda semua seperti saya amat sayangkan ayah saya. wahai saudara-saudariku yang seagama dengan saya,saya berpesan kepada diri saya sendiri dan saudara-saudari sekalian marilah kita bersama-sama berbakti kepada kedua Orang tua kita selagi mereka masih hidup dan dan sayangilah mereka dengan sepenuh hati kita. Dan janganlah kita menjadi anak-anak yang tidak mengenang budi dengan menderhakai mereka. Dan kepada saudara-saudari yang sudah kehilangan ayah atau ibu atau kedua-duanya sekali perbanyakkanlah doa dan bersedekah pahala kepada mereka kerana doa anak yang soleh dapat membantu mereka dialam sana. Nabi Muhammad SAW ada menyebut bahawa 3 perkara yang dapat membantu anak adam selepas kematiannya adalah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan DOA ANAK YANG SOLEH.

Wallahu'alam

*****

p/s: lagu kat atas tu pernah saya nyanyikan semasa sekolah rendah dahulu.lagu yang telah diubah suai dari nyanyian irwan oleh cikgu muzik sekolah saya cikgu fatin amira. Dan lagu ini saya tujukan has untuk ayah saya.



Transform...

by ibnu yusof

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, setelah berfikir dan terus berfikir, aku mengambil keputusan untuk meneruskan niatku untuk mengubah serba sedikit perkara yang ada didalam blog aku ini. Bukannya banyak perubahannya cuma sekadar merubah warna dan sedikit-sedikit yang lain. Dan mungkin juga akan ada perubahan dalam penulisan. Cuma yang paling penting kali ini aku tidak akan lagi meng"copy paste"kan artikel orang lain kecuali aku sudah betul-betul memastikan sumber rujukannya adalah benar dan sohih kerana ada beberapa artikel yang aku "copy paste" datangnya dari sumber yang tidak pasti dan aku akan menarik balik post itu sehinggalah aku menemui sumber sebenar dari mana artikel itu dikeluarkan. Terima kasih kepada yang menegur. Semoga anda para pembaca blog ini akan bergembira dengan peruhan ini dan dapat menerima dengan hati yang terbuka. Dengan ini saya ucapkan selamat membaca "diari kehidupan" saya ini. Jika ada komen dan cadangan emaikan saja ke alamat yang tertera diskrin anda.....

Wassalam...

XPDC DIBUMI MAKKAH

by ibnu yusof

suratti in hilton

kebetulan berjumpa di hilton

bersama arab marang

Amiiin...

arab marang @ abang mat

isteri arab marang

kaum wanita meratah nasik daging

mat'am safa

sebelum pulang ke hotel


Semalam selepas solat asar sepertimana yang dijanjikan dengan keluarga ku, aku membawa mereka berjalan jalan-jalan disekitar masjidil haram, yang membawa maksud membawa mereka berpusing-pusing untuk shopping. Dan sekarang ini aku tidak lagi mempunyai port yang sesuai untuk membawa mereka@ mana-mana jemaah malaysia untuk bershopping kerana tempat yang menjadi kebiasaan aku pergi telah di BOM!!! tapi jangan salah sangka. Bukannya dibom kerana terrorist ke ape ke, tapi kerana kerajaan saudi sedang dalam proses untuk membesarkan lagi saahah (dataran) masjid haram yang kini hampir padat apabila tiba musim pack iaitu pada musim haji dan ramadhan.

Jadi aku mengambil keputusan untuk bawak mereka ke Hilton untuk berpusing-pusing. Tiada apa sebenarnya yang mahu dibeli cuma hanya mahu window shopping. Punyalah banyak kedai yang kami masuk. Ada yang kedai karpet cap museum ada kedai jubah. Dan yang paling interesting kedai Abaya. Abaya ni jubah hitam yang menjadi kebiasaan wanita saudi@ penduduk di saudi pakai ketika keluar dari rumah.Masuk je kedai abaya aku terus membelek pakaian yang dijual... bermanik-manik dan bersulam-sulam...cantik... begitu jugaklah keluargaku memilih dan meneroka kedai tersebut. Tapi tiba-tiba aku tertarik kertas yang bergantungan kat abaya tu. WOW!!!... SR1900 untuk sehelai... mak aiih mahalnya.. kalau setakat kain hitam yang diletakkan manik-manik dan dijahit benang sikit-sikit tu tak berpadananlah untuk dibeli. bukan selalu dipakai dan Di malaysia pun jarang orang yang memakainya.Adik-adik ku juga terus mengajak aku keluar dari kedai itu selepas diorang tengok harga sehelai abaya. Mesti terkejut diorang bila tengok harga tu...

Destinasi seterusnya ialah ke kedai minyak atar suratti yang terletak di ground floor hotel hilton berdekatan dengan hypermarket Bin Dawood. Ayah aku kata kali ni dia dah tak nak lagi belikan jubah-jubah untuk orang-orangan terutama adik-adiknya kerana musim haji baru-baru ni sudah semestinya adik-adik ayah ku yang baru datang haji telah banyak belikan kepada adik-beradiknya jubah. Dan aku mengta'kidkan (menguatkan) lagi kata-kata ayahku itu kerana aku sendiri yang bawak uncle dan untie-untie ku shopping. Ayahku berkata lagi kali ni nak belikan minyak atar sahaja sebagai buah tangan daripada Makkah. Sebab itu kami masuk ke kedai Suratti untuk memilih jenis-jenis minyak atar yang best dan wangi, dan bukannya hanya jenis 1000 bunga yang menjadi kebiasaan rakyat malaysia yang datang ke Makkah membelinya. Ayahku telah memilih 2 jenis minyak atar dan membeli beberapa bekas yang agak cantik yang digunakan untuk mengisi minyak atar dan diagih-agihkan sebagai hadiah nanti.

Seterusnya kami melangkah keluar dari hilton dan menuju ke Al-Ghazali (kedai jam yang berada disebelah kiri sekiranya kita menghadap ke masjid haram) kerana ayah hendak membelikan seutas jam tangan kepada adikku yang baru selesai exam SPM baru-baru ini. Kiranya hadiah in advance lah. kerana mengikut rekod yang lepas-lepas adik ku ini tidak pernah mendapat rendah dari 11A (masya Allah tabarakallah). Dan insya Allah kali ini akan mendapat 12A1 insya Allah. Semoga doaku ini dimaqbulkan Allah. Masuk ke kedai ayahku terus memilih jam untuk anaknya. Aku juga cuba untuk meneliti manalah tahu kot-kot ada yang berkenan dihati dan mampu milik maka bolehlah jugak aku membelinya. Adikku berkenan dengan 1 jam yang pada mataku langsung tak cantik dan tak menarik. Aku bertanya akan harganya, dan dengan selamba tokeynya menjawab ALF WA TIS'U MIYYAH... berapa? SR1900. Dalam hatiku berkata, jam yang tak lawa dan tak cantik macam ni pon boleh jadi semahal tu? dunia...dunia. Bukanlah tidak mampu untuk membeli jam seperti itu kerana memang diketahui yang jam yang branded memang cantik dan tahan lama. cuma untuk diberikan kepada budak yang baru habis sekolah memnag tak berbaloi, keranamereka tidak boleh dididik dengan kemewahan sangat, nanti akan merosakkan diri mereka sendiri.

Waktu maghrib sudah hampir tiba dan kami menuju ke masjid haram untuk mengambil tempat di saf-saf di kawasan tawaaf. Selesai solat aku berundur sedikit ke tingkat yang atas sedikit kerana aku ingin membaca Quran yang sememangnya menjadi hobiku dikala ada kelapangan (ye ke?) dan untuk menyelesaikan amanah orang yang telah meminta aku untuk khatam quran kepada keluarga mereka yang telah meninggal. Aku mengambil tempat yang bersetentangan dengan kaabah. Dan berdekatan dengan ku ada sebilangan jemaah malaysia yang datang dengan pelbagai travel agency. Aku duduk dan mula merasakan keletihan dibadanku mungkin kerana keletihan dari sebelum subuh bangun dan tidak berehat sedikit sehinggalah malam menjelma. Aku memulakan bacaan dan... aku terlelap... tiba-tiba aku merasakan ada sesuatu yang jatuh ke peha kiriku. Aku tersentak dan menoleh... PADAN MUKA!!! burung merpati dah bagi "hadiah" istimewanya kepada aku. Selama 4 tahun aku di bumi Makkah inilah kai pertama aku diberikan hadiah sebegini istime oleh burung-burung disini.. Mungkin burung tu berkata " Nah amik kau hadiah dari aku ni. Tido sangat dalam masjid.Orang datang nak beribadah engkau datang engkau tido ye.!!" kalut aku dibuatnya. Nasib baiklah disebelahku itu ada seorang arab yang baik hati dan memberikan aku sehelai tisu dan menyuruh aku membasuhnya dekat dengan tong zam-zam yang berderetan didalam masjid. Ketika aku menuju ke tong zam-zam aku disapa oleh seorang abang jemaah malaysia yang datang dengan travel andalusia. katanya " Kena tahi burung ke? oklah tu kene kat paha. Abang tadi kena kat muka." aku hanya tersenum dan meneruskan lagi perjalananku. aku beristighfar kerana kau tido dalam masjid dan Alhamdulillah aku memuji Allah kerana burung tu tak bagi hadiah kat aku seperti mana yang dia berikan kat abang tu.

Selepas membasuh aku meneruskan lagi bacaan ku dan menghabiskan 1 juzuk pada malam itu. Sementara dalam membca aku memerhatikan gelagat abang yang menyapa aku tadi. Dia khusyuk membaca Al-Quran dan kadang-kadang dia meminta anaknya yang kecil untuk menyemak bacaannya. Keluarga yang soleh... begitulah terdetik dalam hatiku. Selesai aku membaca al-quran aku pergi kepada abang tu yang sedang membaca al-quran. rupa-rupanya abang tu namanya aminudin yang dahulunya bekerja sebagai engineer awam dan antara orang yang terawal yang mengasaskan PUTRAJAYA. Tapi sekarang ni dah berhenti (kerana tak tahan dengan "bawah meja") dan bekerja sendiri dalam bidang oil and gas. Jadi supplier katanya. Aku tak sempat berbicara lama dengan abang aminuddin kerana azan isyak dah berkumandang dan abang aminudin beralih menuju kepada kawannya yang berada didepan multazam.

Perjalanan diteruskan lagi ke Mat'am safa iaitu antara destinasi utama aku and the geng membawa jemaah untuk makan malam. So pada malam ini aku berjaya membawa ayahku dankeluarga makan di tempat yang special di makkah ini. Dan bersama-sama ku juga pada ketika itu keluarga abang ipar kepada kakak ku iaitu abang mat dan kak ti. Dengan berpakaian seperti arab pada malam itu abang mat agak menjadi perhatian ramai. Dan dengan lawaknya yang selamba menjadikan kami full of colours...(betul ke ni?). Tetapi agak menyedihkan apabila makannan yang dihidangkan agak kureng rasanya pada malam itu tidak seperti malam-malam yang sebelumnya.

Perjalanan kami pada malam itu berakhir di masjid haram kira-kira jam 1030 malam. Dan sememangnya semuanya keletihan terutamnya keluargaku kerana mereka telah menunaikan ibadah umrah dan belum lagi berehat sehinggalah pada malam itu. Jadi setakat inilah sahaja cerita ekspidisi pada kali ini. Insya Allah kalau sempat akan ada lagi cerita-cerita ekspidisi seterunya di bumi Makkah ini. Wallahu'alam.

03/01/2010

by ibnu yusof

Hari ni bertarikh 03/01/10 bersamaan 17 Muharram 1431.


Aku ade seorang adik lelaki yang bernama Mohd Syahmi bin Mohd yusof yang sekarang ni sedang belajar Universiti Teknologi Petronas. Tahun akhir kot kalau tak silap aku lah. Kalau ikutkan turutan nombor maka adikku ini merupakan anak yang yang kelima sebab aku adalah anak yang keempat. Dan hari ni merupakan hari ulang tahun kelahirannya. Dan ini merupakan entri pertama aku mengenai hari ulang tahun kelahiran adik-beradikku dalam blog ni. aku tak tahu sama ada adik ku ini membaca blog aku ini atau tidak. Akan tetapi aku sebagai abang tetap akan menulis dalam diari kehidupan aku ini mengenai perihal dan cerita keluargaku. Jadi dengan ini abang ucapkan Selamat hari jadi yang ke-23 khas kepada mi. Dan abang doakan semoga mi akan berjaya dalam hidup dan sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat . wassalam.....

Alhamdulillah...

by ibnu yusof

ayahanda ku @ mohd yusof

bonda ku @ hairaniah ali

adik ku nombor 4 @ nurul aniyah

adik bongsu@nurul arifah

selesai makan bersama keluarga abang khuz

selepas makan @d'saji



Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberikan kita peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Dan masih diberikan kepada kita peluang untuk menyedut udara segar serta mencelikkan mata setelah kita 'dimatikan' buat seketika.

Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu akhirnya tiba juga keluarga aku dibumi Makkah al-Mukarramah ini. bertolak dari Malaysia kira-kira jam 430 pm waktu malaysia dan tiba di King Abdul Aziz International Airport lebih kurang jam 730 pm waktu saudi. Planning asalnya aku ingin meng'suprise'kan mereka dengan menjemput diairport tapi perancangan yang aku buat tidak menyamai dengan taqdir dan ketentuan Allah taala untuk diriku pada hari itu. Selepas solat asaku dengan semangatnya aku menuju ke tempat untuk menyewa kereta. SAFI namanya. Bukannya jenama bedak atau sabun ye. Jam menunjukkan 430 pm. Aku menunggu dihadapan pintu kedai dengan hati yang berbunga-bunga dan aku dapat rasakan yang wajah aku padaa masa tu pun menggambarkan kegembiraan didalam diriku. Mesti bangla yang tengah menyapu sampah di tepi jalan pelik melihat aku duk senyum sorang-sorang. Mesti 'ammu' mesir yang tengah buat construction tu pon pening tengok aku duk tersengih macam kerang busuk. Dan mesti encik arab saudi yang sama-sama nak sewa kereta pon takut melihat aku yang entah apa-apa ni. Tapi apa-apa saja anggapan dan tanggapan mereka kat aku, aku tak peduli sebab mereka tak tahu apa yang ada dalam hatiku. Kalaulah mereka ada teropong yang boleh meneropong terus kedalam hati aku maka mereka akan nampak yang bunga-bunga kegembiraan sedang berkembang mekar didalam hatiku. Dan mereka akan mengetahui bahawa aku dalam keadaan gembira yang amat kerana sebentar lagi aku akan bertemu dengan mak ayah dan adik-adikku yang dah hampir 4 bulan tidak ketemu. Terpisah dek jarak yang jauh dan waktu yang berbeza kerana berada digaris lintang dan garis bujur yang berbeza.

Jam menunjukkan 5pm. Aku masih menunggu dengar semangat yang membara dan tidak berkurangan sedikit pun kegembiraan dalam hatiku. Walaupun sudah berkali abang khuz hantar mesej kat aku bertanyakan kereta ada ke tidak (sememangnya mengambil berat...) semangat ku belum luntur.Jam dah menunjukkan 520 pm. Sekejap lagi akan berkumandang azan maghrib. Bermakna kedai sewa tidak akan dibuka sehingga selesai solat maghribWaktu terus berlalu dan bunga-bunga gembira semakin melayu dalam hatiku dan akhirnya mati dan keguguran. Kegembiraan dan kejutan yang aku bayangkan telah terbang dibawa angin lalu. Akhirnya aku pulang membawa diri.

Pada malamnya aku cuba untuk menghubungi nombor hp ayah ku tapi tidak kedapatan. Aku menjadi gusar dan tidak tenang. Malam itu aku buat umrah. Dalam hatiku terus berdoa semoga semoga Allah akan selamatkan perjalanan kedua ibubapaku dan adik-adikku. Yang aku tahu jadual mereka selepas tiba di saudi akan terus menuju ke taif untuk menziarah tempat-tempat yang menarik dan bersejarah disana (tempat yang sama seperti post yang lalu). Hatiku terus berdoa semoga mereka selamat. Sehinggalah keesokan harinya adik aku hantar mesej dah sampai kat taif dan sedang bersolat jumaat. Barulah hatiku tenang kembali. Sebenarnya aku dah call travel agency dan cakap terus dengan bos untuk bertanyakan nombor mutawwif yang bergerak sekali dengan jemaah umrahnya dan aku dapat nombor tersebut. Belum sempat aku menelefon,mesej dari adikku sampai dan aku tidak lagi bimbang.

Keluargaku tiba ditanah suci Makkah pada waktu maghrib dan menyelesaikan ibadah umrah kira-kira jam 10 malam. Oleh kerana aku ada sedikit program pada malam itu maka aku tidak dapat meneyertai mereka untuk menunaikan ibadah umrah bersama-sama.Alhamdulillah aku dapat bertemu mereke setelah mereka selesai umrah. Kegembiraan tidak dapat dikatakan lagi. tidak mengapalah aku tidak dapat pergi ke airport. Yang paling penting adalah mereka selamat sampai dan dapat menunaikan ibadah dengan sempurna. Alhamdulillah....

asar hari jumaat 01/01/10


dari sudut yang berbeza


keindahan masjidil haram


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni dah masuk tahun baru 01/01/2010. Satu titik permulaan dalam tahun masehi. sebagaimana tahun-tahun yang berlalu ramai orang meletakkan pelbagai target dan azam yang baru untuk dicapai pada tahun ini walaupun ada diantara mereka azam barunya adalah azam yang sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Ada yang berazam nak kahwin. Ada yang berazam nak tambah lagi satu (isteri). Ada yang meletakkan target untuk berjaya dalam bidang yang diceburi, tidak kiralah dalam pelajaran, pekerjaan, perniagaan dan sebagainya. dan tidak kurang yang meletakkan target untuk menurunkan berat badan yang telah lama membebani mereka. Walau apa pun harapan dan azam anda semua saya doakan semoga hajat anda dan cita-cita mulia anda akan tercapai. Cuma yang paling penting janganlah sesekali kita lupa untuk meminta pertolongan daripada Rabbul Jalil. Semoga perancangan yang kita buat adalah bersamaan dengan perancangan Allah taala untuk kita.

Dalam beberapa hari yang mendatang dan telah berlalu ni, sy ada terfikir untuk melakukan beberapa siri perubahan dan mengupgradekan diri saya sendiri dan blog saya ni. Janganlah saudara saudari sidang pembaca menganggap upgrade tu dengan makna menambahkan ke'chubby'an saya yang sudah sentiasa 'sehat' ni. Bukan itu yang dimaksudkan tetapi saya akan cuba untuk merubah sesuatu yang sepatutnya telah lama saya ubah dan insya Allah dengan pertolongan-NYA saya akan mampu untuk mengubahnya. Dan blog sayaini juga insya Allah akan ada sedikit perubahan positif yang akan berlaku dalam membawa blog saya ini ke arah yang lebih cemerlang gemilang dan terbilang. Dan jikalau ada cadangan daripada saudara dan saudari tentang blog saya ni silalah comment@emailkan sahaja kepada saya. semoga dengan kerjasama yang diberikan akan menambahkan lagi semangat saya untuk berblog. Setakat inilah dahulu dari saya sebagai pendahuluan untuk tahun 2010 ini. Semoga dengan tibanya tahun baru ini menjadikan kita insan yang lebih berguna kepada agama bangsa dan negara. Wallahu'alam