SELAMAT DATANG

by ibnu yusof

antara yang menjadi pilihan


malu....


tentera merah

sembelihan untuk program

suasana petang di kaakiah

blozar kecik

YDP@Penceramah

peserta cilik

alkalu bukan alkali

banyoknye kerusi

pendaftar

pengarah program

peserta program@fotografer

perbincangan tertutup...

makan...

ladies first

peserta muslimin

peserta muslimat

tenaga kerja muslimat

barisan AJK program

keletihan

abang azam ni


Ramadhan dah lama pergi...
Syawal pulak dah meninggalkan kita..
dan kini Zulqaedah menjelma...
dan tidak lama lagi Zulhijjah pula akan tiba...

ish... ape cerita yang aku duk sebut pasal bulan-bulan islam ni... adekah aku nak ajar saudara-saudari semua mengenai bulan-bulan islam? seingat aku ade satu kumpulan yang pernah mendendangkan nasyid mengenai bulan-bulan islam ni... haaaa... betul... kumpulan Alarm Me... takpelah... kita tinggalkan cerita mengenai kumpulan tu...

Bermulanya Syawwal bermaksud telah bermulanya satu permulaan baru didalam kalendar islam... suatu muqaddimah kepada penceritaan yang baru... terutamanya bagi bagi penduduk di bumi Umm Al-Qura Makkah Al-Mukarramah dan negara saudi khasnya... dan seluruh umat islam diserata dunia amnya...

so what is the point?

The point is....

*****

29 oktober 2009... titik permulaan kemasukan jemaah haji Malaysia ke Makkah Al-Mukarramah selepas lebih kurang 8 hari berada dibumi Madinah Al-Munawwarah. Dan kini kenampakan beratus-ratus malah beribu-ribu jemaah dari Malaysia datang berduyun-duyun memenuhi setiap genap pelusuk bumi Al-Haram ini... dan sekarang masjidil haram hampir dipenuhi oleh bermacam-macam jenis manusia... daripada pelbagai negara... pelbagai bangsa... dan pelbagai bahasa... tetapi datangnya mereka kesini dengan 1Tujuan... 1Matlamat... dan 1 Kehendak... tidak lain tidak bukan adalah untuk...

*****
Bertarikh pada 29 Okt 2009, kami pelajar-pelajar Malaysia Makkah telah menganjurkan satu program yang kami namakan sebagai Kursus Haji yang bertempat di Bait Mukmin Batha' Quraisy iaitu dirumah haji khuzaini. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk menerangkan dan menjelaskan mengenai perkara asas, rukun, perkara wajib dan perkara sunat dan pantang larang didalam ketika haji dan didalam ihram sekaligus untuk memberi kefahaman mudah dan penerangan ringkas kepada bakal-bakal haji yang berada disekitar Makkah dan Jeddah...

Program ini dibawah kelolaan Saudara Aswadi Ali dan ceramah disampaikan oleh saudara Tuan Badrul hisyam bin Tuan Soh selaku YDP kepada persatuan kami dan merangkap penceramah jemputan.. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dan kami terpaksa menghadkan kehadiran hanya kepada 50 orang peserta sahaja... kerana masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan dan insya Allah sekiranya ada jemputan dan permintaan kami akan berusaha untuk memenuhinya insya Allah... sekiranya berminat bolehlah terus menghubungi Persatuan Pelajar Malaysia Makkah...

*****
Selamat datang wahai tetamu Allah... berkhidmat untuk jemaah haji adalah kemuliaan kepada kami... semoga Allah taala mengurniakan kepada kita semua haji yang mabrur insya Allah.

أهلا وسهلا يا ضيوف االرحمن

خدمة الحجاج شرف لنا




selepas maghrib

by ibnu yusof


menara masjidil haram

wif some1

some1 wif me

somebody wif some1


some body wif tasbih beso


gambar kesian...


tokey kedai...

bola @ awali 2

by ibnu yusof


keletihan... apache....


lambat sampai....

streching...betul ke eja cam ni?

selepas 20 tahun....


masih bertenaga....

sepak bola ke haji khuzz?


kejo yoep kejo


sepakan padu maut


bola di kaki ustaz meor


?


ceti haram???


berpuas hati......

Pagi hari khamis baru-baru ni diorang main bola kat padang awali.... area umah orang kaye-kaye... rumah sudais... shuraim... dan seangkatan dengannya semuanya duk berhampiran area tu... tengoklah gaya dan bakat ,masing-masing main bola...malaysia ade... singapore ade... thailand pon ade... 1 saudi lah katekan...hehehe...semuanya bersemangat main bola sampai keletihan... dan aku pon turut sama letih walaupon aku tak main.... letih dalam mencari angle yang terbaik untuk aku 'menembak'... walaupon hasilnya masih bawah tahap beginner... aku akan tetap berusaha... kalau sape yang nak tawarkan diri ajar aku care nak 'menembak' dengan baik amatlah dialu-alukan... hehehe

wassalam....

2 kisah 2 cerita...

by ibnu yusof


kon in a kap


kanak-kanak riang


selesai bersantap


bokeh ke ni?


trial mode


selesai umrah abang nizam dan anak-anak


smiling always



lepas makan


tengah makan


bergelak ketawa


tangan siapakah ini...cuba teka....

Sekarang ni jam menunjukkan pukul 11:54 pagi... dan kini aku telah hampir 2 minggu menjejakkan kaki ke bumi yang penuh barakah ini... bumi Makkah Al-Mukarramah... dan hampir 2 minggu jagaklah aku tak apdet blog ni... jutaan kemaafan ku ucapkan kepada pembaca-pembaca yang setia menunggu dan dan setia membaca celotehku yang ntah ape-ape ni... sekadar perkongsian cerita kehidupan aku, jamiah dan Makkah etc...

Bermulalah penceritaan ketika mana aku sampai di KLIA pada 1 OKT 2009... membawa segala barangan keperluan didalam sebuah beg besar berwarna hitam sebuah beg kecil untuk dibawa keatas flight... bersama-sama ku ketika itu hampir kesemua keluarga ku... menghabiskan sisa-sisa waktu dan ketika yang akan tiba ke penghujungnya bila-bila masa sahaja... dan sahabat-sahabat ku falah.... kerol... bad... dan dr taib...bersama-sama untuk meng check in kan barangan.... oppss terlupa... falah dah check in mase tu... super speed... itu lah bahasa orang kampung aku biasa sebut untuk menggambarkan kelajuan yang amat sangat... Alhamdulillah kesemuanya lepas tanpa ada bayaran yang perlu dilakukan...

Sampailah waktu dan ketika... aku mula melangkah kaki ku ke pintu gerbang yang akan memisahkan aku dan keluarga buat seketika jika umurku dan umur mereka dipanjangkan Allah... kami akan bertemu lagi lebih kurang berjarak masa 9 bulan lagi insya Allah... sedih... sayu... tangisan... semuanya aku sembunyikan didalam hatiku... aku memandang satu persatu wajah ayah... chek... adik A... kak ma... abang barb... muaz... buat kali terakhir sebelum aku melangkah pergi... rasa sebak semakin ketara... aku cuba sedaya upaya supaya tidak setitik pon airmataku gugur... ku biarkan air mataku berlinangan dilubuk hatiku... supaya hati ibuku tidak bertambah-tambah kesedihannya...

Didalam flight Saudi Airlines suasana menjadi berbeza... semangatku untuk kembali ke saudi berkobar-kobar... ingatan aku kepada Kaabah yang mulia kembali menggamit hati...terasa pergerakan kapal terbang seolah-olah seperti kanak-kana yang baru belajar merangkak...terlalu lambat aku rasakan... ingin sekali aku percepatkan pergerakan flight dengan kayuhan kaki ku...tapi apakan daya... manelah buleh buat semua tu kan.... tambahan dengan keadaan stewardess yang bersaiz sama dengan lorong laluan penumpang dan selalu menimbulkan kekecohan ketika menghidangkan makanan buat penumpang... kadang-kadang terjatuh makanan ke lantai dan kadang-kadang troli makanan terlanggar bahu penunpang yang duduk ditepi lorong iaitu aku... uish... sakit jugak tu tuan-tuan sekalian... rasanya tak pernah lagi aku melalui pengalaman seperti ini ketika menaiki kapal terbang...

Setelah lebih kurang 8 jam perjalanan flight mula menunjukkan tanda-tanda untuk turun mendarat... tapi rupa-rupanya kami transit di sebuah bandar disaudi yang dikenali sebagai Dammam... dan lebih kurang 1 jam selepas itu flight kami mula berlepas.... dan kami tiba di Malik Abdul Aziz International Airport lebih kurang jam 930 malam.... keletihan terasa... keluar flight nak kena hadapi birokrasi imigresen saudi yang ntah ape-ape.... bayangkan diorang sanggup meninggalkan kaunter ketika mana orang ramai sedang panjang beratur untuk memasuki saudi hanya untuk minum secawan shai (teh) dan berbual-bual dengan kawan-kawan... tak ade perasaan bersalah langsung....

Ketibaan kami disambut oleh Dr sulaiman... kawan kepada Dr taib yang tiba sehari lebih awal dari kami... aku dan kerol mengikuti Dr sulaiman pulang ke rumahnya terlebih dahulu sebelum pulang ke Makkah pada keesokan harinya... manakala falaah dan bad meneruskan perjalanan menuju ke Makkah Al-Mukarramah....

*****

Semalam aku dan sahabat-sahabat Umm Al-Qura dijemput untuk solat hajat di hadapan Kaabah Al-Musyarrafah untuk seorang sahabat kepada Hj.Arshad yang bergelar Datuk Abdullah Bin Md Derus pengerusi Muzium Negeri Pahang Darul Makmur yang akan di bedah (by pass) di IJN kuala lumpur yang akan menghadapi pembedahan jantung samada hari ini ataupon esok... mengikut jadual asalnya beliau akan diterbangkan ke china untuk pembedahan tersebut... akan tetapi keadaan beliau tidak mengizinkan dan doktor tidak membenarkan beliau dterbangkan ke sana... semoga Allah akan mempermudahkan segala urusan dan memanjangkan lagi umur datuk... Insya Allah...

Selesai solat hajat kami dipersilakan oleh haji Arshad untuk bersantap di restoran Felda D'SAJI... pelbagai juadah disediakan...kami cuma datang dan tunjukkan mana-mana makanan yang berkenan dihati... dan semuanya full support dari haji Arshad...syukran haji... tengah sedap-sedap duk berbual tiba-tiba datanglah seorang jejaka tampan bergelar uncle menambahkan lagi keriuhan suasana makan malam tersebut... katanya ade funtion kat atas... jadi sambil-sambil para vip duk buat ceramah diorang jadi uncle turunlah ke bawah nak pekena teh ais secawan... tapi malangnya susu abes...jadi kenalah minum teh 0 ais semalam... berbual punye berbual tak sedar malam dah makin larut... kami semua pon slow-slow beredar... bukan ape... nampak mamat bangla yang keje cleaner kat situ dah tengok semacam kat kita orang...yelah mana taknya... asal muka kami je datang situ habis berterabur kerusi meja yang ada kat situ... lepas tu pakai tinggal camtu je... bukannya kami nak simpan balik semua tu... tapi mamat bangla tu tak tahu yang sebenarnya kami ni ikhlas nak tolong die...yelah kan...kalau kami tak buat sepah-sepah nanti die takde keje nak buat... nanti die makan gaji buta... tak baik tu... huuh... baik punye alasankan...hahaha...keylah stakat ni saja celoteh aku 4 dis time...lain kali aku taip lagi ye... insya Allah...

Wassalam...